Kedai Buku Online

Monday, November 30, 2009

SAKIT HATI 2

Salam
Hari ni sekali lagi saya nak melahirkan rasa sakit hati dengan sikap pemandu di Malaysia.
Pagi tadi dalam perjalanan pulang ke pejabat, kami (saya dan kawan-kawan) terpandang sebuah kereta sedang terbakar di tepi jalan, baru lagi. Kelihatan beberapa orang staf MBSA sedang mengawal lalulintas sementara menunggu kehadiran bomba dan polis. Kami meneruskan perjalanan kerana bimbang berlaku kesesakan jalan raya pulak di situ.
Sampai di lampu isyarat, lampu merah, menunjukkan kami terpaksa menunggu giliran, dan ketika itulah kereta bomba dari arah depan sampai. So kami terus mengagak mesti kereta bomba itu sedang menuju kearah kebakaran kereta tersebut.
Yang menyakitkan hati kami adalah sikap pemandu-pemandu (dari arah kiri dan kanan) yang langsung tidak memberhentikan kereta masing-masing untuk memberi laluan kepada kereta bomba. Tau la ketika itu giliran mereka, tapi cuba la bertimbang rasa sikit, apalah salahnya perlahan dan berhentikan kereta masing-masing, bukan lama pun. Pemandu kereta bomba tu siap bunyikan hon lagi dan cuba-cuba untuk melintas.
Mesti driver tu fikir, kalau dia lalu juga, mesti ada yang accident, so kita yang tiada kepentingan ni cubalah bertimbangrasa. Kalau bomba atau ambulan yang bunyikan siren tu, mesti sebab kecemasan, TOLONG BERI LALUAN
p/s tadi tak sempat ambik gambar kereta yang terbakar tu, kalau tak boleh upload kat sini
*

Friday, November 27, 2009

KEJAM

Kisah pembantu rumah yang berlaku kejam terhadap anak majikan rupanya tidak berkesudahan. Bagaimana seseorang itu begitu tega untuk memperlakukan anak kecil sebegitu rupa. Bagaimanakah rupa hati mereka sebenarnya? Anak kecil yang harus dilayan dengan kasih sayang tetapi diperlakukan sedemikian rupa. Apa dosa si kecil itu? Apakah kerana dosa kedua ibu bapanya maka dia perlu menerima hukuman? Kejamnya dunia... andai dia mampu berkata-kata mungkin dia akan menangisi nasibnya dan berkata... apa dosanya?

Dipetik daripada Berita Harian:

TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.

Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.

Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.


Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.

"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .

“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.

berita selanjutnya, klik

Thursday, November 26, 2009

SAKIT HATI

Salam,

Esok adalah hari raya buat semua umat Islam seluruh dunia. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua, semoga hari raya pada tahun ini membawa keberkatan di dalam hidup kita.

Saban tahun, setiap kali musim perayaan kenderaan-kenderaan akan memenuhi jalanraya. Semua pemiliknya berlumba-lumba untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saban tahun juga kita perhatikan jalan raya akan penuh sesak dengan kenderaan-kenderaan. Masa inilah kita akan mengalami suasana yang dipanggil 'jam'. Aduh... memang boleh 'sakit jiwa'.

Hari ini kami pulang ke kampung menggunakan PLUS highway pada tengahari tadi. Jalan pada awalnya lancar. Kereta agak banyak tetapi perjalanan tetap lancar. Tetapi dalam keadaan lancar itu, tiba-tiba ada gangguan. Kereta-kereta mula bergerak perlahan hingga ada kalanya terus berhenti. Saya dan suami mula tertanya-tanya, "ada accident agaknya", itu andaian kami.

Setelah 2 hingga 3 kilometer kami alami 'jam' tu, kami terperasan sebuah kereta tersadai di tepi jalan, dengan bonet terbuka...."huh, sebab keta rosak jer, jam 2 3 km?" Suami merungut. Dan perjalanan kembali lancar selepas itu. Sakitnya hati...

Saya memang cukup 'suka' dengan sikap 'prihatin' rakyat Malaysia ni. Baru kereta orang rosak tepi jalan, kita dah berpusu-pusu nak tolong. Hello...kalau tolong betul-betul takpe le ini kalau sekadar TOLONG TENGOK, tak payah ler. Ini bukan namanya prihatin tetapi BUSY BODY!

Kalau ada accident lagi teruk jam nya, masya Allah, tak usah nak cakap. Padahal kereta -kereta yang mengalami kemalangan tu dah lama di bawa ke tepi, tapi sikap orang kita yang suka buat 'analisis' menyebabkan perjalanan menjadi terganggu. Masing-masing nak tengok sejauh mana teruknya kemalangan tu. Agaknya analisa tu termasuk, macamana berlaku, siapa yang terlibat, apa yang rosak dan mungkin daripada analisa mata yang dibuat, kesimpulan boleh diambil.

Please Malaysian people, stop all this attitude. Silap-silap haribulan, akibat asyik sangat tengok kesan accident tu, kita pulak yang accident, kan haru jadinya.

*









Gambar Hiasan

Tuesday, November 24, 2009

BANJIR

Musim hujan yang semakin menjadi sekarang memburukkan keadaan di beberapa buah negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Jalan-jalan utama ke negeri-negeri tersebut dikhabarkan ada yang ditutup kepada kenderaan ringan akibat banjir. Hampir setiap tahun inilah musibah yang perlu rakyat Malaysia hadapi setiap kali hujung tahun. Negeri-negeri lain, walaupun tidak banjir, tetapi hujan yang lebat kadang-kadang memberikan suasana yang tidak selesa. Alhamdulillah sekolah dah cuti, kalau tidak, kat depan sekolah tu hari-hari air naik paling kurang atas buku lali.



Banjir di Kelantan, menyebabkan beratus-ratus mangsa dipindahkan dan ada juga mangsa yang lemas. Berita semalam melaporkan seorang penduduk yang sarat dan sakit bersalin terpaksa meredah banjir menaiki sampan selama setengah jam sebelum sampai ke hospital. Kalau masa biasa, tidak banjir, masa yang diambil mungkin tidak sampai setengah jam. Tahniah kepada pasangan ibu bapa terbabit, demi sebuah nyawa, sanggup mengharungi banjir. Semoga anak lelaki yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan kuat semangat seperti ibu bapanya.




PASIR MAS: Seorang surirumah yang sakit hendak melahirkan anak sulung, menempuh saat cemas apabila terpaksa menaiki perahu sambil ditarik suaminya yang mengharung banjir sedalam paras dada sejauh satu kilometer, untuk mendapatkan ambulans sebelum dapat bersalin di Hospital Pasir Mas (HPM) di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Cabang Tiga Kubang Senok itu, surirumah, Haryati Idayu Ariffin, 29, terkejut dari tidur apabila mengalami kesakitan dan tanda hendak melahirkan anak, sebelum mengejutkan suaminya, Azlan Abdul Hamid, 29, memaklumkan keadaan itu.


Azlan berkata, beliau terkejut apabila isterinya mengadu kesakitan hendak bersalin, kerana mengikut rekod pemeriksaan kesihatan kandungan, isterinya dijangka bersalin bulan depan.
AZLAN dibantu jururawat memapah isterinya, Haryati Idayu yang menahan kesakitan untuk bersalin sebelum di bawa ke Hospital Pasir Mas, semalam.
sambungan berita di sini
*


Sunday, November 22, 2009

JIRAN

Salam.
Hari ni masa menjemur kain terdengar perbualan jiran belakang rumah . Seseorang yang datang bertandang ke rumah jiran bertanya kepada beliau tentang pokok yang ditanam oleh nya. Actually saya sendiri pun tertanya-tanya apa yang special dengan pokok tu sampai dia tanam di belakang rumahnya.

Biasa orang akan tanam pokok serai ke, pandan ke, cili ke, tapi dia tanam pokok tu. Pelik juga kan? Kemudian saya terdengar dia menjawab, tu la pokok cincau. Hah, cincau?



Ya, cincau yang warnanya hitam, dan macam agar-agar tu asalnya daripada pokok ni. Wow... uniknya. Tak pernah pulak saya tahu, cincau tu berasal dari pokok. Mati-mati saya ingat cincau tu bermula dari rumpair.


So saya pun google tentang cincau ni dan disini saya kongsikan....



Cincau - copy Dari Wikipedia

Cincau hitam

Cincau (Hanzi: ไป™่‰, pinyin: xiancao) adalah gel serupa agar-agar yang diperoleh dari perendaman daun (atau organ lain) tumbuhan tertentu dalam air. Gel terbentuk karena daun tumbuhan tersebut mengandung karbohidrat yang mampu mengikat molekul-molekul air.

Kata "cincau" sendiri berasal dari dialek Hokkian sienchau (Hanzi: ไป™่‰, pinyin: xiancao) yang lazim dilafalkan di kalangan Tionghoa di Asia Tenggara. Cincau sendiri di bahasa asalnya sebenarnya adalah nama tumbuhan (Mesona spp.) yang menjadi bahan pembuatan gel ini.

Cincau paling banyak digunakan sebagai komponen utama minuman penyegar (misalnya dalam es cincau atau es campur). Dilaporkan juga cincau memiliki efek penyejuk serta peluruh (diuretik).

Proses pembuatan

Proses pembuatan diawali dengan perendaman, yang biasanya dilakukan setelah daun diremas-remas atau dihancurkan. Ada juga yang menyertakan perebusan terlebih dahulu. Pemberian soda kue dapat dilakukan sebagai pengawet. Warna cincau bermacam-macam, berkisar dari hijau hingga hijau pekat, bahkan hitam, namun disertai dengan kesan tembus pandang (transparan). Konsistensinya juga berbeda-beda. Warna dan konsistensi cincau berbeda-beda karena tumbuhan yang dipakai berbeda-beda.

















Gambar serai belakang rumah saya, baru je beberapa bulan tanam, alhamdulillah sihat
*

Saturday, November 21, 2009

ARNAB DAN KURA-KURA

Sorry, hari ni takde idea nak cite. Nabila ada buat persembahan sempena Hari Penyampaian Hadiah sekolahnya, nyanyi koir. Aktif jugak budak tu (hehehe..macam ibu dia dolu-dolu). Nisa pulak akan ada performance sempena graduation day sekolah tadikanya esok.

So hari ini takde sangat cerita menarik, saya just nak ajukan teka teki kat kawan-kawan sume.

" Arnab dan kura-kura sekali lagi ingin berlumba untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Umum sudah mengetahui yang arnab lari laju dan kura-kura lari perlahan. Dalam perlumbaan dulu kura-kura menang sebab arnab tertidur semasa perlawanan. Kali ini oleh kerana zaman sudah maju, mereka akan berlumba di lebuhraya. Destinasi yang dirancang adalah daripada Tol Shah Alam dan tamat di Tol Rawang menggunakan PLUS Highway. Perlumbaan akan diadakan pada hari Rabu. Masa permulaan perlumbaan adalah pada pukul 7.30 pagi dan dijangka sampai setengah jam kemudian.

Persoalannya sekarang, jika dulu kura-kura menang perlumbaan, perlumbaan kali ini juga dimenangi oleh kura-kura. Kenapa?

Siapa jawab dulu dan betul, dapat hadiah...hehehe....

*

Friday, November 20, 2009

SMS

Salam, pagi tadi ada dengar radio? Saya selalu buka radio Sinar, yang dikendalikan oleh KE, SY dan Khril. Topik pagi ni adalah berkenaan emosi pada hari ini. Macam-macam cerita yang pendengar kirim melalui sms dan juga melalui panggilan telefon, tetapi yang menarik perhatian saya adalah satu SMS yang dikirim oleh seorang pendengar (nama dirahsiakan, hehehe...benonye lupe).
Kandungan SMS berbunyi, "Dah beberapa hari makan hati berulam jantung dengan isteri. Ini semua gara-gara SMS yang ingin dibalas kepada ex-girlfriend, terhantar ke isteri. Sudahnya dah berapa hari kena tidur kat luar"
Best kan SMS nya, masa tu gamat di radio sebab mereka bertiga gelakkan penghantar SMS tu. KE siap padankan muka dia. Saya pun macam tu, padan muka, siapa yang suruh berbalas mesej dengan ex-girlfriend? Kan dah terkantoi. Tu la, bak kata KE, mulut boleh tutup, tangan tu bukan tau nak selindung...kan dah kena...
*

Tuesday, November 17, 2009

TAHNIAH ABANG AMIRUL

Semalam, masuk je dalam kereta amirul terus bertanya pada kakaknya, "kakak nanti tahun depan kelas mana?". Kakaknya terus menjawab walaupun sambil lewa, "kelas A lagi...abang?". "Abang pun kelas A jugak" ceritanya dengan penuh semangat. Saya yang sedang memandu tersentak dengan jawapannya. "Betul ke abang dapat masuk kelas A?" Sekadar untuk kepastian saya bertanya kepadanya. "Betul la ibu, tadi cikgu bagitau kat dewan, cikgu sebut nama sorang-sorang. Cikgu panggil nama abang masa cikgu bagitau nama kelas. Pastu cikgu terus suruh kami duduk dalam kelas untuk tahun depan punya.. kelas 3A."

Wah...sungguh panjang lebar penerangan dia. Terkagum seketika. Amirul dari tahun satu sampai tahun dua, tak pernah bertukar kelas, asyik kelas KETIGA jer. Bila dia bagitau dia naik ke kelas pertama, rasa macam tak percaya ajer. Saya siap minta dia confirmkan betul ker nama dia yang cikgu panggil ke orang lain tapi katanya nama Amirul Hakim kat kelas dia hanya dia seorang, jadi betul la........ katanya, " Amirul memang ramai kat kelas abang, tapi Amirul Hakim memang abang sorang jer" hehehe...

Hari ini pulak dia tunjukkan keputusan peperiksaan dia, Alhamdulillah, no 5 daripada 43 orang dalam kelas. So betul la, dia naik kelas...

Saya selalu bagitau dia dan kakaknya, kalau periksa akhir tahun dapat no 1 - 5, ibu belikan hadiah, apa sahaja, janji 1 sampai 5. Bayangkan tiap-tiap kali ujian atau pun peperiksaan dari tahun 1 ke tahun 2, tak pernah dapat no kurang dari 10, mesti lebih dari no 20. So untuk encourage dia saya janji kan hadiah - yang mahal sikit la.... Lagipun amirul ni jenis yang liat baca buku. Kalau kita suruh dia buat latihan, kalau duduk kat bawah dia naik ke atas, kalau ada kat atas dia akan turun bawah, janji ibu tak nampak dia buat apa. Pernah dulu masa dia tahun satu suruh dia ulangkaji untuk exam akhir tahun, dia boleh belek jer buku tanpa perasaan, belek semata-mata. Saya dah ayahnya rasa nak pecah perut tengok cara dia study, dah ler muka masam semacam.. aduh....

Anak lelaki, interestnya pun cuma satu, games, games, and games... tak kira la, PS ker, computer games ke, phone games ke, janji games. Memang merisaukan bila anak yang tak mahu ulangkaji, periksa selalu no yang hampir curut, suruh ulangkaji dia lencong ke lain dan bila ada peluang, joy stick pasti di tangan. Kita sebagai ibu memang risau, jadi terpaksa buat janji untuk belikan hadiah, asal dia mendapat keputusan yang lebih baik....

Alhamdulillah, Amirul menunjukkan peningkatan yang bukan sedikit. Sebagai ibu, rasa bangga terus menyelinap di dada. Dalam keadaan dia yang tidak belajar/ulangkaji, dia mendapat keputusan yang membanggakan. Mungkin pada orang lain no 5 dalam kelas biasa sahaja, tetapi pada saya, saya amat berbangga dengannya. Saya tidak pernah mengharapkan perubahan drastik sebegitu daripadanya walau jauh disudut hati harapan tetap ada. Dan bila dia menunjukkan keputusan peperiksaannya, rasa sebak terus bertandang... Son, i'm really proud of you....

Kakak dan abang, if you read this, i just wanna tell you, how proud i am to be your mother... i'm always will

Sorry, entry kali ni terlebih emo sikit, bukan nak berbangga sekadar berkongsi rasa............
*

Monday, November 16, 2009

HAI-O



Tengahari semalam, jalan-jalan sekitar shah alam, pusing punya pusing, termasuk ke area stadium Melawati. Hairan apasal hari ni jam pulak. Sekali tengok ada lumba go-kart, so cakap dengan husband, agaknya diorang berenti sebab tengok go-kart kot. Tapi yang peliknya kereta yang menunggu tepi tak ler banyak sangat. Takkan sebab go-kart boleh jam kot. Sekali mata terpandang banner-banner yang tergantung di tiang-tiang lampu. "Majlis Ulang Tahun Hai-O"

Oooo....itu pasal la jam.... bila lajak lagi ke depan, husband sengaja masuk ke lorong untuk usahawan Hai-O ni, terus saya cuit dia, "sejak bila kita termasuk dalam usahawan Hai-O ni". Husband cuma gelak, "tak la, nak tengok go-kart dari dalam ni" katanya....

Kami pun singgah sekejap di tepi pagar, suami dan anak-anak (yang kecik tu pun ikut sama) turun tengok orang lumba keta kecik tu. Biasalah Amirul mesti yang excited lebih, dia yang paling beria-ia tengok. Saya pulak mata asyik tengok usahawan-usahawan Hai-O, duk kira kereta jenis apa yang diaorang guna... hehehe.... jahat kan. Macam-macam jenis kereta yang datang, ada mercedes, BMW, toyota caldina, wish, dan jenama2 lain yang besar-besar, ke sekecil-kecil kereta seperti kancil dan kelisa. Macam-macam dalam kepala saya bila tengok kereta-kereta tu, tapi tak nak lah tulis, nanti korang kata saya jahat pulak... hehehe... time tu memang jahat sikit.

Lama-lama saya jadi teringat kisah tahun lepas, seorang kakak di office ni datang pada kami untuk join dia sama-sama usahakan Hai-O ni. Lepas sorang-sorang yang dia promote. Yang paling best jawapan yang dia dapat dari kami adalah, " ala, saya ni kan kak, membeli memang pandai, bab2 menjual ni sorry le kak, tak pandai saya. Nak cari orang lagi tak pandai."

Hehehe...best kan jawapan? Tu la manusia ni kan, bila taknak 1000 alasan dia boleh bagi. Tapi alasan paling tinggi peratusan mesti lah , susah nak cari orang. Saya pun bagi alasan, tapi tak nak guna alasan yang orang bagi, so saya bagi alasan " Sorry kak, bukan tak minat meniaga, tapi saya baca dalam website Utz Zaharuddin, dia kata Hai-O ni tak ikut syariah, tak berani la saya"...laaa....utz Zaharuddin pulak yang kena...kejam kan jawapan? Apa-apa lah, janji lepas... hehehe...

*

Saturday, November 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
*
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
*
HAPPY BIRTHDAY MANJA IBU
*
HAPPY BIRTHDAY TO YOU



Selamat Hari Lahir yang kedua Nadhira
*
Ibu doakan Nadhira menjadi anak yang solehah
*
Anak ibu yang baik hati, semoga kejayaan dunia dan akhirat milik adik
*

Friday, November 13, 2009

POTONG

kete mercedes kat belakang menghimpit2
tapi tak boleh tukar lorong
kereta banyak kiri kanan
kereta kecil tetap meluncur di hadapan
mercedes berura-ura ingin memotong
kereta kecil menuju ke arah lorong Smart TAG
mercedes masih lagi berusaha untuk memotong
-
-
-
sorry lar beb, ingat lu sorang je ke guna Smart TAG
walaupun keta kecik, wa tak suka la beratur-beratur ni,
walaupun keta wa tak pick up,
wa masih layak guna lorong ni la
hehehe..
-
-
-
mesti mercedes tu bengang, tak bole potong keta kecik

Wednesday, November 11, 2009

PERTOLONGAN CEMAS

Selepas dua hari berkursus, baru hari ini boleh meng'entry' di office (dalam erti kata lain, guna hak pejabat ler ni, hehehe). Kursus pertolongan cemas yang dihadiri banyak membuka mata betapa pentingnya rawatan awal. Alhamdulillah, Medical Attendant (MA) yang menjadi penceramah semalam seorang yang sangat suka bercerita. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau semasa menguruskan pesakit-pesakit samaada di lokasi kejadian ataupun di hospital, banyak kisah yang menyayat hati, banyak gambar-gambar yang dikongsi - kebanyakannya yang mengerikan.
*
Penceramah banyak menekankan aspek peri pentingnya pertolongan cemas, bagaimana pertolongan cemas dapat membantu mangsa, dan seolah-olah dapat memanjangkan nyawa. Kadang-kadang terfikir, kenapa rakyat Malaysia ramai yang masih tidak tahu tentang pertolongan cemas. Cuba perhatikan, jika berlakunya kemalangan, berapa ramaikah yang berani turun padang sama-sama menolong mangsa? Yang ramai cuma yang tolong tengok, ambil gambar dan sama-sama buat kecoh. Kata MA ini, kadang-kadang kesal dengan sikap rakyat Malaysia, bukan setakat tidak membantu, malahan mereka menjadi lebih 'sudu dari kuah'. Maksudnya jika ada pasukan paramedik yang sampai ke tempat kejadian (dengan ambulan), anggapan mereka mangsa perlu lekas-lekas dihantar ke hospital. Sedangkan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan di lokasi untuk menyelamatkan mangsa seperti membalut luka, melakukan CPR, membetulkan kedudukan anggota badan, menenangkan mangsa, memberikan bantuan pernafasan dan sebagainya. Aspek-aspek ini penting supaya bila mangsa tiba di hospital, rawatan susulan boleh terus dilakukan.
*
Jika kita menonton cerita-cerita Barat kita akan dapati banyak perbezaan antara masyarakat di Malaysia dengan masyarakat di Barat. Biasanya pasukan paramedik di sana lebih mudah untuk menjalankan tugas berbanding di Malaysia. Kalau anda pernah menonton siri 911, anda akan faham maksud saya.
*
*
Kisah 1 - kepentingan pertolongan cemas
*
A) Sebuah keluarga sedang berkelah, tiba-tiba anak yang sedang mandi tergelincir lalu lemas. Ibu bapa mangsa yang mengetahui serba sedikit tentang pertolongan cemas, membuat rawatan awal kepada anak mereka dengan membuat proses CPR. Kemudian terus membawa anak ke hospital yang terdekat
*
B) Seorang anak tunggal kepada sepasang ibu bapa tercekik (tak pasti apa objek). Parents telah membawa anak ke klinik kerana tidak tahu pertolongan cemas tetapi doktor di klinik terbabit pun tidak dapat berbuat apa-apa, hanya menulis sepucuk surat kepada hospital terdekat, dan cop URGENT. Parents membawa mangsa sendiri ke hospital dalam keadaan trafik yang agak tidak lancar.
*
Kedua-dua kejadian sampai di hospital pada masa yang sama dan dikendalikan oleh petugas-petugas hospital pada masa yang sama. Hasilnya:
*
A) Mangsa selamat dan masih hidup sehingga sekarang
B) Mangsa tidak dapat diselamatkan - meninggal dunia (waktu sampai di hospital, muka dah biru, nadi dah lemah)
*
*
Kisah 2 - ikhtibar dan teladan
*
Sepasang kekasih yang baru pulang dari berkelah mengalami kemalangan, kedua-duanya dihantar ke hospital. Lelaki dalam keadaan kritikal dan yang perempuan tidak mengalami kecederaan serius. Lelaki selamat tetapi mengalami kecacatan kekal, tetapi yang perempuan, walaupun tidak mengalami kecederaan serius tetapi mengalami pendarahan serius pada bahagian sulitnya. Petugas hospital cuba untuk menghentikan pendarahan tetapi tidak berjaya dan akhirnya mangsa meninggal kerana kehilangan darah yang banyak. Apabila diperiksa seluruh badan didapati banyak kesan 'gigitan cinta' pada leher mangsa. Apa yang mereka buat disana? Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
*

Monday, November 9, 2009

JEJAK KASIH

Assalamualaikum...

Pernah tak sesekali kita terserempak dengan seseorang dan wajah dia mengingatkan kita pada kawan lama kita tapi malangnya kita tak ingat nama, kenal kat mana, tahun bila, dsb. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan dia seolah-olah satu memori yang telah di delete, kita cuma ada satu pengenalan sahaja iaitu wajah dia.

Itu lah yang terjadi pada saya semalam. Masa kami keluar untuk shopping barang dapur, kami singgah dulu di kedai makan ( tengahari semalam tak masak, beras habis, tu yang kena keluar jugak shopping tu). Di kedai makan itu lah saya terserempak dengan seseorang yang rasa macam kenal. Ibarat kata Yassin dalam cerita Senario the Movie, "macam pernah kulihat, tapi dimana ya". Bertambah malang lagi bila dia langsung tidak terperasankan saya. Jadi saya ni macam malu-malu nak tegur, bimbang jugak kalau-kalau bukan kawan kita

Bagitau suami pasal 'member' tu tapi masa tu dah dalam kereta nak ke giant, jadi suami diam je lah. Sampai sekarang masih lagi puzzle, who is she actually? Masa ni mula la terfikir, kan bagus kalau saya ni lebih berani, tak kisah lah kan dia tu kawan atau tidak. Kalau bukan kawan, anggap le lah kita dapat kawan baru, tapi kalau betul kawan, kan boleh jejak kasih gitu... nyesal pun dah tak guna kan, kesempatan macam tu bukan selalu datang..

Selalu macam tu la, bila dah terjadi baru kita nak menyesal, dan tak habis-habis dengan kalau. Kalau ini dan kalau itu, walhal, kalau itu sangat tidak digalakkan dalam Islam....

*

Sunday, November 8, 2009

KLCC

Semalam bawa anak jalan-jalan ke KLCC. Kami park kereta kat Asia Jaya, pastu naik tren ke sana. Selain dari boleh elakkan kesesakan, kami saja nak bagi anak-anak merasa keseronokan naik tren. Dah hampir setahun tak bawa diaorang jalan-jalan naik tren, dah bising dah mulut diaorang minta.
Dari asia jaya, tempat duduk takde masalah jadi kami semua ada tempat duduk. Sampai di sana kami menuju ke Petrosains.. budak-budak ni bukan tak pernah masuk, cuma dah lama tak masuk, jadi kalau ke KLCC mesti nak gi ke Petrosains. Agak malang nasib kami, jualan tiket pada hari semalam sudah kehabisan stok. Aduh... amirul dah mula muncung, siap nak menangis lagi... hai la amirul, bukan ayah tak nak masuk, tiket dah habis la....
Apabila tak boleh ke Petrosains kami turun ketingkat bawahnya, ke TGV, usha-usha kot-kot ada cerita yang menarik.. Pada saya cerita pada hari semalam kurang menarik, ada yang menarik kod 18 atau 13 pulak. "ibu, ni ada yang U ni" nabila cakap. "memang la U kakak, tapi ceritanya takut rugi duit jer beli" saya menjawab. Dah le beraturnya mak ai, panjang betul pastu waktu tayangan 4.30pm, asar baru masuk, waktu habis nanti dalam kul 6.30 (estimate 2 jam punya cite) kan dah dekat ngan asar. Alamatnya mahu 2 waktu terlepas, baik tak usah. So kali ni nabila pulak muncung. Penyudahnya kami balik cam tu aje. Budak-budak tunjuk muka tak puas hati. Saya pulak dah penat sebab si kecil nadhira asyik nak berdukung, pastu tak nak ngan ayah. Aduh.. rasa nak tercabut bahu.. Lebih meletihkan bila dia dah tidur... amboi.. lena betul kat atas dukung...
On the way balik dari KLCC, mak ai.. ramainya orang.. saya yang sedang dukung nadhira ni mula cuak, terbayang kalau kena dukung nadhira sambil berdiri dalam tren... alahai... Tren sampai, kami mula mencari tempat kosong, memang takde tempat kosong. Tapi alhamdulillah, seorang lelaki yang berusia 20an bangun dan memberikan tempat duduknya kepada saya. Kesian agaknya. Terima kasih adik, walaupun pakaian cam rockers, tapi hatinya baik. "So don't judge a book by it's cover".
Selepas satu stesen, ada sebuah keluarga dengan anak kecil naik (rasanya sebaya nadhira). Masa tu pun masih penuh lagi tempat duduk. Wanita tersebut berdiri disebelah lelaki yang masih muda (tua sikit dari adik tadi) dan cukup sifat serta masih kuat. Tetapi saya perhatikan dia buat tak tahu sahaja. Wanita tadi terpaksa dukung anak sambil suaminya memegang bahunya untuk elakkan dari terjatuh. Dalam hati saya cuma mampu lahirkan rasa kasihan tetapi tak mampu tolong kerana sendiri pun pernah ditolong...
Selepas selang 3 atau 4 stesen kemudian tiba-tiba lelaki tadi bersuara, "embak, mahu duduk ngak?" hehehe... sekali mamat indon la....
*

Thursday, November 5, 2009

THING'S HAPPENED

Tiba-tiba seorang pensyarah A masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang kelas sedangkan dalam masa yang sama seorang pensyarah lain, B sedang memberi penerangan kepada seorang pelajar dalam kelas tersebut. Kedudukan pensyarah B yang agak terlindung menyebabkan pensyarah A terus membuat andaian tiada pensyarah agaknya.
Pensyarah B terus bertanya kepada pensyarah A "your class suppose to start at 10.15 right?". (ketika itu masa menunjukkan jam 10). Terus pensyarah A reply, "Yes, so what's wrong with that?". Ada sedikit nada angkuh dalam ayatnya itu, dan dia terus menuju ke arah meja pensyarah. Kira-kira separuh jalan dia mula perasan beberapa barang pensyarah B masih ada di atas meja.
" Ow.. you... ooo sorry, I tought... oh...sorry, I didn't mean to interrupt. I tought no body's here. Sorry..sorry.." agak speechless dia agaknya. Ya la, ingat dah takde orang (pensyarah) dan dia bercakap dengan nada yang agak... senang cakap macam berlagak la. Mungkin dia ingat yang bertanya pada dia tu adalah student, so dia rasa tercabar. Thing's happened right?
Perkara-perkara macam ni boleh terjadi kepada sesiapa pun kan? Kadang-kadang kita melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir dulu akibatnya. Mungkin jika dia masuk melalui pintu hadapan perkara ini tak terjadi sebab dia boleh nampak barang-barang yang berada di atas meja. Dan mungkin jika dia bertanya dia boleh elakkan dari memalukan diri sendiri di hadapan student.
Pepatah mengatakan, "berfikir sebelum bertindak" dan "malu bertanya sesat jalan" relevan kan dengan situasi ni? Hehe....
**diceritakan oleh kawan kepada kawan kepada saya
*

Tuesday, November 3, 2009

KELAHIRAN

Semalam saya mendapat khabar, seorang sahabat telah selamat melahirkan bayi perempuan. Alhamdulillah, khabar yang menggembirakan. Dalam Islam, kelahiran disambut dengan penuh kesyukuran. Jika kita sendiri menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, pada ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah iaitu seorang hamba telah menyampaikan khabar kelahiran Rasulullah kepada Abu Lahab (pada ketika itu adalah majikannya), lalu mengatakan "telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah". Maka setelah mendengar berita tersebut Abu Lahab terus memerdekakan Thuwaibah kerana terlalu gembira.
Dalam Islam juga sunat jika kita menyampaikan berita kelahiran dan sebagai orang yang menerima berita ini mengucapkan tahniah sebagai salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Ini bertujuan untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam
*rujukan : indahnya hidup bersyariat, tulisan Dato' Ismail Kamus