Birthday siapa ye? Bukan lah birthday siapa-siapa...hanyalah ulangtahun blog saya yang tercinta ini. Saya mula menulis di blog ini pada 5 Jun 2009 dan pada 5 Jun yang lalu genaplah setahun penglibatan saya dalam bidang blogging ni. Sebenarnya sebelum pada tarikh tersebut saya telahpun merangka beberapa perkara untuk ditulis sempena genap setahun saya berblog tetapi dek kerana halangan-halangan yang tertentu hajat itu terus tertunda. Sekarang apa yang saya rangka semuanya saya dah lupa sebab rangka-rangka itu hanya wujud dalam kepada, tidak langsung direalisasikan waima satu huruf.
Oleh itu sempena genap setahun saya berblog ini, saya ingin rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua follower saya...dan juga kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya. Walaupun ketika saya tidak menulis, masih ada yang sudi menjenguk, bertanya khabar...terima kasih kawan.....
..........tidak mungkin saya lupakan apabila saya dijenguk buat pertama kalinya oleh ZeqZeq, kemudian diikuti oleh kak Echah Syed, menyusul pula eelobor, kak azie, Lanabulu, paklong, cikgu Normah, kakcikseroja, anyss dan ramai lagi...ahlan wasahlan wamarhaban......syukran....
p/s happy belated birthday juga buat suami dan anak sulong...yang berkongsi tarikh hari jadi iaitu pada 2 April 2010. Sorry...ibu tak tulis pun pasal birthday kakak dalam blog ibu. Adik-adik kakak semua ada cerita masing-masing. Tetapi walaupun ibu tidak tulis, kelahiran kakak adalah satu hadiah yang paling berharga kepada ibu dan ayah. Ayah juga pernah berkata kepada ibu, pada hari itu, 2 April 1999, ayah mendapat hadiah daripada Allah. Ibu tak dapat belikan/berikan apa-apa hadiah kepada ayah tetapi pada tarikh itu ibu sedang berjuang untuk lahirkan anak solehah seperti kakak...doa ibu semoga kakak akan terus mempelajari dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam hidup kakak. Insya Allah kakak akan membesar menjadi hambanya yang solehah.
*
*
9 comments:
InsyaAllah, kakcik akan terus ke sini, selagi tidak tertutup pintu buat kakcik datang bertandang. :)
mmg suka baca blog sinih....santai rasanya
udah setahun rupanya ya.
semoga terusan menulis dan memberi warna pada dunia maya ini...
dah lama juga tak ke sini...
makin cantik cat rumah
terbaru dari saya : lalang
terima kasih kakcik..eelobor dan cikgu normah... terima kasih atas sokongan...
sis nanie... lama x update blog yea:) apa pun congrats n selamat berkarya:)
Salam Ros, semoga sihat dan terus berkongsi ilmu..
(cantik background baru!)
salam Az, terima kasih...insya Allah, akan ada cerita baru wpn bukan hari2
en razif, terima kasih, amin, insya Allah..semoga Allah permudahkan
yea.. sis nani, paham masing2 ada kekangan masa so apa pun selagi terdaya kan :)
Salam nanie,
hepi belated juga dp kak, dah setahun ya berblog,
tarikh ulang tahun kelahiran anak sulong nanie n suami nanie, kebetulan sama dengan tarik lahir kak 2 april dan tarikh kak mula berblog..
tahniah buat nanie.
Post a Comment