Kedai Buku Online

Friday, July 24, 2009

KOTA-KOTA PALING BERBAHAYA DI DUNIA

Bayangkan jika anda harus tinggal di tepian tebing, tentu anda akan terus menerus ketakutan akan ada kemungkinan tanah runtuh bukan? Mungkin demikian juga yang dialami oleh penduduk-penduduk kota ini. Tentunya tinggal di tempat seperti ini tidak akan bertahan lama jika tidak ada imbuhannya! Pemandangan indah yang akan membantu anda menghilangkan stress, malahan tiada bangunan-bangunan tinggi akan membantu menjalani hidup dengan selesa tanpa tekanan.

SYURGA 1:

Santorini (Yunani): Syurga setinggi 300 meter


Kepulauan yang terletak 200 km di tenggara tanah utama Yunani ini adalah sisa dari letusan gunung berapi besar, yang menghancurkan kota yang dulunya berdiri di satu pulau utuh. Hasil ledakan inilah yang menyebabkan permukaan pulau menjadi berkawah-kawah. Kecantikan kota ini, dengan kehidupan malam yang dinamis, membuatkan kota ini menjadi salah satu tempat pelancongan wajib di Eropah. Ledakan Minoa, yang terjadi 3600 tahun lalu, pada puncak kejayaan bangsa Minoa, meninggalkan lubang besar yang dikelilingi tumpukan abu vulkanis setebal ratusan meter. Tumpukan abu yang mengeras inilah yang menjadi tempat berdirinya kota 'Syurga di ketinggian' ini.


SYURGA 2 :

Ronda (Spanyol):
Terbagi oleh jurang sedalam 100 meter

Kota Ronda ini terletak di daerah yang bergunung-gunung dan di ketinggian 750 meter di atas paras laut. Ronda adalah kota di atas bukit karang di provinsi Malaga. "El Tajo", lembah sedalam 100 meter, memisahkan antara kota baru dan kota lama. Beberapa rumah, bahkan berdiri persis di sebelah jurang. Di antara kedua sisi kota, ada 3 jambatan yang menghubungkan mereka, yang dibangun di tiga zaman yang berbeza: Romawi, Moor, dan pada abad 18.




SYURGA 3 :

Castellfolit de la Roca (Spanyol):

50 meter diatas jurang batu



Kota kecil diCatalonia, Spanyol, Castellfolit de la Roca dibatasi oleh sungai Fluvia dan Toronell.. Diantara kedua sungai inilah tebing batu yang menjadi pondasikota ini berdiri.Kota ini berdiri di ketinggian 50 meter dan panjang 1 kilometer.Kota ini terbentuk dari dua aliran lava yang bertumpuk, dan menjadikankota ini salah satu kota terkecil diCatalonia.

SYURGA 4 :

Bonifacio (Corsica):


70 meter diatas permukaan laut Mediteranian
Di hujung selatan pulau Corsica, Bonifacio adalah kelompok masyakarat terbesar di pulau ini. Kota kecil ini berdiri dengan posisi 'di hujung tanduk' setinggi 70 meter di atas gua batu kapur, yang terus menerus tererosi angin dan gelombang laut Mediteran. Kota ini selalu menjadi kota yang aman bagi para pelaut selama beberapa abad, dan sekarang menjadi pengkalan kecil dengan beberapa yacth mahal bersandar di dermaga.

SYURGA 5:

Manarola (Italia):














Kota Paling 'berbahaya'
Kota yang berdiri di Propinsi Liguria ini, merupakan salah satu kota yang paling 'berbahaya' di Italia. Kota ini sangat sulit ditentukan umurnya, kerana berbagai khazanah di zaman Romawi kuno sudah menyebutkan mengenai anggur yang dihasilkan di kota ini. Bahkan sekarang, anda dapat berjalan-jalan di kebun anggurnya, atau di Via dell’Amore (Jalan Cinta) dengan bangunan berwarna cerah di ujungkota

Thursday, July 23, 2009

ANAK-ANAK

Mempunyai empat anak, empat ragam yang kena dihadapi. Setiap seorang mempunyai sikap dan keupayaan berbeza. Kadang-kadang rasa pening bila mereka buat perangai. Tu baru empat, belum lagi lapan. Abang ada lapan anak, entah camanalah situasinya. Alahai.....


Menjadi ibu dan juga wanita berkerjaya juga menuntut kesabaran yang tinggi. Dan aku percaya ramai yang sependapat denganku. Seorang member di pejabat ada enam anak termasuk si bongsu yang twin (dia cakap dah bongsu sebab kononnya dah tak nak). Tentu gamat jadinya dengan enam orang kanak-kanak termasuk 2 baby, 1 separa baby (dah 4 tahun tapi biasanya memerlukan perhatian yang lebih tinggi daripada baby). Dan dia juga mengaku kadang-kadang dia terpaksa mengurung diri sendiri dalam bilik sebab nak lari daripada kerenah anak-anak-- kalau jadi depan mata ada yang kena rotan agaknya.


Anak sulungku agak keras hati orangnya. Dalam usia 10 tahun, sudah banyak yang aku boleh harapkan daripada dia. Kalau setakat buat susu, basuh punggung adik, mandikan adik, rasanya dah takde masalah buat dia. Cuma tu lah, anak-anak zaman sekarang, tak reti sangat buat kerja rumah. Kalau tak suruh, memang tak akan buat. Kadang-kadang naik jenuh suruh kemas bilik sendiri, buat separuh jalan, pastu dia sambung balik baca buku cerita dia tu.

Sekarang ni dia tengah giat menulis, cerita apa tak pasti pulak aku kerana aku belum sempat nak baca. Blog dia tu tak de pulak nak update, hai....








Anak kedua ni pulak yang paling mencabar. Mana tak nye, asyik merajuk je. Pantang ada yang tak kena dihatinya, mula tarik muncung dan paling tak tahan, cepat no matanya merah dan berair. Contohnya macam semalam, aku ke jualan 'branded sale', jumpa barangan jenama 'disney', agak murah harganya. So aku pun borong lah perbagai beg, sementelah beg sekolah diaorang dah koyak. Semua dapat, yang perempuan biasalah, mesti gambar princess dan untuk dia sebagai lelaki tunggal mestilah dapat beg 'spiderman'. So, sebelah petangnya sementara menunggu dia balik sekolah (sekolah sesi petang) aku agih-agih kan kepada anak-anak yang lain. Untuk dia aku simpan la dulu. So bila dia balik, dia perasan yang semua orang dapat barang baru dan takde sape pun yang bagi bagi barang kat dia, dia terus assume yang aku tak beli apa-apa untuk dia. Dan teruslah dia menundukkan muka, sambil badannya terus terenjut-enjut. Oleh kerana dah tak tahan nak gelak aku pun hulurlah beg spiderman kat dia dan wallet yang dia dah idamkan lama iaitu wallet yang ada tali yang boleh ikat kat pinggang. Dan barulah mood dia terus bertukar kepada mood ceria. Susah kan? Tu baru satu contoh.



Sorry, gambar dia merajuk tak jumpa lak dalam file


Banyak lagi contoh-contoh lain yang menunjukkan betapa sensitifnya anak lelaki aku sorang ni. Walaupun begitu, sifat sensitif itu lah yang membuatkan dia amat pandai dalam bab-bab memujuk terutamanya bila memujuk adik-beradiknya untuk share something spt gula-gula dengannya, hehehe.....



Yang ketiga ni pulak pesen manja. Dan sebagai anak yang mempunyai senggang umur 4 tahun daripada abangnya, dia agak dimanjakan. So bila dia dah besar, perangai tu dah terbawa-bawa. Kalau dulu semua orang akan beralah dengannya, sekarang tidak lagi. Apatah lagi dengan sikap dia yang suka ambil barang orag tetapi pantang kalau orang ambil barang dia. Tak dapat barang orang dia akan meraung tetapi kalu orang ambil barang dia lagi kuat meraungnya. Cuma yang bagusnya dia ni pandai ambil hati kita, kadang-kadang susah nak marah kat dia ni......

























Yang keempat? payah skit nak cite, kecik lagi ni, belum pun dua tahun. Cuma sifat self defense tu dah ada la jugak, sebab kadang-kadang ayahnya suka buat-buat bergaduh dengan dia dan dia akan melawan balik sampai habis tangan ayah digigit dan dicalarkan. Hmmmm....

Tuesday, July 21, 2009

KENAPA ISTERI GEMUK LEPAS KAHWIN?

Kebanyakan isteri menjadi semakin gemuk selepas kahwin, apatah lagi selepas melahirkan. Hal ini tentunya tidak menyenangkan hati para suami. Ramai yang tidak berpuashati kerana isteri mereka tidak lagi mempunyai potongan gitar/kerengga seperti sebelum kahwin dulu. Banyak blog yang mengutarakan permasalahan ini, terutamanya blog-blog yang dimiliki oleh lelaki. Mereka melahirkan rasa kecewa kerana isteri mereka tidak lagi sedap mata memandang, walaupun mungkin sedap dipeluk, kata mereka, dan bermacam-macam lagi kekecewaan.

So di sini adalah teori aku. Wanita terutamanya suri rumah akan memenuhkan perut isi rumahnya dengan hasil tangan mereka sendiri. Maknanya? Maknanya mereka akan masak untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Bukankah air tangan isteri dan ibu itu adalah pengikat kasih sayang dalam keluarga? So bila wanita masak, tentulah wap dan asap yang terhasil semasa operasi memasak akan dihidu oleh wanita tersebut.

Asap ini sebenarnya mengandungi vitamin-vitamin dan zat-zat yang terpeluwap semasa proses pemanasan. Cuba bayangkan sebanyak mana wap yang terpeluwap dan sebanyak mana asap yang terhasil itu dan dihidu oleh wanita-wanita solehah ini. Banyak kan? Sebab itu selepas dihidu, asap-asap dan wap ini akan memenuhi ruang dalam badan dan bertukar kembali menjadi vitamin-vitamin dan zat-zat yang terkandung dalam makanan. Jika baik vitaminnya maka baiklah hasilnya, tetapi dalam masakan kita, selalu yang kita gunakan adalah minyak dan lemak, maka lemak-lemak lah yang akan disimpan dalam badan. Lemak? Maka gemuk lah wanita.....
Cuba saudara saudari perhatikan pula, kalau yang masak itu adalah tukang masak retoran? Ataupun paling koman, tokey restoran, tengok lah badan diaorang. Besar kan ? Ha.. sebab asap-asap tadilah. Kan kan kan ? Betul tak teori saya? Hahaha, saya pun tak tahu, saje-saje je tulis, merapu malam-malam. Ala, jangan marah bang, nanti kena jual....hehehe......

Kesinambungan 'lagi-lagi selsema'

Dulu saya pernah postkan tentang selesema babi. Saya tinggalkan persoalan kenapa terjadinya selsema demi selsema di dunia ini. Tak sangka UZAR mengeluarkan artikel dan mengupas dengan baik. So di sini saya copy kan artikel daripada UZAR, pandangan beliau tentang selsema ini.
"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.

"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.

"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.

Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?

Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.

Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari.
Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.
***sambungan nya di laman UZAR

Kesinambungan 'ibu dera anak dengan seterika dipenjara'

Suri rumah dera anak bercerai

KLANG – Selepas empat hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, dekat sini kerana kesalahan mendera anak mengguna seterika, suri rumah, Mazlinda Tubari bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Suami Mazlinda, Ismail Rahman seorang pekerja am di sebuah syarikat minyak selaku plaintif melafazkan cerai selepas selepas Hakim Syarie Asrulizam Mustapha meluluskan permohonan itu.
“Saya tidak mempunyai persefahaman, berselisih faham dan isteri saya mencederakan anak,” katanya semasa Asrulizam menyoal alasan hendak bercerai.
Mazlinda yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan itu turut menyatakan persetujuan untuk bercerai, bagaimanapun menafikan satu alasan yang dinyatakan plaintif dalam saman yang diterimanya kerana mengatakan perkara itu tidak berlaku.
“Saya tidak bersetuju alasan untuk ceraikan saya tentang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” katanya.
Asrulizam menyabitkan gugur talak satu kali pertama secara talak rajie dan memerintahkan Mazlinda beredah selama tiga bulan serta pasangan itu diarahkan mendaftarkan perceraian itu di majlis agama.
Mazlinda tenang dan dilihat senyum menerima keputusan itu.

Mazlinda tenang dan dilihat senyum menerima keputusan itu.- apa maknanya ni???