Kedai Buku Online

Tuesday, April 12, 2011

BUKANKAH LEBIH BAIK BEGINI.....

Saya menunggu di dalam kereta sementara menunggu suami keluar ke kedai. Mata melilau melihat sekeliling, saja-saja melihat gelagat manusia. Namun mata saya seakan tidak boleh lari dari melihat kepada hamba Allah ini. Saya sangat kagum. Sebenarnya sudah beberapa lama saya perasan dengan kelibat beliau tetapi baru ini saya berpeluang merakam gambarnya (dan sudah pasti tanpa kesedarannya). Alhamdulillah...insya Allah rezeki yang diperolehi adalah dari rezeki yang halal...


Apapun pekerjaan yang kita lakukan, biarlah yang halal kerana rezeki itu yang akan menjadi darah daging kita, apatah lagi jika rezeki itu untuk di bawa pulang dan diberikan kepada anak-anak.


Gambar di atas adalah gambar seorang wanita yang buta (sebenarnya dia bukanlah buta sepenuhnya, tetapi dalam kategori buta sebab matanya sudah tidak dapat dibaiki walaupun dengan memakai kacamata), mencari rezeki dengan membuat urutan kaki. Yang membuat saya kagum, dia sempat berpesan pada anak saya, "adik nanti kat rumah, rajin-rajin urutkan ibu tau, kasihan ibu penat buat kerja rumah. Belajar betul-betul, nanti dah besar jaga ibu...." katanya sambil menggosok-gosokkan kepala nisaa....


 Yang ini juga adalah golongan kurang upaya yang mencari rezeki bukan dengan cara meminta-minta tetapi dengan melakukan pekerjaan yang halal...walaupun kurang upaya, itu bukan penghalang untuk mereka.

Saya pernah mengalami peristiwa di mana seorang lelaki yang kurang upaya (cacat penglihatan), datang bersama dengan seorang wanita yang kalau dilihat daripada rupanya seperti bukan muhrimnya, meminta-minta sedekah dari orang ramai yang sedang menjamu selera. Ada masa sebagai manusia biasa yang tetap ada penyakit hati, perasaan kurang senang tetap hadir. Apatah lagi apabila pernah melihat golongan yang sama mampu untuk mencari rezeki tanpa meminta-minta. Dan apabila didatangi oleh mereka seperti ini biasanya saya hanya akan gelengkan kepala. Mungkin ada yang beranggapan saya ini adalah kedekut, tetapi katalah apa sahaja, hanya saya yang tahu apa yang rasa.

Kadang-kadang pernah terjumpa golongan seperti ini, 
Selalu saya hanya melihat sahaja. Banyak sangat penipuan yang berlaku menyebabkan saya tiada nafsu untuk menolong. Still pada pendapat saya, mereka masih lagi mampu mencari jalan yang lain untuk mencari rezeki. Pada saya, hendak seribu daya....walaupun tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta.....

"ibu, nak duit..."
"adik nak buat apa?"
"tuuu...adik nak bagi pakcik tu..." lalu saya letakkan duit seringgit di tangannya dan dia berlari ke arah lelaki itu, diletakkan ke dalam cawan dan kemudian berlari kembali ke arah saya.....saya lihat lelaki itu menyambut dengan senyuman.....nampaknya hati si kecil lebih mulia dari ibunya.....

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Anak bongsu kakcik pun sangat suka kalau dapat menghulurkan derma. Budak2, jiwa mereka masih bersih dan tidak mengerti permainan dunia. KALAU TAK SILAP KAKCIK, pengemis yang berbalut2 itu adalah berlakon semata2 - datang dari negara lain ke sini dengan menaiki kapalterbang lagi!

rosnanie said...

kakcik...itu lah maksud sy...bukan anti peminta sedekah ttp ramai yg menipu dr yg betul...

p/s alhamdulillah...semoga hati anak2 ini terus bersih....

Granny Hani said...

akak pernah tawarkan kerja' melipat kain baju' pada seorang peminta sedekah wanita yg muda belia yg datang kerumah akak..Tau apa kata dia? nak bagi bagi aje lah, rumah aje besar tapi kedekut! Tak pasal2 kita yg di marahnya...dah dia tolak rezeki nak buat cam mana kann.

eelobor said...

saya juga berpendapat sama iaitu mereka harus berdikari sendiri DI SAMPING mendapat bantuan daripada masyarakat sekeliling yang terus perihatin. Meminta-minta bukan jalan penyelesaian.....