Kedai Buku Online

Saturday, March 26, 2011

RAJA LAWAK

Raja Lawak Final yg seminggu berlalu dengan kemenangan di pihak lelaki yang menggelarkan dirinya Man... membawa pulang hadiah yang cukup lumayan...RM100,000 tunai dan pelbagai hadiah lain lagi....Namun begitu sebenarnya saya agak keliru dengan lawak yang mereka. Bila habis jer sesi mereka, saya dan suami berpandangan...."tang mana yang lawaknya?" kata suami...

Sejujurnya kami tidak pernah menonton siaran Raja Lawak kerana di rumah kami tiada Astro. Semasa final tu kebetulan kami pulang ke kampung, di rumah adik suami ada Astro, so sempatlah menonton. Dan kesimpulan yang saya dapat dari persembahan mereka, tiada satu pun yang benar-benar boleh dianggap lawak.

Sepanjang rancangan keudara...hanya persembahan dari Zizan dan Johan bersama-sama Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet sahaja yang benar-benar menghiburkan, terutamanya ketika adegan Johan meniru suara Jamal Abdillah. Aksi mereka nampak sangat bersahaja dan Jamal yang selalunya kelihatan kayu apabila membuat persembahan, pada malam itu sangat menarik. Dia juga mampu membuatkan kita ketawa dengan aksi bersahajanya terutamanya ketika menegur Johan yang menyanyi dengan kaki terkengkang-kengkang... katanya....."ko jangan buat malu aku...jamal abdillah mana ada buat macam ni laaa....." katanya sambil buat aksi jalan terkengkang-kengkang tu.....hehehehe........

Part yang paling best bila Johan dan Zizan saling berpelukan sebab Jamal nyanyi lagu Ghazal Utk Rabiah dalam tune tinggi tu....memang lawak sangat!!

So enjoice clip kat bawah ni......

5 comments:

eelobor said...

hehehe, memang saya tak tengok rancangan lawak & tak berapa minat. jadi tak berapa nak tahu layak ker tak man tuh juara.

eelobor said...

tapi memang pengacara tuh jer yang lawak nyer....

rosnanie said...

ee...tu la pasal....pengacara memang happening.....

Mat Rosli Ishak said...

sy rasa rosnani patut tengok lawak man dari awal hingga akhir , bg sy man memang layak jadi juara berbanding dgn pelawak yg lain.Yang lain memang x menyengat..man memang ok..

rosnanie said...

Salam en Rosli...terima kasih singgah...

saya tak kata man x layak menang, tetapi saya xfaham ttg lawaknya... bukan dia jer, ttp semua peserta, mgkn kerana saya xikut dr awal, jd sy xtahu...

p/s...kt rmh xprnh ada astro.... malas nk tgk dr youtube....