belum ada mood nak menulis secara serius...walaupun sudah selesai menanda kertas peperiksaan akhir, tetapi masih terkial-kial di depan komputer...sudahnya menulis apa yang tak perlu di tulis.....cadang nak sambung PBAKL bahagian 2, tapi nanti dulu lah ye....selebihnya nak bercerita tentang persoalan yang dibawa oleh anak selepas balik sekolah beberapa hari yang lalu... nak cerita pasal ni kena ada kekuatan sebab persoalan yang dibawa agak berat...simpan dulu la ye.....
dalam tak ada mood nak menulis, novel yang dibeli sudah dua yang dihabiskan....yang lain...pelan-pelan... selebihnya, hati sedang bergembira sebab hari sabtu ni nak balik kelantan.....yeahhhhhhh........ balik kampung ohoho balik kampung......hehehe....
rosnanie
a story to share a moment to remember
Kedai Buku Online
Thursday, April 28, 2011
Friday, April 22, 2011
PBAKL 1 - DI SINI KITA BERTEMU
Chewah...tajuk cam jiwang jer....hehehe...
Hari ini pesta buku antarabangsa kuala lumpur PBAKL 2011 sudah bermula. Saya yang sejak awal-awal lagi membuat tempahan bas, sangat teruja dan menghitung hari untuk ke sana. Sesampainya saya di PWTC, saya terus ke booth-booth yang ada, membelek-belek buku yang berkenan, dan dalam masa yang sama mencari booth creative enterprise. Pusing punya pusing, aikkk....tak jumpa pun.....yang sangat banyak jumpa adalah booth grolier, linguaphone dan beberapa booth bahasa yang lain....dan mereka ini sangat mengganggu ketenteraman serta keselesaan saya untuk meninjau dan memilih buku-buku. Ramai daripada mereka sanggup mengekori serta mengejar pengunjung dan ianya sangat mengganggu. Dan saya..."o takpe...takpe...tak minat", sambil berjalan dengan pantas...kalau ikut ragam mereka, boleh sakit kepala dibuatnya.
Cari punya cari, pusing punya pusing, sudahnya saya ambil keputusan untuk menelefon sendiri kak azie...lepas tu...hehehe...saya jumpa akhirnya booth creative enterprise...laaa.....dah lalu rupanya, tapi tak perasan. Yang tak sedapnya rupanya kak azie dah tunggu saya dari pukul 10. Sorry banyak-banyak kak, kami dari office pun dah kul 10.30 sebab ada kawan yang meeting. Sampai PWTC, kononnya nak cari sendiri la, alih-alih tak jumpa baru nak menelefon...hehe....
kami bergambar kenangan di hadapan booth Creative...sebenarnya lebih kepada rak buku-buku yang sedang dipromosikan oleh kak azie
Sebenarnya, sebelum pesta buku antarabangsa kuala lumpur bermula, saya membuat temujanji dengan kak azieazah. Dia bertugas lagi sebagai promoter di booth Creative Enterprise tahun ini. Satu pengalaman yang pada saya sangat berharga. Rajin kak azie, dalam kesibukan dia sebagai ibu dan isteri, masih lagi mencuri peluang untuk menimba pengalaman, mencari kelainan. Bila tengok dia, timbul juga keinginan, tetapi ehem...ehem...xberapa nak rajin ler...hehehe.
Lebih kurang seminggu sebelum pesta buku bermula saya sms kepada kak azie, set date untuk dating walaupun maklum, bukan boleh dating sangat sebenarnya kalau nak diukur kepada tahap kesibukan kak azie di sana, tetapi tetap curi masa dia untuk bertemu. Dan dek kerana selalu sangat melihat wajah kak azie di laman-laman sesawang ni, terutamanya di blognya, membuatkan saya sangat senang untuk mengecam wajahnya.....dari jauh saya lihat dia dihadapan rak buku yang sedang dipromosikannya....dan dia menyambut saya dengan senyuman....fuhh....gaya macam orang yang dah lama kenal....dan memang betul, kak azie ni peramah orangnya....really nice knowing you kak azie....
inilah gaya promoter profesional...sampai saya sendiri beli dua buah buku yang kak azie promote...hehehe... kerana kak azie, ku beli jua...hehe...tapi, "buku ni best, akak dah baca, memang best" katanya. kalau tengok gaya mesti orang ingat kak azie memang kerja kat creative...
Pukul 1 lebih time rehat kak azie, kami kembali bersalaman sebab terpaksa berpisah. Kak azie nak makan dan solat dan saya pun mengejar masa sebab driver akan datang pada pukul dua. Sayonara kak azie, sehingga bertemu lagi...sayonara PBAKL, sehingga kita jumpa lagi di tahun hadapan...insya Allah.
Hmmm....pusing punya pusing, belek punya belek, rupanya dekat 500 ratus juga dihabiskan termasuk 100 lebih kiriman orang. Alhamdulillah, masih dibawah budget. Bila balik kat rumah, tunjuk beg duit kat anak..."kakak....i'm broke" ...."kah...kah...kah..." giler-giler si nabila tu gelak....haru betul dengan budak ni.... hish!
Buku yang dah banyak kali diulang cetak...kali pertama terbit pada tahun 2005
dek kerana malas nak gi jumpa penulisnyer yang berada di booth Jemari Seni (saya dari booth JS sebelum jumpa kak azie, orang ramia beratur untuk jumpa Noor Suraya), dan sebenarnya tak berminat nak jumpa pun, saya minta kak azie wakilkan bagi pihak penulis untuk sign autograph dan dengan senang hati disambut oleh kak azie... thanks kak azie.....
***walaupun penat giler sebab menapak dan mengangkut buku...tapi tetap nak menulis, takut cerita dah basi...huhuhu.....
Tuesday, April 12, 2011
BUKANKAH LEBIH BAIK BEGINI.....
Saya menunggu di dalam kereta sementara menunggu suami keluar ke kedai. Mata melilau melihat sekeliling, saja-saja melihat gelagat manusia. Namun mata saya seakan tidak boleh lari dari melihat kepada hamba Allah ini. Saya sangat kagum. Sebenarnya sudah beberapa lama saya perasan dengan kelibat beliau tetapi baru ini saya berpeluang merakam gambarnya (dan sudah pasti tanpa kesedarannya). Alhamdulillah...insya Allah rezeki yang diperolehi adalah dari rezeki yang halal...
Apapun pekerjaan yang kita lakukan, biarlah yang halal kerana rezeki itu yang akan menjadi darah daging kita, apatah lagi jika rezeki itu untuk di bawa pulang dan diberikan kepada anak-anak.
Gambar di atas adalah gambar seorang wanita yang buta (sebenarnya dia bukanlah buta sepenuhnya, tetapi dalam kategori buta sebab matanya sudah tidak dapat dibaiki walaupun dengan memakai kacamata), mencari rezeki dengan membuat urutan kaki. Yang membuat saya kagum, dia sempat berpesan pada anak saya, "adik nanti kat rumah, rajin-rajin urutkan ibu tau, kasihan ibu penat buat kerja rumah. Belajar betul-betul, nanti dah besar jaga ibu...." katanya sambil menggosok-gosokkan kepala nisaa....
Yang ini juga adalah golongan kurang upaya yang mencari rezeki bukan dengan cara meminta-minta tetapi dengan melakukan pekerjaan yang halal...walaupun kurang upaya, itu bukan penghalang untuk mereka.
Saya pernah mengalami peristiwa di mana seorang lelaki yang kurang upaya (cacat penglihatan), datang bersama dengan seorang wanita yang kalau dilihat daripada rupanya seperti bukan muhrimnya, meminta-minta sedekah dari orang ramai yang sedang menjamu selera. Ada masa sebagai manusia biasa yang tetap ada penyakit hati, perasaan kurang senang tetap hadir. Apatah lagi apabila pernah melihat golongan yang sama mampu untuk mencari rezeki tanpa meminta-minta. Dan apabila didatangi oleh mereka seperti ini biasanya saya hanya akan gelengkan kepala. Mungkin ada yang beranggapan saya ini adalah kedekut, tetapi katalah apa sahaja, hanya saya yang tahu apa yang rasa.
Kadang-kadang pernah terjumpa golongan seperti ini,
Selalu saya hanya melihat sahaja. Banyak sangat penipuan yang berlaku menyebabkan saya tiada nafsu untuk menolong. Still pada pendapat saya, mereka masih lagi mampu mencari jalan yang lain untuk mencari rezeki. Pada saya, hendak seribu daya....walaupun tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta.....
"ibu, nak duit..."
"adik nak buat apa?"
"tuuu...adik nak bagi pakcik tu..." lalu saya letakkan duit seringgit di tangannya dan dia berlari ke arah lelaki itu, diletakkan ke dalam cawan dan kemudian berlari kembali ke arah saya.....saya lihat lelaki itu menyambut dengan senyuman.....nampaknya hati si kecil lebih mulia dari ibunya.....
Saturday, March 26, 2011
RAJA LAWAK
Raja Lawak Final yg seminggu berlalu dengan kemenangan di pihak lelaki yang menggelarkan dirinya Man... membawa pulang hadiah yang cukup lumayan...RM100,000 tunai dan pelbagai hadiah lain lagi....Namun begitu sebenarnya saya agak keliru dengan lawak yang mereka. Bila habis jer sesi mereka, saya dan suami berpandangan...."tang mana yang lawaknya?" kata suami...
Sejujurnya kami tidak pernah menonton siaran Raja Lawak kerana di rumah kami tiada Astro. Semasa final tu kebetulan kami pulang ke kampung, di rumah adik suami ada Astro, so sempatlah menonton. Dan kesimpulan yang saya dapat dari persembahan mereka, tiada satu pun yang benar-benar boleh dianggap lawak.
Sepanjang rancangan keudara...hanya persembahan dari Zizan dan Johan bersama-sama Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet sahaja yang benar-benar menghiburkan, terutamanya ketika adegan Johan meniru suara Jamal Abdillah. Aksi mereka nampak sangat bersahaja dan Jamal yang selalunya kelihatan kayu apabila membuat persembahan, pada malam itu sangat menarik. Dia juga mampu membuatkan kita ketawa dengan aksi bersahajanya terutamanya ketika menegur Johan yang menyanyi dengan kaki terkengkang-kengkang... katanya....."ko jangan buat malu aku...jamal abdillah mana ada buat macam ni laaa....." katanya sambil buat aksi jalan terkengkang-kengkang tu.....hehehehe........
Part yang paling best bila Johan dan Zizan saling berpelukan sebab Jamal nyanyi lagu Ghazal Utk Rabiah dalam tune tinggi tu....memang lawak sangat!!
So enjoice clip kat bawah ni......
Sejujurnya kami tidak pernah menonton siaran Raja Lawak kerana di rumah kami tiada Astro. Semasa final tu kebetulan kami pulang ke kampung, di rumah adik suami ada Astro, so sempatlah menonton. Dan kesimpulan yang saya dapat dari persembahan mereka, tiada satu pun yang benar-benar boleh dianggap lawak.
Sepanjang rancangan keudara...hanya persembahan dari Zizan dan Johan bersama-sama Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet sahaja yang benar-benar menghiburkan, terutamanya ketika adegan Johan meniru suara Jamal Abdillah. Aksi mereka nampak sangat bersahaja dan Jamal yang selalunya kelihatan kayu apabila membuat persembahan, pada malam itu sangat menarik. Dia juga mampu membuatkan kita ketawa dengan aksi bersahajanya terutamanya ketika menegur Johan yang menyanyi dengan kaki terkengkang-kengkang... katanya....."ko jangan buat malu aku...jamal abdillah mana ada buat macam ni laaa....." katanya sambil buat aksi jalan terkengkang-kengkang tu.....hehehehe........
Part yang paling best bila Johan dan Zizan saling berpelukan sebab Jamal nyanyi lagu Ghazal Utk Rabiah dalam tune tinggi tu....memang lawak sangat!!
So enjoice clip kat bawah ni......
Tuesday, March 15, 2011
I TOOK OFF MY HIJAB
Jangan terkejut ye dengan tajuk entry ni, bukan saya yang buka tudung tetapi ini adalah satu page yang diwujudkan oleh seorang perempuan yang pada asalnya bertudung tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak bertudung. Wanita ini bernama Semra Celebi, seorang warga Turki tetapi kini menetap di Amsterdam. Dia berpendapat yang seseorang itu tidak perlu memakai tudung untuk membuktikan yang dia adalah seorang muslimah yang baik.
Kepada semua rakan-rakan, saya bukannya seorang yang anti dengan orang yang tidak bertudung. Tidak sama sekali. Saya ada ramai kawan yang tidak bertudung tetapi pada saya kewujudan page ini sangat mengganggu. Walaupun page ini diwujudkan kerana ingin berkongsi pengalaman tetapi dalam masa yang sama ia juga diwujudkan atas dasar kebebasan bertudung dan mempertikaikan peraturan Islam tentang pemakaian tudung
Cerita ini mula saya ketahui semasa melayari blog isuhangat. Dan apabila saya mencari sendiri di FB, saya dapat membaca sendiri perbahasan mereka berkenaan isu bertudung ini. Ramai yang membantah, ramai yang menasihati malah ramai cuba membuatkan pemilik page supaya menarik kembali page ini. Namun begitu tak kurang juga orang yang bersetuju dengan pemilik page ini malahan ada yang lebih teruk, menggalakkan lagi mereka untuk tidak bertudung. Dan lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil kesempatan untuk mengutuk dan mencerca Islam terutama dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Ramai yang cuba memujuk dengan kata-kata yang dia nampak lebih cantik apabila bertudung berbanding jika tidak bertudung. Saya juga pernah menggunakan ayat yang sama, namun kemudian saya sedar bahawa kata-kata sedemikian tidak relevan lagi untuk seseorang yang sudah dewasa dan akil baligh. Mereka bukan lagi seorang anak kecil yang semudah dibeli dengan kata-kata manis. Dipuji-puji, dibelai-belai, maka akan mengikut perintah. Tetapi mereka sudah dewasa dan matang yang mungkin akan menjadikan our sweet talk itu sebagai kata-kata sindiran. Mungkin akan terlintas difikirannya...."nak beli jiwa ler tu".
Memang tak dinafikan wanita memang sukakan pujian tetapi jika tidak kena pada tempatnya maka akan menimbulkan perasaan meluat di dalam hatinya. Buat seseorang seperti Samra Celebi, bertudung untuk nampak lebih cantik bukanlah matlamatnya. Dia cuma mahu membuktikan kepada dunia, walaupun dia tidak bertudung tetapi dia tetap mampu menjadi seorang muslimah yang baik, malah mungkin lebih baik dari wanita bertudung yang lain, dan itulah juga yang difikirkan oleh kebanyakan muslimah kita yang tidak bertudung.
Betul, anda mampu dan anda sebenarnya adalah seorang yang baik. Selagi kita meninggalkan larangan Allah, selagi kita mampu membuat kebaikan dan kebajikan di dunia ini, kita adalah seorang yang baik. Namun menjadi baik sahaja adalah tidak cukup sebab yang kita perlukan adalah solehah. Pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan rasulnya. Apakah itu ketaatan? Ketaatan adalah kepatuhan kepada sesuatu perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Rosulullah saw bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah.”
Apakah yang diperintah oleh Allah kepada kita ialah kewajiban menutup aurat. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
- suami mereka atau
- bapa mereka atau
- bapa mertua mereka atau
- anak-anak mereka, atau
- anak-anak tiri mereka atau
- saudara-saudara mereka atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
- perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
- orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)
Untuk menjadi seorang muslim perlu melakukan 5 perkara yang disebut sebagai Rukun Islam. Namun untuk menjadi muslim yang baik, perlu beriman kepada 6 perkara yang disebut sebagai Rukun Iman.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Jika benar kita adalah seorang muslim, sudah tentu kita wajib beriman dengan Allah. Jika kita beriman kepada Allah, tentu kita percaya kepada kekuasaannya. Jika percaya kepada kekuasaannya, maka tentu kita percaya kepada hari kiamat iaitu hari Pembalasan. Sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran, kiamat adalah hari di mana segala amalan kita akan dihitung, segala amalan baik akan diberi ganjaran syurga dan segala amalan yang tidak baik akan diberikan balasan neraka.
Tentu ramai yang tahu tentang peristiwa Isra' Mi'raj di mana Rasulullah SAW dibawa melihat keadaan neraka. Rasulullah SAW melihat ramai wanita digantung rambutnya dan dibakar. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat, apakah kesalahan wanita-wanita tersebut, maka jawablah malaikat, mereka digantung rambutnya dan dibakar kerana mereka memperlihatkan rambut-rambut mereka kepada pandangan lelaki yang bukan muhrim mereka. Dan rasanya tidak perlu saya ulas di sini kerana ramai yang sudah maklum.
Memakai tudung tidak perlu ditunggu sehingga semua perkara lengkap kita lakukan kerana kepincangan boleh diperbaiki dari masa ke masa. Dan yang paling penting memakai tudung bukanlah kerana kecantikan, kerana ikutan, kerana fesyen semata-mata. Tetapi pakailah tudung kerana itulah yang disuruh oleh Allah. Jika kita boleh solat kerana Allah suruh, boleh puasa kerana Allah perintah, maka kita juga mampu bertudung keranaNya. Jangan tunggu sehingga kita merasakan hati kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya kerana keikhlasan kita tiada kayu yang boleh mengukur, hatta kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sejauhmana keikhlasan kita.......
wallahua'lam......yang baik itu dari Allah...yang buruk itu kelemahan diri saya....
*
Subscribe to:
Posts (Atom)