Kedai Buku Online

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Lagi dua hari Insya Allah umat Islam akan menyambut hari Raya Aidil Fitri. Bermakna lagi dua hari jugalah hari untuk kita mendapat pahala ibadat extra. Semua orang rasanya akan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara. Kemeriahan hari raya mula terasa bahangnya. Dalam ingatan mula terbayang-bayang wajah-wajah keluarga tercinta, mula terbayang-bayang keenakan juadah di pagi raya. Maka segala-galanya bakal menggamit rasa girang di hati, membuatkan hati melonjak-lonjak untuk cepat sampai ke kampung.
Buat saudara-saudari yang bakal balik beraya dengan kereta sendiri harap memandu dengan berhati-hati, jika menaiki kenderaan awam harap selalulah memantau pemandunya, jangan ada yang mengantuk ketika memandu dan juga memandu dengan laju. Semoga kepulangan kita dalam keadaan yang selamat.
Hari ini mungkin hari terakhir saya dapat menjenguk blog ini. Kat kampung tiada internet, broadband pun takde, mungkin cerita akan ditangguhkan untuk seminggu
Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN mungkin kita tidak pernah bersua tetapi tulisan kita menyatukan kita semua

Wednesday, September 16, 2009

KILAT

Si kecil sedang sibuk membentangkan sejadah, kemudian dia mula bersolat. Sampai rakaat kedua tiba-tiba dia pusing, "ibu, kilat kat mana?" "Hah?" Aku terpinga sebentar dan kemudian dapat menangkap soalannya. " Betul la tu..." Aku menjawab dan dia mula menyambung solatnya, tonggang tanggik dia bersolat dengan mulut terkumat kamit seolah-olah membaca bacaan dalam solat. Dalam pada itu sempat aku tersenyum, KILAT tu sebenarnya KIBLAT...hehehe...biasa la, soalan budak empat tahun....

Sunday, September 13, 2009

Guru Yang Bijaksana

Suatu kisah yang wajib didalami dan diambil ikhtibar oleh kita semua...semoga kita akan terus meneladaninya....

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
.
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

Cerita lanjut di Telaga Biru

Ambillah sebanyak mana ikhtibar kerana dunia sekarang terlalu banyak pancarobanya.....

MOTOR RACING

Dapat gambar-gambar ni daripada email. Just for fun...cuci mata....







Angka dalam Islam

ANGKA 1:
Istiqamah, iaitu satu jalan .Awalnya kemuliaan,pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.


ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .Dapat memadamkan kepanasan api dipadang mahsyar :


1)Air mata orang yang menangis {bertaubat
kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.


ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.


ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang diberikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:


1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa
yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak
yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam
urusan dunia dan akhirat.


ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}


ANGKA 6:
Enam cara menghindar dari iblis:
1)Bertaqwa kepada Allah di mana-mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan
ibadah disamping asasnya ilmu yang bermanafaat.


ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum


ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis
8) Mempertakuti bahawa ia akan lari.


ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu berikut:


1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
Ingin dihormati {gila pujian}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.


ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:


1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8) Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati di bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau di malam
jumaat....


WASSALAM.....

Friday, September 11, 2009

SO CUTE

Salam ramadhan untuk kita semua....moga-moga amalan kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun lepas

Ramadhan kali ini kita jalani dalam suasana yang kejap panas, kejap hujan. Time hujan rasa lebih cergas untuk kita menghadapi ibadat puasa. Yang agak teruk bila cuaca panas yang melampau, masa ni betul-betul dugaan, kita yang dewasa pun tak tahan apatah lagi anak-anak. Tetapi Alhamdulillah, saya dan anak-anak masih lagi teguh bertahan.

So, di sini saya nak kongsikan wajah-wajah dan aksi-aksi comel yang keletihan....so layan yer....







































































































































































































































































Monday, September 7, 2009

Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.
Dah berminggu dah tak update blog. Setelah beberapa lama, tabiat saya dah kembali kepada tabiat lama - gemar membaca berbanding menulis. Bukan apa, membaca tidak menggunakan otak yang banyak, lebih mudah, jimat masa, jimat wang - eh..eh.. sejak bila jimat wang kalau kena beli buku kat MPH, kurang-kurang terbang RM50 sekali beli....hehehe...

Hari ini telah pun masuk 17 hari umat Islam manunaikan ibadah puasa. Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Jika sebelum ini solat suboh saya sering di hujung waktu, bulan ramadhan ini Alhamdulillah diawal waktu. Kalau hari bekerja, pukul 6/6.15 baru bangun pagi, mandi dan bersiap, paling awal solat pukul 6.30. Kalu hari cuti lagi teruk, dekat pukul 7 baru nak solat. Teruk betul. Bila dikenang-kenang balik, teruknya, confirm tak dapat aura solat di awal waktu. Alhamdulillah, di bulan berkat ini, seusai sahur, kami terus bersiap untuk solat suboh dan paling utama suami akan pastikan sekurang-kurangnya dia beserta anak-anak akan solat berjemaah (saya selalu tak sempat pagi nak jemaah atas sebab2 tertentu...hehe..). Itulah berkahnya bulan ramadhan.

Anak-anak pula lebih kerap diajar mengaji oleh ayah mereka sampaikan si kecil nadhira pun sibuk nak baca iqra' juga. Yang lucunya dia pun sama macam kakciknya gendong iqra' tunggu turn untuk baca. Biasanya dia yang paling last la. Ayah dia sebut dan dia ikut walaupun sebutan tak betul mana, ya la kan cakap biasa pn tak betul lagi, nak baca iqra

Waktu malam pulak, selepas berbuka kami akan jemaah maghrib dan isyak sama-sama, disusuli dengan terawikh. Kalau dulu, jemaah ni agak kurang tapi sekarang tiap-tiap malam. Lepas tu barulah aktiviti bebas. Kebiasaannya tak sempat nak bebas mana sebab habis terawikh dah pukul 9 lebih, anak-anak saya paksa tidur awal untuk elakkan daripada mereka liat nak bangun sahur.

Di ramadhan ini juga saya bersyukur kerana sempat memasak untuk juadah berbuka terutama di waktu cuti. Kalau bersahur memang tak pernah la beli kan...? Hari bekerja, kadang-kadang terpaksa beli sebab tak sempat nak masak yang best-best. Setakat goreng ikan, masak nasi, buat air, sempat la. Kalau gulai-gulai, alamat tak berbuka la kami hari tu. Kuih...? Pernah le buat cucur udang sekali, yang lain beli je kalau teringin. Teringat dulu masa kecil-kecil, mak kita dulu hari-hari buat kuih, siap boleh bagi jiran-jiran lagi. Kita sekarang, kuih tunjuk je le....