Kedai Buku Online

Thursday, December 31, 2009

DUGAAN

Salam ceria

Semalam semasa berkunjung ke salah satu department store, saya terjumpa dengan seorang kawan lama. Nak kata rapat sangat dulu, tak lah jugak tetapi rapatlah. Sembang punya sembang, tiba-tiba terkeluar cerita.... mungkin dia dalam tekanan sehingga dia sanggup bercerita, ataupun mungkin lebih kepada ingin meluahkan perasaan.

Kasihan kepada kawan saya itu, pelbagai dugaan yang dihadapinya dan rupa-rupanya telah hampir lima tahun dia mememdamkan perasaan. Bayangkan perasaan kita jika ibu bapa kita bercerai, dan yang lebih menyedihkan ibu kita tidak mengakui kita anak dengan alasan kita anak ayah. Ibu apa yang sanggup membeza-bezakan anak sebegitu? Kemudian terpaksa pula tinggal bersama ayah yang tinggal serumah bersama perempuan yang bukan isteri.

Dia betul-betul terkilan kerana ayahnya membuat perangai sebegitu, walaupun telah ditegur berkali-kali. Dan katanya lagi, yang paling dia tidak suka adalah kerana perangai perempuan itu yang suka mencari pasal dengannya. Dia tidak tahan kerana sikap ayahnya yang lebih mempercayai cakap perempuan itu berbanding dia, anak sendiri.

Malang menjadi bertimpa-timpa apabila dia ditipu oleh teman lelakinya. Banyak wang yang diberi pinjam lesap sebegitu sahaja.  Bila dihubungi tidak pernah diangkat. Dia menjadi buntu. Wang gajinya tinggal sedikit kerana perlu membayar hutang sana sini akibat menolong orang. Wang simpanan telah kosong dikeluarkan. Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut membayar hutang pinjaman bank kerana terlibat dengan jualan langsung setelah dipujuk rayu oleh kawannya dengan alasan barang-barang tersebut telah ada pembelinya. Puluhan ribu yang dipinjam bank, barang dibeli, modal lesap. Yang tinggal adalah hutang-hutang yang perlu dilunaskan

Mungkin cerita ini nampak seperti dongengan, tetapi itulah realitinya. Air mata yang mengalir bagai tidak pernah mahu berhenti. Dia nampak seperti tiada masalah, tetapi di dalam sarat dengan pelbagai cerita sayu dan sendu...

Tuesday, December 29, 2009

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

Salam, artikel ni saya cedok dari web Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman, sangat mengesankan ceritanya. Harap dibaca ulasan UZAR sampai habis.


Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -

jawapan dalam web UZAR


update pada 30 Disember 2009

Untuk Diera dalam artikel di atas, sebenarnya jalan untuk nya terlalu luas, dia sahaja yang refuse untuk melalui jalan itu.


Adatnya jika kita mahukan sesuatu, kita tentu akan berusaha ke arah itu. Jika kita hanya menunggu masa yg akan sampai, ianya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Bukan kah baik jika kita berdoa dan memulakan langkah pertama. Dia menyatakan yg dia sentiasa menjaga tingkah laku dan solatnya. Bukankah lebih baik jika perilaku baik itu disusuli dengan kesempurnaan pakaiannya, supaya sempurna semua amalannya.

Sebagai contoh, jika dia bersolat, pahala untuknya. Seusai solat itu dia keluar dari rumah dengan tidak menutup aurat, dan berjumpa dengan bukan mahramnya, dan lelaki itu melihatnya, maka dosa tercatat di situ untuk dia dan untuk lelaki itu. Bayangkan sehelai rambut jika terlihat oleh lelaki bukan mahramnya, makan 70 tahun di neraka, jika keseluruhan kepala? Itu baru seorang lelaki yang melihat rambutnya, jika 100 aatau 200 orang lelaki yang melihatnya? Itu belum lagi dicampur dengan dosa kerana kita menyebabkan lelaki lain berdosa melihat aurat kita. Adakah dosa itu boleh diseimbangkan dengan pahala solat yang kita dapat pada hari itu? Wallahualam....
*

5S

Salam
Hari ini merupakan hari untuk diaudit 5S. Semua orang kalut nak menyiapkan apa yang patut. Walaupun rasanya tiada siapa yang suka dengan 5S ni, tapi buat la jugak. Bagi seorang pensyarah macam saya, kertas-kertas dan dokumen memang banyak. Belum lagi dicampurkan dengan tugasan, kuiz dan ujian student. Memang berlambak-lambak.

Alhamdulillah audit diadakan pada ketika semua pelajar sudah tidak ada, jadi kebanyakan tugasan, kuiz dan ujian semua sudah diserahkan kembali kepada pelajar. Kalau tidak kat mana lah hendak diletakkan dan disorokkan semua kertas-kertas tu.

Cuma yang kelakarnya adalah proses pelabelan. Semua benda nak kena label, pastu ada pulak yang buat lawak, spender tak nak label ker. Konon-konon macam perli ler tu. Dah itu protokolnya, ikut jer ler.

5S, kemudian ditukar namanya kepada QE (quality environment). What ever it's name....

5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Selalu
*

Sunday, December 27, 2009

HALAL TAPI HARAM


Camana nak cakap ek, pakaian halal, tp aplikasi dh jd haram. Bukankah sepatutnya pakaian yang sopan ini tidak dicemari?

Friday, December 25, 2009

PILIHAN

Salam

Beberapa blog yang dibaca membuat kuiz untuk hujung tahun ni, dan rasanya sayapun terkena virus kuiz dari mereka. Tapi jangan risau kuiz saya cuma satu soalan dengan dua pilihan jawapan sahaja, hehe, tapi kalau nak bagi seronok skit, sebab jawapan dia A atau B jer, bagi ler alasan sebab apa kita suka jawapan tu... senang kan?

*
Soalan : Jika anda cuma diminta memilih satu dari dua hiburan di rumah apakah yang anda akan pilih? Sila berikan jawapan beserta alasannya sekali

Pilihan A : Internet (streamix, P1wimax, broadband, jaring, dsb)
Pilihan B : Astro

Anda tidak dibenarkan memilih kedua-duanya sekali kerana hadiahnya adalah Internet atau Astro yang sudah pun berada di rumah anda sendiri...
*
>> hehehe.... jgn marah ler kawan-kawan



*cuma bagi saya, jika disuruh pilih satu antara dua, saya akan memilih internet di rumah berbanding astro. Dan sememangnya di rumah saya sekarang sememangnya hanya ada internet, tetapi tiada astro. Tetapi bukan lah kerana en suami menyuruh memilih satu daripada dua, tetapi saya sendiri yang merasakan kehadiran astro di rumah tidak memberi erti sangat kepada saya berbanding internet. Alangkan tiada astro pun mereka dah berebut tv, rasanya ada astro lagi haru.

Kadang-kadang anak-anak ada merungut sebab tiada astro, apatah lagi bila cuti, kononnya mereka bosan. Tapi saya dan suami selalu memberitahu mereka, selain dari channel kartun, ceria dan ria, apa lagi yang menarik pada astro? Rasanya itu aje lah. Cuba bandingkan dengan internet, kartun ada- buka aja youtube, games ada, taip ajelah games, macam2 games keluar, movie ada, berita ada, lagu ada, cerita ada, pengetahuan ada, pendek kata macam-macam ada (walaupun moto ni astro yang guna).

Dulu pernah nabila balik sekolah bagitau, cikgu minta murid2 carikan tentang tendril. Dia dah susah hati dah sebab tak tahu nak cari kat mana. Saya pun buka internet, google jer tendril. Haa.. macam-macam artikel keluar. Saya copy, paste, merge, print, bind, esoknya dia terus hantar ke cikgunya. Pastu sempat saya sound kat mereka, "kat astro boleh dapat tak benda ni?" sambil tayang assignment yang dah siap di'bind'.


Tapi tidaklah bermakna tak boleh ada kedua-duanya di rumah, cuma jika kita diminta memilih satu daripadanya apakah yang terpilih.... ada dua-dua, itu bonus namanya
*

Thursday, December 24, 2009

ngantuknyer

dah dua hari tidur lambat
dah dua malam saya pulun
habiskan 1 novel 1 malam
malam ni mengantuk sungguh
dah tak boleh nak baca apa novel pun
baru pukul 11, mata macam dah tak boleh nak celik
siang hari cuba lelapkan mata, tapi degil betul
sudahnyer kepala yang pening
aduh, batuk pun sakit kepala
ngantuk nyer
zzzzzzzzzzzzz

p/s ZZ, bukan kuseru nama mu.....

Wednesday, December 23, 2009

SOALAN CEPUMAS

Dialog di suatu petang...

Anak: Ibu ngan ayah ni dah kawin ke belum?

Ibu: Ngaper?

Anak: Ya la, dah kawin ke belum kak cik tanya, ibu ni....

Ibu: Ya la ngape kakcik nak tahu? Mestilah ibu ngan ayah dah kawin

Anak: Bila? Kakcik tak nampak pun....
Ibu: Lama dah.... Ngaper kakcik tak datang ker masa ibu ngan ayah kawin dulu? (soalan saja melayan)

Anak: Oooo.... ibu kawin masa yong kawin hari yea...? (ni mesti kes kami bergambar sama kt pelamin hari tu)


(yong-pengantin, tu sepupu dia, yang baru kenduri 19/12 hari tu)

Ibu: Tak.... lama lagi...duuuulu-dulu (konon nak bagi tau dah lama dah ni)
Anak: Ngaper ibu tak bawa kakcik sekali? Kakcik nak jugak tengok ibu kawin ngan ayah
*sampai sini saya dan suami dah tak tahan dah, sudah nyer berdekah-dekah kami ketawa. Hai macam-macam budak 4 tahun ni punya soalan

Dia, kakak dia dan 2 orang sepupu dia (adik beradik jgk) jd flower girl hari tu, sebab tu mekap lebih

Bersama sepupu-sepupu yang lain- amirul (baju merah), orang lain bergambar, elok jer, dia main game, ni ok lagi, gambar raya hari tu lagi haru, takde satu pun gambarnya elok, macam2 mimik muka dia buat

Posing flower girls- kakcik tu posing pandai, tapi bila suruh senyum dia taknak, alasannya tak suka, padahal semua orang tahu dia malu sebab gigi dia hitam dan rongak


Flower girls sambut pengantin, nampak tak si kecil berbaju pink tu? Tak perasan rupanya masa keluar rumah dia sarung kasut biru... hehehe... rosak gambar
Kakak, nak jugak posing.....
*

Tuesday, December 22, 2009

DOAKAN SAYA

Salam,
Semalam teman suami ke bank. Sementara tunggu suami selesai urusan saya dan anak-anak awalnya bersama-sama dengannya tunggu di dalam bank tersebut. Tetapi, biasa lah anak-anak yang aktif, tak tahu duduk diam, akhirnya suami buat keputusan supaya kami menunggu sahaja di dalam kereta. Saya merasa lega kerana saya tidak perlu lagi terlalu sibuk mengawal mereka, apatah lagi si kecil tu yang sampai baring-baring atas lantai, bila kita angkat dia lembikkan badan.
Tidak berapa lama selepas kami berada dalam kereta, tiba-tiba datang seorang lelaki menjual keropok. Dari pakaiannya (dia memakai jubah dan kopiah) nampak macam orang baik-baik sahaja. Bila dia unjukkan keropok saya cuma gelengkan kepala tanda tak mahu. Tapi mengejutkan bila dia tetap tidak mahu berganjak dan mahu saya turunkan cermin kereta. Saya terus gelengkan kepala sambil tunjuk kepada keropok untuk memberitahu lagi yang saya tak mahu beli keropok tu. Bukan niat nak menyombong tetapi bukan jenis saya beli sembarangan macam tu, sementelah kat rumah, stok keropok berpaket-paket, nak goreng jer malas.
Bila saya tak mahu buka tingkap, dia cakap dengan kuat, sampai saya boleh dengar suara dia, "kak tak nak beli tak per, doakan saya jer". Pada masa itu walaupun tak faham apa maksudnya, saya cuma anggukkan kepala. Tapi lelaki tu seolah-olah tidak berpuashati, dia tetap mahu saya buka tingkap kereta. Saya buat secara isyarat, saya tunjuk kepada keropok, saya tak nak tetapi saya doa. Pun dia masih tidak berpuashati, marah jer rupanya, tergeleng-geleng kepalanya. Saya mula tidak pedulikan dia, walaupun dalam hati terasa takut juga, risau dia naik angin, sedangkan saya hanya dengan anak-anak sahaja di dalam kereta. Alhamdulillah kereta telah dikunci awal-awal lagi walaupun dia tidak menunjukkan tanda-tanda nak buka pintu sendiri.
Tiba-tiba dia bergerak menjauhkan kereta dan bila saya berpusing untuk melihatnya saya nampak dia menuju ke arah suami saya yang sedang menuju ke arah kereta. Bila suami buka pintu kereta saya boleh dengar dengar jelas apa yang dia katakan, "abang tak nak beli tak pe, saya cuma nak minta abang tolong doa untuk saya, doa saya murah rezeki supaya saya boleh sara keluarga. Saya bukan minta sedekah untuk masjid ke apa ke, tapi saya minta murah rezeki untuk saya sara keluarga saya." Kemudian sambil menjenguk kepada saya, dia berpesan "kak, doakan saya ye"
Saya hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepala. Suami lantas menyeluk poket dan menghulurkan sedikit duit lalu disambut dengan senyuman oleh lelaki tersebut seraya berterima kasih. Bila dia berlalu dan kami pun beredar dari situ, suami berkata, "memang kadang-kadang kita rimas tapi bila difikirkan balik, mungkin dia pernah ditimpa musibah sebab tu dia jadi begitu, dan kita tak tahu bahagian kita nanti"
Betul, kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi kepada kita kemudian hari nanti. Kita cuma mampu berdoa semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Kita cuma mampu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita, permudahkan kehidupan kita dan jadikan kita sebagai hambaNya yang bertaqwa. Tapi kita tak pernah boleh tahu apa ketentuanNya sehingga lah perkara itu terjadi. Berdoalah semoga kehidupan kita sentiasa dipermudahkan dunia dan akhirat.
*

Monday, December 21, 2009

SUASANA MALAM KENDURI



Persiapan pelamin.. cantik kombinasi hitam putih... macam kena dengan kata-kata... hitam putih kehidupan








Kemeriahan kerjasama membungkus bunga telur, dari kecik ke besar, muda ke yang tua, semua ada....





Si kecil yang sentiasa mencuri tumpuan kamera...


Ambil peluang bergambar jugak



Yang lelaki pulak bersukaria... hehehe... marah diaorang... berusaha membakar lauk... saja... barbeque keluarga.. menu.. kambing, ayam dan udang
*

SARAPAN

Salam untuk semua, semoga hari anda terus ceria. Pagi Jumaat kami balik ke kampung di Perak, ada kenduri sempena perkahwinan anak saudara kepada suami. Majlis pertama untuk kategori anak saudara bagi suami, lagipun anak saudara yang ini merupakan anak saudara sulong, kira yong la ni.

Pagi, pukul 7.30 kami bertolak dari rumah, cadang nya nak singgah di tol R&R Rawang, tapi kereta penuh pulak hari tu, mungkin ramai yang balik bercuti kerana cuti umum sempena tahun baru Hijrah. So kami lajak lagi ke hadapan, suami cakap mungkin kat Tapah boleh berhenti. Tapi kat Tapah, kereta beratur sampai ke susur masuk, so, lajak lagi ke hadapan. Akhirnya kami buat keputusan makan di kampung, kata suami kita makan di 'kedai sombong Kampung Talang'. Saya ikut jer, sebab saya suka makan di kedai tu, walaupun makcik dan pakcik kedai tu sombong, tapi nasi lemak dia special. Sebab apa special, sebab saya tak pernah jumpa nasi lemak pakej macam ni.


Cuba kawan-kawan perhatikan, nasi lemak + sambal ikan bilis + telur goreng + sayur kacang buncis goreng. Haa... ni yang special ni, kat sini, pakej ini adalah pakej nasi lemak biasa. Dan rasanya memang se special rupanya..hmmmm memang sedap....

Dan yang kat bawah ni pulak menu amirul pagi tu, roti telur, sedap jugak dan garing, walaupun kuah dia kurang kick sikit...

Wednesday, December 16, 2009

BIASA KAN MACAM NI?



Kawan-kawan kalau tengok gambar ni sakit hati tak? Pemandangan biasa kan? Dah tahu kita tu kecik, cari ler parking yang sesuai. Lagi menyakitkan hati, sebenarnya kat sebelah kereta merah (maroon) tu ada motor. Pun macam basikal ni jugak, duk tengah-tengah antara dua kereta. Aduh... hati mana laaa tak marah

PELAJAR DAN PEPERIKSAAN

Salam kawan-kawan
Minggu ni adalah minggu sibuk saya. Student baru lepas exam, so sekarang tengah sibuk tanda paper. Sepanjang saya menjaga/mengawas pelajar semasa peperiksaan berlangsung, banyak kerenah pelajar yang mencuit hati.
Bayangkan kalau ada yang menjawab soalan sambil muka berkerut-kerut, mulut terkumat-kamit. Kalau kita perhatikan memang akan tergelak sendiri. Ada tu pulak yang kusyuk, langsung tak angkat muka, tapi tiba-tiba menggeliatkan badan, hehehe... ingat tak penat, kusyuk sangat.
Ada juga pelajar yang suka menjawab sambil kepala terangguk-angguk, gaya lagak macam orang sedang mendengar muzik. Boleh pulak ek dengar lagu sambil jawab periksa. Hehehe... jangan salah faham, dia bukan dengar lagu pun, cuma mungkin habit dia macam tu.
Ada lagi yang kelakar, student ni jawab soalan berbentuk esei, so semasa dia menjawab, habis kedua-dua belah tangannya terangkat, seolah-olah sedang bercakap, ni mesti kes masa menghafal dulu, tangan dia pun sama menghafal.....
Kalau setakat nengok student termenung jauh, macam tembus dinding, biasa, student kalih sana, kalih sini biasa - ha yang ni kalau over sangat memang sajer cari pasal... "ha awak ni ngaper kalih sana kalih sini, sakit tengkuk? Ke saje nak kena caj meniru, baik awak duk diam-diam". Hehehe... kan dah kena sound. Biasa student macam ni dia bukan nak meniru pun tapi bila dia tak boleh jawab, dia dah kepanasan, mula la dia nengok orang, bila tengok orang jawab kusyuk jer, ha mula la dia susah hati, lagi la dia tak duk diam... hmmm
Kalau nak cerita kisah student menjawab exam memang macam-macam, dan memang akan membuatkan kita senyum sendiri. Hari last day exam dan hari ni juga baru dapat paper, so kengkawan, permisi dulu ye.....
*

Sunday, December 13, 2009

ADAB DAN ADAT

Salam


Pernah tak bila kita pergi makan tuan punya kedai makan atau pun pekerja kedai makan kerek ngan kita? Itu lah yang pernah terjadi pada kami di sebuah kedai makan di Shah Alam ni. Kedai tersebut merupakan kedai yang agak selalu kami pergi bila nak dinner. Biasanya weekend sebelum atau selepas ke giant kami akan makan malam kat kedai tersebut. Dek kerana kekerapan makan kat situ kami dah biasa booked dulu sebelum sampai untuk memudahkan dan cepat dapat makan.


So nak dijadikan cerita, pada malam itu suami book dulu sebelum sampai, as usual lah kan. Sesampainya kami di kedai tersebut kami lihat ada satu meja telah diletakkan sudu dan garfu dan juga tanda 'BOOKED'. So mengandaikan meja itu untuk kami, kami terus duduk. Tapi sebaik sahaja kami duduk, terdengar suara menjerit, "Hey.. meja tu dah ada orang booked la..". Dengan suara yang nyaring isteri tuan punya kedai menjerit, rupa-rupanya kepada kami.
Terpinga-pinga kami seketika. Meja ada satu jer yang ditempah dan seingat kami, kami dah tempah tapi kami telah dihalang untuk duduk disitu. Malas cerita punya pasal kami berpindah ke meja lain. Suami yang masuk lambat sedikit bertanya kenapa kami tak duduk di meja yang dah 'booked'. Tapi belum sempat saya cerita, pekerja kedai itu datang minta kami pindah ke meja 'booked' tadi, tetapi saya dah malas nak bangun. Kemudian isteri tuan punya kedai tu baru terhegeh-hegeh datang, "oo.. meja tu abang yang book ker, tak per lah, pindah ler situ". Tanpa satu pun perkataan maaf, dan hanya bercakap kepada suami kita, agaknya apa perasaan saya masa tu?
Dan malam itu saya makan tanpa perasaan. Hanya sedikit yang mampu ditelan. Suami bertanya beberapa kali apa yang terjadi tetapi saya tak mampu bercerita, bimbang air mata tumpah di kedai makan, nanti orang ingat kami laki bini bergaduh pulak. Selepas malam itu saya dah tawar hati untuk ke kedai itu dan rasanya tak akan makan lagi di situ. Malas melayang orang yang kerek dan berlagak macam tu. Baru nak maju sikit dah mula menunjukkan riak sombong!
*

Thursday, December 10, 2009

SIAPA DAN MENGAPA

Salam, lama dah tak menulis. Hari tu kononnya nak habiskan baca novel, tapi sibuk punya pasal baru dua jer yang tamat. Tapi kali ni saya bukan lah nak bangkitkan lagi kisah novel, tetapi suatu kisah lain yang patut kita ambil perhatian sama-sama.

Minggu lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar. Pada awalnya dia cuma bertanyakan tentang matapelajarannya tetapi kemudian dia mula bertanya, "Puan ada dengar cerita apa-apa tak pasal kelas saya?" . Saya terpinga seketika sebelum bertanya apa yang dia maksudkan. Bila saya nampak macam tak tahu apa-apa dia mula merasakan kelegaan. Saya mula mengorek cerita, tapi katanya, "puan, memang ada something yang terjadi pada seorang student kelas saya tapi please jangan korek dengan saya sebab saya tak boleh bagitau puan apa-apa, kalau pun cerita ni tersebar, saya harap bukan dari mulut saya."

Saya hormati keputusannya, mungkin dia telah berjanji dengan kawannya itu supaya menyimpan rahsia, jadi dia terpaksa menutup mulut. Maka persoalan siapa, apa, mengapa saya biarkan sahaja begitu. Tak mungkin saya nak paksa dia bercerita, lagipun saya masih ada sumber lain yang saya boleh dapatkan cerita.

Beberapa hari berlalu dan pada hari ini dapatlah saya tahu cerita sebenar. Telahan saya tepat cuma saya tertanya-tanya siapa? Rupa-rupanya seorang pelajar kelas itu ditangkap khalwat oleh penduduk kampung. Telah lama perkara itu dia lakukan tetapi masih tersimpan baik sehinggalah sehingga pada hari malang itu. Mungkin itulah pengajaran yang baik untuk dirinya.

Bila difikir-fikirkan balik, patut lah setiap kali saya menasihati mereka (secara rambang) tentang pergaulan lelaki dan perempuan, pakwe makwe, dating dan sebagainya, pelajar tersebut akan diperli-perli olah rakannya, dan dia cuma gelak-gelak. Saya sebagai pensyarah tidaklah mahu menaruh perasaan negatif kepada mereka. Jadi saya cuma diamkan sahaja. Silap saya juga tidak mengorek cerita awal-awal, kalau tidak mungkin masih boleh selamatkan dia dari terus hanyut.

Saya sehingga kini masih merasa sangat sedih dengan sikap pelajar-pelajar. Bukan satu dua kes sebegini, malahan ada yang sehingga melahirkan anak. Betapa tidak sayang mereka dengan diri mereka sendiri, apatah lagi jika seorang perempuan, apalah yang ada pada seorang perempuan jika mahkota telah diberi kepada yang tidak halal.

Masih ingat waktu saya belajar dulu, seorang ustazah memberikan perumpamaan, seorang wanita ibarat sebiji belon. Kami semua tergelak-gelak dengan perumpamaannya, ye la, wanita=belon? Kelakarkan? Kemudian dia keluarkan tiga belon yang belum ditiup, satu dibiarkan sebegitu sahaja, satu lagi diramas-ramas sehingga keronyok dan satu lagi di tiupnya, tapi kemudian dilepaskan angin. Katanya, cuba buat perbandingan antara ketiga-tiganya, mana yang masih berkeadaan baik? Tentu sekali yang tidak dibuat apa-apa kan? Katanya lagi belon yang kedua ibarat wanita yang telah ringan-ringan dengan lelaki bukan muhrim, manakala belon ketiga pula ibarat wanita yang telah mengandungkan anak luar nikah, yang sudah tiada bentuk asalnya.
*

Monday, December 7, 2009

LIPAT KAIN TIME

Minggu lepas hujan tak berhenti. Setiap hari basuh kain pun masih tak boleh lipat. Mana tak nya, kain asyik lembab jer. Alhamdulillah hari sabtu, ahad dan hari ini kekal panas. Alhamdulillah kering semua baju. Cuma semalam tak sempat lipat. Hari ni memang saja ambik cuti duduk dengan diaorang kat rumah, sempat lipat kain.


Bila saya lipat kain, yang paling suka menolong adalah kak cik (nisaa). Baju-baju dia mesti dia lipat sendiri, baju abang dia tak nak dilipatnya, "abang garang, kakcik taknak lipat baju abang". Hehehe... itu la alasannya... takpe la.

Ikut kan dia lipat sendiri tu pun bukan kita berkenan sangat, tengok lah hasil lipatannya, boleh la kan, hasil kerja budak 4 tahun.
Alhamdulillah... moga-moga kerajinannya kekal sampai besar.

Dalam pada tu sempat juga dia puji diri sendiri, "kakcik rajin kan tolong ibu? Bukan macam kakak dan abang" Saya ia kan aje le, tapi memang betul pun, abang dan kakak, wajib suruh baru buat. Dia tak perlu suruh, kalau dia nak buat dan dia minat, mesti dia tolong kita, tapi kalau dia taknak, ada lah alasannya, "kakcik penat la..." hmmmm...

Masa dia lipat baju, sempat juga dia ajar adik dia, "adik, kita kena sayang Allah, baru Allah sayang kita. Kalau ibu buat kerja kita kena tolong, nanti dapat pahala, boleh masuk syurga" Saya cuma mampu tersenyum dengar ayat dia, agaknya teacher dia cakap kat sekolah kot, tu yang dia ulang kat adiknya tu.... nisaa..nisaa... macam-macam

Seorang lagi budak yang rajin menolong mesti lah adik dia, yang ni haru sikit, kalau nasib tak baik, baju yang kita dah lipat tu yang dia lipat balik. Hehehe... tengok la camana dia lipat... tu bukan lipat, tu nama dia gulung... hahaha... tapi tu la cam kakak dia jugak, rajin nak tolong walaupun ibu dia bertambah pening....

Saturday, December 5, 2009

PENGUMUMAN





Assalamualaikum



Kepada semua kawan-kawan, jika agak lama tiada posting baru ataupun tiada komen baru dari saya, diharap kawan-kawan dapat memahami yang sesungguhnya sekarang ini saya sedang bertungkus lumus menghabiskan 11 novel dan


1 buku motivasi yang dibeli di Alaf21 dan 2 novel yang dipinjam dari library. Ahaks....

















Sorry ye kawan-kawan, jangan marah.......

Friday, December 4, 2009

PESTA BUKU ALAF 21 - 2



Gambar saya appeared di laman web alaf 21

Saya yang pakai baju purple tu, hehehe

Kusyuk tul pilih buku sedar-sedar orang dah ambil gambar.

Gambar-gambar lain

Thursday, December 3, 2009

PESTA BUKU ALAF21




Kepada peminat-peminat buku, terutamanya yang tinggal di area lembah kelang dan paling best lagi yang tinggal di area shah alam, Alaf21 akan mengadakan pesta buku sekali lagi buat tahun 2009. Tarikh nya adalah pada 4-6 Disember 2009. Kalau yang berminat nak jumpa penulis, ada sesi bersama penulis pada tarikh-tarikh tertentu.

Maklumat lanjut di ALAF21

Jangan lepaskan peluang, kerana diskaun 30% diberikan








p/s saya tiada kena mengena dgn ALAF21 cuma seorang peminat buku

Tuesday, December 1, 2009

TERCARI-CARI

Salam

Kami sudah kembali semula dari kampung, (pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha lalu) daripada hari sabtu lagi. Anak-anak yang masih tidak puas berada di kampung merengek-rengek untuk tinggal lebih lama. Ketiga-tiga mereka, kaklong, abang amirul dan kakcik(nisaa') mula mempamerkan muka tidak puas hati, dan yang paling trajis, amirul siap meraung tak nak balik. Selepas beberapa lama berfikir, akhirnya saya dan ayahnya membuat keputusan untuk membenarkan mereka tinggal, itu pun cuma selepas sepupu mereka yang juga tinggal di shah alam ini berkata dia akan pulang pada hari isnin.

Hai... apa lagi, mereka melompat-lompat dan terus bergegas keluar daripada kereta, dan siap mengeluarkan beg masing-masing daripada bonet. Saya cuma mampu berpesan supaya mereka berkelakuan baik sepanjang berada di rumah mak saudara mereka tu. Melihat wajah kepuasan mereka menyebabkan saya tidak menyesal untuk meninggalkan mereka di situ.

Namun sebaik sahaja kereta bergerak, si adik kecil mula mencari kakak-kakak dan abang nya. "Ane abang? Ane along? Ane icak?" Mula-mula soalan kemudian disusuli dengan tangisan. Aduh... rupanya si kecil ini dah mula merasa kehilangan. Kami berdua terasa sebak sungguh, air mata nyaris keluar sama. Dia cuba dipujuk dan dek kerana keletihan dia akhinya tertidur.

Kami sampai di rumah ketika jam melepasi 1 pagi. Nadhira terus tido sehingga keesokan paginya. Jam hampir 8 pagi dia bangun dan terus mencari abangnya. Dicarinya di bilik abang dan kemudian di bilik kakak. "akde...." dengan muka sedih dan tangan terpusing-pusing dia memberitahu. Dan sehari itu jenuh melayan soalan dia, di mana kakak dan abangnya.

Isnin, hari berkerja, dia terpaksa dihantar ke taskanya, meraung sekali lagi. Aduh adik... sedihnya hati ibu nak tinggalkan adik, tapi ibu terpaksa sebab ibu kena bekerja. Petangnya, anak saudara telefon memberitahu yang mereka sudah dalam perjalanan.

Mereka sampai dalam pukul 10 malam, masa ni ternampak perubahan yang ketara pada adik... dia sudah ceria, tak habis-habis dia bercerita dengan abangnya. Dan pagi ini bila hantar ke taska dia masih ceria kerana abang dan kakak2nya ada bersamanya... jadi saya pun meninggalkan mereka di situ dengan hati yang lapang....
*