Kedai Buku Online

Friday, October 30, 2009

NOVEL



Salam
Anda peminat novel? Kalau begitu, welcome to the club. Saya merupakan peminat novel sejak kanak-kanak lagi. Bayangkan, saya dah mula menjadi pengawas perpustakaan (sekarang dipanggil pengawas pusat sumber) daripada darjah 3 lagi. Sejak dari itu saya mula meminjam buku-buku cerita daripada perpustakaan sekolah. Masa tu cerita favorite saya mestilah cerita penyiasatan seperti 5 sekawan, adik-beradik hadi dan sebagainya. Pendek kata masa tu cerita hasil tulisan Enid Blyton memang menjadi kesukaan saya.


Lama-lama bila dah meningkat usia, kegemaran sudah bertukar, mula menyukai cerita-cerita yang berbentuk cinta-cinta. Biasalah kan, usia remaja.... dan saya tetap menjadikan novel sebagai hobi saya hingga sekarang, walaupun sudah ada anak empat.

Sekarang, anak sulung saya juga mempunyai minat yang sama. Koleksi novel-novelnya sudah banyak. Dan mungkin kebetulan, dia juga sudah menjadi pengawas pusat sumber sejak tahun tiga juga.



Anak-anak zaman sekarang kira beruntung, novel-novel terlalu banyak dipasaran, pilih sahaja yang mana suka (mak ayah pun ada duit nak beli). Penulis-penulis dan juga penerbit sekarang sudah mula memandang keperluan dan peri pentingnya menanamkan sikap suka membaca di kalangan anak-anak. Setakat ini saya mendapati buku-buku yang ada dipasaran memang menarik dan sesuai dibaca oleh anak-anak. Kadang-kadang maknya pun tumpang sekaki....
*
*
Ala, anda lelaki? Tak minat novel? Lelaki tak macho kalau baca novel? Hello sedara...penulis cerita 'Bagaikan Puteri' (gambar) tu bukan lelaki ke? Ramlee Awang Mursyid (RAM) ni merupakan salah seorang novelis yang paling saya kagumi. Beliau mampu menghasilkan novel berbentuk thriller yang mampu membuatkan kita terus dan terus membaca sehingga habis. Hebatnya RAM ni kerana dia mampu membuatkan kita tertanya-tanya disepanjang pengembaraan kita. Bila kita menonton movie atau membaca novel, kadang-kadang kita akan membuat kesimpulan sendiri sebelum ending, tetapi novel RAM, andaian anda selalunya akan tersasar!
*

Thursday, October 29, 2009

AMALAN

Kadang-kadang sebagai manusia kita sering kali memberikan pelbagai alasan untuk sesuatu perkara. Macam saya juga, bila suami tanya, hari ni tak ngaji ke? selalu memberi alasan tak sempat, sibuk dengan anak dan sebagainya. Sebenarnya jika kita boleh luangkan masa selama 20 minit untuk membaca akhbar, apakah salah jika kita bahagikan 10 minit untuk membaca Al-Quran. Pucuk pangkal nak ke tak nak.

Selain dari itu, alternatif lain yang kita boleh lakukan (jika 10 minit tu pun masih tak sempat) adalah dengan mengamalkan beberapa surah lazim. Jika kita telah menghafalnya, sambil buat kerja, sambil memandu, sambil bersenam pun masih boleh membacanya.

Contoh beberapa surah lazim yang boleh diamalkan adalah:

i) Surah Al-Fatihah - dibaca 20x selepas solat fardhu. Ianya merupakan amalan para solehin. Insya Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. Jika dikhuatiri terlupa, boleh juga membacanya 100x sekaligus

ii) Surah Al-Ikhlas - fadilatnya jika diamalkan menyamaikan satu pertiga Al-Quran

iii) Surah Al-Falaq - dibaca 3x untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini

iv) Ayatul Kursi - pahalanya menyamai satu perempat al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.

v) Membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' sebanyak 21x sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain

Insya Allah jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh Allah akan memberikan ganjarannya..

dipetik daripada buku ' Indahnya Hidup Bersyariat' hasil tulisan Dato' Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd

Tuesday, October 27, 2009

DIALOG III

SITUASI 1

A : Awak tahu tak awak dah buat kesalahan? Berapa kali kena ingatkan baru nak ikut? Peraturan ni kan dah termaktub, susah sgt ke nak ikut? ( dengan suara tinggi@menengking dan muka garang)

B : Maaf cik, lain kali saya tak buat lagi. (dengan muka takut-takut dan tundukkan muka)

A : Maaf maaf, tu je boleh cakap. Tak de, tak boleh maaf, salah tetap salah, awak tetap akan di saman

B : Cik tak boleh lepas ke? Ni kan baru kesalahan pertama saya? Tolong la cik...

A : Pertama kali ke, dah berapa kali ke, saman tetap saman. Kalau saya lepaskan awak, lain kali awak buat lagi. Takde kompromi. Fullstop!



SITUASI 2
A ; Awak ingat tak ni kesalahan awak yang keberapa? Berapa kali dah ye awak kena warning? Peraturan ni kan dah termaktub, mengape tak ikut? (dengan nada lemah lembut dan renungan yang lembut)

B : Saya tahu cik, saya minta maaf ye, janji tak buat lagi (dengan nada yang lembut dan suara yang menggoda- janji yang dah keberapa kali)

A : Ok lah, kali ni saya maafkan awak, jangan buat lagi dah tau, nanti tak de kompromi dah tau, lepas ni saya saman jugak....

*
*

DIALOG II

A : Ni ngape kat leher merah-merah ni?

B : Semalam saya balik rumah, saya goreng ikan, minyak terpercik kat leher saya.

A : Ooo..menggoreng? Awak suakan leher awak ke masa menggoreng? Penuh merah kat leher, kat muka tak de pulak

B : (speachless, dah tak de alasan nak bagi...hanya mampu tundukkan muka)

Monday, October 26, 2009

PELUH

Setiap hari selepas menghantar kakak dan abang ke sekolah, dan menghantar nadhira ke taska, tinggal la nisaa' seorang lagi yang masih dengan saya. Tadikanya agak jauh daripada sekolah dan taska menyebabkan dia lebih banyak waktu di dalam kereta dengan saya. Kebiasaannya dia tidur, atau monyok, bergantung pada time dia tidur pada malam harinya. Tetapi selalu juga dia akan aktif bercakap sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya.
Pagi ni seperti biasa, on the way ke sekolahnya, kami akan menempuhi satu traffic light dan kebetulan pagi ni masa menunggu agak lama. Sambil menunggu itulah saya merungut sendiri, " aduh...sakitnya tengkuk ni...". Dia terdengar saya merungut terus bertanya, " ibu sakit kat mana?"
" ni ha, ibu sakit tengkuk" sambil memicit2 tengkuk saya menjawab.
"ha tu la, ibu tak mandi betul-betul. Kalau ibu mandi betul-betul mesti tak sakit. Ibu sakit tu sebab ibu peluh. Bila peluh banyak-banyak, nanti kotor, kuman masuk, sebab tu ibu sakit. Nanti ibu mandi betul-betul tau, sabun banyak-banyak. Nanti kuman mati. Bila kuman mati ibu tak sakit lagi lah"
Wah bukan main lagi teori nya. Walhal yang sakit otot di tengkuk.
*

DIALOG

P : Abang, cantik kan lapik meja ni, kita beli yek

L : (Menung lama) Cantik...berapa ringgit ni? Perlu ke beli ni?

P : RM 49.90, ok la ni, cantik. Nanti tak ler rosak meja kita, sayang la, meja tu kan kayu, rosak nanti dah tak cantik

L : Memang la cantik, tapi ....kita beli tikar getah je lah, save skit budget

*

Sunday, October 25, 2009

ZIP

Semalam kami ke Giant, adalah shopping barang dapur skit. Dah lama tak ke giant, biasa beli skit2 kat kedai2 runcit atau speedmart. Tak kisah la kan, beli kat mana sekalipun. Itu hanya cerita sampingan sebenarnya.
Selepas suami parked kereta, kami semua beriringan menuju ke dalam hypermarket tu, di pertengahan jalan berselisih dengan one couple (tak tau la married or not) sebab masa tu mata tibe-tiba terfokus kat seluar girl tu. Alamak, tak zip la. Malunya. Terhenti seketika langkah saya, nak tegur ke tak tegur. Bila menoleh ke belakang, pasangan tersebut dah menuju ke kereta mereka. Hati merasa amat bersalah, kesian sebab tak bagi tahu. Mesti dah banyak mata yang memandang dan mereka pun mesti berperasaan seperti saya. Kesian....
Selepas habis shopping kami pulang ke rumah, saya bergegas untuk menyimpan barangan yang perlu ke dalam peti ais. Kemudian saya pun menukar ke pakaian rumah, dan masa ni lah terperasan, "alamak, rupanya zip seluar sendiri pun rosak". Hai asyik fikir pasal orang, rupanya sama je. Tetapi kemudian saya tersenyum kerana zip seluar saya rosak, hanya saya sendiri yang tahu. Kenapa? Kerana bahagian zip ini terlindung oleh baju T saya yang labuh hingga ke lutut. Insya Allah saya tidak ada menyelak baju di hadapan orang lain, dan tiada siapa yang perasan zip itu terbuka/ternganga. Ini lah hikmahnya saya memakai pakaian yang labuh.
Saya mula memakai baju yang labuh semenjak tahun lepas. Alhamdulillah saya merasa selesa dengan baju T ini. Akibatnya habis semua baju blouse saya sedekah kan pada orang. Sekarang jika hendak ke mana-mana, saya hanya mengenakan baju T yang labuh ini atau lebih dikenali dengan nama T'shirt Muslimah. Sewajarnya semua muslimah melabuhkan pakaian masing-masing. Selain daripada menutup aurat, pakaian ini dapat mengelakkan kita daripada fitnah. Contohnya, tshirt yang pendek akan menampakkan pinggul semasa berjalan. Masa kita berjalan ayunan pinggul akan nampak agak seksi, jika yang saiz L tu akan membuatkan kaum adam menelan air liur, dan jika bersaiz XS hanya akan membuatkan orang mengutuk.
Kan lebih baik jika kita menutupnya. Insya Allah tiada kaum adam yang akan membulatkan mata atau tiada hati-hati yang mengata/mengutuk tentang kejadian Allah ini.

Friday, October 23, 2009

AIR KELAPA

Umum sudah tahu tentang khasiat buah kelapa dan kepelbagaian guna pokok kelapa. Air kelapa yang jernih itu mempunyai bermacam-macam khasiat. Petua orang tua-tua yang masih saya amalkan sekarang ada beberapa iaitu, jika keracunan, boleh ditawarkan dengan air kelapa, jika mabuk/alahan semasa awal kehamilan, elok amalkan meminum air kelapa, selain dapat kurang alahan, air kelapa juga elok untuk kulit bayi. Selain itu jika kita baru sampai dari perjalanan yang jauh, elok lah disegarkan dengan air kelapa, kata orang tua-tua, buat pemulih semangat, sebaiknya bacalah selawat dahulu sebelum meminumnya. Sangat baik terutama untuk kanak-kanak. Perjalanan yang jauh dan memakan masa yang berjam-jam, badan dah letih, kanak-kanak selalunya akan meragam, jadi dengan meminum air kelapa akan menyegarkan badan. di sini saya ingin kongsikan banyak lagi kebaikan air kelapa yang dipetik dari blog HEALTH TIPS



COCONUT WATER
Here is some information about Coconut Water:

  • 'It's a natural isotonic beverage, with the same level of electrolytic balance as we have in our blood. It's the fluid of life, so to speak.
  • 'During the Pacific War of 1941-45, both sides in the conflict regularly used coconut water - siphoned directly from the nut - to give emergency plasma transfusions to wounded soldiers..
  • Most coconut water is still consumed fresh in tropical coastal areas - once exposed to air, the liquid rapidly loses most of its organoleptic and nutritional characteristics, and begins to ferment.
  • Coconut Water is More Nutritious than whole milk - Less fat and NO cholesterol!
  • Coconut Water is More Healthy than Orange Juice - Much lower calories
  • Coconut Water is Better than processed baby milk- It contains lauric acid, which is present in human mother's milk
  • Coconut water is naturally sterile -- Water permeates though the filtering husk!
  • Coconut water is a universal donor-- Its identical to human blood plasma
  • Coconut Water is a Natural Isotonic Beverage - The same level we have in our blood.Coconut water has saved lives in 3rd world countries thru Coconut IV.
  • Coconut water is the very stuff of Nature, biologically Pure, full of Natural Sugars, Salts, and Vitamins to ward off fatigue... and is the next wave of energy drinks BUT natural!', according to Mortin Satin, Chief of the United Nation's Food & Agriculture Organization.
  • Coconut water contains more potassium (at about 294 mg) than most sports drinks (117 mg) and most energy drinks..
  • Coconut water has less sodium (25mg) where sports drinks have around 41mg and energy drinks have about 200mg!
  • Coconut water has 5mg of Natural Sugars where sports and energy drinks range from 10-25mg of Altered Sugars.
  • Coconut water is very high in Chloride at 118mg; compared to sports drinks at about 39mg.Data is based on a 100ml drink

Thursday, October 22, 2009

INGAT DAN LUPA

Dalam hidup ini kekadang kita menyakiti orang, kekadang kita terasa dengan seseorang, ada masa kita maafkan, ada masa kita dendam, ada masa kita memberi, ada masa kita menerima, hidup ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang di bawah, hanya akal yang sihat ditambah iman yang kukuh di dada yang dapat membuatkan kita aman di dunia ini. Mungkin petua di bawah dapat digunakan untuk mendapat keharmonian dalam hidup kita ini......
Ingat dua perkara dan lupa dua perkara,
Jika seseorang berjasa pada kita, INGAT lah jasanya
tetapi jika kita berjasa kepada seseorang, LUPA kan sahaja jasa kita, nanti takut kita mengungkit-ngungkit
Jika seseorang berbuat kejahatan pada kita, maafkanlah dia dan LUPA apa yang dia buat,
tetapi jika kita berbuat jahat kepada seseorang, INGAT dan kenang lah selalu, kelak itu lah bekal kita supaya kita sentiasa beringat-ingat dan tidak akan ulanginya lagi
*
*

Wednesday, October 21, 2009

SAHABAT SEJATI

Rasanya sudah bertahun-tahun perkataan sahabat memenuhi ruang kehidupan kita. Suatu ketika dulu aku pernah mempunyai sahabat sejati - my best friend.. kemana-mana berdua, makan, belajar, jalan2, semuanya berdua...kecuali masuk bilik kecik, sorang-sorang la...hmmm...
Bila aku meninggalkan alam persekolahan kami terpisah. Apatah lagi bila kami menyambung pelajaran ke universiti, kedua-dua kami mendapat tempat yang berlainan. Dan sejak itulah, aku tidak lagi mempunyai kawan baik, kawan sejati.
Aku berkawan dengan semua orang, walaupun mungkin rapat dengan beberapa orang tetapi belum dapat aku gelarkan dia sebagai kawan baik. Mungkin tidak wujud keserasian sebagaimana aku dan sahabat baik ku dulu. Sungguh aku merasakan kehilangan yang amat sangat. Sejak itu aku mula menerapkan ke dalam diri ku, aku tidak perlukan kawan baik lagi. Aku hanya akan berkawan dengan sesiapa sahaja seadanya. Tidak mudah mencari kawan sejati, ada kalanya aku tidak suka dengan caranya dan tidak mustahil dia juga tidak suka dengan caraku.
Sehinggalah kini, aku telah hampir sepuluh tahun bekerja, aku tetap menanamkan prinsip itu di dalam diriku.. no more best friend. Kadang-kadang jadi lone ranger lebih baik daripada mempunyai kawan baik...hati tak sakit dan kita tidak menyakitkan hati orang.
Di pejabat, ada beberapa group, bila kemana-mana mesti dalam group mereka ini sahaja, dan aku for sure tidak akan tergolong dalam mana-mana group sebab aku lone ranger. Hati aku puas dengan cara ini. Tidak mengapa lone ranger asal kita tidak menyakitkan sesiapa.
Itu cerita di pejabat...hakikatnya aku ada best friend. Pada aku, dia bukanlah sekadar best friend kerana dia jugalah kekasih, dia kawan untuk aku saling bertukar pendapat, untuk aku meluah perasaan, untuk aku bercerita dan dialah suamiku....
*
*

Monday, October 12, 2009

FEAR FACTOR

Pukul 8 malam tadi kami makan malam, menu...tumis ikan bilis, ikan goreng, sup sayur campur...cukup lah untuk hidangan buat kami sekeluarga malam ni. Dalam sayur tu ada brokoli, putik jagung, bebola ikan, kacang peas dan cendawan, tidak lupa sayur yang sangat jarang aku masukkan iaitu tomato. Bila aku makan tomato tu, nabila melihat dengan muka yang berkerut. Biasa lah budak-budak, sayur bukan lah favourite mereka apatah lagi tomato. Dia kemudian dengan selambanya menyatakan dia tak suka tomato. Ayah dia pula menyampuk, "ok ibu, esok beli tomato semangkuk, suruh dia habiskan". Dia apa lagi terus menjerit, tak nak.....

Tapi kemudiannya, sempat pula dia cakap, "akak pun tak suka coklat"....cewah..dengan harapan orang akan suruh dia habiskan coklat semangkuk....pandai....cheating.....ayahnya pulak yang memahami maksudnya sengaja berkata..."ok ibu, esok beli coklat, suruh dia habiskan"....dia terus gelak memanjang....then, that's give me an idea.... coincidently, both things are at home...hehehe...aku pun apa lagi.. gi dapur, ambil sebiji tomato (basically just a small one) dan sebar coklat terus tayang kat dia...."ok kakak, kalau kakak boleh habiskan sebiji tomato, I'll give you this bar of chocolate! What do you think?".....

As I tought, she accepted my challenge..... dia gigit sikiiiiiiit je, terus berkerut muka. Tomato tu dah agak masak, so rasanya masam banyak, macam aku pun kurang suka kalau dah masak, Aku lebih suka kalau yang masih hijau2. Aku terus provok dia, "kakak tak makan, no chocolate!" Saja la ugut...masa ni la aku teringat...hahaha...macam fear factor....eat something you don't like/scary in order to get something precious.....

Sambil gelak besar aku sound" hahaha...kakak dah masuk fear factor programe.....hahaha..." bukan takat ibu je, semua seisi rumah gelakkan dia....but at last bila dia habiskan separuh dari buah tu dan muka dia dah mula nak hijau aku terus hulurkan coklat tu....kesian gak nengoknye....hehehe...

tu lah anak-anak...sayur yang rasa pelik skit bukan nak makan...hmmmm.....
*
*

Thursday, October 8, 2009

Puasa Sunat Syawal dan Puasa Ganti (Qadha) Ramadhan

Syawal sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba ke penghujungnya. Sepanjang bulan Syawal ini kita disunatkan untuk berpuasa selama 6 hari. Ramai yang buat dan ramai yang tak buat pun. Apapun tindakan kita terpulang lah kepada diri masing-masing. Cuma disini saya ingin berkongsi pengisian daripada Ustaz Zaharuddin bin Abd Rahman berkenaan puasa sunat syawal dan puasa ganti (qadha)


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.


Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)


Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.


Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat.

Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira.

(Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Artikel selanjutnya dalam UZAR

Wednesday, October 7, 2009

BERUS GIGI

Anak-anak memang malas gosok gigi, apatah lagi malam-malam bila dah mengantuk, mula buat alasan tak nak gosok gigi. Kadang-kadang terpaksa ugut nak berus dengan berus lantai baru la diaorang gosok gigi. Cuma yang paling kecil tu je senang nak beruskan gigi, Alhamdulillah, dah dekat umur dua tahun, giginya masih elok. Tak macam kakak dan abang dia, umur macam dia tu dah lama tinggal gusi je.

Mungkin anak-anak tergolong dalam golongan yang mempunyai gigi yang tidak kuat, atau mungkin tidak mempunyai keperluan kalsium yang mencukupi. Entah lah, kalau tak cukup kalsium, susu entah berapa botol hari-hari....kan elok kalau rajin gosok gigi macam dia ni.....



















Lagi gambar dalam HOT PICTURES COLLECTION....tapi bukan gambar kucing berus gigi lagi la....
*
*

UNTUK MU WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi
12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
*
*

Nail In The Fence

There once was a little boy who had a bad temper. His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence.
The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down.
He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.
The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same.
When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say I'm sorry, the wound is still there.
A verbal wound is as bad as a physical one. Friends are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us."
**I would like to share the story that i got from mail...just as a rememberance....for me especially