Kedai Buku Online

Thursday, October 29, 2009

AMALAN

Kadang-kadang sebagai manusia kita sering kali memberikan pelbagai alasan untuk sesuatu perkara. Macam saya juga, bila suami tanya, hari ni tak ngaji ke? selalu memberi alasan tak sempat, sibuk dengan anak dan sebagainya. Sebenarnya jika kita boleh luangkan masa selama 20 minit untuk membaca akhbar, apakah salah jika kita bahagikan 10 minit untuk membaca Al-Quran. Pucuk pangkal nak ke tak nak.

Selain dari itu, alternatif lain yang kita boleh lakukan (jika 10 minit tu pun masih tak sempat) adalah dengan mengamalkan beberapa surah lazim. Jika kita telah menghafalnya, sambil buat kerja, sambil memandu, sambil bersenam pun masih boleh membacanya.

Contoh beberapa surah lazim yang boleh diamalkan adalah:

i) Surah Al-Fatihah - dibaca 20x selepas solat fardhu. Ianya merupakan amalan para solehin. Insya Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. Jika dikhuatiri terlupa, boleh juga membacanya 100x sekaligus

ii) Surah Al-Ikhlas - fadilatnya jika diamalkan menyamaikan satu pertiga Al-Quran

iii) Surah Al-Falaq - dibaca 3x untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini

iv) Ayatul Kursi - pahalanya menyamai satu perempat al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.

v) Membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' sebanyak 21x sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain

Insya Allah jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh Allah akan memberikan ganjarannya..

dipetik daripada buku ' Indahnya Hidup Bersyariat' hasil tulisan Dato' Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd

6 comments:

eelobor said...

sejuk ati baca entri ni...

rosnanie said...

bagus jika diamalkan, untuk kebaikan sekeluarga

zeqzeq said...

sibuk tu sepupu malas kan

rosnanie said...

lebih kurang ler kot, mana ZZ dapat perumpamaan ni?

zeqzeq said...

perumpamaan boleh cipta diri tak semesti novelis, asalkan sendiri cipta sendiri pakai.

rosnanie said...

hehe...ok ZZ, nanti cipta lagi, kalu ok, nanti saya pulak guna