Kedai Buku Online

Monday, October 26, 2009

PELUH

Setiap hari selepas menghantar kakak dan abang ke sekolah, dan menghantar nadhira ke taska, tinggal la nisaa' seorang lagi yang masih dengan saya. Tadikanya agak jauh daripada sekolah dan taska menyebabkan dia lebih banyak waktu di dalam kereta dengan saya. Kebiasaannya dia tidur, atau monyok, bergantung pada time dia tidur pada malam harinya. Tetapi selalu juga dia akan aktif bercakap sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya.
Pagi ni seperti biasa, on the way ke sekolahnya, kami akan menempuhi satu traffic light dan kebetulan pagi ni masa menunggu agak lama. Sambil menunggu itulah saya merungut sendiri, " aduh...sakitnya tengkuk ni...". Dia terdengar saya merungut terus bertanya, " ibu sakit kat mana?"
" ni ha, ibu sakit tengkuk" sambil memicit2 tengkuk saya menjawab.
"ha tu la, ibu tak mandi betul-betul. Kalau ibu mandi betul-betul mesti tak sakit. Ibu sakit tu sebab ibu peluh. Bila peluh banyak-banyak, nanti kotor, kuman masuk, sebab tu ibu sakit. Nanti ibu mandi betul-betul tau, sabun banyak-banyak. Nanti kuman mati. Bila kuman mati ibu tak sakit lagi lah"
Wah bukan main lagi teori nya. Walhal yang sakit otot di tengkuk.
*

5 comments:

echah_syed said...

mesti mak dia dok membebel mcm gitu selalu kan.. :p

rosnanie said...

hehehe, ye le kot

buaya said...

salam ziarah..

dijemput menjadi follower sy yer..

http://www.buaya-merah.blogspot.com

zeqzeq said...

baiknya anak itu..
mama baik anak baik

rosnanie said...

Insya Allah, moga2 jadi anak yang solehah. Ank2 ZZ pun nanti akan jadi yang soleh dan solehah jgk kan?