Kedai Buku Online

Wednesday, December 29, 2010

Cekik anak lepas bersalin

Cerita yang diperolehi dari myMetro

Cekik anak lepas bersalin


DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka percaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat.

Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan selepas mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan dan menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Bayi itu ditemui selepas seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah di dalam tandas.

Kesan darah itu membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.

Bayi itu dikatakan masih bernafas tetapi pasukan perubatan dan sukarelawan gagal menyelamatkannya.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah dan berusia 30-an itu. Beberapa media lain hanya melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.

Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah kesalahan besar di Emiriah.

Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu penduduk Dubai. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan seks haram hingga mendorongnya untuk membunuh bayi itu. - Agensi

***Sy highlight dan besarkan satu ayat di atas....renung-renung dan fikir-fikirkan lah....
      Oh Malaysia ku.........

Friday, December 3, 2010

ARE YOU GONNA FINISH IT STRONG?

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang pernah melihat video ini, terutamanya di facebook. Kisah seorang lelaki yang tiada tangan, tiada kaki tetapi sangat berjaya dalam hidupnya. Maka, kenapa orang yang cukup anggota badannya, cukup sifatnya seperti kita masih lagi mudah berputus asa....?




Memang sangat-sangat mengesankan videonya, terutamanya part yang dia jatuh dan dia bangun kembali dengan caranya. As he said in this video, "If I fail and I give up do you think that I'm gonna get up? NO! But if I fail and I try again and again and again...i just want you to know that's not the end. It's manage how you gonna finish. Are you gonna finish it strong?"

Fikir-fikirlah...dan selamat beramal (macam pernah ku dengar ayat ini, tapi di mana ya? Hehe...)
*

Thursday, December 2, 2010

AIKKKK...MACAM NI PUN BOLE KE?

Assalamualaikum

2 minggu lepas kami sekeluarga window shopping ke PKNS. So saje la nak kongsi gambar-gambar ni kat kawan-kawan....
 Amboi...senyum lebar nampak...

Anak ibu.....kalau suruh bergaya...



hahaha...tutup atas, buka bawah rupanya adik ni. Adik.....kecik-kecik tak per le pakai macam ni, dah besar nanti...ibu rotan kaki tu tau.....
*

Wednesday, December 1, 2010

MUDAH SANGAT KE?

 Assalamualaikum...

Mungkin perkara yang berlaku di dalam gambar di bawah pernah terjadi kepada anda. Hakikatnya ianya pernah dan mungkin selalu terjadi kepada sesiapa sahaja. Persoalannya, kenapalah ada manusia seperti ini? Terlalu suka mengambil jalan mudah walaupun bakal menyusahkan orang lain....

 



Tuesday, September 21, 2010

KISAH SATU MALAM

Suatu malam ketika seorang ibu sedang menggosok pakaian untuk ke pejabat esoknya.....

anak : Ibu, air elok tak? (sambil tangannya memegang sebuah jag yag separuh penuh berisi air masak)

ibu    : Elok

anak : tak baci (basi) ? Elok? Ole inum (minum)?

ibu    : elok, tak basi....

anak : adik cuang (tuang) ehhhh.....
         : (nada perlahan)  ala...cumpaaah(tumpah).... diam seketika

anak : ibu....adik lap ehhhh......

ibu    : Hah! Lap? bila ibu berpusing dilihatnya anak sedang lap air yang tumpah dengan tuala mandi
         : Adik...tu tuala la, bukan kain buruk....adik niiihhhhh......lap kena dengan kain buruk
           nasib baik air kosong je bukan air manis,  kalau tak berangin jugak

anak : Nape ibu? Kain cola(tuala)? Tak ole lap? terangguk-angguk kepalanya menanya kita
        : ooooo....kain cola....wat lap adan(badan)? Nanti cotor(kotor)?
         sendiri tanya sendiri jawab la adik nih....

sorry ye...citer mengarut pagi-pagi...tak ada idea, tapi nak menulis jugak....hehehe......
*

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum

Pertamanya saya nak minta maaf, dah lama tak jenguk rumah rakan-rakan blogger. Saya sedang sibuk dengan 'projek' peribadi, sampai terabai blog kesayangan saya ni. Ikutkan blog sendiri pun dah berapa hari tak jenguk. Hanya FB sahaja yang sempat dijenguk, tu pun sekadar membaca dan memberikan beberapa komen, sekiranya perlu.

Untuk itu sekali lagi saya minta maaf, saya sendiri tak tahu berapa lama untuk saya siapkan projek saya ini. Apatah lagi sekarang ini saya sedikit tidak ada hati untuk menulis di sini. Insya Allah bila keadaan kembali reda, saya akan kembali bertandang ke 'rumah'  rakan-rakan.

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua rakan-rakan. Semoga lebaran ini memberikan seribu keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua. Yang akan pulang berhari raya di kampung, pandu berhati-hati. Semoga selamat tiba kepangkuan keluarga...amin....
*

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita pada tahun ini lebih baik dari ibadah tahun-tahun sebelumnya. Semoga mendapat keberkatan dariNya

Sunday, August 1, 2010

INGATAN DARI KAMPUNG

Assalamualaikum
Musim yang ditunggu-tunggu kini menjelma. Pelbagai buah yang hanya datang pada waktunya sendiri kini boleh didapati di mana-mana. Minggu lepas balik ke Perak. Sempat la merasa buah rambutan yang sedang masak ranum di pokok. Dalam pada itu sempat juga kami kenduri buah durian, yang ni terpaksa beli kerana kami tiada pokoknya.

Dari minggu lepas juga mak dah telefon. Katanya buah rambutan, manggis dan duku dah banyak yang masak, bila nak balik makan? Aduhai bondaku sayang. Kalau balik kelantan bukan boleh balik pada hujung minggu, jarak yang memisahkan kita menyebabkan anak bonda ini terpaksa berfikir banyak kali untuk balik. Sudahnya kami memutuskan untuk balik sempena raya nanti sahaja. Sungguh anak bonda sangat rindu, tapi apa nak di kata.....

Tiga hari lepas, mak sekali lagi menelefon, katanya ayah tetap nak kirimkan buah-buahan tu. Apatah lagi buah binjai yang menjadi kesukaan kami sekeluarga dah banyak yang masak. Saya berkata, kalau menyusahkan tak perlulah kirim, insya Allah, setakat nak makan kami anak beranak, boleh beli sahaja nanti. Hari jumaat dia menelefon lagi, katanya dia dah tanya di kaunter bas, satu kotak RM20. Insya Allah akan dikirim pada hari Sabtu. Hati menjadi sayu...aduhai...betapa ingatan mereka sungguh kuat, susah macam mana sekalipun tetap mahu kirim juga. Rasanya hampir setiap tahun, mereka akan kirim kepada kami melalui bas. Sementelah pula, secara kebetulan tiap kali musim buah bukanlah awaktu yang sesuai untuk kami balik ke kampung. Ada masanya, dulu semasa mak dan ayah masih kuat, mereka datang ke sini dan membawa bersama-sama mereka bauh-buahan yang pelbagai rupa. Alhamdulillah...terima kasih mak dan ayah...terima kasih....sesungguhnya budi kalian tidak mungkin dapat kubalas.


buah binjai yang menjadi kesukaan kami

banyak betul....Alhamdulillah...jenuh juga kami makan...manggis pun ada tapi tersorok bawah buah-buah lain
*

Saturday, July 31, 2010

ANAK SOLEH



Semalam suami tunjukkan video ni...sememangnya membuatkan dada menjadi sebak, air mata terus bergenang dan mengalir lesu...lebih sayu bila melihat ada seorang anak tu sehingga sujud kepada ibunya.
Dalam hati terus terfikir...adakah kita sebagai ibu bapa ini tiada membuat dosa kepada ibu dan ayah kita sendiri. Apakah kita sudah membalas jasa-jasa mereka yang terlalu besar tu? Cukupkah dengan mengirim duit kepada mereka setiap bulan, menelefon mereka  2 3 kali seminggu, balik 2 3 bulan sekali? Sehingga ke akhir hayat pun rasanya tak mungkin kita mampu untuk membalas jasa-jasa mereka. Semoga Allah yang akan membalasnya dan menempatkan mereka bersama-sama dengan orang yang beriman di akhirat kelak...amin...

Kepada sesiapa yang masih punya ibu dan ayah...termasuklah saya...hargailah mereka sementara mereka masih ada, tunjukkanlah kasih sayang kita tak mungkin akan padam kepada mereka, senangkanlah hidup mereka. Semoga dengan apa yang kita lakukan mereka akan merasa bahagia di dunia dan akhirat. Yang telah tidak punya...kirimkanlah doa seusai solat kita, semoga roh mereka tenang di sana. Insya Allah...semoga kedua ibu bapa kita sentiasa tenang dan damai di dunia dan akhirat. Amin.....
*

Sunday, July 25, 2010

SAMI YUSUF vs MAHER ZAIN

Assalamualaikum

Sekarang ini kemunculan artis-artis nasyid dah hampir sama dengan kemunculan artis2 lain. Namun begitu, tahap keglameran mereka tidak akan sama sekali menyamai artis-artis kontemporari. Sudah tentu nasyid tak mungkin akan menyamai nyanyian yang melalaikan itu. Namun begitu, sedikit sebanyak, mereka mempunyai peminat-peminat mereka sendiri.

Bagi saya pula, artis-artis nasyid sekarang, selain dari Rabbani dan Raihan, yang lain-lain kurang taringnya. Entah mengapa, kurang 'feel'nya. Bukanlah saya ini nak memperlecehkan mereka, tetapi tiada kesan sehingga ke hati. Apatah lagi bila timbul pula, dulu artis nasyid, sekarang jadi artis kontemporari. Siapa? Tak payah la sebut kat sini, rasanya ramai yang maklum.

Namun kemudian, apabila saya diperkenalkan kepada seorang artis ni, saya kembali meminati lagu-lagu nasyid. Suaranya yang mendayu-dayu bila mengalunkan lagu, sungguh mendamaikan. Seringkali bila saya mendengar lagu-lagunya, saya menghayatinya dan akhirnya air mata terus bergenang. Thanks to Mr Suami sebab perkenalkan lagu-lagu nyanyian beliau sehinggakan kami sekeluarga meminatinya dan menghafal lirik-lirik lagunya.

Ini adalah lagu pertama yang diperkenalkan kepada saya Al-Muallim oleh Sami Yusuf:





ini pula adalah lagu yang sangat menyentuh perasaan, terutamanya apabila kita mengenang ibu kita, Mother oleh Sami Yusof;





Sebenarnya banyak lagu-lagu yang menarik yang dinyanyikan oleh Sami Yusof ni, tapi kalau nak muat kt sini semua, penuh pulak nantikan? Tetapi kemudian kami berkenan pula dengan seorang lagi artis...Maher Zain. Layankan lagunya yang bertajuk Open Your Eyes...





Satu lagi lagu yang menarik...Always Be There....





kebanyakan lagu-lagu daripada Sami Yusof dah dihafal oleh kami anak beranak. Sekarang ni masing-masing pakat minat lagu daripada Maher Zain ni. Dan sekarang dalam proses menghafal lagu Open Your Eyes tu. Layankan...dan hayatilah....
*

Monday, July 19, 2010

MANDI WILADAH

Assalamualaikum
Petang semalam rumah kami agak riuh dengan kehadiran adik suami sekeluarga. Anak-anak yang paling seronok bila ramai orang kat rumah, apatah lagi dengan kehadiran sepupu-sepupu mereka. Dapatlah mereka bermain bersama-sama. Walaupun sepupu yang datang ni kecil-kecil lagi, tapi itu tak membantutkan keseronokan mereka.

Bila dah berkumpul tu macam cerita la yang dibualkan. Tiba-tiba adik ipar tu membuka cerita tentang mandi wiladah. Katanya ramai yang tak tahu dan ramai yang tak buat (ya la kan, tak tahu, so camana nak buat). Apatah lagi rupanya dah kecoh, ramai yang terima email yang menyatakan mandi wiladah itu wajib.

Opppsss....apa itu mandi wiladah? Mandi wiladah adalah mandi selepas melahirkan bayi atau selepas keguguran. So ini lah yang menimbulkan kekecohan. Pada kebiasaannya para ibu cuma mandi selepas darah nifas kering. Tidak ramai yang mandi selepas melahirkan. So daripada email yang dihantar kepada kawan adik ipar tu, selepas melahirkan, iaitu di hospital lagi kita dah perlu mandi hadas iaitu mandi wiladah.

Wahhh...kalau macam ni, dah jadi kes teruk ni. Saya dah anak empat ni, tak pernah mandi wiladah. Mak-mak kita dulu camana ye? Allahyarhamah Mak mertua saya lagi la, 12 anak dia. Adik ipar saya cerita, dia dah dua kali mandi (sebab anak dia 2 orang) dengan niat mandi wiladah. Saya yang mendengar gerun juga sebab kebetulan ada seorang lagi adik kepada suami yang merupakan seorang imam masjid daerah pun menyatakan mandi wiladah itu wajib. Namun begitu walaupun gerun, saya tetap merasa yakin yang mandi nifas yang selama ini saya lakukan sudah mencukupi jadi tidaklah saya mandi wajib sekali lagi.

Selepas mereka balik, saya kemudian mula meng'google'. Alhamdulillah saya menemukan jawapan. Apa yang saya yakini adalah betul.

Mandi wiladah sememangnya adalah mandi selepas melahirkan atau jika keguguran walaupun segumpal darah, tetapi jika tidak disertai dengan darah nifas. Jika ada darah nifas, memadailah jika kita menunggu sehingga darah nifas itu kering dan kita mandi hadas kemudiannya. Jika keluar darah nifas, maka tidak wajib ke atas seseorang itu untuk mandi wiladah. Bak kata seorang Mak Aji tu la, Islam itu mudah, janganlah disusahkan....

Maklumat lanjut boleh didapati di,
Laman soal jawab Ustaz Ahmad Adnan
jawapan dr Al-Ahkam
blog Ujie - rujuk komen di bawahnya

wallahua'lam...semoga dapat membantu. Namun andai kata ada yang lebih mengetahui yang dapat terangkan dengan lebih lanjut, mohon utarakan di sini...terima kasih....
*

Friday, July 16, 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY

Birthday siapa ye? Bukan lah birthday siapa-siapa...hanyalah ulangtahun blog saya yang tercinta ini. Saya mula menulis di blog ini pada 5 Jun 2009 dan pada 5 Jun yang lalu genaplah setahun penglibatan saya dalam bidang blogging ni. Sebenarnya sebelum pada tarikh tersebut saya telahpun merangka beberapa perkara untuk ditulis sempena genap setahun saya berblog tetapi dek kerana halangan-halangan yang tertentu hajat itu terus tertunda. Sekarang apa yang saya rangka semuanya saya dah lupa sebab rangka-rangka itu hanya wujud dalam kepada, tidak langsung direalisasikan waima satu huruf.

Oleh itu sempena genap setahun saya berblog ini, saya ingin rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua follower saya...dan juga kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya. Walaupun ketika saya tidak menulis, masih ada yang sudi menjenguk, bertanya khabar...terima kasih kawan.....

..........tidak mungkin saya lupakan apabila saya dijenguk buat pertama kalinya oleh ZeqZeq, kemudian diikuti oleh kak Echah Syed, menyusul pula eelobor, kak azie, Lanabulupaklong, cikgu Normah, kakcikseroja, anyss dan ramai lagi...ahlan wasahlan wamarhaban......syukran....




 
p/s happy belated birthday juga buat suami dan anak sulong...yang berkongsi tarikh hari jadi iaitu pada 2 April 2010. Sorry...ibu tak tulis pun pasal birthday kakak dalam blog ibu. Adik-adik kakak semua ada cerita masing-masing. Tetapi walaupun ibu tidak tulis, kelahiran kakak adalah satu hadiah yang paling berharga kepada ibu dan ayah. Ayah juga pernah berkata kepada ibu, pada hari itu, 2 April 1999, ayah mendapat hadiah daripada Allah. Ibu tak dapat belikan/berikan apa-apa hadiah kepada ayah tetapi pada tarikh itu ibu sedang berjuang untuk lahirkan anak solehah seperti kakak...doa ibu semoga kakak akan terus mempelajari dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam hidup kakak. Insya Allah kakak akan membesar menjadi hambanya yang solehah.
*

Assalamualaikum.......

Sekian lama saya tidak menulis. Ramai juga yang bertanya kenapa dan mengapa? Sungguh saya tiada jawapannya. Setiap kali saya mula menulis, baru dua tiga patah perkataan, saya terus delete dan kemudian saya logout. Memang tiada langsung keinginan untuk menulis walaupun sebenarnya banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan.

Hari ini saya mulakan dengan menukar template yang baru. Serasa seperti menukar perabot baru dan langsir baru di dalam rumah. Bila tengok hasilnya memberikan satu kepuasan kepada diri. Saya berharap, dengan situasi rumah yang baru akan memberikan inspirasi kepada saya untuk terus mencoretkan beberapa perkara di sini. Sekadar satu perkongsian dengan sahabat-sahabat di luar sana.

Tuesday, May 11, 2010

12 TAHUN YANG LALU

Assalamualaikum

Pada tarikh ini, 11 Mei 1998 saya telah selamat diijabkabulkan dengan seorang pemuda. Kini setelah 12 tahun telah berlalu, 11 Mei muncul kembali, menandakan telah 12 tahun kami berada di alam rumahtangga. Adat orang berumahtangga, ada kalanya manis, ada kalanya masam dan ada kalanya pahit. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walaupun begitu, alhamdulillah, sehingga kini kami masih bersama, mengharungi suka duka kehidupan, sementelah pula dengan kehadiran empat cahaya mata, segalanya-galanya telahpun lengkap dalam hidup ini.

Mengimbas kembali pada tarikh 11 Mei 1998, suami melafazkan akad, sedangkan saya menanti di rumah dalam debaran. Setelah hampir tengahari, abang yang pulang dari masjid terus berjumpa dengan saya di bilik, " Nani, suami nani sekarang dalam perjalanan, sekejap lagi sampai. Dia suami nani dah tu, dan bukannya lagi seorang pakwe". Ucapan abang itu saya hanya sambut dengan senyuman, sedangkan dalam hati, hanya Allah yang tahu. Pelbagai rasa bermukim, tak mungkin mampu nak diluahkan. Walaupun kami kenal hampir 3 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan ini, namun debaran tetap debaran.

Setahun sebelum itu, kami mengikat tali pertunangan ketika waktu sepatutnya dia menghadiri konvokesyennya. Ketika orang lain bersukaria, meraikan kejayaan masing-masing setelah tamat pengajian, suami dan ahli keluarganya menghalakan rombongan mereka ke Kelantan. Kata putus diambil dan janji diikat, hanya setahun masa pertunangan diperuntukan. Hanya setahun masa yang diambil untuk suami mengumpul wang hantaran dan sebagainya. Saya yang masih belum menamatkan pengajian terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keluarga dalam urusan perkahwinan. Alhamdulilllah, segala-galanya berjalan lancar dengan bantuan kedua ibu bapa terutamanya, adik beradik serta ipar duai. Tak lupa juga anak-anak saudara yang sudah boleh diharap, sama-sama membantu meringankan kerja-kerja. Mungkin majlis saya merupakan majlis perkahwinan terakhir dalam adik beradik saya menyebabkan masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Suatu perkara yang saya kira melucukan berlaku ketika hari perkahwinan tersebut. Sebelah petang apabila rombongan suami sudah pulang ke tempat penginapan mereka, dan kawan-kawan yang datang meraikan kami sudah ramai yang pulang, suami mengajak saya ke pejabat pos. Katanya, lesen memandunya sudah tamat tempoh, sudah beberapa hari sebelum hari kahwin kami lagi, cuma katanya dia tidak perasan. Dan malangnya kami terpaksa ke pejabat pos pada hari itu juga sebab keesokkan harinya pejabat pos tutup. Dan terpaksalah kami bergegas ke pejabat pos ketika itu juga, dan bayangkan kami ke sana dengan pakaian pengantin yang lengkap lagi. Ketika suami beratur untuk memperbaharui lesen tu, ramai yang melihat kami semacam. Ya lah kan, dengan baju pengantin, beratur di pejabat pos. Orang pun boleh confuse, ada photoshoot ke atau kahwin betul-betul. Sepanjang-panjang perjalanan pulang kami masih lagi ketawa mengenangkannya, apatah lagi ketika itu kebetulan anak saudara yang berusia lebih kurang dua tahun ikut sama, mungkin menambahkan lagi kekeliruan orang ramai. Hehehehe...

Setelah 12 tahun, tarikh 11 Mei kembali dikenang. Semoga 11 Mei yang akan datang tetap dapat disambut sebagai tanda kesyukuran, kami selamat diijabkabulkan dan kami masih melayari bantera ini. Doakan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Amin...
*
p/s lesen tu sy masih simpan sampai sekarang tau...

Saturday, May 8, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum...

Bulan Mei kembali menjelma setelah setahun menghilangkan diri. Umum mengetahui ada tiga sambutan penting pada bulan ini, bermula dengan Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru. Hari Pekerja telahpun disambut pada 1 Mei yang lalu, tak kisahlah bagaimana sambutannya, yang penting hari itu adalah hari untuk semua pekerja di dunia ini. 

Kemudian sekarang, Hari Ibu bakal menyusul. Anak-anak pasti sibuk memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk ibu masing-masing. Teringat ketika saya kecil-kecil dahulu, hari Ibu pun saya tak pernah dengar, apatah lagi untuk meraikannya. Sekarang, kalau saya ucapkan 'Selamat hari Ibu' kepada mak saya pun mesti mak tidak mengerti. Mesti dia kehairanan kenapa perlu diucapkan ayat tersebut kepadanya. Namun begitu, insya Allah saya tidak pernah ketinggalan untuk menelefon mak di kampung setiap kali hari ibu, bukanlah untuk mengucapkan ayat tersebut kepadanya tetapi cukuplah sekadar ingatan kepadanya, memberitahunya yang kita sayang kepadanya dan sentiasa ingat kepadanya.

Anak-anak sekarang, mereka sudah sedar akan kewujudan hari Ibu. Masing-masing sudah merangka apa yang perlu diberikan kepada kita. Amirul dari hari selasa lagi sudah membawa pulang 2 kuntum bunga kepada saya, katanya 1 sebab abang tak beri apa-apa masa birthday ibu dulu, satu lagi sebab Mother's Day, dan sesungguhnya saya menyambut bunga tersebut dengan senyuman dan hati yang kembang. 
Keesokkan harinya, semasa saya menunggu dia pulang dari sekolah, saya melihat dia, dari kejauhan sudah tersenyum meleret. Ditangannya ada sebuah kotak seperti kotak hadiah. Saya berkata dalam hati, mesti dia ada masuk pertandingan dan memenangi sesuatu. Namun, apabila dia masuk ke dalam kereta, terus dia hulurkan kotak tersebut kepada saya seraya berkata, "Hadiah untuk ibu". Saya kerutkan dahi, "kan semalam abang dah bagi?". "Takpelah, semalam lain, hari ni lain"..
"Mana abang dapat duit? Abang tak belanja ke?"
"Tak lah, abang bawa duit tabung abang"
"Terima kasih..."
Hmmm...walaupun tidak bersetuju dia guna duit tabungnya, tetapi saya tetap bangga kerana pernghargaannya kepada saya.

Hari Khamis, Nabila pula secara diam-diam meletakkan kad yang dibuatnya sendiri ke dalam beg tangan saya. Cantik kad yang dibuatnya, dan saya yakin dia membuatnya bersama kawan-kawan rapatnya. "Terima kasih kakak" saya katanya padanya dan disambut dengan senyuman olehnya.

Jumaat, satu lagi kad saya terima, kali ini daripada Nisaa' pula. Walaupun saya yakin, itu semua adalah inisiatif guru-gurunya, mengajar dan menolong untuk membuat hiasan pada kad itu namun tetap membuatkan saya merasa bahagia. Terima kasih kakcik....

Anak-anak ibu... ibu bangga dengan kalian...

eh...eh... mana hadiah Nadhira?
"Adik, adik nak bagi hadiah apa kat ibu?"
"adiah....adiah.....hmmmm...." Lama dia termenung...pastu dia gelak sebab saya dah geletek, sah-sah dia tak faham pun apa itu hadiah...hahaha...menung jauh cam ye je tengah fikir nak bagi hadiah apa, hehehe....


Thursday, May 6, 2010

TANPAMU DISISI

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.


Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

 
Sinopsis cerita di atas adalah sinopsis daripada novel terbaru keluaran Buku Prima Sdn Bhd. Yang menariknya tentang buku ini ialah, ianya adalah hasil karya isteri kepada salah seorang rakan sepejabat saya. Dan menurut beliau, dia juga ada menyumbangkan idea di dalam proses penghasilan novel ini. So, kepada peminat-peminat novel, jangan ketinggalan,sila dapatkan buku ini dipasaran pada 18 Mei 2010 nanti....

Friday, April 30, 2010

SCARLET FEVER

Assalamualaikum

Selama hampir seminggu waktu tidur saya dan suami menjadi tak menentu. Ini semua gara-gara si kecil Nadhira yang demam bermula dari malam Isnin. Cuma ingatkan demam biasa, so selepas diberi ubat pada malamnya dan pada pagi hari isnin itu, saya hantar seperti biasa pada hari isnin pagi itu. Ubat pun tidak dibekalkan kepada pihak taska kerana kebetulan ubat yang sentiasa ada kat rumah tu sudah tinggal sedikit. 

Petangnya bila saya ambil dia di taska saya dapati badannya agak panas. So saya minta suami belikan ubat demam. Namun bila pada malam harinya demam dia seolah-olah tidak kebah-kebah, saya mula membuat keputusan untuk bercuti pada hari selasa untuk membawa dia ke klinik, dan saya masih dalam andaian, anak saya cuma demam biasa. Dan selasa itu saya membawa dia ke klinik yang berhampiran dengan rumah saya. 

Seperti biasa bila dia cek sana dan sini, suhu, dada dan sebagainya dia memberikan beberapa jenis ubat termasuklah antibiotik. Sambil itu saya sempat bertanya kepada doktor tersebut tentang biji-biji yang tumbuh di beberapa bahagian pada badan anak saya itu. Dia kemudiannya meneliti dan terus dia membuat andaian, "Oh...ini rashes je ni".

"Tapi doktor, takkan sampai ke kaki pun rashes ada jugak, bukan ke selalunya at spot area sahaja seperti belakang, punggung, atau bahagian-bahagian yang tersorok?" saya bertanya pada nya sebab saya agak musykil dengan tempat-tempat yang tumbuh rashes tu adalah tempat yang terbuka seperti betis dan belakang tangan selain daripada belakang badan dan dahi. Dan lagi sekali dia menegaskan yang ianya hanyalah rashes yang tidak perlu dirisaukan. Jadi saya terpaksalah menerimanya begitu.

So hari itu saya menjaganya sendiri dan cuba untuk memberi ubat mengikut masa yang ditetapkan dengan harapan esok dia akan sembuh dan saya akan boleh bekerja seperti biasa. Namun malangnya, walaupun ubat diberi mengikut aturan, demamnya tidak juga kebah-kebah. Bayangkan kalau kebiasaannya, selepas sejam ubat diberi, demam akan surut dan mungkin akan datang kembali paling awalpun selepas 4 jam. Namun, untuk Nadhira, demam hanya surut sedikit dan bila 3 jam lebih, suhu badan mula naik tinggi. So setelah berbincang dengan suami, dia pula terpaksa bercuti memandangkan saya mempunyai kelas yang penuh pada hari rabu. So sebelah petangnya kami sekali lagi membawa Nadhira ke klinik. Waktu itu badannya sudah agak lemah. Badannya terpaksa saya selimutkan kerana dia sangat sejuk, dan dia sendiri menarik tangan saya supaya memeluknya. 

Di klinik (yang lain dari semalam), hasil pemeriksaan doktor, suhu badannya ketika itu sudah mencecah 39.3 darjah Celcius. Dan doktor terus memberikan ubat melalui punggungnya yang kita ketahui lebih efektif berbanding ubat makan. Kebetulan pada hari itu saya membawa ubat dari klinik sebelum ini, dan dia menelitinya. Hasilnya dia memberitahu saya, ubat yang diberikan tidak cukup dosnya. Sepatutnya, Nadhira sudah boleh diberikan ubat sebanyak 5ml berbanding yang disuruh oleh klinik sebelum ini 3ml. Ini menyebabkan demamnya tidak dapat surut. Dan dia juga berpesan jika dalam 4 jam badan sudah kembali panas, sudah boleh diberikan ubat baru kerana amat perlu untuk mengawal suhu badan supaya dapat elakkan demam panas. 

Khamis, saya menghantar nadhira ke taska seperti biasa, kerana demamnya sudah agak terkawal. Cuma saya perasan, jika demamnya tinggi, ruam dibadannya semakin ketara. Saya komplen kepada suami tetapi dia meminta saya supaya tidak terlalu bimbang kerana pada pendapatnya itu hanyalah kerana badannya yang panas. Petang itu bila saya mengambil Nadhira di taska saya agak terkejut kerana ruam sudah memenuhi hampir keseluruhan badannya dan sebelum itu ketika saya dalam perjalanan ke taska, pemilik taska ada menelefon memberitahu saya yang dia akan berikan lagi ubat kepada nadhira memandangkan badannya kembali panas walaupun belum 4 jam ubat diberi.

Malamnya ruam semakin bertambah dan pagi ini, saya dapati ruam sudah tumbuh sehingga tapak tangan dan tapak kaki. So suami cakap, hari ni dia akan ambil cuti separuh hari untuk membawa nadhira ke klinik pakar kanak-kanak yang berada di seksyen 9 Shah Alam iaitu Klinik Adek. Doktor pakar tersebut pada awalnya menyangkakan yang nadhira terkena campak. Tetapi apabila dia dapati demam nadhira masih belum kebah malahan batuknya juga agak teruk dengan berkahak, dia mula mengesyaki yang ianya bukan campak tetapi sejenis demam yang menyebabkan ruam tumbuh seluruh badan dan boleh menjangkiti paru-paru. Demam itu diberikan nama 'Scarlet Fever' kerana ianya akan menjadikan pesakit ditumbuhi ruam-ruam yang berwarna 'scarlet'. Demam ini berpunca daripada sejenis bakteria dalam kumpulan streptococcus yang akan menjadi racun kepada sesiapa yang terkenanya.

Pertama kali saya mendengar adanya demam sebegini, ianya agak mengejutkan. Saya sempat bertanya kepada doktor tentang puncanya, dan dia memaklumkan semuanya berpunca daripada persekitaran dan mungkin juga terkena virus yang sama daripada kawan-kawannya, sementelah nadhira diletakkan di taska, macam-macam penyakit dapat dikongsi. Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun, yang mana kita tahu antibodi mereka masih lemah. Sekarang, di badan nadhira masih lagi dipenuhi dengan ruam-ruam tersebut. Mungkin ambil masa juga untuk hilang. Cuma yang penting sekarang ini adalah untuk mengawal suhu badannya dan memberikan nebulisor kepadanya memandangkan paru-parunya terdapat banyak kahak dan mengganggu pernafasannya. Sekarang dia tak mahu makan dan minum dengan baik. Susu yang dibancuh hanya 2 3 oz yang dihabiskan. Doakan dia cepat sembuh dan kembali ceria seperti dahulu...

Di sini ada maklumat lanjut tentang Scarlet Fever. Semuanya boleh dibaca di sini dan di sini

Tuesday, April 27, 2010

KENANGAN

Assalamualaikum...

Malam semakin lewat, namun saya masih lagi mengadap komputer, satu lagi kegilaan manusia di zaman ini. Entah mengapa saat ini saya tiba-tiba terkenang mak dan ayah yang jauh dimata...rindu yang teramat-amat, hinggakan saya terfikir, adakah mereka juga sedang merindui saya. Mahu menelefon, risau mengganggu masa rehat mereka, insya Allah, esok masih ada, walaupun tidak dapat bersua muka, hanya sekadar suara, masih mampu mengubat sedikit kerinduan itu. Mungkin juga kerana mereka sedang rindu menyebabkan saya juga merasakan kerinduan itu....mungkin....

Sedang saya melayan, berfikir-fikir, saya jadi terkenang zaman semasa saya masih kecil dahulu. Zaman di mana hidup kita bukanlah dalam kemewahan. Ayah terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki untuk anak-anak dan mak pula bukanlah duduk sahaja dirumah, tetapi segala apa yang mampu dilakukan akan dilakukan untuk menambah rezeki keluarga. Mungkin ingatan yang saya ada tidak seberapa. Sementelah pula, saya anak yang paling kecil di dalam keluarga, mak cakap saya ni lahir dah beruntung, celik jer mata dah ada elektrik, orang lain masih guna pelita, atau paling kuat pun lampu gasolin, hahaha...saya pun ingat-ingat lupa namanya.

Saya lahir di sebuah felda di Pahang iaitu Felda Bukit Goh. Ayah dulu kerja sebagai pemandu traktor di felda tersebut. Namun begitu saya tidak mempunyai memori yang banyak di sana kerana sebagai pekerja felda yang ketika itu masih di bawah kerajaan, ayah kemudiannya di tukarkan ke beberapa felda yang lain. Ayah pernah bertugas di sebuah felda di Kelantan, pun saya tak ingat nama tempatnya (kena tanya mak/ayah la dulu). Dan saya tiada satupun memori  tentang tempat ini. Yang saya ingat, mak pernah bercerita, saya dulu tak pandai cakap Kelantan sebab saya lahir dan membesar di Pahang. Jadi bila kami mula-mula pindah di Kelantan tu, ada seorang kawan yang lebih kurang sebaya saya cuba bermain dengan saya. Dia membuat topi dari kertas dan letakkan di atas kepalanya dan meminta saya melihat dia memakai topi tersebut, "Nani, kelih ni nani" dia berkata merujuk kepada topi yang dipakainya. Saya pun terus cakap kat mak saya, "Mek, tengok kelih mek". Mak saya pun apa lagi, terus gelak. Ya la, saya ingatkan kelih tu adalah nama topi tu, sedangan kelih tu maksudnya tengok. Bila ingat-ingat balik, memang kelakar. Saya tak pasti berapa lama saya ambil masa untuk belajar bahasa Kelantan, tapi mak cakap, tak lama sebab saya memang cepat pandai belajar loghat-loghat ni, apatah lagi masa tu saya masih kecil dan senang untuk pelajari sesuatu...

Cuma ingatan yang paling kuat adalah semasa ayah bekerja di Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, Terengganu....tempat ini memang meninggalkan kenangan yang paling indah dalam hidup saya kerana di sinilah saya bersekolah tadika, sekolah rendah. Hahaha...dan di sinilah saya mula mengenal cinta monyet. Ala...minat@admire budak lelaki, walaupun kalau sekarang ditunjukkan gambarnya, sudah tentu saya sudah tidak mengecamnya, namanya pun sudah tak ingat. Cuma bila sekolah menengah sahaja saya keluar dari Felda ni. Itupun masih dalam daerah Terengganu iaitu di Dungun. Saya masih ingat saya selalu menolong mak membungkus jeruk dan membantu memasarkannya. Dulu-dulu kita tidak pernah fikirkan kesan sampingan jika memakan jeruk selalu kan? Pelbagai jeruk dipasarkan oleh mak dan ayah, ada yang dibuat sendiri dan ada yang dibeli di sempadan Thailand dan dibungkus kembali di rumah. Dan emak akan memberi upah atas apa sahaja kerja yang kita lakukan sebagai balasan atas kerajinan kita (hahaha...statement ni yang paling tak tahan- rajin?). Walaupun ada masa cemberut juga muka kita sebab dah mengganggu masa bermain kita, tapi tatkala dapat upah, muka terus ceria. Best kan ingat kembali kisah-kisah lalu?

Saya terkenang kembali, betapa beruntungnya anak-anak sekarang. Apa yang mereka mahukan kebiasaannya akan dapat. Kebiasaan apabila mereka meminta sesuatu, kita sebagai ibubapa agak susah untuk menolak apatah lagi bila kita terkenangkan betapa susahnya kita nak dapatkan benda tu masa kita kecil dulu. Teringat masa Amirul kecil dahulu, lebih kurang umur 2 tahun ayahnya dah belikan dia kereta yang guna remote tu, alasan suami, dia dulu selalu berangan nak beli kereta remote ni, tapi ayahnya tak mampu, jadi bila dah kerja, dan dah kahwin, belikan untuk anak. Walaupun anak yang main, tapi hati sendiri puas sebab dah dapat beli sendiri. Ibarat impian jadi kenyataan. Cuma yang tak bestnya baru dua hari beli dah patah riuk dikerjakan dek si Amirul, mana taknya, dia letak atas meja, pastu dia lancarkan kereta, kereta terus jatuh dari meja. Dua tiga kali lancar, innalillahiwainnailaihirajiuun.... la jawabnya...

Alat tulis juga sangat senang mereka perolehi. Setiap tahun boleh dikatakan 3@4 kali saya perlu beli pensil warna untuk mereka. Seingat saya, masa saya sekolah dulu, pensil warna hanya akan dibeli pada awal tahun, jimat la sampai ke hujung tahun. Nasib baik, kalau tahun depan mak tengok masih boleh guna, guna la lagi untuk ke tahun berikutnya. Saya dan suami selalu berkata kepada anak-anak, kadang-kadang dalam hidup kita, apa yang kita inginkan tak semestinya akan kita perolehi. Ada masa kita perlu bersabar, insya Allah, Dia akan berikan yang lebih baik lagi dari apa yang kita inginkan... Ayat ni kami selalu keluarkan apabila muka masing-masing dah cemberut apabila tak dapat apa yang mereka hajati....dan biasanya muka mereka akan bertambah asamnya....hmmmm....
*

Thursday, April 1, 2010

Kakcik oh kakcik

Assalamualaikum

Setiap hari tatkala pulang dari mengambil Nisaa' dari tadikanya, saya terpaksa menadah telinga mendengar ceritanya yang berbagai-bagai. Ada masa saya melayannya dengan bertanyakan kembali pelbagai soalan namun ada masanya saya terpaksa menumpukan perhatian kepada pemanduan sehingga adakalanya dia sedikit merajuk. Saya selalu mengusiknya dengan mengatakan saya tak larat nak melayan dia bercakap sebab dia cakap banyak sangat. Selalu saya bertanya, "kakcik ni tak penat ker cakap jer tak berhenti?", dan selalunya jawapan dia pastilah " tak penat pun". Nasib baik dia tak jawab, mulut kakcik, suka hati lah kakcik nak cakap. Kalau itu jawapan dia, pasti tak lama, mesti kena cubit.

Kadang-kadang selalu jugalah, saya kata padanya " kakcik, boleh tolong tak?". "Tolong apa ibu?" tanya nya kembali dengan muka excited. "Tolong......diam!" terus terdengar kakak dan abangnya gelakkan dia. Dia pun apa lagi, "tak boleh!". Dan dia terus sambung bercakap, atau menyanyi seperti yang dia buat sebelum ni. Susah kan? Kalau jenis cakap banyak tu, memang payah nak control.

Dua hari lepas, seperti biasa dia bercerita lagi. Kali ini sampai mulut saya ternganga....

"Ibu...nanti kan, bila kakcik dah besar macam ibu, kakcik nak kawin dengan Aish la"
Saya terkedu seketika. 'Biar betul anak aku ni'.
"Kakcik nak kawin dengan Aish? Kan kakcik kecik lagi?"
"Ya la, kakcik bukan nak kawin sekarang, kakcik nak kawin nanti kakcik dah besar macam ibu..."
Saya bertanya lagi padanya, "Kakcik tahu ker kahwin tu apa?"
"Tahu...kahwin tu macam ibu ngan ayah la..."

Aduuuuhhhh.....pening kepala ibu ni kakcik.....kakcik ni baru lima tahun, mana kakcik belajar ni...kadang-kadang saya terfikir, anak saya yang advance ker atau saya yang underestimate anak saya ni?

Bila saya ceritakan kepada kawan saya, ibu kepada Aish tu, dia cakap, ok la jugak, nisaa' dah 5 tahun, ada budak tu baru 3 tiga tahun dah pandai cakap orang lelaki handsome. Ha? Sudahnya lagi sekali saya ternganga. Namun lama-lama saya teringat masa main pondok-pondok masa kecil dulu, kemudian main kahwin-kahwin. Agaknya memang inilah fasanya. Cuma seingat saya masa main pondok-pondok dulu saya dah sekolah rendah, bukannya masa tadika. Masa tadika cuma layak jadi anak. Aduhhh....penin..penin....

Semalam pulak, kebetulan saya dan mak Aish tu pergi ambil anak masing-masing serentak. So sempat la kami bersembang-sembang sementara. Sengaja saya tanya kepada Aish tu sendiri,

" Nisaa' cakap nanti besar dia nak kahwin dengan Aish, Aish nak tak kahwin dengan Nisaa'?"
Terus dia anggukkan kepala. Huhuhu....rupa-rupanya anakku tidak bertepuk sebelah tangan.....
Sebelum itu mak Aish ada cerita,  Aish ada beritahu dia, nisaa ajak dia kahwin dan dia cakap budak-budak tak boleh kahwin, dah besar boleh la....hehehehe....oh anak-anak....
*

Tuesday, March 30, 2010

Hmmm..........

Hujung minggu yang lalu, macam biasa kami keluar berjalan-jalan sekeluarga. Sampai di pekan suami letak kereta berdekatan dengan sebuah kedai yang menjual kereta-kereta mewah keluaran toyota. Dalam hari sempat berangan, bilalah harrier ni boleh kupandu....aduhai......hahaha....angan-angan, tak kena bayar kan?

Selepas meletakkan kereta, suami terus bergegas keluar kerana mahu ke bank, namun sempat berpesan kepada saya supaya mengunci pintu kereta. Saya dan anak-anak selepas keluar dari kereta berjalan menuju ke sebuah farmasi yang letaknya bersebelahan dengan kedai kereta mewah tu. Kebetulan ada seorang lelaki sedang merokok di hadapan kedai tersebut. Bila saya melintasinya dia terus menegur, " Kereta iswara ke kak? Tak nak ker tukar wira ker, satria ker. Persona pun cantik". Sambil matanya sekejap memandang saya dan sekejap mengerling ke arah kereta iswara buruk saya tu. Ya, iswara tu dah lama, hampir sepuluh tahun dah. Memang nampak nazak sangat dah.....

Saya terkedu seketika, tetapi sempat juga menjawab, "tak per la encik, saya tak mampu" dalam hati saya sambung, '...nak terima pelawaan encik tu'. Saya tersenyum dan terus berlalu. Hmmmm....sebenarnya tidak lah kecil hati dengan pertanyaan dia, cumanya saya hairan kenapa orang kita (baca : MELAYU) suka sangat 'underestimated' orang lain. Andai kata seseorang itu tidak mampu sekalipun, cubalah untuk memberikan tawaran yang lebih tinggi, tiada salahnya. Di dalam kedainya tiada langsung kereta-kereta murah, harrier, alphard, estima, wish dan caldina. Namun apa salahnya 'membeli jiwa' pelanggan dengan kereta-kereta mewah itu dahulu. Kalau mereka cakap tidak mampu dan kemudian barulah tawarkan yang lebih murah.

Kadang-kadang, faktor ini lah yang menyebabkan orang malas nak ke kedai melayu. Orang lebih suka berurusan dengan pekedai cina. Mulut manis mereka akan mampu membuatkan kita membeli barangan mereka. Pengalaman saya dan kawan-kawan yang telah beberapa kali ke kedai kereta-kereta mewah seperti ini sememangnya mengakui orang melayu suka memandang rendah kemampuan pelanggannya. Mereka suka mengharapkan pulangan yang tinggi terus. Tak suka melayan kerenah golongan-golongan sederhana ni. Kalau yang datang dengan kereta wish atau camry barulah mungkin mereka akan offer kita kereta alphard atau harrier tu agaknya.


Thursday, March 11, 2010

UBAT HATI

Assalamualaikum

Bila saya membaca blog kawan-kawan, saya perhatikan ada segelintir daripada blogger yang suka memberikan komen yang kurang membina, dalam erti kata lain, sebenarnya komen yang dilontarkan tidak memberikan manfaat kepada tuan punya blog, dan juga pembaca-pembaca lain. Ada yang menggunakan blog-blog orang lain untuk melepas perasaan. Komen-komen yang diutarakan dalam bentuk serangan peribadi sebenarnya menggambarkan keadaan blogger itu sendiri. Mungkin boleh juga diketegorikan sebagai hati yang sakit.

Seketika dahulu negara pernah kecoh dengan blogger yang menggunakan nama Aduka Taruna, yang pernah mengutuk upacara kemangkatan Sultan Johor, dan jika kita lihat di dalam blognya sendiri, bukan sekadar Sultan Johor yang dikutuk tetapi Saidatina Aisyah dan Saidina Ali yang sudah lama tiada di dunia inipun pernah menjadi mangsa kutukannya.

Selain dari itu, ada juga yang mewujudkan blog untuk melakukan serangan ke atas pemimpin-pemimpin negara, serangan berbentuk peribadi iaitu serangan ke atas sifat-sifat peribadi pemimpin itu sendiri. Anda cari lah sendiri, banyak blog yang sedemikian, sehinggakan agak muak untuk membacanya.

Bagi saya orang seperti ini sebenarnya mempunyai penyakit yang dinamakan penyakit hati. Samalah juga dengan seorang BOSS yang pernah saya tulis dalam post saya. Penyakit hati jika tidak diubati, maka akan memberikan kesan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang lain yang ada disekelilingnya. Mereka hanya akan menyusahkan orang lain yang ada disekeliling mereka, seperti seekor lalat yang tak putus-putus untuk hinggap atas makanan kita, nak dibuang sayang, nak dimakan dah tak lalu... begitulah perumpamaannya.

Pelbagai cara patut dilakukan oleh orang yang mengalami hati yang sakit. Beliau boleh bertaubat, beristighfar, melakukan solat taubat, memaafkan orang lain, bersangka baik dengan orang lain, dan macam-macam lagi. Ada orang yang tidak pernah menyedari yang dirinya mempunyai penyakit hati, sehinggakan dia berterusan melukakan hati kawan-kawan disekelilingnya. Jika kita menyedari bahawa kawan kita telah terkena virus ini, mungkin sebagai kawan kita perlu berbuat sesuatu, menasihati, memberitahu, mendoakan dan sebagainya yang termampu untuk kita lakukan.

Untuk mengubati hati kita perlu tahu caranya. Buku hasil tulisan Ustazah Siti Nurbayah banyak mengupas tentang hati, peranan, jenis-jenis hati, racun hati dan tanda-tanda sakit hati. Dan beliau juga mengajar kita melalui bukunya bagaimanakah caranya untuk mengubati hati yang sakit dan menghidupkan kembali hati yang mati. Andainya kita merasakan kita telah terjangkit penyakit itu, wajarlah untuk kita membacanya dan mengamalkan apa yang disarankan oleh Ustazah di dalam buku beliau. Andai kata juga kawan kita adalah yang bepenyakit hati ini, sudi-sudikanlah untuk memberikan buku ini sebagai hadiah kepadanya, moga-moga memberikan manfaat untuk dia dan kita semua.

Buku Digital Ubat Hati
*

Monday, March 8, 2010

TSUNAMI

Assalamualaikum

 Masihkah anda semua ingat bencana alam yang menimpa kita pada tarikh 26 Disember 2004. Saya percaya ramai yang tidak lupakan sejarah ini. Mungkin tidak ramai yang mengalaminya, tetapi peristiwa yang menyayat hati ini sebenarnya ditangisi oleh kita semua. Bencana yang menimpa negara jiran kita Indonesia tetapi tetap juga memberi kesan kepada kita di Malaysia sekaligus meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda.

Banyak blog yang memceritakan hal itu, secara langsung mahupun tidak langsung kepada kita. Dan di dalam blog ONDSCENE ada memaparkan gambar-gambar ngeri mangsa-mangsa tsunami itu. Kemudian pada bulan Mac 2005, sekali lagi fenomena tsunami ini menyerang dan juga menyebabkan beribu-ribu lagi nyawa melayang di kepulauan Indonesia. Tempat yang paling teruk terlibat adalah di Banda Acheh, Kepulauan Sumatera. Namun kesan daripada gegaran ini tetap dirasai oleh kita semua di Malaysia dan tidak terkecualilah saya. 

Semasa kejadian pada 26 Disember, saya sedang mengandungkan anak ketiga saya Nisaa'. Semasa gempa bumi yang mengakibatkan tsunami tersebut berlaku, saya sedang baring-baring di rumah (bercuti kerana tidak sihat), dan kemudian saya secara tiba-tiba merasakan seolah-olah katil yang sedang saya gunakan bergoyang-goyang, seolah-olah berada di atas kolek. Masa tu saya hanya berfikir, mungkin saya pening, sebab saya memang mengalami masalah tekanan darah yang rendah semasa mengandung. Cuma bila saya terlihat berita mengenai tsunami ini barulah saya tahu, apa yang saya alami bukanlah kerana saya pening tetapi kerana satu bencana alam yang telah meragut banyak nyawa.

Sayunya di hati melihat keadaan keluarga mangsa. Bayangkan ada seorang ayah yang kehilangan 5 anaknya, ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana rumah habis musnah dan sebagainya. Masa itu saya sangat bersyukur kerana saya cuma merasai kesan gegaran dan bukannya mengalami kehilangan ahli keluarga dan kemusnahan harta benda.


Kemudian pada 6 Mac 2005, si kecil nisaa' itu telah selamat saya lahirkan. Masih di rumah yang sama yang berada di tingkat 7 daripada 12 tingkat. Sekali lagi saya merasakan gegaran akibat gempa bumi yang melanda Kepulauan Sumatera. Hari tersebut ( saya tak begitu pasti tarikhnya yang tepat, cuma selepas tanya pakcik Google, dinyatakan tarikhnya adalah pada 28 Mac 2005), ataupun lebih tepat, malam tersebut, selepas semua seisi rumah sedang tidur, saya terdengar pintu gril seolah-olah digegarkan oleh seseorang. Dalam saya terfikir-fikir itu, tiba-tiba saya terpandang lantai rumah bergoyang (shaking). Terus terlintas di fikiran, " Ya Allah, tsunami lagi ke?". Dan kebetulan, saya terdengar hingar bingar di seluruh bangunan pangsapuri tu, masing-masing berlumba-lumba untuk turun dari bangunan.

Serta merta saya kejutkan suami, dan tunjukkan lantai yang bergoyang. Saya juga kejutkan mak dan ayah yang ada bersama. Suami terus capai anak kedua dan kejutkan anak pertama. Saya mendukung nisaa' yang masih dalam pantang. Kami semua turut bergegas turun, cuma masa tu saya bersyukur sebab kami turun lambat daripada orang lain. Bayangkan saya yang masih dalam pantang dan mak yang sudah tidak begitu kuat, terpaksa turun daripada tingkat 7. Kalaulah ramai yang turun bersama-sama kami, saya tidak dapat bayangkan kekalutannya dan kemungkinan saya dan mak akan menjadi mangsa terkena rempuhan.

Apabila kami sampai di bawah, ramai yang sudah berkumpul dan pihak polis pun turut hadir. Kami dimaklumkan bangunan pangsapuri tersebut masih selamat untuk diduduki, sehingga diberitahu sebaliknya. Namun, suami yang khuatirkan keselamatan kami sekeluarga bertindak menghantar saya, anak-anak dan mak ayah ke rumah abang di Sungai Buloh. Selama 2 hari lah juga saya berkampung di rumah beliau. Rasanya itu mungkin kenangan semasa pantang yang paling pahit saya alami. Ya, tidak lah seteruk jika kita bandingkan dengan apa yang mangsa tsunami alami tetapi tetap satu pengalaman yang bernilai.

....dan pada sabtu lepas, 6 Mac 2010, Nisaa' sudah pun berusia 5 tahun. Setiap kali ulangtahun kelahiran dia, pasti akan mengingatkan saya kepada peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005. Selamat Ulang Tahun kelahiran sayang, ibu tetap mendoakan yang terbaik dalam hidup Nisaa'. Sayang Nisaa' selalu.....




Beberapa maklumat tentang tsunami:
Tsunami

Tsunami1

Perpustakaan Negara Malaysia

Tsunami Mac 2005
*

Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum

Mungkin ini adalah post yang terakhir untuk bulan Februari ni. Tak banyak yang boleh saya tuliskan, entah kenapa sejak akhir-akhir ni selalu sahaja kekeringan idea untuk menulis. So untuk hari ini saya ingin kongsikan satu buku yang menarik yang sangat sesuai untuk kanak-kanak, tetapi sangat bagus juga jika orang dewasa ingin membaca dan mengambil ikhtibar dari ceritanya.

Buku yang saya maksudkan adalah buku ' 10 sahabat yang dijanjikan syurga' hasil tulisan Saridah Hamid dan diterbitkan oleh PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.
 

Di sini saya ingin kongsikan salah satu cerita di dalam buku ini...Cerita ke lima dengan tajuk 'Ketua Negara Prihatin'

Umar bin Khattab diamanahkan memegang jawatan ketua negara Islam yang kedua apabila Abu Bakar meninggal dunia. Beliau menerima pelantikan itu dengan berat hati kerana tanggungjawab yang diterimanya itu adalah besar iaitu memimpin umat Islam. Umar berikrar kepada Allah dan seluruh umat Islam yang beliau beritnda kasih pada rakyatnya dan berlaku adil dalam segala perkara mengikut kemampuannya.

Antara kata-kata dalam ucapannya di hadapan rakyat selepas dilantik menjadi ketua negara, "sesungguhnya, saya dan segala urusan bagi kamu adalah bagaikan seorang wali bagi anak yatim iaitu tidak mengambil apa pun daripadanya. Tetapi sekiranya saya ditimpa kesusahan, saya menggunakan harta dengan cara baik"

Umar melakukan tugas-tugas sebagai ketua negara tanpa mengira had waktu. Beliau melakukan tinjauan ke atas rakyatnya tanpa mengira waktu samada siang ataupun malam.

Pada suatu malam, Umar sedang meronda-ronda di sekeliling kawasan madinah dengan hambanya, Aslam. Tiba-tiba, beliau melihat cahaya yang memancar tidak jauh dari tempatnya.

Beliau berkata pada hambanya, "Kamu lihat ditengah-tengah padang pasir itu, nampanya seperti ada khemah di situ. Mungkin ada rombongan yang tidak dapat memasuki bandar ini kerana hari sudah gelap. Mari kita lihat"

Apabila sampai ke tempat perkhemahan itu, Umar melihat seorang ibu dengan beberapa orang anaknya. Kelihatan si ibu sedang memesak air di dalam periuk. Umar menghampiri khemah itu dan memberi salam.

"Mengapakah kanak-kanak ini menangis?" tanya umar kepada wanita ini apabila melihat anak-anaknya asyik menangis.
"Mereka sangat lapar," jawab wanita itu dengan nada sedih
"Apakah yang ada di dalam periuk itu?" tanya Umar lagi sambil menunjukkan jari ke arah periuk yang dimasak atas kayu api.

"Di dalam periuk itu hanya ada air. Ini adalah cara saya memperdayakan anak-anak saya supaya mereka tidur. Mereka fikir, tentu saya sedang sibuk menyiapkan makanan. Saya pasti mengadu kepada Allah mengenai Umar pada Hari Kiamat nanti kerana membiarkan saya dan anak-anak kelaparan!" jawab wanita itu sambil memandang anak-anaknya yang mulai diam dan ada yang tertidur.

"Semoga Allah ampunkan kamu. Tapi, bagaimanakah caranya Umar dapat tahu mengenai penderitaan kamu?" tanya Umar kepada wanita itu. Dia mengesat air matanya kerana tidak tahan mendengar rintihan wanita itu.

"Sebagai seorang ketua negara, dia sepatutnya tahu keadaan hidup setiap rakyatnya," jawab wanita itu tanpa mengetahui yang berada di hadapannya adalah ketua negara yang dimaksudkan.

Tanpa melengahkan masa, Umar kembali ke Madinah dan pergi ke Baitulmal, iaitu tempat menyimpan harta bagi membantu rakyatnya. Beliau mengambil guni dan mengisinya dengan tepung, kurma, minyak masak dan pakaian serta sedikit wang. Apabila guni itu penuh, Umar berkata kepada hambanya, "Aslam, tolong letakkan guni ini dibelakang saya."

"Tidak! Tidak! Wahai ketua Negara! Biar saya yang membawanya, " kata Aslam melarang umar membawa guni yang berat itu.
"Apakah kamu hendak menanggung dosa saya di akhirat nanti? Biar saya yang memikulnya kerana sayalah yang disoal nanti, " kata umar dengan tegas/

Aslam serba salah tetapi terpaksa mengikut kehendak tuannya. Dia pun meletakkan guni itu dibelakang Umar. Kemudian, mereka berdua berjalan ke khemah wanita miskin itu. Sebaik sahaja sampai di khemah itu, Umar mengambil sedikit tepung, buah kurma dan minya lalu dimasukkan kedalam periuk yang berada di atas dapur itu. Beliau mengacaunya sambil meniup api kayu yang hampir padam sehingga asap terkena janggutnya.

Tidak lama kemudian, makanan yang dimasak sendiri oleh Umar pun siap. Beliau sendiri menghidangkan makanan itu kepada wanita miskin dan anak-anaknya. Mereka makan sehingga kenyang. Anak-anak wanita miskin itu gembira dan mula bermain sesama sendiri.

Wanita miskin itu tersenyum dan berkata,"Semoga Allah memberi balasan kepada kamu berdua kerana hati kamu baik. Sesungguhnya, kamu lebih layak memegang jawatan ketua negeri ini daripada Umar."

Umar pun berkata, "Sekiranya kamu datang berjumpa ketua negeri ini nanti, kamu pasti berjumpa saya"

Thursday, February 25, 2010

TONSIL

Assalamualaikum
Tiga hari terkena serangan - demam, akibat tonsil yang bengkak. Hasilnya, demam yang tinggi suhunya dan sakit seluruh badan. Nak keruhkan lagi keadaan, tekak yang sakit menyukarkan saya untuk makan, tapi tetap kena ambil sesuatu untuk menelan ubat. Alternatif nya, saya cuma ambil susu serta biskut yang direndam, dalam kuantiti yang rendah kerana sakit bila menelan. Azabnya semasa menelan bukan setakat tekak yang sakit, tetapi sampai ke telinga. Masa tu rasanya rela lagi berlapar dari makan.

Bila perut kosong, angin pula yang memenuhi, sakit lain yang dapat. Malamnya, dapat pulak sakit baru... habis segala apa yang dimakan sebelumnya, dimuntahkan, sampai dah tak ada sisanya lagi. Cuma... yang miracle nya... pening kepala yang dialami macam terus hilang...

Hari ni, pada hari keempat, sakit tekak sudah hilang, demam pun dah tiada, namun sakit kepala masih menyerang, dan ketika saya menaip ini pun kepala masih berdenyut-denyut. Saya perhatikan, kebanyakan blog kawan-kawan ada posting baru, malangnya saya masih tidak punya kuasa untuk membaca kesemuanya dan tinggalkan komen. Hanya tadi sempat membuka blog En Mazidul yang sudah mempunyai berbelas-belas post terbaru since hari isnin yang saya tidak sempat jenguk. Maaf ye kawan-kawan, Insya Allah akan saya usahakan nanti.

So, di sini saya copy sedikit info tentang tonsil dengan kawan-kawan. Ada yang suggest kepada saya untuk buang sahaja tonsil tu, tapi setakat yang saya dengar dari mereka yang pernah buang tonsil, banyak juga keburukan jika buang tonsil menyebabkan saya jadi takut.


Definition
A small oral mass of lymphoid tissue, especially either of two such masses embedded in the lateral walls of the opening between the mouth and the pharynx, of uncertain function, but believed to help protect the body from respiratory infections.

Britannica Concise Encyclopedia - Tonsil
Small mass of lymphoid tissue in the wall of the pharynx. The term usually refers to the palatine tonsils on each side of the oropharynx. They are thought to produce antibodies to help prevent respiratory and digestive tract infection but often become infected themselves (see tonsillitis), mostly in children. There are also pharyngeal tonsils, better known as adenoids, and lingual tonsils, at the base of the tongue. The last have more effective drainage than the others and are rarely infected.




Sci-Tech Encyclopedia - Tonsil
Localized aggregation of diffuse and nodular lymphoid tissue found in the region where the nasal and oral cavities open into the pharynx. The tonsils are important sources of blood lymphocytes. They often become inflamed and enlarged, necessitating surgical removal.


The two palatine (faucial) tonsils are almond-shaped bodies measuring 1 by 0.5 in. (2.5 by 1.2 cm) and are embedded between folds of tissue connecting the pharynx and posterior part of the tongue with the soft palate. These are the structures commonly known as the tonsils. The lingual tonsil occupies the posterior part of the tongue surface. It is really a collection of 35–100 separate tonsillar units, each having a single crypt surrounded by lymphoid tissue. Each tonsil forms a smooth swelling about 0.08–0.16 in. (2–4 mm) in diameter. The pharyngeal tonsil (called adenoids when enlarged) occupies the roof of the nasal part of the pharynx. This tonsil may enlarge to block the nasal passage, forcing mouth breathing.




Wikipedia - Tonsil
The tonsils are areas of lymphoid tissue on either side of the throat. An infection of the tonsils is called tonsillitis. Most commonly, the term "tonsils" refers to the palatine tonsils that can be seen in the back of the throat.


Like other organs of the lymphatic system, the tonsils act as part of the immune system to help protect against infection. In particular, they are believed to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections.


Growth
Tonsils tend to reach their largest size near puberty, and they gradually undergo atrophy thereafter. However, they are largest relative to the diameter of the throat in young children.


Tonsils can become enlarged or inflamed (tonsillitis) and may be surgically removed in tonsillectomy. This may be indicated if they obstruct the airway or interfere with swallowing. In older patients, asymmetric tonsils (also known as asymmetric tonsil hypertrophy) may be an indicator of virally infected tonsils, or tumors such as lymphoma or squamous cell carcinoma.


Some doctors who are not ear, nose and throat (ENT) specialists are conservative on recommending the removal of tonsils, because the tissue cannot be put back, and some claim that removal decreases the power of the immune system. ENT specialists generally recommend removal if there are frequent recurrent tonsillitis, adenotonsillar hyperplasia causing symptomatic partial upper airway obstruction or asymmetry.


Tonsil enlargement can affect speech making it hypernasal and giving it the sound of velopharyngeal incompetence.




Tonsilloliths


A tonsillolith is material that accumulates on the tonsil. They can range up to the size of a peppercorn and are white/cream color. The main substance is mostly collagen, but they have a strong unpleasant odor because of hydrogen sulfide and methyl mercaptan and other substances.


Copy bulat-bulat dari : TONSIL
atau kalau suka dari wikipedia


Yang ni pulak cedok dari itonsil.com


Causes


Tonsil and throat infections may be caused by either a virus or bacteria, and can be spread from one person to the other through coughing, sneezing and nasal fluids. In preschool children and infants, the common cold virus or flu virus often causes chronic tonsillitis. In adults and adolescents, it is more likely to be caused by bacteria—the streptococcus, staphylocci, pneumococci, or hemophilus bacteria. In rare cases, the bacteria responsible for scarlet fever, diphtheria and mononucleosis can cause tonsillitis.


"Strep throat" is a particular type of bacterial infection in the throat caused by the streptococcus pyogenes bacteria. Tonsillitis, or inflamed tonsils, may or may not accompany a strep throat infection.

atau boleh juga tengok kat sini

*

Friday, February 19, 2010

TANGAN

Assalamualaikum

Hari ni kita main-main sikit boleh? Suka-suka sahaja untuk hilangkan bosan ( ni actually takde idea nak menulis, so kita buat la satu game yang mengarut ni, sepetang tadi kecoh kami buat kat office).

Mula-mula, paparkan tapak tangan anda seperti gambar di bawah.






Kemudian tunjukkan kuku anda. 
Time ni jangan mengelat tau, tunjuk dulu baru scroll ke bawah untuk tengok result.

Adakah anda menunjukkan kuku anda sebegini, 

(A)
atau 

dengan cara ini?

(B)

 



 Menurut 'pakar' yang buat kecoh kat office tadi, jika anda menunjukkan kuku anda dengan cara (A), ini menunjukkan anda seorang yang kasar dalam perbuatan, dan semakin laju anda memusingkan tangan anda untuk menunjukkan kuku anda maka, semakin kasar lah hasil pekerjaan anda. Sebaliknya kalau kaedah (B), ini menunjukkan anda seorang yang lebih lembut dalam perbuatan anda mahupun hati anda. So, yang mana satu kah diri anda? Nilaikan sendiri....hehehe....


p/s boleh percaya ker? Terpulang kepada diri kita sendiri. Nama pun main-main, cuma ada kalanya nampak macam betul....


Tadi, cuba la kat anak-anak pulak, dan ini hasilnya:


 
 
 



 
 

Cuma bila difikir-fikirkan balik selepas tengok result pada anak-anak, macam tak leh guna pulak kat diaorang ni. Si kecik dua orang ni, jenis yang kasar ker? Ataupun mungkin juga disebabkan kekreatifan yang masih di tahap rendah?

***