Kedai Buku Online

Friday, July 16, 2010

Assalamualaikum.......

Sekian lama saya tidak menulis. Ramai juga yang bertanya kenapa dan mengapa? Sungguh saya tiada jawapannya. Setiap kali saya mula menulis, baru dua tiga patah perkataan, saya terus delete dan kemudian saya logout. Memang tiada langsung keinginan untuk menulis walaupun sebenarnya banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan.

Hari ini saya mulakan dengan menukar template yang baru. Serasa seperti menukar perabot baru dan langsir baru di dalam rumah. Bila tengok hasilnya memberikan satu kepuasan kepada diri. Saya berharap, dengan situasi rumah yang baru akan memberikan inspirasi kepada saya untuk terus mencoretkan beberapa perkara di sini. Sekadar satu perkongsian dengan sahabat-sahabat di luar sana.

4 comments:

kakcikseroja said...

Wa'alaikummussalam Nanie..

semoga mendapat kembali semangat untuk menulis di sini. :)

rosnanie said...

insya Allah kakcik...
terima kasih sbb masih sudi bertandang

eelobor said...

hehehehe, lamo sungguh dio menyepi. Salam Ros....semoga kita terus dapat bertukar pandangan & berkongsi cerita

rosnanie said...

eelobor...terima kassih...insya Allah ada cerita saya tulis... insya Allah..