Kedai Buku Online

Monday, July 19, 2010

MANDI WILADAH

Assalamualaikum
Petang semalam rumah kami agak riuh dengan kehadiran adik suami sekeluarga. Anak-anak yang paling seronok bila ramai orang kat rumah, apatah lagi dengan kehadiran sepupu-sepupu mereka. Dapatlah mereka bermain bersama-sama. Walaupun sepupu yang datang ni kecil-kecil lagi, tapi itu tak membantutkan keseronokan mereka.

Bila dah berkumpul tu macam cerita la yang dibualkan. Tiba-tiba adik ipar tu membuka cerita tentang mandi wiladah. Katanya ramai yang tak tahu dan ramai yang tak buat (ya la kan, tak tahu, so camana nak buat). Apatah lagi rupanya dah kecoh, ramai yang terima email yang menyatakan mandi wiladah itu wajib.

Opppsss....apa itu mandi wiladah? Mandi wiladah adalah mandi selepas melahirkan bayi atau selepas keguguran. So ini lah yang menimbulkan kekecohan. Pada kebiasaannya para ibu cuma mandi selepas darah nifas kering. Tidak ramai yang mandi selepas melahirkan. So daripada email yang dihantar kepada kawan adik ipar tu, selepas melahirkan, iaitu di hospital lagi kita dah perlu mandi hadas iaitu mandi wiladah.

Wahhh...kalau macam ni, dah jadi kes teruk ni. Saya dah anak empat ni, tak pernah mandi wiladah. Mak-mak kita dulu camana ye? Allahyarhamah Mak mertua saya lagi la, 12 anak dia. Adik ipar saya cerita, dia dah dua kali mandi (sebab anak dia 2 orang) dengan niat mandi wiladah. Saya yang mendengar gerun juga sebab kebetulan ada seorang lagi adik kepada suami yang merupakan seorang imam masjid daerah pun menyatakan mandi wiladah itu wajib. Namun begitu walaupun gerun, saya tetap merasa yakin yang mandi nifas yang selama ini saya lakukan sudah mencukupi jadi tidaklah saya mandi wajib sekali lagi.

Selepas mereka balik, saya kemudian mula meng'google'. Alhamdulillah saya menemukan jawapan. Apa yang saya yakini adalah betul.

Mandi wiladah sememangnya adalah mandi selepas melahirkan atau jika keguguran walaupun segumpal darah, tetapi jika tidak disertai dengan darah nifas. Jika ada darah nifas, memadailah jika kita menunggu sehingga darah nifas itu kering dan kita mandi hadas kemudiannya. Jika keluar darah nifas, maka tidak wajib ke atas seseorang itu untuk mandi wiladah. Bak kata seorang Mak Aji tu la, Islam itu mudah, janganlah disusahkan....

Maklumat lanjut boleh didapati di,
Laman soal jawab Ustaz Ahmad Adnan
jawapan dr Al-Ahkam
blog Ujie - rujuk komen di bawahnya

wallahua'lam...semoga dapat membantu. Namun andai kata ada yang lebih mengetahui yang dapat terangkan dengan lebih lanjut, mohon utarakan di sini...terima kasih....
*

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Memang ramai yang tak tahu tentang mandi wiladah ni. Dalam Islam, bagi sesuatu perkara yang wajib, tidaklah menjadi dosa kalau kita benar2 tak tahu. Tapi bila dah tahu, sengaja tak mahu buat - itu yang boleh menjadi dosa.

Wallahhuaklam. :)

eelobor said...

kita mandi2 berbaca yg biasa jer tau.....hehehe

rosnanie said...

salam kakcik,
memang betul tu...cuma dalam kes ni, bukan berdosa kita tidak mandi wiladah sebab yang lebih utama adalah darah nifas tu sendiri kan?

rosnanie said...

eelobor...saya dah agak dah... hehehe....

Cetusan said...

Seriau seram bab mandi

ardz amy said...

hehehe penah dgr waktu sekolah dulu mandi wiladah tp ustazah x terang kan pun apa itu mandi wiladah secara details... hehehe x pe amek sbg panduan...petua sblm kawen n dpt baby :)

Guru said...

saya pun baru tau bab mandi wiladah ni...

terbaru dari saya : boleh buat menantu

rosnanie said...

zz...apa yang seriau nyer nih... hehehe...

Az...betul tu...ilmu nih bila2 pun tetap kena tuntut, xkan nak tunggu dah kawin br nak belajar kan?

Cikgu...xper..lmbt pn xper, asal nak ambik tau kan?