Kedai Buku Online

Saturday, March 26, 2011

RAJA LAWAK

Raja Lawak Final yg seminggu berlalu dengan kemenangan di pihak lelaki yang menggelarkan dirinya Man... membawa pulang hadiah yang cukup lumayan...RM100,000 tunai dan pelbagai hadiah lain lagi....Namun begitu sebenarnya saya agak keliru dengan lawak yang mereka. Bila habis jer sesi mereka, saya dan suami berpandangan...."tang mana yang lawaknya?" kata suami...

Sejujurnya kami tidak pernah menonton siaran Raja Lawak kerana di rumah kami tiada Astro. Semasa final tu kebetulan kami pulang ke kampung, di rumah adik suami ada Astro, so sempatlah menonton. Dan kesimpulan yang saya dapat dari persembahan mereka, tiada satu pun yang benar-benar boleh dianggap lawak.

Sepanjang rancangan keudara...hanya persembahan dari Zizan dan Johan bersama-sama Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet sahaja yang benar-benar menghiburkan, terutamanya ketika adegan Johan meniru suara Jamal Abdillah. Aksi mereka nampak sangat bersahaja dan Jamal yang selalunya kelihatan kayu apabila membuat persembahan, pada malam itu sangat menarik. Dia juga mampu membuatkan kita ketawa dengan aksi bersahajanya terutamanya ketika menegur Johan yang menyanyi dengan kaki terkengkang-kengkang... katanya....."ko jangan buat malu aku...jamal abdillah mana ada buat macam ni laaa....." katanya sambil buat aksi jalan terkengkang-kengkang tu.....hehehehe........

Part yang paling best bila Johan dan Zizan saling berpelukan sebab Jamal nyanyi lagu Ghazal Utk Rabiah dalam tune tinggi tu....memang lawak sangat!!

So enjoice clip kat bawah ni......

Tuesday, March 15, 2011

I TOOK OFF MY HIJAB

Jangan terkejut ye dengan tajuk entry ni, bukan saya yang buka tudung tetapi ini adalah satu page yang diwujudkan oleh seorang perempuan yang pada asalnya bertudung tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak bertudung. Wanita ini bernama Semra Celebi, seorang warga Turki tetapi kini menetap di Amsterdam. Dia berpendapat yang seseorang itu tidak perlu memakai tudung untuk membuktikan yang dia adalah seorang muslimah yang baik.


Kepada semua rakan-rakan, saya bukannya seorang yang anti dengan orang yang tidak bertudung. Tidak sama sekali. Saya ada ramai kawan yang tidak bertudung tetapi pada saya kewujudan page ini sangat mengganggu. Walaupun page ini diwujudkan kerana ingin berkongsi pengalaman tetapi dalam masa yang sama ia juga diwujudkan atas dasar kebebasan bertudung dan mempertikaikan peraturan Islam tentang pemakaian tudung

Cerita ini mula saya ketahui semasa melayari blog isuhangat. Dan apabila saya mencari sendiri di FB, saya dapat membaca sendiri perbahasan mereka berkenaan isu bertudung ini. Ramai yang membantah, ramai yang menasihati malah ramai cuba membuatkan pemilik page supaya menarik kembali page ini. Namun begitu tak kurang juga orang yang bersetuju dengan pemilik page ini malahan ada yang lebih teruk, menggalakkan lagi mereka untuk tidak bertudung. Dan lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil kesempatan untuk mengutuk dan mencerca Islam terutama dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Ramai yang cuba memujuk dengan kata-kata yang dia nampak lebih cantik apabila bertudung berbanding jika tidak bertudung. Saya juga pernah menggunakan ayat yang sama, namun kemudian saya sedar bahawa kata-kata sedemikian tidak relevan lagi untuk seseorang yang sudah dewasa dan akil baligh. Mereka bukan lagi seorang anak kecil yang semudah dibeli dengan kata-kata manis. Dipuji-puji, dibelai-belai, maka akan mengikut perintah. Tetapi mereka sudah dewasa dan matang yang mungkin akan menjadikan our sweet talk itu sebagai  kata-kata sindiran. Mungkin akan terlintas difikirannya...."nak beli jiwa ler tu".

Memang tak dinafikan wanita memang sukakan pujian tetapi jika tidak kena pada tempatnya maka akan menimbulkan perasaan meluat di dalam hatinya. Buat seseorang seperti Samra Celebi, bertudung untuk nampak lebih cantik bukanlah matlamatnya. Dia cuma mahu membuktikan kepada dunia, walaupun dia tidak bertudung tetapi dia tetap mampu menjadi seorang muslimah yang baik, malah mungkin lebih baik dari wanita bertudung yang lain, dan itulah juga yang difikirkan oleh kebanyakan muslimah kita yang tidak bertudung. 

Betul, anda mampu dan anda sebenarnya adalah seorang yang baik. Selagi kita meninggalkan larangan Allah, selagi kita mampu membuat kebaikan dan kebajikan di dunia ini, kita adalah seorang yang baik. Namun menjadi baik sahaja adalah tidak cukup sebab yang kita perlukan adalah solehah. Pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan rasulnya. Apakah itu ketaatan? Ketaatan adalah kepatuhan kepada sesuatu perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Rosulullah saw bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah.”

Apakah yang diperintah oleh Allah kepada kita ialah kewajiban menutup aurat. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)
Untuk menjadi seorang muslim perlu melakukan 5 perkara yang disebut sebagai Rukun Islam. Namun untuk menjadi muslim yang baik, perlu beriman kepada 6 perkara yang disebut sebagai Rukun Iman.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Jika benar kita adalah seorang muslim, sudah tentu kita wajib beriman dengan Allah. Jika kita beriman kepada Allah, tentu kita percaya kepada kekuasaannya. Jika percaya kepada kekuasaannya, maka tentu kita percaya  kepada hari kiamat iaitu hari Pembalasan. Sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran, kiamat adalah hari di mana segala amalan kita akan dihitung, segala amalan baik akan diberi ganjaran syurga dan segala amalan yang tidak baik akan diberikan balasan neraka.

Tentu ramai yang tahu tentang peristiwa Isra' Mi'raj di mana Rasulullah SAW dibawa melihat keadaan neraka.  Rasulullah SAW melihat ramai wanita digantung rambutnya dan dibakar. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat, apakah kesalahan wanita-wanita tersebut, maka jawablah malaikat, mereka digantung rambutnya dan dibakar kerana mereka memperlihatkan rambut-rambut mereka kepada pandangan lelaki yang bukan muhrim mereka. Dan rasanya tidak perlu saya ulas di sini kerana ramai yang sudah maklum.

Memakai tudung tidak perlu ditunggu sehingga semua perkara lengkap kita lakukan kerana kepincangan boleh diperbaiki dari masa ke masa. Dan yang paling penting memakai tudung bukanlah kerana kecantikan, kerana ikutan, kerana fesyen semata-mata. Tetapi pakailah tudung kerana itulah yang disuruh oleh Allah. Jika kita boleh solat kerana Allah suruh, boleh puasa kerana Allah perintah, maka kita juga mampu bertudung keranaNya. Jangan tunggu sehingga kita merasakan hati kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya kerana keikhlasan kita tiada kayu yang boleh mengukur, hatta kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sejauhmana keikhlasan kita.......

wallahua'lam......yang baik itu dari Allah...yang buruk itu kelemahan diri saya....
*



Thursday, March 10, 2011

Al Fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الحمد لله رب العلمين

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

الرحمن الرحيم
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

ملك يوم الدين
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

إياك نعبد وإياك نستعين
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

اهدنا الصرط المستقيم
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صرط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat


Surah Al-fatihah....atau juga dipanggil ibu Quran atau ummul Quran. Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Sekurang-kurangnya dalam sehari kita akan membaca surah ini sebanyak 17 kali kerana setiap kali kita menunaikan solat, maka kita akan membaca surah ini kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun solat.

Kenapa Allah memilih surah ini sebagai surah yang wajib dibaca setiap kali bersolat? Kenapa bukan surah-surah yang lain? Jika kita hayati maksud dan pengertian surah Al-fatihah, kita akan dapati bahawa surah ini memberi kita apa yang perlu dicapai dalam kehidupan kita. Ianya adalah seperti KPI dalam hidup kita yang memberitahu kita jika kita ingin menjadi hamba Allah yang taat, maka hendaklah kita mengikut seperti yang Allah sarankan.

Perkara pertama yang perlu kita ada dalam hidup ini seperti di dalam ayat pertama iaitu Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ,  kita memulakan segala perkara dalam hidup kita dengan menyebut dan mengakui yang Allah itu maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setiap perkara yang ingin kita lakukan, ingatlah yang semuanya datang darinya. Kalau dia tidak mengizinkan tak mungkin sesuatu perkara itu akan terjadi. Bolehkan kita makan, minum, bercakap, berjalan dan sebagainya andai Allah tidak benarkan? Tak mungkin akan terjadi! Demikian juga halnya apabila di padang Masyar nanti, ketika amalan kita sedang dihitung, mulut kita tidak akan dibenarkan berkata-kata, hanya anggota yang lain yang akan menjawab bagi pihak kita.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.....ayat ini menyedarkan kita yang sesungguhnya pemilik ke atas seluruh alam, bukan saja di bumi malah seluruh cakerawala dimiliki oleh Allah, maka siapakah kita untuk melakukan kerosakan di bumi ini? Siapakah kita untuk melakukan maksiat di bumi ini? Agak-agak kita Allah murka tak dengan apa yang kita lakukan selama ni? Tak perlu jawab, cuma bayangkan sahaja begini.....suatu hari yang hening, datang beberapa orang ke rumah kita. Setelah dijemput masuk, kita hidangkan makanan dan minuman. Mereka makan dan minum sepuasnya-puasnya. Setelah itu mereka mohon untuk mandi. Selesai mandi mereka mohon untuk tidur kerana kepenatan dan rasa kekenyangan. Kemudian mereka kembali meminta untuk makan dan minum. Kemudian permintaan mereka kembali untuk mandi, tidur, berehat. Lama-kelamaan mereka sudah tidak lagi meminta dan melakukan semuanya sendiri tanpa meminta kebenaran. Semakin lama mereka semakin berani mengajak orang lain ke rumah kita, malah ada yang berani melakukan maksiat di rumah kita....dalam erti kata lain, mereka sudah membuat rumah kita seperti rumah mereka sendiri.....so apakah perasaan kita pada ketika ini? Sekarang fikirlah apa pula yang Allah fikirkan tentang kita....

Namun begitu....Allah itu sangat Pemurah. Dia juga lagi Maha pengasih seperti mana ayat Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi. Kenapa kita perlu akui yang Allah itu pemurah? Sebab dalam hidup kita, kalau la Allah itu kedekut, kalau lah Allah itu tidak memberi, bagaimana mungkin kita dapat hidup di dunia ini. Sedangkan udara yang kita guna untuk bernafas takkan mungkin ada di dunia jika Allah tak beri kepada kita. Tangan saya tak mungkin akan bergerak sekarang, munulis di sini jika Allah tidak mengizinkan. Tetapi dengan sifat pemurah yang dia ada segala keperluan kita diberi dengan percuma....PERCUMA. Tiada satu pun bayaran yang diminta dari kita sebab kita tak mungkin dapat membayarnya. Jadi apakah yang wajar dilakukan untuk 'membayar' kepada Allah? Tepuk dada tanya iman. Tak mungkin dengan melakukan maksiat dapat membayar segala kebaikan Allah ini. 

Pemurahnya Allah, walaupun kita engkar kepadaNya, masih lagi kita boleh makan, masih lagi tinggal dalam rumah yang selesa, masih lagi mampu memandu kereta mewah. Kalau tidak, tak mungkin Bill Gates, Donald Trump dan lain-lain mampu menjadi bukan sahaja millionaire ttp billionaire. Tetapi cukupkah sifat Ar-Rahman Allah itu dalam hidup kita? Cukupkah dengan kehidupan yang mewah yang dinikmati selama ini? Bolehkah semuanya membantu kita di akhirat nanti? 

Pernah kah anda dengar kisah orang yang kaya tetapi hidupnya tidak tenteram, dan kisah si miskin yang bahagia? Ada yang dipunyai oleh si kaya, tidak dimiliki oleh si miskin menyebabkan hidupnya senang di dunia namun hatinya tidak gembira. Namun begitu, ada yang dimiliki oleh si miskin tidak dirasai oleh sikaya menyebabkan kehidupannya sangat bahagia. Itulah sifat Ar-Rahim Allah. Walaupun si miskin tiada harta, tiada kekayaan tetapi Allah menyayangi, mengasihi dan merahmatinya menyebabkan kehidupan si miskin menjadi sangat bahagia, semuanya kerana ketaatan si miskin kepada Allah menyebabkan Allah sangat sayang kepadanya. 

Sifat Ar-Rahman Allah tiada batasannya. Allah tidak pernah mengira kepada siapa yang akan diberi. Allah tidak memandang agama, bangsa dan keturunan asalkan dia usaha dan meminta, Allah akan beri. Tetapi sifat Ar-Rahim Allah, hanyalah untuk manusia yang benar-benar terpilih. Apakah itu sifat Ar-Rahim? Ar-Rahim bermaksud pengasih/penyayang. Di dalam kehidupan manusia, rasanya tidak lengkap jika tidak berkasih sayang. Kasih seorang ibu/ayah kepada anak-anaknya, kasih suami/isteri kepada pasangan masing-masing,  kasih sesama adik beradik dan saudara mara dan sebgainya. Namun begitu, hanya kasih sayang dan cinta Allah yang benar-benar kekal, yang mampu membuatkan seseorang itu berada dalam ketenangan dan kebahagiaan. Bagaimana untuk dapatkan cinta Allah? Berusahalah dengan cara mendekatkan diri kepadaNya, buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang, dan istiqamah.

Seorang ustaz pernah bercerita, suatu hari dia teringin sangat untuk makan sesuatu, tetapi terasa malas untuk mencari, dan dia biarkan sahaja keinginannya. Tiba-tiba datang seorang kawan membawa makanan yang diidamkan. Sudah tentulah dia menerima dengan hati yang terbuka sambil mengucapkan syukur...Alhamdulillah....namun begitu dalam masa yang sama ustaz itu terfikir, adakah makanan yang dia terima itu adalah kerana Rahman Allah atau Rahim Allah? Ingat....Allah itu Maha Pemurah, maka apa sahaja kehendak kita Allah mampu tunaikan....tetapi Rahim Allah........

Persoalannya sekarang...adakah kita termasuk di dalam golongan si kaya yang tidak tenteram ataupun si miskin yang bahagia? Ataupun mungkin kita tergolong dalam golongan kaya yang tenteram atau si miskin yang tidak bahagia? Sekali lagi, tepuk dada tanya iman....andai kita merasakan cukup dengan RahmanNya, mungkin kita tidak perlukan apa-apa lagi. Namun jika kita tahu maksud Ar-Rahim dengan lebih mendalam, saya pasti semua orang akan berlumba-lumba mengejarnya tanpa mempedulikan hal-hal di dunia....insya Allah, semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan Ar-RahimNya.

Suatu hari seorang Badwi  melihat cucu Rasulullah datang kepada Baginda lalu baginda memeluk dan mencium cucunya itu. Maka badwi itu tadi berkata, "Aku ada 10 anak ya Rasulullah, tapi tak seorang pun dari mereka aku perbuat sepertimana engkau perbuat. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang bermaksud, "seseorang yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi." Maksudnya disini, untuk merasa disayangi, maka terlebih dahulu kita pamerkan kasih sayang kita. Jadi....sayangi lah Allah....nescaya Allah Akan menyayangimu......

***wallahualam...yang baik itu dari Allah, yang buruk adalah kelemahan diri saya....Insya Allah huraian ayat-ayat Fatihah seterusnya akan menyusul jika keadaan mengizinkan....

Sunday, March 6, 2011

BEGITU DAN BEGINI

Assalamualaikum
Seringkali manusia beralasan apabila mahu melakukan sesuatu terutamanya untuk melakukan kebaikan. Ada yang memberi alasan, suara tidak sedap untuk tidak menjadi pengacara majlis, ada yang beralasan muka tak lawa untuk tidak menjadi penyambut tetamu, ada yang kata tak pandai untuk elakkan daripada perlu mengajar, ada yang beralasan tidak layak atau not competent untuk mengelak daripada sesuatu tugas....dan bermacam-macam alasan lagi sebagai helah bela diri akan diberikan apabila dipertanggungjawabkan kepada sesuatu perkara. Apa jua alasan kita, kita akan pastikan kita tidak akan diserahkan tanggungjawab tersebut.
 
Jika di dalam kehidupan seharian kita, kita memberikan pelbagai alasan, dan kadang-kadang kita akan terlepas dengan alasan tersebut, namun di dalam amalan seharian, tiada lasan dalam melaksanakan arahan Allah. Ada yang memberikan alasan, solat lima waktu masih belum teratur untuk tidak melakukan solat sunat. Ada pula yang beralasan, puasa di bulan ramadhan tidak sempurna untuk tidak membuat puasa sunat. Isnin dan Khamis. Ada yang beralasan, tidak cukup wang untuk memberi derma dan bermacam-macam alasan lagi untuk perkara-perkara sunat yang kita perlu lakukan di dalam hidup kita. Perkara sunat? Ohhh....tak apalah...hanya perkara sunat, solat sunat, puasa sunat, semua perkara sunat jika dilakukan mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak berdosa. 

Tetapi apa yang terjadi jika ada yang beralasan, "aku sibuk la, tak sempat"......"baju aku kotor ni, nanti tak sah pulak"...."kejap lagi la...masa panjang lagi."..."ala, letih la, nanti aku buat la"......dan sebenarnya pelbagai alasan yang tak sempat saya coretkan di sini pernah diutarakan oleh kita jika tidak mahu bersolat. Bukankah menunaikan solat 5 waktu itu merupakan kewajiban ke atas kita terutamanya yang telah akil baligh? Kenapa perlu difikirkan alasan demi alasan untuk tidak menunaikan solat? Bukankah lebih penat memikirkan alasan daripada kita terus tunaikan solat tanpa banyak soal?

Ada juga yang beralasan, "aku tak larat la"......"aku gastrik la"...."aku tak sahur la pagi tadi"....dan macam-macam alasan yang kadang-kadang kedengaran agak lucu ditelinga kita diberikan untuk tidak menunaikan puasa dibulan ramadhan. Lebih lucu rasanya apabila mengenangkan anak-anak berusia 4/5 tahun lebih mampu menunaikan puasa berbanding orang dewasa berusia 20/30/40/50 tahun. Kadang-kadang anak-anak ini lebih ghairah untuk berpuasa berbanding orang tua. Walaupun keghairahan anak-anak ini adalah kerana ganjaran yang akan mereka dapat kemudian nanti tetapi itu adalah lebih baik daripada orang tua yang macam tak sedar diri itu....

Kadang-kadang pelik memikirkan perangai manusia ini. Ada yang beralasan, masih belum cukup baik untuk menutup aurat. Ada yang kata, mereka tak nak jadi hipokrit, tutup aurat tetapi masih mengata-ngata orang lain, mengumpat sana sini. Ada yang kata, elok dah tutup aurat, tapi solat masih tinggal, jadi nak jadi baik dulu baru nak tutup aurat. Ada yang kata masih belum terbuka hati, Allah belum beri hidayah., ada juga yang kata, kalau belum ikhlas, tak guna juga. Ada macam-macam alasan....dan yang paling parah ada yang kata, itu hak masing-masing, tutup aurat atau tidak, solat atau tidak, puasa atau tidak....itu antara mereka dan Allah, orang lain tak perlu campur..........

Maaf kalau saya katakan yang semua orang perlu masuk campur dalam urusan orang lain. Sebab tu perlu adanya ustaz dan ustazah, alim ulamak. Tetapi saya bukanlah orang yang bertaraf ustaz atau ustazah, jauh sekali alim ulama...namun saya tetap terpanggil untuk menegur jika ada yang tidak betul. Bukankah Allah ada mengatakan, kalau mampu tegur lah dengan tanganmu, kalau tak mampu tegurlah dengan lisan mu, kalau tak mampu cukuplah sekadar kamu membenci di dalam hatimu. Saya tidak mampu untuk menyampaikan secara lisan, saya tidak mampu untuk memberikan ceramah-ceramah kepada orang lain,  apatah lagi untuk menangan orang yang berbuat salah. Terus terang saya katakan, kalau terjumpa couple sedang berdua-dua , saya hanya mampu memandang, saya hanya mampu menjeling, sedangkan rasa hati bernanah-nanah, mulut ringan untuk menegur, namun masih belum ada kekuatan. Kadang-kadang kalau nampak kawan yang melakukan solat yang tidak sempurna, hati ingin menegur, mulut mahu berkata-kata...tapi semuanya kekal bisu...saya hanya mampu memandang. Betapa lemahnya iman, kerdil rasanya diri....Semoga Allah kuatkan iman, sekarang hanya di sini saya mampu lakukan, sekadar coretan yang mungkin dibaca atau tidak dibaca oleh orang lain.

Saranan saya kepada semua....apa jua yang kita mahu lakukan, letakkan keutamaan kepada yang wajib. Solat? Wajib! Puasa? Wajib! Tutup aurat? Wajib? Jauhi zina? Wajib! Jauhi maksiat? Wajib!....So apabila kita tahu semuanya wajib, maka wajiblah kita lakukan. Apabila wajib, suka atau tidak kita kena lakukan. Jika kita menunggu hati yang ikhlas, tunggu hidayah, tunggu dan tunggu , sampai bila pun tiada kesudahan. Bimbang jika nanti kita jenuh menunggu, sampai kepada masanya ajal kita...masa itu sudah terlalu lambat. 

Lakukannya dan lakukan sekarang....apa jua yang wajib yang perlu dilakukan, kemudian secara perlahan-lahan perbaikinya. Paling penting, di dalam diri kita letakkan MALU sebagai perisai iman. Jika kita malu, terutamanya malu kepada Allah, maka kita akan berusaha untuk memperbaiki amalan kita sehingga menjadi sempurna. Tak perlu tunggu sehingga sudah terlambat keran semakin lama kita menuggu semakin bertambah dosa kita kepadaNya....rasanya tak mungkin tertanggung dek badan kita....

Sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan. Semoga kita semua menjadi hambaNya yang bertakwa....
*langkah yang seribu bermula dengan langkah yang satu....kata pepatah melayu...

Berusaha...beriman dan beramal........renung-renung kan dan selamat beramal.....

Assalamualaikum........
*****yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.....
+