Kedai Buku Online

Tuesday, March 15, 2011

I TOOK OFF MY HIJAB

Jangan terkejut ye dengan tajuk entry ni, bukan saya yang buka tudung tetapi ini adalah satu page yang diwujudkan oleh seorang perempuan yang pada asalnya bertudung tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak bertudung. Wanita ini bernama Semra Celebi, seorang warga Turki tetapi kini menetap di Amsterdam. Dia berpendapat yang seseorang itu tidak perlu memakai tudung untuk membuktikan yang dia adalah seorang muslimah yang baik.


Kepada semua rakan-rakan, saya bukannya seorang yang anti dengan orang yang tidak bertudung. Tidak sama sekali. Saya ada ramai kawan yang tidak bertudung tetapi pada saya kewujudan page ini sangat mengganggu. Walaupun page ini diwujudkan kerana ingin berkongsi pengalaman tetapi dalam masa yang sama ia juga diwujudkan atas dasar kebebasan bertudung dan mempertikaikan peraturan Islam tentang pemakaian tudung

Cerita ini mula saya ketahui semasa melayari blog isuhangat. Dan apabila saya mencari sendiri di FB, saya dapat membaca sendiri perbahasan mereka berkenaan isu bertudung ini. Ramai yang membantah, ramai yang menasihati malah ramai cuba membuatkan pemilik page supaya menarik kembali page ini. Namun begitu tak kurang juga orang yang bersetuju dengan pemilik page ini malahan ada yang lebih teruk, menggalakkan lagi mereka untuk tidak bertudung. Dan lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil kesempatan untuk mengutuk dan mencerca Islam terutama dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Ramai yang cuba memujuk dengan kata-kata yang dia nampak lebih cantik apabila bertudung berbanding jika tidak bertudung. Saya juga pernah menggunakan ayat yang sama, namun kemudian saya sedar bahawa kata-kata sedemikian tidak relevan lagi untuk seseorang yang sudah dewasa dan akil baligh. Mereka bukan lagi seorang anak kecil yang semudah dibeli dengan kata-kata manis. Dipuji-puji, dibelai-belai, maka akan mengikut perintah. Tetapi mereka sudah dewasa dan matang yang mungkin akan menjadikan our sweet talk itu sebagai  kata-kata sindiran. Mungkin akan terlintas difikirannya...."nak beli jiwa ler tu".

Memang tak dinafikan wanita memang sukakan pujian tetapi jika tidak kena pada tempatnya maka akan menimbulkan perasaan meluat di dalam hatinya. Buat seseorang seperti Samra Celebi, bertudung untuk nampak lebih cantik bukanlah matlamatnya. Dia cuma mahu membuktikan kepada dunia, walaupun dia tidak bertudung tetapi dia tetap mampu menjadi seorang muslimah yang baik, malah mungkin lebih baik dari wanita bertudung yang lain, dan itulah juga yang difikirkan oleh kebanyakan muslimah kita yang tidak bertudung. 

Betul, anda mampu dan anda sebenarnya adalah seorang yang baik. Selagi kita meninggalkan larangan Allah, selagi kita mampu membuat kebaikan dan kebajikan di dunia ini, kita adalah seorang yang baik. Namun menjadi baik sahaja adalah tidak cukup sebab yang kita perlukan adalah solehah. Pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan rasulnya. Apakah itu ketaatan? Ketaatan adalah kepatuhan kepada sesuatu perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Rosulullah saw bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah.”

Apakah yang diperintah oleh Allah kepada kita ialah kewajiban menutup aurat. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)
Untuk menjadi seorang muslim perlu melakukan 5 perkara yang disebut sebagai Rukun Islam. Namun untuk menjadi muslim yang baik, perlu beriman kepada 6 perkara yang disebut sebagai Rukun Iman.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Jika benar kita adalah seorang muslim, sudah tentu kita wajib beriman dengan Allah. Jika kita beriman kepada Allah, tentu kita percaya kepada kekuasaannya. Jika percaya kepada kekuasaannya, maka tentu kita percaya  kepada hari kiamat iaitu hari Pembalasan. Sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran, kiamat adalah hari di mana segala amalan kita akan dihitung, segala amalan baik akan diberi ganjaran syurga dan segala amalan yang tidak baik akan diberikan balasan neraka.

Tentu ramai yang tahu tentang peristiwa Isra' Mi'raj di mana Rasulullah SAW dibawa melihat keadaan neraka.  Rasulullah SAW melihat ramai wanita digantung rambutnya dan dibakar. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat, apakah kesalahan wanita-wanita tersebut, maka jawablah malaikat, mereka digantung rambutnya dan dibakar kerana mereka memperlihatkan rambut-rambut mereka kepada pandangan lelaki yang bukan muhrim mereka. Dan rasanya tidak perlu saya ulas di sini kerana ramai yang sudah maklum.

Memakai tudung tidak perlu ditunggu sehingga semua perkara lengkap kita lakukan kerana kepincangan boleh diperbaiki dari masa ke masa. Dan yang paling penting memakai tudung bukanlah kerana kecantikan, kerana ikutan, kerana fesyen semata-mata. Tetapi pakailah tudung kerana itulah yang disuruh oleh Allah. Jika kita boleh solat kerana Allah suruh, boleh puasa kerana Allah perintah, maka kita juga mampu bertudung keranaNya. Jangan tunggu sehingga kita merasakan hati kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya kerana keikhlasan kita tiada kayu yang boleh mengukur, hatta kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sejauhmana keikhlasan kita.......

wallahua'lam......yang baik itu dari Allah...yang buruk itu kelemahan diri saya....
*



16 comments:

al-lavendari said...

kita tidak boleh berbuat apa-apa .. tapi dengan adanya page ini saya yakin akan menyebabkan bertambah ramai yang berminat untuk mengetahui Islam dengan lebih lanjut .. dan tidak mustahil akhirnya akan memeluk ugama Islam apbila mereka mengetahui kesucian dan kebenarannya. sejarah telah membuktikannya berulang kali. makin dikeji Islam makin bertambah penganutnya.

kakcik said...

Melihat anak2 kita yang begitu liat ungtuk menutup aurat dan mengerjakan suruhan Ilahi juga adalah satu cabaran hebat buat kita sebagai ibubapa. Mungkin kita sendiri sangat tidak sempurna, tapi kita juga mahukan yang terbaik buat mereka. Mudah2an Allah bukakan pintu hati mereka (dan kita juga) untuk sentiasa mahu berubah ke jalan yang diredho Ilahi.

Asraf Mahmud said...

"Everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them. Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

eelobor said...

semoga di berikan hidayah...

zeqzeq said...

ROs baik jujur murni..tulus..(PUJI BANYAKKKKKKKKKKK)

rosnanie said...

salam pak ngah...

memang semuanya ada kelebihan dan keburukan. Insya Allah, kita doa2kan semoga kebaikan melebihi keburukan....sama-sama kita berdoa semoga kita semua diberikan hidayah

rosnanie said...

kakcik.....memang menjadi ibubapa di zaman ini sanagt mencabar...maka didiklah anak2 kita sebaiknya...mcm yg kakcik ckp, kita mgkn xsempurna, tidaklah sebaik mana, ttp cubalah untuk menjadi yg lebih baik

rosnanie said...

Ashraf....million thanks.....it's really beautiful.......all of us should try to understand and think of it

rosnanie said...

eelobor....amin....

rosnanie said...

ZZ....jgn la puji2 I...malu arr....auwww.....

Raziff Lokman... said...

..Salam Ros, apa jua perbuatan negatif oleh orang Islam, juga yang keluar dari Islam akan membuka mata orang bukan Islam utk belajar apa itu Islam...kenapa org Islam keluar/murtad? apa yang peliknya ttg Islam? Islam bukan bebas?...mcm soalan... dan tk pelik ramai telah memeluk Islam kerana perasaan ingin tahu mereka ..bagi yg telah Islam ttp tidak mendapat hidayah ..kasihan buat mereka! Islam itu bukan saja agama mcm yg lain2.. Islam itu cara hidup ..jika mereka hanya melihat Islam dari satu/dua sudut ...mereka gagal sebagai orang Islam...

Nida said...

kadang2 terfikir... amat payahkah untuk bertudung?? atau adakah bertudung ini menganggu kehidupan harian... yang wajib tetap wajib.. wallahualam

^bblovedd^ said...

hmm betul kata nida.. dulu pun effa pernah tak bertudung.. arwah mak selalu tegur.. berkat doa mak jugak effa terbuka hati nak pakai tudung.. yang wajib tetap wajib. sentiasa minta doa supaya tetapkan iman..

rosnanie said...

salam en razif...yes...sgt stuju.....

cuma tu la kan, jika sudah berada dlm islam ttp tidak mengamalkannya, itu yg lebih kasihan...sentiasa lah ebrdoa semoga kita semua ttp diberikan hidayah olehNya...amin....

rosnanie said...

nida...soalan yg sama sgt sering bermain-main di kepala sy....

rosnanie said...

salam effa (bblovedd)....

alhamdulillah sbb effa punya emak yg sangat prihatin, yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anaknya.... amin....semoga kita semua dirahmati dan diberikan hidayah olehNya...

alfatihah utk Allahyarhamah ibu effa