Kedai Buku Online

Monday, January 25, 2010

SEMPURNAKAH SOLAT KITA?

Salam

Hari ini saya nak berkongsi sebuah (nyaris tak tertulis 'sebiji' lagi, kalau tak mesti kena tegur ngan kak azie lagi, hehehe... malu...) buku yang baik untuk dijadikan koleksi peribadi. Tajuk buku ini adalah "Formula Solat Sempurna", ditulis oleh Ust Zaharuddin bin Abd Rahman. Buku panduan lengkap bergambar ini mengandungi beberapa tajuk seperti perkara-perkara asas dalam solat, tatacara solat berkualiti, zikir dan doa serta panduan kusyuk dalam solat.


Banyak hal yang diceritakan di dalam buku ini tetapi yang saya ingin highlight kan dalam entry saya ini adalah berkenaan kusyuk dalam solat. Kebetulan pula Kak Shaniza ada memuatkan dalam entry nya yang terbaru brtajuk 'Lupa Kepada Allah'. Dimuatkan tentang kebiasaan kita yang selalu teringat sesuatu perkara yang kita lupa, tetapi tiba-tiba boleh teringat apabila kita solat.

Jadi di dalam buku Formula Solat Sempurna ini dinyatakan beberapa kaedah untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat :

  1. Al-Tafahhum - iaitu memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya
  2. Al-Takzim - iaitu merasakan Kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapanNya
  3. Al-Haybah - iaitu menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan
  4. Al-Rajak - iaitu mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat anda akan diterima
  5. Al-Hayak - iaitu berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapNya
Selain itu disenaraikan juga faktor-faktor yang mengurangkan kusyuk di dalam solat seperti
  1. Kerosakan akidah dan kepercayaan kerana bomoh, ramalan, sihir dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, tangkal azimat dan percaya ilmu bintang
  2. Makanan, minuman dan pakaian daripada harta haram seperti riba, rasuah dan pendapatan-pendapatan lain yang haram
Banyak lagi perkara-perkara lain yang ditunjukkan seperti hukum menyapu dahi dan hidung selepas solat, kedudukan kaki ketika berdiri, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat akhir, di mana kebanyakkan perkara adalah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan sehingga perkara yang boleh membatalkan solat.

Mungkin dalam keghairahan kita melakukan pelbagai ibadat kepadaNya, kadang-kadang kita lupa, amalan yang kita lakukan 5 kali sehari, sedari kecil kita melakukannya,banyak kesalahannya di sana sini. Lagi pula ada masanya kita terlupa, apa yang kita belajar dulu sekadar ikutan, belum tentu betul cara amalannya....
Wallahualam
*

Saturday, January 23, 2010

KISAH BEBERAPA HARI

Assalamualaikum

21 Januari 2010 merupakan ulangtahun kelahiran Amirul, satu-satunya anak lelaki saya (sekarang). Malam 20 haribulannya, kami ke Giant untuk mengambil gambar Amirul (saiz pasport), katanya cikgu yang nak. Sementara menunggu gambar siap, saya tinjau-tinjau kedai kek yang berdekatan. Memang hajat di hati nak belikan kek untuk dia. Tiba-tiba dia datang dengan kakaknya, "Esok birthday abang, ibu tak nak beli kek ker?"


Saya terkejut juga sebab dia ingat birthday dia, selalu kita yang ingatkan. So pilih punya pilih, akhirnya kami sepakat untuk memilih kek Swiss Black Forest.

Tak sia-sia kami beli kek ni, memang sedap. Kek yang hanya 1/2 kg ni kami dapat habiskan lebih dari separuh pada malam itu juga. Kecuali suami yang tak sukakan kek, semua pakat pulun habiskan kek tersebut. Yang strawberi tu, colek skit dengan krim dia, aduuuhhh... sedapnya...

Dia sibuk tanya hadiah dia, saya cakap, ni ibu dah belikan kek, kira hadiah la ni... hehehe... tarik muncung jugak la kiranya...


22 haribulan.... birthday saya pulak. Pagi-pagi lagi diaorang dah wish saya happy Birthday. Saja la tanya, mana hadiah ibu? Masing-masing tersengih-sengih... mana la diaorang nak belikan. Suami senyap jer, tapi bila baca dalam email, rupanya suami hantar mesej melalui Geni, dia kata, sorry, hadiah tahun ni lambat sikit.... tak pe la bang, lambat pun tak pe, janji ada.... hehehe...(nak jugak tu).

Tengahari jumaat 22 Jan tu, saya bertemu dengan seorang blogger yang dikenali dengan nama Pn Liza. Pada laman web nya ada tertera nombor telefon. So saya cuba la call dia pada pukul 11 pagi, saja cuba jaya. Alhamdulillah, berjaya, dan kami buat temujanji pada tengahari, kerana rupa-rupanya tempat kerja kami tidak begitu jauh. Tengaharinya, sembang punya sembang, sehingga hampir sejam kami berbual, barulah kami berpisah. Itu pun kerana Pn Liza ada terima panggilan yang menyatakan ada kecemasan. Kalau tak mungkin kami boleh sambung bersembang sekurang-kurang untuk 1/2 jam lagi

Sesampainya saya di tempat Pn Liza, dia terus hulurkan satu paper beg, katanya sebagai cenderahati sebgai tanda perkenalan. Masa tu saya yang malu sendiri kerana datang dengan tangan kosong. Kemudian dia pelawa makan tengahari, "Kak Liza belanja" katanya. Aduh... dua kali malu. Namun begitu, rezeki jangan ditolak kan? Walau pun malu, tetap ambil pinggan nasi dan isi lauk. Sambil itu saya terfikir sendiri, walaupun Pn Liza tak tahu, tapi boleh lah dianggap Pn Liza bagi hadiah dan belanja makan sempena birthday saya. Thanks ye kak, lain kali kita jumpa saya pulak yang belanja.


Seronok bersembang dengan Pn Liza, terasa macam dah kenal lama. Kami ambil peluang untuk kenal diri masing-masing. Tak sangka, walaupun bermula di alam maya, tapi bila berjumpa secara realiti, tak ada kekok langsung. Ni yang buat tak sabar nak jumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain, rasanya insya Allah kita boleh terus menjadi sahabat.


Malamnya, jumpa seorang lagi rakan baru, En Ali yang telah menjadi ahli 'Stormreaders'. Perjumpaan di Burger King tu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak-anak. Ada taman permainan, jadi mereka bergembira di sana sementara saya dan suami berbual seketika dengan kawan. Sempat la makan burger, apple pie dan fries. Anak-anak juga siap pakai crown yang disediakan oleh pihak Burger King. Kata nabila, kira ni majlis celebration birthday ibu dan abang la. Dan amirul ambilkan satu crown pakaikan ke kepala saya, kata dia dan nabila, malam ni ibu jadi queen sebab birthday ibu.





Ibu, omme adik

 

Ayah, look at me, i'm a king

*

Friday, January 22, 2010

KARNIVAL KARANGKRAF

Assalamualaikum,


Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan. Kepada sesiapa yang terlepas Pesta Buku Alaf 21 yang lalu, ubati lah kekecewaan anda dengan menghadirkan diri ke Karnival Karangkraf. Saya paste kan email yang saya dapat dari Alaf 21 di sini supaya kawan-kawan boleh dapatkan details nya.


BERITA BAIK UNTUK PEMBACA SETIA ALAF 21.
SATU KARNIVAL AKAN DIADAKAN PADA




29 JANUARI 2010 – 1 FEBRUARI 2010.


PELUANG BAIK UNTUK ANDA MENDAPATKAN BUKU-BUKU KAMI PADA HARGA YANG SANGAT ISTIMEWA DI SAMPING KESEMPATAN MENEMUI PENULIS PUJAAN ANDA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.


TEMUI KAMI DI :


ALAMAT : KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3, OFF PERSIARAN SELANGOR
SEKSYEN 15, 40200, SHAH ALAM, SELANGOR
JAM : 9:00 PAGI – 7:00 PTG



JUMPA DI SANA!!!!!!!!!!


Enna Jufry
Marketing Executive
Alaf 21 Sdn Bhd
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16
40200 Shah Alam, Selangor
(603-55118820 (GL)4603-55113817 (Fax)) 6019-2163371 (HP)


* enna.jufry@karangkraf.com.my; WEB : www.alaf21.com.my
"Honest, Responsible, Visionary, Discipline, Coorperation, Just, Concern"
(Alaf 21 is a Publisher of Educational and Creative Books. We are No 1 in producing Fiction Novels in the industry.
Our products are leading the market by publishing most of Best Seller Novels every year. We have more than 10 prolific writers and published more than 100 books a year inclusive of Islamic, Handycraf Motivations, Recipes and General.
Subscribe our books and novels using U@Lang via maybank2u.com, postal paid, bank-in or email. Order will be received within 72 hours.
Visit our web: www.alaf21.com.my or mall.karangkraf.com)


Pesta Karangkraf pada saya lebih menarik sebab semua produk keluaran karangkraf akan dijual dengan harga yang murah. Ada cabutan bertuah dan beberapa aktiviti yang menarik (berdasarkan pengalaman saya pergi ke Karnival ni tahun lepas).



Sesuai jika datang bersama-sama keluarga dan anak-anak kerana banyak juga majalah kanak-kanak untuk diborong, hehehe.... promosi macam saya lak yang kerja dengan Karangkraf. Tak per kan sebab suka kongsi-kongsi. Betul, tak tipu, memang best.

P/s sorry kepada kawan-kawan yang blognya saya dah lama tak komen, tak ada alasan, cuma kadang-kadang ada sesuatu yang tak beres, so kena settle yang itu dahulu.

Sunday, January 17, 2010

PERTAMA KALI

Salam

Hari Ahad yang mengagumkan. Hari ini buat pertama kalinya kami sekeluarga menjadi peniaga pasar malam. Pengalaman yang agak menarik. Wah... bayangkan seorang lelaki, seorang perempuan beserta 4 orang kanak-kanak 2 hingga 11 tahun, berada di pasar malam, bukan sebagai pembeli tetapi sebagai peniaga!


Idea ini datangnya dari suami yang melihat buku-buku yang kami beli banyak dalam simpanan. Semenjak kami join 'Stormreaders' ni, kami punyai banyak koleksi buku. Sebelum ini saya jadi pengedar buku Karnadya. Pun masih banyak buku-bukunya dalam simpanan. Itu pun sudah agak banyak dijual di pejabat (sambil-sambil ye kawan-kawan).

Bermula dari suka-suka dan minat yang mendalam terhadap buku, kini kami jadi peniaga pulak, walaupun sekadar di pasar malam.



 

Ramai juga yang singgah melihat dan membelek-belek. Dan sudah menjadi adat, yang menyinggah dan membelek, belum tentu membeli. Adat lah tu. Ada seorang wanita tu, nampak berminat. Banyak buku yang dia belek, ambil letak, ambil letak, dan kemudian berlalu pergi. Saya masih mampu tersenyum sebab biasa la macam tu, mungkin dia minat tapi masih berkira-kira. Selepas dia berlalu nabila berbisik pada saya, belek punya belek, satu pun tak beli... Saya balas balik kepadanya, kita bukan boleh paksa orang beli. Kalau dia tak beli maknanya rezeki kita belum ada. Insya Allah, sampai masanya akan ada juga orang yang beli.

Alhamdulillah, walaupun beberapa buah sahaja yang laku, sudah memadai untuk pertama kali

Thursday, January 14, 2010

SAYA MENANG LOTERI

Salam
Menakjubkan tak tajuk entry ni? Betul, saya menang loteri....Tengahari tadi buka email, ada satu email yang memberitahu kononnya saya memenangi wang loteri berjumlah 75,000USD.  Baca sekali lagi, 75,000USD.... wow... banyak tu... Alaaahai... manusia mana la yang begitu bermurah hati nak beri saya duit sebanyak tu....cuba calculate kepada ringgit Malaysia (darab RM3.8 untuk 1USD kan? Tak ingat la, lagipun tak pernah ambil pusing sebab tak pernah buat money exchange ni). Katala darab RM3.8, maknanya wang yang saya menangi adalah RM285,000... wow... duit turun dari langit tu

Ish ish ish... ingat kita ni main loteri ker? Sayangnya saya dah delete dah mesej tu. Kalau tak boleh saya tunjuk kat kawan-kawan jumlah wang yang saya 'menangi'. Kih kih kih... 'senangnya' nak dapat duit kan? Tak sangka pulak hari ni merupakan hari 'bertuah' saya. Agaknya sebab nak sangat jadi orang kaya kot, silap-silap hari bulan boleh kayap macam ni.

Actually, bukan email itu sahaja yang saya dapat hari ni. Hari ni memang betul-betul hari bertuah saya (amin), sebab saya dapat lagi email dari seseorang yang katanya bernama Mohamed Adam. Katanya ada sejumlah wang yang tidak dituntut kerana pemiliknya telah meninggal ketika tragedi kapal terbang terhempas. Seluruh ahli keluarga mangsa turut terkorban menyebabkan tiada pewaris yang tinggal. So kita kena pretend jadi pewaris supaya wang $15 juta USD dapat dikeluarkan dan 40% dari jumlah itu adalah milik kita.

Wow... bagus betul cite ni kan? Bayangkan 40% dari 15juta bersamaan 6jutaUSD, darab la pulak dengan RM3.8, jadi RM22.8 juta... fuhhh.... bayangkan kita ada duit banyak tu... 7 keturunan makan tak habis.... kih kih kih.... betul-betul cite lawak.... aduh... ada tak yang dah gelap mata... kalau nak, bagi ler detail kat dia... macam-macam dia minta.... adeh... tak larat nak gelak nih.... RM22.8 juta? Ish ish ish..... melopas den.... kui kui kui......


so, saya copy from my e-mail (masuk kut spam)


TREAT VERY CONFIDENCAL AND CALL ME 00226 78 55 49 03

 From The Desk Of Mohamed Adams (Esq.)                               (prasan tak ejaan CONFIDENCAL tu?)
The Head Of File Department,
African Development Bank A.D.B
Ouagadougou Burkina-Faso
West Africa .
Phone Number 00226 78 55 49 03.
                 ("REMITTANCE OF $15 MILLION U.S.A DOLLARS
                                CONFIDENTIAL IS THE CASE")

Compliment Of The Season,

On a very good day. I am (Mohamed Adams Esq.) The Head of file Department in African development bank (ADB) Burkina Faso West Africa.

I am looking for a foreign partner, I assured of your capability and reliability to champion this business opportunity when I prayed to God or Allah about you.

In my department we discovered an abandoned sum of $ 15 million U.S.A dollars ( fifteen million U.S..A dollars) . In an account that belongs to one of our foreign customer who died along with his entire family on (Monday 31st July 2004) in a plane crash.

Since we got information about his death, we have been expecting his next of kin to come over and claim his money because we cannot release it unless somebody applies for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidelines, but unfortunately we learnt that all his supposed next of kin or relation died alongside with him at the plane crash leaving nobody behind for the claim. It is therefore upon this discovery that I and one official in my department now decided to make this business proposal to you and release the money to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and we don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill.

The Banking law and guideline here stipulates that if such money remained unclaimed after five years, the money will be transferred into the Bank treasury as unclaimed fund. The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner, and a Burkina be cannot stand as next of kin to a foreigner. We agree that 40% of this money will be for you as foreign partner, in respect to the provision of a foreign account, 10 % will be set aside for expenses incurred during the business and 50 % would be for me and my woman colleague. There after I will visit your country for disbursement according to the percentages indicated..

Therefore to enable the immediate transfer of this fund to you as arranged, you must apply first to the bank as relations or next of kin of the deceased indicating your bank name, your bank account number, your private telephone and fax number for easy and effective communication and location where the money will be remitted. Upon receipt of your reply, I will send to you by fax or email the text of the application I will not fail to bring to your notice that this transaction is hitch free and that you should not entertain any atom of fear as all required arrangements have been made for the transfer.
 
1) Your Full Name................................
2) Your Bank Name…………………
3) Your Bank Address……………..
4) Your Age............................................
5) Marital Statuses.....................................
6) Your Phone Number…………….
7) Your Fax Numbers……………….
8) Your Occupation............................
9) Sex.......................................................
10) Your Religion..................................
11) E - Mail................................................


Your's faithfully,
Mohamed Adams(Esq.)
00226 78 55 49 03 



***
Salam, berita tentang Stormreaders ada keluar dalam Berita Harian, di'post'kan dalam Telaga Biru,

Berita Harian

*

BUATMU WANITA

Salam
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi buku yang baik untuk bacaan kaum wanita. Ada kisah manis yang terjadi dalam kehidupan seorang wanita, menyebabkan dia merasa bahagia sepanjang hidupnya, tetapi realitinya, bukan sepanjang masa ada manisnya. Bila hujan ditengahari, bila musibah yang terjadi, ketika inilah kita aka merasakan seolah-olah dunia telahpun berakhir bagi kita.

Banyak kisah penderitaan wanita yang kita dengar samaada luahan secara langsung atau secara pembacaan atau dari cerita kawan-kawan. Dari mana pun puncanya, itu bukan perkara penting. Yang penting ialah, jika berlaku sesuatu, kita tahu apa jalan penyelesaiannya dan apa tidakan kita seterusnya. Tahu itu penting kerana jika kita tidak tahu maka kita akan berterusan membiarkan diri kita berada di dalam dilema dan mungkin juga ketakutan sepanjang hayat.

Bayangkan jika seorang isteri yang hidup ketakutan kerana didera sepanjang perkahwinannya. Ada yang tidak mahu membuat laporan ataupun memohon penceraian kerana takut atau faktor anak dan sebagainya, hingga akhirnya ada yang meninggal dalam keadaan merana.




Buku Buatmu Wanita ini adalah bacaan sesuai untuk wanita yang belum berkahwin, yang bakal berkahwin, yang sedang kahwin atau yang telah bercerai. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat kehidupan. Apa yang dihuraikan adalah segala fakta yang relevan dan sinonim secara ringkas dengan kehidupan seorang wanita bermula sebagai seorang anak, sebagai tunangan orang, sebagai seorang isteri, atau isteri yang sedang diuji dalam perkahwinannya dan memerlukan penyelesaian. Banyak kisah orang lain yang dapat kita jadikan ikhtibar dan pengajaran.

Namun begitu, jika anda yang bernama LELAKI mahu membaca buku ini, amat-amatlah digalakkan kerana ianya juga sesuai untuk anda terutama jika anda seorang lelaki yang ingin/telah berkahwin kerana Allah, yang ingin bahagia kerana Allah. Kerana jika seseorang itu berkahwin kerana Allah, bahagia Insya Allah miliknya kerana dia bakal mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan Allah. Namun jika anda berkahwin di atas dasar nafsu semata-mata, maka itulah punca kepincangan keluarga anda nanti.

Bacalah, penuhi minda dengan ilmu berguna, insya Allah anda tidak akan menyesal. Pilihan di tangan anda.
*

Wednesday, January 13, 2010

KANGKUNG

Salam ceria, semoga semua sihat sejahtera.

Semalam, suami bejanji dia akan belikan lauk untuk hidangan makan malam kami. Katanya nak makan ikan bakar, kalau hujan dan tak boleh bakar, baru goreng. So bila kami sampai di rumah, lebih kurang setengah jam kemudian barulah dia sampai. Anak-anak yang terdengar bunyi motornya terus menjenguk. Dalam 5 minit kemudian barulah dia masuk ke rumah. Saya tak pernah ambil pusing pun bila dia lambat masuk rumah sebab kadang-kadang dah jadi kebiasaannya  sebelum masuk rumah dia lakukan kerja lain seperti siram pokok, hisap rokok, tengok surat dan sebagainya.

Bila dia masuk rumah terus dihulurkan satu plastik kepada saya sambil berkata, "nah sayur". Saya kerutkan dahi sebab dia kata nak beli ikan, tapi sayur jer yang dihulurkan. Saya buka sayur yang diberi, semacam jer sayur ni..." abang ambik kangkung kat depan rumah tu ker?", terus anak saudaranya yang berada di belakangnya tergelak besar, sambil hulurkan plastik berisi ikan kepada saya. Patut la lama kat luar, rupa-rupanya dia suruh anak saudaranya pegang ikan, dia kutip sayur kangkung, siap letak dalam plastik lagi konon-kononnya dia beli. Macam la orang tak boleh beza sayur beli dengan sayur kutip.

Kawan-kawan nampak tak rupa kangkung tu? Kurus kan?



Sebenarnya kangkung tu saya yang tanam dulu, dan dah pun ambil hasilnya. Tah camana, akar yang tertinggal masih lagi membiak dan tumbuh dengan baik. Dah lama saya perasan tapi malas nak ambil pusing, dah tak letak apa baja pun, dan tiada pengairan yang baik. Sebab tu walaupun sihat tapi kurus, batangnya langsung tak berisi.

Malam tu, masa makan malam, saya cakap kat anak saudara, "Ren, kena makan ni, ambil berkat", (sambil unjuk pinggan sayur), dan sekali lagi Si Ren tu terkekeh-kekeh gelak.
*

Tuesday, January 12, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Salam
Hari ini saya ingin berkongsi satu buku yang pada hemat saya adalah satu buku yang wajib dimiliki oleh setiap satu rumah. Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini adalah hasil tulisan Dato' Ismail Kamus, seorang penceramah dan penulis buku yang tidak asing lagi. Jika kita mendengar ceramahnya memang tidak kering gusi dengan lawak-lawak bersahajanya.

Buku ini mengupas tentang bagaimana kita melaksanakan Fardu 'Ain dalam kehidupan kita sendiri dan juga Fardu Kifayah dalam bermasyarakat. Cara penyampaian yang sangat ringkas tetapi padat memudahkan kita menjalankan fardu 'Ain dalam hidup kita bermula daripada kelahiran sehinggalah kepada kematian. Setiap satu perkara disertakan dengan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti.

Selain dari itu, kelebihan buku Indahnya Hidup Bersyariat ini (dan juga buku-buku lain terbitan Telaga Biru) adalah gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar-gambar betul, dan bukannya lukisan.

Contohnya jika kita ingin belajar kaedah solat ketika sakit seperti solat duduk atau solat menggunakan mata, selain dari penerangan yang padat, ianya juga disertai dengan gambar-gambar foto yang boleh memberi gambaran jelas kepada kita kaedah rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyyat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan melihat gambar tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu kita di kala terdesak.

Dipetik dari Sinopsis Stormreaders
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.



Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

p/s En Suami kita cakap, buku ini tak sesuai jika seseorang itu merasakan sudah otai dengan Fardu 'Ain / bab-bab agama ni
*

Sunday, January 10, 2010

SEKITAR PERASMIAN SEMALAM

Salam
Maaf, dah terlalu lama tak menulis, tak update cerita, dan dah beberapa hari tidak menjenguk kawan-kawan. Macam-macam yang dibuat, dan yang penting, komputer pun tak free... ada jer yang menghuni, itu belum lagi dicampur dengan si kecik tu yang akan duduk di atas riba bila kita mula mengadap.

Hmmm..... itu semua alasan jer kan, malas, cakap jer malas, senang cerita... hehehe.... memang itu lah sebenarnya. Bila dalam fikiran kita ada macam-macam perkara, yang mana satu nak tulis pun dah jadi bercelaru... sudahnya satu pun tak buat... entah ler...


Merapu jer, ok  lah rasanya boleh ler cerita sikit pasal perasmian semalam. Kami yang bertolak pada jam menghampiri dua, sampai di Pusat Komuniti Bandar Manjaralara lebih kurang pukul 2.40. Itupun kerana kami tersilap ambil susur keluar, jadi kami terpaksa patah balik. Alhamdulillah tidak lah jauh sangat.

Majlis dimulakan dengan tayangan multimedia, kemudian perasmian program Stormreaders. Ucapan Ustaz Dr Zahazan Muhamad menyusul kemudiannya untuk menerangkan tentang kesyariahan program Stromreaders. Selepas rehat dan tetamu dijamu dengan jamuan ringan, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi Stormreaders yang bertajuk 'The Art of Sales'. Program perasmian Stormreaders ni akan diadakan di negeri-negeri lain serata Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat seluruh Malaysia mengenali Stormreader. So kepada anda yang berada di luar kawasan Lembah Kelang, nantikan acara perasmian di tempat anda. Kemuncaknya, Insya Allah Grand Launcing akan diadakan pada bulan 6 nanti

Sepanjang program saya tidak lah boleh menumpukan kepada sesi ceramah dan ucapan tersebut. Sebagai seorang ibu yang tidak ada 'maid', anak-anak terpaksa lah diangkut sekali. Terlalu penat melayan kerenah si kecil yang tak reti duduk diam. Semalam dia semacam ada 'extra energy'. Dengan mulut yang berbunyi seiring dengan langkah, aduh... gamat rasanya.. Banyak masa saya dihabiskan diluar dewan berbanding di dalam. Bayangkan dah pukul 6 petang dia masih lagi aktif, walaupun sehari suntuk tidak tidur. Sehinggalah program berakhir, barulah dia terlena.

Yang menarik, ramai selebriti ( penulis-penulis buku) yang hadir. Amirul sempat bergambar dengan dua orang ustaz iaitu Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Zamri Mantop. Bila dia melihat Ustaz Zamri berjalan ke belakang untuk ke tempat jamuan, dia merungut seorang, "kan best kalau bawa kamera, boleh abang ambil gambar dengan Ustaz Zamri". Saya terus cakap padanya, "Abang nak ambil gambar dengan ustaz? Telefon ibu kan ada..." Waaahhh... bukan main senyum lagi dia. Tapi dia segan nak tanya sendiri dengan ustaz, so kita lah yang kena tanyakan...



Gambar tak berapa cantik, agaknya ibu dia pun nerveous juga masa snap gambar ni. Sejuk hati ibu melihat anak dengan tokoh agama, semoga Amirul membesar menjadi hambaNya yang soleh.
*



Wednesday, January 6, 2010

JEMPUTAN

 Kepada sahabat-sahabat blogger sekelian, anda semua dijemput untuk ke majlis pelancaran Stormreaders Network

Assalamualaikum.

Kami ingin menjemput anda sekalian untuk menghadiri Majlis Perasmian Stormreaders Network untuk Kawan Lembah Kelang.
Majlis ini akan dilengkapkan dengan ceramah 'Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki' oleh Ustaz Dr. Zahazan Mohamed dan 'The Art Of Sales' oleh Tuan Hj Mazlan.

Semua ahli dan bakal ahli digalakkan hadir untuk mendapat suntikan semangat serta menambah ilmu pengetahuan.

RSVP - Anda perlu mengesahkan kehadiran terlebih dahulu dengan mengantar senarai nama kepada Cik Masitah melalui

Email: admin@stormreaders.com
Fax: 03 6141 8655
Tel: 03 6141 8684/85

Kumpulan Pengurusan,
Stormreaders Network Sdn. Bhd.


Date:
Saturday, January 9, 2010
Time:
2:00pm - 5:30pm
Location:
Pusat Komuniti Bandar Manjalara, Jalan Medan Putra (1),
Street:
Bandar Manjalara,
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia




Update 7/01/10

pengumuman oleh Telaga Biru di blog Telaga Biru

Peringatan Untuk Lelaki

Salam, artikel ini menarik untuk dikongsi, semoga dibaca dengan hati yang lapang....


Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.


Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab
 
 
sambungannya dalam blog Surau Al-Ikhwan
 
Saya sangat-sangat tertarik dengan frasa ini, 'Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain'. Cuba perhatikan, ramai lelaki yang seolah-olah berbangga dengan kecantikan isterinya dan membiarkan isterinya keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. Ada yang sanggup membiarkan isteri berpakaian seperti telanjang kerana bangga dengan aset yang pada isterinya. Bukankah lelaki seperti itu adalah dayus?

Sekadar Gambar Hiasan (gambar diambil dari OHBULAN)