Kedai Buku Online

Sunday, January 10, 2010

SEKITAR PERASMIAN SEMALAM

Salam
Maaf, dah terlalu lama tak menulis, tak update cerita, dan dah beberapa hari tidak menjenguk kawan-kawan. Macam-macam yang dibuat, dan yang penting, komputer pun tak free... ada jer yang menghuni, itu belum lagi dicampur dengan si kecik tu yang akan duduk di atas riba bila kita mula mengadap.

Hmmm..... itu semua alasan jer kan, malas, cakap jer malas, senang cerita... hehehe.... memang itu lah sebenarnya. Bila dalam fikiran kita ada macam-macam perkara, yang mana satu nak tulis pun dah jadi bercelaru... sudahnya satu pun tak buat... entah ler...


Merapu jer, ok  lah rasanya boleh ler cerita sikit pasal perasmian semalam. Kami yang bertolak pada jam menghampiri dua, sampai di Pusat Komuniti Bandar Manjaralara lebih kurang pukul 2.40. Itupun kerana kami tersilap ambil susur keluar, jadi kami terpaksa patah balik. Alhamdulillah tidak lah jauh sangat.

Majlis dimulakan dengan tayangan multimedia, kemudian perasmian program Stormreaders. Ucapan Ustaz Dr Zahazan Muhamad menyusul kemudiannya untuk menerangkan tentang kesyariahan program Stromreaders. Selepas rehat dan tetamu dijamu dengan jamuan ringan, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi Stormreaders yang bertajuk 'The Art of Sales'. Program perasmian Stormreaders ni akan diadakan di negeri-negeri lain serata Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat seluruh Malaysia mengenali Stormreader. So kepada anda yang berada di luar kawasan Lembah Kelang, nantikan acara perasmian di tempat anda. Kemuncaknya, Insya Allah Grand Launcing akan diadakan pada bulan 6 nanti

Sepanjang program saya tidak lah boleh menumpukan kepada sesi ceramah dan ucapan tersebut. Sebagai seorang ibu yang tidak ada 'maid', anak-anak terpaksa lah diangkut sekali. Terlalu penat melayan kerenah si kecil yang tak reti duduk diam. Semalam dia semacam ada 'extra energy'. Dengan mulut yang berbunyi seiring dengan langkah, aduh... gamat rasanya.. Banyak masa saya dihabiskan diluar dewan berbanding di dalam. Bayangkan dah pukul 6 petang dia masih lagi aktif, walaupun sehari suntuk tidak tidur. Sehinggalah program berakhir, barulah dia terlena.

Yang menarik, ramai selebriti ( penulis-penulis buku) yang hadir. Amirul sempat bergambar dengan dua orang ustaz iaitu Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Zamri Mantop. Bila dia melihat Ustaz Zamri berjalan ke belakang untuk ke tempat jamuan, dia merungut seorang, "kan best kalau bawa kamera, boleh abang ambil gambar dengan Ustaz Zamri". Saya terus cakap padanya, "Abang nak ambil gambar dengan ustaz? Telefon ibu kan ada..." Waaahhh... bukan main senyum lagi dia. Tapi dia segan nak tanya sendiri dengan ustaz, so kita lah yang kena tanyakan...



Gambar tak berapa cantik, agaknya ibu dia pun nerveous juga masa snap gambar ni. Sejuk hati ibu melihat anak dengan tokoh agama, semoga Amirul membesar menjadi hambaNya yang soleh.
*



23 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang nampak suka tul amirul dapat bergambar dgn ustaz2 famous tu

shaniza said...

Salam..
Anak2 pun xcited tu..tambah ada muka2 popular di tv.
Akak akan nantikan kemunculan stormreaders di Perlis..sampai tak ke sini?

rosnanie said...

salam cikgu, memang dia suka, lepas dia bergambar, dia sendiri pulak ambik gambar ustaz2 tu masa diaorang bergambar beramai2

rosnanie said...

salam kak niza, insya Allah akan sampai, atau mungkin paling dekat sampai ke area penang ker, nanti sy try update

amal (^^,) said...

salam...hehe sukanya dia...kan bagus kalau dari kecil dah minat 'artis2' macam ni..:D

rosnanie said...

salam amal
harap2 besar nanti tak tukar ler selera

eelobor said...

memang tokoh 2 orang ustaz tu di kagumi ramai. dari peringkat kanak², sehinggalah ke peringkat yang berumur

rosnanie said...

salam eelobor, cuma mungkin diperingkat kanak2 ustaz zamri saham lebih tinggi sebab dia kan pengacara mari mengaji dan kisah2 anbia'

Suke jgk tgk utz zamri ni, senyum jer manjang, tak pernah lokek dari senyuman

zeqzeq said...

ambil berkat, azam nanti besar.

Mybabah said...

Salam Ros. Satu permulaan yang baik. Lepas ini banyak lagi halangan yang menunggu di depan. Bukan namanya perniagaan tanpa dugaan yang hebat-hebat...

rosnanie said...

salam ZZ, semoga berkat...

rosnanie said...

salam babah
saya tahu, berniaga memang terlalu banyak halangan, insya Allah kali ni sy bersedia...

p/s, tunggu babah jer ni

echah_syed said...

comel ustaz zambri..suke tgk dia dgn anak2 kecil dlm mari mengaji :)

azieazah said...

Aminnn...

Saya pun suka Ustaz Zambri tu...

rosnanie said...

salam kak echah, hehhe... comel dan sweet

rosnanie said...

salam kak azie,
terima kasih

echah_syed said...

azie >> ko dulu suke zz skrg ustaz zamri pulak..ermmm playgirl rupanyer :p

azieazah said...

ECHAH > ntah kenapa aku suka semua orang yang ada huruf “Z” dalam nama dia.. hahahaha!

rosnanie said...

kalau macam tu, saya nak tambah z la nama saya, rosnaniez, ok tak?

azieazah said...

ROS.. tu tak berapa nak jadi ler..

apa kata tukar jadi ROZ NANIE... lagi sedap kot.. hahahaha...

ECHAH tu aku nak tukar jadi ECHAZ.. hahaha amikkkk ko

rosnanie said...

hahaha... haah la, lagi logik, ok ok, kalau akak rasa rindu kt saya , tulih ler roznanie, saya tahu ler... hehehe... perasan orang nak rindu

eelobor said...

kak ros: mmg saham ust.zamri lebih tinggi. tp saya suka tgk rancangan mari bertarannum. ustaz azizan dulu sama sekolah dgn saya, hanya beza umur 2 tahun saje.

rosnanie said...

salam, ustaz azizan tu, yg mari bertaranum tu ker? Sy lebih suka mari mengaji, sebab tu kurang ambil tahu yg mari bertarannum tu