Kedai Buku Online

Wednesday, January 13, 2010

KANGKUNG

Salam ceria, semoga semua sihat sejahtera.

Semalam, suami bejanji dia akan belikan lauk untuk hidangan makan malam kami. Katanya nak makan ikan bakar, kalau hujan dan tak boleh bakar, baru goreng. So bila kami sampai di rumah, lebih kurang setengah jam kemudian barulah dia sampai. Anak-anak yang terdengar bunyi motornya terus menjenguk. Dalam 5 minit kemudian barulah dia masuk ke rumah. Saya tak pernah ambil pusing pun bila dia lambat masuk rumah sebab kadang-kadang dah jadi kebiasaannya  sebelum masuk rumah dia lakukan kerja lain seperti siram pokok, hisap rokok, tengok surat dan sebagainya.

Bila dia masuk rumah terus dihulurkan satu plastik kepada saya sambil berkata, "nah sayur". Saya kerutkan dahi sebab dia kata nak beli ikan, tapi sayur jer yang dihulurkan. Saya buka sayur yang diberi, semacam jer sayur ni..." abang ambik kangkung kat depan rumah tu ker?", terus anak saudaranya yang berada di belakangnya tergelak besar, sambil hulurkan plastik berisi ikan kepada saya. Patut la lama kat luar, rupa-rupanya dia suruh anak saudaranya pegang ikan, dia kutip sayur kangkung, siap letak dalam plastik lagi konon-kononnya dia beli. Macam la orang tak boleh beza sayur beli dengan sayur kutip.

Kawan-kawan nampak tak rupa kangkung tu? Kurus kan?



Sebenarnya kangkung tu saya yang tanam dulu, dan dah pun ambil hasilnya. Tah camana, akar yang tertinggal masih lagi membiak dan tumbuh dengan baik. Dah lama saya perasan tapi malas nak ambil pusing, dah tak letak apa baja pun, dan tiada pengairan yang baik. Sebab tu walaupun sihat tapi kurus, batangnya langsung tak berisi.

Malam tu, masa makan malam, saya cakap kat anak saudara, "Ren, kena makan ni, ambil berkat", (sambil unjuk pinggan sayur), dan sekali lagi Si Ren tu terkekeh-kekeh gelak.
*

22 comments:

azieazah said...

Berbudi pada tanah... memang ada hasilnya..

Kangkung goreng belacan atau tumis dgn taucu sedap wehhh...

Kak Azie kalu masak kangkung tak bleh 1 ikat tak cukup. Kene beli 2 ikat sekali masak, sbb TOKLAKI suka ratah sayur kangkung..

kakcikseroja said...

Salam nanie..

kakcik memang suka kangkung yang kurus berbanding kangkung gemuk. Sebab kakcik dah cukup gemuk kut! :)

zeqzeq said...

kangkung hitam kg paya.. Dr kangkung ada tak?

rosnanie said...

salam kak azie, kangkung goreng belacan mmang sedap, tp tumis ngn taucu tak pernah buat. Tumis cm biasa ka? boleh ler try buat

rosnanie said...

kakcik, sy pn tak suka sgt kangkung gmuk, tp yg ni alahai... rupa mcm org somalia jer...

rosnanie said...

ZZ, soalan zq mesti buat sy kerut dahi... penin

deeja said...

Salam akak...
Rajin ye akak menanam...kalo deeja yg tanam camtu le gak,malas nk membaja..last2 abis mati...Deeja panggil kangkung tu kangkung bandar hihi,kalo yg daun bulat tu,kangkung kampng...deeja suka yg kampung...rasa liat2..huhu...mcm2 selera..

al-lavendari said...

memang tak rugi berbudi pada tanah. tetapi kenapa di biarkan kangkung tu merana ?

t.kasih kerana sudi singgah buat pertama kali kat blog saya.

rosnanie said...

salam deejs, masa mula2 duduk kt rumah ni memang rajin menanam, sawi, kacang bendi, timun, macam2 ada, tp tanah kt sini jenis tak elok, kena tukar tanah lain, pastu kena selalu letak baja. Lama2 jadi malas, masa pn tak de (alasan). Dulu, niat dihati kononnya nk jimat duit beli sayur, heheh...

rosnanie said...

salam en lavendari, tks juga sebab sudi berkunjung balas.

tu la, lama2 dh malas, mcm sy jwb kt deeja kt atas la, dh malas dn takde masa, hehehe...

LanaBulu said...

kangkung tu lagi sedap dari yg dok pi beli kat kedai tu..
kalau boleh buat ulam pun syok..

shaniza said...

Salam..
Makan kangkung goreng sambal belacan mesti sedap. Tp kena hati2 juga takut jd mcm kanak2 yg meninggal akibat makan kangkung yg dlm batangnya ada telur lintah...
Seeloknya batang kangkung tu kita belah dulu agar tak termakan haiwan yg bersembunyi dlm batang kangkung.

eelobor said...

salam kak ros, soalan bro zz sentiasa memerlukan 3-4 kali baca, itu pn eelobor still x paham² lg. hehehe, sori bro zz

rosnanie said...

salam LB, yg buat sedap tu sebab kita tanam sendiri kan? Nikmatnya lain...Hehehe...

rosnanie said...

salam kak niza
hari tu kira ngeri gak nak makan kangkung ni lepas terima email pasal budak tu. Tp yang saya tanam ni, kira tak was2 sebab batangnyer keding jer, ulat pn tak muat nak duduk, hehehe...

rosnanie said...

eelobor, betul betul betul, memang penin

Raziff Lokman said...

...mmm, blk tadi rasanya tk nk makan nasi mlm ni...baca cerita ni..lapar pulak lah...

sI tEDI said...

suka makan kangkung goreng belacan, tapi xpernah buat.. ekekekkee

rosnanie said...

salam en razif,
sila..sila, kalau dh lapar kena makan, nanti tak ley tido, hehe

rosnanie said...

Salam Tedi, kalau dh suka mesti ada motivasi nak belajar buat kan? Dah terer nanti hantar rumah sy spinggan tau, tp makesure kangkung tanam sendiri, baru lebih selera... hehehe...

echah_syed said...

sejak cerita cacing dlm batang kangkung sampai hari ni combi dah tak mkn kangkung ros.. :(

geli pulak bila nmpk kangkung.ini cerita betul dari kawan combi bila dia ternmpk cacing dari sotong kangkung yg dibeli.

rosnanie said...

salam kak echah, cerita pasal jumpa cacing @ ulat dlm kangkung dh merebak rasanya through email... sy pn ikutkan dh tak makan sgt dh kangkung. Kalau beli n masak snediri pn sy akan pastikan semuanya bersih dr ulat. Mkn tetap mkn, feveret tu...