Kedai Buku Online

Wednesday, January 6, 2010

Peringatan Untuk Lelaki

Salam, artikel ini menarik untuk dikongsi, semoga dibaca dengan hati yang lapang....


Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.


Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab
 
 
sambungannya dalam blog Surau Al-Ikhwan
 
Saya sangat-sangat tertarik dengan frasa ini, 'Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain'. Cuba perhatikan, ramai lelaki yang seolah-olah berbangga dengan kecantikan isterinya dan membiarkan isterinya keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. Ada yang sanggup membiarkan isteri berpakaian seperti telanjang kerana bangga dengan aset yang pada isterinya. Bukankah lelaki seperti itu adalah dayus?

Sekadar Gambar Hiasan (gambar diambil dari OHBULAN)

17 comments:

zeqzeq said...

memberi dan menerima

lelaki redha dan wanita RELA,

rela di bawa, redha di anggkut depan mata...

demi kerja demi wang??

demi masyukk..
sebab dia malas cari wang..

LanaBulu said...

N3 ni buat teman terasa payah nak beri ulasan..
Memang payah..sesak nafas bila mengenang dgn permasalahan ni..
Yg nampak cuma mudahkan kaum adam ni kawin lebih..tu je kaedah mengurangkan masalah sejagat..

kakcikseroja said...

Renung2 dan fikir2kan lah...

rosnanie said...

salam ZZ, bunyi mcm bertepuk sebelah tgn tak kan berbunyi kan?

rosnanie said...

salam LB, lelaki mungkin boleh kawin lebih dari seorang untuk mengurangkan status andartu, tp sanggupkah seorang lelaki itu pikul dosa isteri2 dan anak2 perempuannya....

rosnanie said...

Kakcik, renung2 kalau tpt tak betul, dosa tu tau, hehehe...

eelobor said...

setuju sangat² dgn entri & juga komen bloggers lain. tambahan komen, sesetengah hal tu kadang² sama jer. baik laki & pompuan ada salah silapnya.

rosnanie said...

Salam eelobor, salah lelaki dan salah wanita, sebenarnya tanggungjawab kita nak pastikan yang salah dapat diperbetulkan

p/s bila semester baru bermula, maka bermulalah sesi taklimat sana, taklimat sini, meeting sana meeting sini, naik biru mata hitamku

zeqzeq said...

jap jap nak selidik.
.lelaki ker tak ..nanti salah declare MALU..oo

zeqzeq said...

Ros,

zamani ini kena bertepuk 3belah tangan, satu penerima, pemberi dan satu lagi penyokong.(tukang HALAQ).

rosnanie said...

ZZ, sudah cek ke belum? Ready dh nak declare?


Tkang halaq tu yang nampak ke yg tak nampak?

Mybabah said...

Walau bagaimanapun, hakikat yang pahit pihak wanita kena telan ialah golongan mereka akan melebihi kaum lelaki di neraka Allah kelak...Wallahualam.

rosnanie said...

Sebab tu la babah, golongan lelaki ini dijadikan sebagai pemimpin... supaya mereka dapat menasihati golongan wanita supaya menjaga aurat masing2. Kalau babah buka blog Surau Al-ikhwan tu, di bawah artikel yang saya copy tu ada cerita tentang seorang kiai. Malangnya dia menderita kerana 2 orang anaknya yang mengandung luar nikah dan murtad. Ini semua adalah kerana kesilapan beliau sebagai pemimpin. Sewajarnya dia sebagai kiai yang tahu hukum, mengajar anak2nya peradaban Islam...

Wallahualam

zeqzeq said...

..mestilah berbangga punya isteri cantik..kena tunjukk2..bukn haus pun orang tengok..

a kl citizen said...

assalmmualaikum rosnanie

rasanya selagi daulah islamiyyah tak berpijak di atas bumi ini, masalah ini tak mungkin akan selesai

rosnanie said...

ZZ, memang tak haus, dahaga jer, hehehe...

rosnanie said...

salam cikgu
tu la masalahnya, tak tahu bila....
ada yang buat, ramai pulak yg kecam, nasib... nasib...