Kedai Buku Online

Sunday, January 17, 2010

PERTAMA KALI

Salam

Hari Ahad yang mengagumkan. Hari ini buat pertama kalinya kami sekeluarga menjadi peniaga pasar malam. Pengalaman yang agak menarik. Wah... bayangkan seorang lelaki, seorang perempuan beserta 4 orang kanak-kanak 2 hingga 11 tahun, berada di pasar malam, bukan sebagai pembeli tetapi sebagai peniaga!


Idea ini datangnya dari suami yang melihat buku-buku yang kami beli banyak dalam simpanan. Semenjak kami join 'Stormreaders' ni, kami punyai banyak koleksi buku. Sebelum ini saya jadi pengedar buku Karnadya. Pun masih banyak buku-bukunya dalam simpanan. Itu pun sudah agak banyak dijual di pejabat (sambil-sambil ye kawan-kawan).

Bermula dari suka-suka dan minat yang mendalam terhadap buku, kini kami jadi peniaga pulak, walaupun sekadar di pasar malam.



 

Ramai juga yang singgah melihat dan membelek-belek. Dan sudah menjadi adat, yang menyinggah dan membelek, belum tentu membeli. Adat lah tu. Ada seorang wanita tu, nampak berminat. Banyak buku yang dia belek, ambil letak, ambil letak, dan kemudian berlalu pergi. Saya masih mampu tersenyum sebab biasa la macam tu, mungkin dia minat tapi masih berkira-kira. Selepas dia berlalu nabila berbisik pada saya, belek punya belek, satu pun tak beli... Saya balas balik kepadanya, kita bukan boleh paksa orang beli. Kalau dia tak beli maknanya rezeki kita belum ada. Insya Allah, sampai masanya akan ada juga orang yang beli.

Alhamdulillah, walaupun beberapa buah sahaja yang laku, sudah memadai untuk pertama kali

31 comments:

Mybabah said...

Salam Ros. Babah dulu pernah ada Mini Market + kedai buku. Kami tutup kedai kerana salah strategi perniagaan. Masa itu masih muda lagi. Tak berapa pandai berniaga. Kami minat membaca dan sangka orang lain juga mempunyai minat yang sama. Tetapi, tidak begitu, terutamanya orang Melayu. Dalam statistik, orang Malaysia (khususnya, Melayu)hanya membaca 1 muka surat setahun. Nasihat saya, gunakan strategi pemasaran yang baik supaya jangan kecewa. Buku-buku simpanan saya masih banyak, terutamanya buku2 agama. Suatu masa nanti, jika sudah ada pelanggan tetap dan perniagaan sudah agak maju, datanglah berjumpa saya. Saya akan beri buku tanpa modal. Jika terjual, kita kongsi ikut sistem mudharabah (70:30). Pengusaha 70. Semoga maju jaya.

eelobor said...

salam kak ros....kt mana meniaga? igt nk cuba pegi belek² jgk ler. hehehe

deeja said...

salam,best gak niaga kat pmalam...adat niaga,mcam2 ragam manusia boleh jumpa.hehehe.deeja pun ada gak pengalaman niaga...tapi kedai minuman ajer.
deeja cadang sambil2 boleh gak jual kat blog ini.pamer ajer gambar buku dan cerita sikit pasal maklumat dlm buku itu....boleh jual gak.
kalau nak pos guna ajer pos daftar.
peniaga alaf baru katakan.
suami deeja pun ader gak niaga brg yg tak nak guna,boleh laku....tapi lambat sikit janji...bole jual

ni...web utk jual online,tiap ajer mudah.com. mcam2 ada kat sana.
huhuhu..pas kat deeja 1 buku free.

sI tEDI said...

wah! seronoklah.. x d epengalaman berniaga pasar malam. seronok tgk gelagat manusia!

echah_syed said...

combi pernah menolong kakak combi menjual ABC masa tahun 70an dulu ketika kakak combi tinggal digombak.mmg best ramai org dtg bila dah sebelah ptg.

sempat lagi mengorat sambil menjual ha ha ha :D

zeqzeq said...

selamat meniaga..seronok duit masuk hari2..

combi..
salah seorag yang datang itu adalah saya..(tapi tak laa minat di urat/ngorat)

azieazah said...

Tahniah... sekurang2 anak2 juga turut belajar tentang payah mencari duit.

Berniaga buku, biasanya risiko kerosakan adalah paling tinggi. Mudah basah bila hujan, mudah rosak dibelek orang (masuk 10 orang, pembeli dah nak pandang lagi)

Sebaik2nya ambil inisiatif, dengan MEMBALUT setiap buku. Juga iklan yang menarik contohnya, beli 2 dapat 50% discount untuk belian ke 3..

sekadar idea...

rosnanie said...

salam babah,
terima kasih atas nasihat. Buat masa sekarang semuanya bermula dengan suka2. Tp semalam, kawan2 suami ada pesan bawa pelbagai jenis buku lagi. Kami tak pasti boleh ke tidak sebab kena jugak tengok modal. Cuma kalau babah tak keberatan, mungkin babah boleh kongsikan strategi perniagaan dengan saya. Insya Allah saya minat nak jual buku babah, suami saya sendiri pn memang pengumpul buku2 agama.

rosnanie said...

salam, eelobor, kalau rumah kita dekat2 rasanya dah jumpa dah... hehe...

rosnanie said...

salam deeja, pengalaman pertama, selalu jual ngn kwn2 jer. Kalau deeja nak buku, email jer kat saya alamat, nanti sy pos/hantar.

kawan2 yang nak buku pn, insya Allah, bagi alamat, insya Allah saya hantar

rosnanie said...

tedi, seronok jugak, macam2 pesen ada,
ada jugak anak2 yang belek, tp mak nya tarik tangan, hehe... kita pn kdg2 buat cm tu, so tak le kecewa

rosnanie said...

salam kak echah
Abg syed tu hasil mengurat dulu ker? Hehehe... jgn marah, gurau2 jer

rosnanie said...

salam ZZ, tak le sampai hari2 sebab bukan hari2 jual pn...

rosnanie said...

salam kak azie
selalu pk nak balut buku2 tu, tapi ader je halangan nak buat. Insya Allah akan buat jgk.
Idea diskaun tu ok jgk kan, bila2 boleh try, sekarang ni kami jual dgn diskaun 10% jer
tks

endiem said...

Buku indahnya Hidup bersyarikat , seperti dalam gambar tu bagus dan perlu ada dalam setiap rumah.

Raziff Lokman said...

Salam. Setuju dgn cadangan membalut buku2 tu. At least, org yg tengok boleh baca intisari buku (muka blkg)...kalau setiap org flip buku2 tu mau lunyai...semoga usaha ini juga menjadi pentunjuk utk anak2 kita yg bukan senang nk cari duit....

rosnanie said...

salam endiem
betul tu, saya ada tulis tentangnya dalam entry lepas

http://cikgusi.blogspot.com/2010/01/indahnya-hidup-bersyariat.html

rosnanie said...

salam en razif
insya Allah, akan balut, terima kasih.

Anak2 setakat ni tak sabar nak tunggu hari Ahad sebab nak meniaga pasar malam lagi. Yang 'best' nye, husband bisik kat saya, "buku satu pun belum laku lagi, duit dh lebih 10 inggit melayang". Tahu jer lah kt pasar malam, macam2 orang jual.

Nida said...

Salam...

Pengalaman yang indah untuk dikenang terutama bagi anak2... mengajar mereka untuk berdikari dan mengetahui betapa payahnya mencari rezeki

LanaBulu said...

Nida..
As salam buat hubby U yg mengorak langkah ..
Tahniah buat permulaan..
Teman sokong sepenuhnya..
Setidak2nya yg 4 orang yg ikut meramaikan tu mesti salah sorang (kalau tak semua) akan menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti..InsyaAllah
p/s- oghe Kelate mmg pandai biz..

rosnanie said...

salam nida
harap2 mereka lebih pandai bersyukur.
Stakat ni yang mereka nampak adalah keseronokan berada di pasar malam, hehe

rosnanie said...

salam LB
terima kasih atas doa tu, insya Allah.

Sekarang ni yang saya nampak, along tu yang mahu, ada la jugak dia jual kat kawan2 dia kt sekolah

p/s En LB salah nama tu, sy rosnanie, bukan nida... hehehe...

shaniza said...

Salam..
Dulu masa tunggu keputusan, ikut ayah meniaga di pasar malam...jual durian, kelapa, telur dll. Pengalaman yg tak mungkin dilupakan.
Sekarang tak upaya nk meniaga mcm ni krn tak punya waktu senggang.

teruskan usaha...chaiyok!

rosnanie said...

Salam kak niza
best jugak kan
apatah lagi jika hanya sekadar part time, bukan mengharapkan income itu sepenuhnya. Kalau tak jenuh jugak

Pn. Liza said...

Assalamualaikum Pn. Ros,

Tahniah! Semoga menjadi peniaga berjaya kelak. Menjual barangan berbentuk ilmiah & dipergunakan ke arah kebaikan, besar ganjarannya.

Ni saya nak kongsikan pengalaman saya berkaitan dgn buku - Anak dara saya yg sorang ni, cukup minat membaca. Waktu kecil dulu sedari belum pandai membaca, saya cukup takut lalu di depan kedai buku - nak tau kenapa? Haaa... buku/novel yg paling tebal menangkap tumpuan & menjadi pilihan - harganya... dah tentulah mahal terutamanya novel impot. Selalulah saya tarik tangannya ataupun alihkan pandangannya ke arah lain. Tetapi... hati Ibu, selalu tak sampai hati melihat anak hampa betul tak?

Kini, saya sedar hasil bacaan itulah yg memantapkan penguasaan bahasanya.

La ni, walaupun dia jarang di sisi (hampir 3 thn dia tinggal di asrama-balik sebulan 2x), saya pasti teringatkannya apabila lalu di depan kedai buku.

Malah kini, saya pula yg menarik tangannya masuk ke kedai buku - dengan syarat beli buku ilmiah/novel & pembelian dimuktamatkan setelah saya yakin ianya sesuai utk dibaca.

Yang paling best setiap kali ditanya "Hanan nak beli apa?" Sudah pasti jawapannya "Nak Novel, beli banyak tau..." Tetapi apabila saya menjengilkan mata, cepat2 dia kata "2 buah je lah...".

Harijadinya yg ke-15 pada 18 Jan baru2 ini, matanya 'tersenyum girang' apabila saya hadiahkan 2 buah novel (punyalah jenuh membelek sinopsis-majoritinya kisah cinta org dewasa).

Setelah dipaksa beritahu apa lagi yg dimahukannya selain drp novel - Jawapannya -"Ape2 ajelah , tapi brown color". Akhirnya dpt juga saya memenuhi permintaan extranya -Beruang Mr. Bean, semestinya brown color! Sekali lagi matanya tersenyum girang bersekali dgn kekehan manjanya.

Pn. Ros, bgtau le lokasi Pasar Malam tu, kalu di sekitar Shah Alam, boleh gak gi tengok buku2 tu.

rosnanie said...

salam pn Liza
anak sulung saya pn hantu novel jugak, dan bukan setakat novel, buku2 lain pn dia akan baca. Saya akan biarkan selagi tidak melebihi pemikiran dia sebagai kanak2 (umur baru 11 tahun). Dan saya perhatikan memang karangan dia agak bagus. Dia ni dari umur 6 tahun saya dah beli novel kanak2 sebab dari umur lima lagi dia dh boleh membaca. Sekarang ni koleksi novel dia dh nak sama banyak dgn ibunya. Harap2 dia boleh kongsi dgn adik2 dia.

p/s pasar malam ni kecik jer, area taman rumah saya. Sori, specific lokasi saya akan bagitau kalau pn liza email kpd saya

zeqzeq said...

kejap lagi nak skodeng...pasar malam..

zeqzeq said...

hah??P Liza dudk S.alam??risau kita terserempak di Spray dgn ayat mukadimmahnya parah wooo..hihihik..

Pn Liza pun boleh tahan faktanya..menembak..

norlina said...

Assalamualaikum nanie,
knor memang minat ngan buku..setakat nih kalau gi tgk buku belek2 insyaallah beli..
nak share ngan nanie satu story harap2 related ye dgn n3 nanie nih..
knor selalu rasa kagum degn seorang pakcik nih..dia biasanya akan datang ke sekolah2 menjual buku2 ilmiah dan agama setahun sekali atau kadang2 2 tahun sekali..dengar cerita darinya pakcik ni bekas seorang guru..
yang menimbulkan kekaguman knor ialah dia boleh menceritakan isi kandungan setiap buku yang kita pegang dan belek2 tu...
siap tanya kita nak tahu tentang apa dan suruh kita pergi ke mukasurat2 tertentu dalam buku tersebut..sedangkan buku yang dijualnya banyak lebih 50 buah dengan judul yang berbeza..
dan bila kita selak mukasurat tersebut memnag betul apa yang kita cari ada di page tersebut...hebatnya pakcik ni sehingga boleh ingat muka2surat penting setiap buku2nya..
knor rasa banyak ilmu didadanya sebab dia seolah2 menyelami isi setiap buku yang dijualnya...
dan sebagai pembeli kita dapat a "live book review"...

Pn. Liza said...

En. zeqzeq, jgn bimbang-saya tdk sewenang-wenangnya dok spray org...

Setiap org punyai pandangan/buah fikiran yg tersendiri terhadap sesuatu perkara ye tak? Tak semestinya fakta saya tu tepat - sila perbetulkan jika ada kesilapan ok.

Jgn le klasifikasikan saya ni suka 'tembak' - tak kenal maka tak cinta weh...

Err... tumpang tanya, En. zeqzeq tinggal di S. Alam seksyen brape? Saya sekeluarga di sek. U10 - harap 1 hari nanti kita blh bersua muka, berbicara mesra - bersekali dgn kengkawan bloggers En. Mazidul spt di FRIM tempohari... Sambutlah Salam Ukhuwah dari saya...

Pn. Ros,
Terima Kasih!

rosnanie said...

salam Kak Nor

Very nice story. Saya pn turut kagum dengan pakcik tu. Rasanya saya belum mampu untuk mnjadi sperti dia. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezki kpd pakcik tu