Kedai Buku Online

Monday, January 25, 2010

SEMPURNAKAH SOLAT KITA?

Salam

Hari ini saya nak berkongsi sebuah (nyaris tak tertulis 'sebiji' lagi, kalau tak mesti kena tegur ngan kak azie lagi, hehehe... malu...) buku yang baik untuk dijadikan koleksi peribadi. Tajuk buku ini adalah "Formula Solat Sempurna", ditulis oleh Ust Zaharuddin bin Abd Rahman. Buku panduan lengkap bergambar ini mengandungi beberapa tajuk seperti perkara-perkara asas dalam solat, tatacara solat berkualiti, zikir dan doa serta panduan kusyuk dalam solat.


Banyak hal yang diceritakan di dalam buku ini tetapi yang saya ingin highlight kan dalam entry saya ini adalah berkenaan kusyuk dalam solat. Kebetulan pula Kak Shaniza ada memuatkan dalam entry nya yang terbaru brtajuk 'Lupa Kepada Allah'. Dimuatkan tentang kebiasaan kita yang selalu teringat sesuatu perkara yang kita lupa, tetapi tiba-tiba boleh teringat apabila kita solat.

Jadi di dalam buku Formula Solat Sempurna ini dinyatakan beberapa kaedah untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat :

  1. Al-Tafahhum - iaitu memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya
  2. Al-Takzim - iaitu merasakan Kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapanNya
  3. Al-Haybah - iaitu menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan
  4. Al-Rajak - iaitu mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat anda akan diterima
  5. Al-Hayak - iaitu berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapNya
Selain itu disenaraikan juga faktor-faktor yang mengurangkan kusyuk di dalam solat seperti
  1. Kerosakan akidah dan kepercayaan kerana bomoh, ramalan, sihir dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, tangkal azimat dan percaya ilmu bintang
  2. Makanan, minuman dan pakaian daripada harta haram seperti riba, rasuah dan pendapatan-pendapatan lain yang haram
Banyak lagi perkara-perkara lain yang ditunjukkan seperti hukum menyapu dahi dan hidung selepas solat, kedudukan kaki ketika berdiri, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat akhir, di mana kebanyakkan perkara adalah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan sehingga perkara yang boleh membatalkan solat.

Mungkin dalam keghairahan kita melakukan pelbagai ibadat kepadaNya, kadang-kadang kita lupa, amalan yang kita lakukan 5 kali sehari, sedari kecil kita melakukannya,banyak kesalahannya di sana sini. Lagi pula ada masanya kita terlupa, apa yang kita belajar dulu sekadar ikutan, belum tentu betul cara amalannya....
Wallahualam
*

30 comments:

eelobor said...

salam kak ros, mmg buku yang amat menarik dan rasanya wajib untuk di milikki oleh setiap muslim.

kakcikseroja said...

Salam Nanie...

sebenarnya terlalu banyak ketidaksempurnaan yang melingkari hidup ini... :(

rosnanie said...

salam eelobor
harap2 eelobor dapatkan buku ni secepat mungkin, heee...

rosnanie said...

salam kakcik,
betul, banyak ketidaksempurnaan, sebab itu wajib bagi kita yg mengetahui, memperbaikinya

Mybabah said...

Salam Ros. Allah menyebut dalam al-Qur'an "dirikanlah solat" bukan "tunaikan solat" terma yang selalu kita guna. Dirikan punya pengertian yang cukup mantap sedangkan tunaikan lebih pada pelaksanaan sahaja. Wallahualam.

azieazah said...

Terimakasih... Terimakasih... ROS. Suatu perkongsian yang sangat bermanfaat..

Berpesan-pesan sambil sama-sama memperbaiki diri...

sahromnasrudin said...

ustaz nie mmg bagus..sy tak pnh tinggal bacer blognya..ada sy leyak pautannya di blog sy..dia juga ada kolum di metro ahad..pandangannya tegas sekali

LanaBulu said...

Tq..rosnanie..
TQ lagi sekali sbb menemukan teman dgn geni.com tu...
dah lama dah cari..semenjak dengan kat radio 24 oleh azli paat tu..terlupa lak apa laman webnya...
dan kini dah jumpa...tq banyak2...
p/s-nak cari semula dan susun galur tali keturunan..manalah tau kot2 berasal dari RAJA mana negeri ke..boleh lah buat tuntutan.. hee
TQ

echah_syed said...

combi pun dah beli buku mcm gini tapi tulisan ustaz lain.. :)

Nida said...

Salam..

Info yg sangat menarik.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. :)

zeqzeq said...

Niatkan sahaja Akubelajar walaupun sebaris ayat, walunpun dah sedekad..

muga terseluih jari langkah dalam belajar, patah sayap dalam belajar..
mudahan mendpat keAMPUNAN dariNYA..

shaniza said...

Salam..
Ilmu tanpa amal bagaikan pokok yg sedang mati..
Terimakasih atas info..

rosnanie said...

salam babah
betul kata babah, kalau orang yang mendirikan solat pasti akan mencarai kesempurnaan dalam solatnya, manakala yang menunaikan solat pasti bersikap asal buat sudah. Thanks babah

rosnanie said...

salam kak azie
sama2, harap sama2 dpt manfaatnya

rosnanie said...

salam en sahrom
betul ,banyak perkara yang boleh kita rujuk melalui laman webnya. Semoga kita semua berusaha untuk menambah ilmu

rosnanie said...

salam en LB
sama2... so camana dengan pencarian, dah jumpa keturunan? Hehehe... semoga berjaya....

rosnanie said...

salam kak echah, tak kisah la siapa penulisnya, asalkan bermanfaat, tetap baik untuk kita kan?

rosnanie said...

salam nida, sama2...

rosnanie said...

salam ZZ
amin...
insya Allah, sama2 la kita terus belajar dan memperbaiki diri wpn usia makin meningkat

rosnanie said...

salam kak niza
insya Allah, sama2 la kita amalkan ilmu yang bermanfaat

zeqzeq said...

zaman kini ustaz datang ke pejabat ke surau sebelah kita, antara NAK dengan TAK nak,

surau pejabat kebanyakannya ada kuliah zuhur, asar, maghrib dan subuh....pilih mana yang berminat dan keperluan masa,

berguru buku sambil merujuk ustaz..

zeqzeq said...

terdapat mungkin salah cetakan..
walaupun kita dah tau..contoh cetakan terjemahan Musyraf AL-Quran ada yg tercetak surah Yaasin adalah 35 serta 36..

ejaescobart said...

salam kak rosnanie..

bleh tau berapa harga buku ni? sy pun nak cari jugak la.. selama ni ada buku cita bab sembahyang cuma ada teks je.. x banyak gambar.. anak2 buah tanya pun jenuh nak terang.. :)

rosnanie said...

salam ZZ
betul, sebenarnya selain buku yang penting kena juga rujuk pada ustaz, cuma carilah ustaz yang betul, sebab ada sesetengahnya yang buat hukum ikut sedap sendiri, dan bila kita tahu kebenarannya, kita yg sakit sendiri

rosnanie said...

salam eja
Harga buku ni RM25.90. Insya Allah bermanfaat

Mohd Farid said...

Perkara pertama yang akan ditanya ialah.. SOLAT.

Faridrashidi.com

jane said...

terima kasih untuk entry ni..
huhu
trasa kebesaranNya
huhu

Werdah said...

Salam ziarah dan perkenalan.

Sesungguhnya solat yang khusyuk dapat mencegah perbuatan mungkar dan fahsya'; bila tak khusyuk itulah jadinya pelbagai macam pelanggaran dalam kehidupan. Khusyuk juga bermaksud mengingati Allah di dalam solat dan juga di luar solat.

rosnanie said...

salam Jane, insya Allah sama2 lah kita cuba perbaiki solat kita, macam yang farid tulis di atas, solat itu adalah perkara pertama yang disoal

ps, tks sudi bertandang

rosnanie said...

salam kak werdah

terlalu susah nak dapat solat yang kusyuk, tetapi jika tiada penambahbaikan yang dibuat, selama2nya akan susah, lalu apakah makna solat itu kepada kita