Kedai Buku Online

Saturday, January 23, 2010

KISAH BEBERAPA HARI

Assalamualaikum

21 Januari 2010 merupakan ulangtahun kelahiran Amirul, satu-satunya anak lelaki saya (sekarang). Malam 20 haribulannya, kami ke Giant untuk mengambil gambar Amirul (saiz pasport), katanya cikgu yang nak. Sementara menunggu gambar siap, saya tinjau-tinjau kedai kek yang berdekatan. Memang hajat di hati nak belikan kek untuk dia. Tiba-tiba dia datang dengan kakaknya, "Esok birthday abang, ibu tak nak beli kek ker?"


Saya terkejut juga sebab dia ingat birthday dia, selalu kita yang ingatkan. So pilih punya pilih, akhirnya kami sepakat untuk memilih kek Swiss Black Forest.

Tak sia-sia kami beli kek ni, memang sedap. Kek yang hanya 1/2 kg ni kami dapat habiskan lebih dari separuh pada malam itu juga. Kecuali suami yang tak sukakan kek, semua pakat pulun habiskan kek tersebut. Yang strawberi tu, colek skit dengan krim dia, aduuuhhh... sedapnya...

Dia sibuk tanya hadiah dia, saya cakap, ni ibu dah belikan kek, kira hadiah la ni... hehehe... tarik muncung jugak la kiranya...


22 haribulan.... birthday saya pulak. Pagi-pagi lagi diaorang dah wish saya happy Birthday. Saja la tanya, mana hadiah ibu? Masing-masing tersengih-sengih... mana la diaorang nak belikan. Suami senyap jer, tapi bila baca dalam email, rupanya suami hantar mesej melalui Geni, dia kata, sorry, hadiah tahun ni lambat sikit.... tak pe la bang, lambat pun tak pe, janji ada.... hehehe...(nak jugak tu).

Tengahari jumaat 22 Jan tu, saya bertemu dengan seorang blogger yang dikenali dengan nama Pn Liza. Pada laman web nya ada tertera nombor telefon. So saya cuba la call dia pada pukul 11 pagi, saja cuba jaya. Alhamdulillah, berjaya, dan kami buat temujanji pada tengahari, kerana rupa-rupanya tempat kerja kami tidak begitu jauh. Tengaharinya, sembang punya sembang, sehingga hampir sejam kami berbual, barulah kami berpisah. Itu pun kerana Pn Liza ada terima panggilan yang menyatakan ada kecemasan. Kalau tak mungkin kami boleh sambung bersembang sekurang-kurang untuk 1/2 jam lagi

Sesampainya saya di tempat Pn Liza, dia terus hulurkan satu paper beg, katanya sebagai cenderahati sebgai tanda perkenalan. Masa tu saya yang malu sendiri kerana datang dengan tangan kosong. Kemudian dia pelawa makan tengahari, "Kak Liza belanja" katanya. Aduh... dua kali malu. Namun begitu, rezeki jangan ditolak kan? Walau pun malu, tetap ambil pinggan nasi dan isi lauk. Sambil itu saya terfikir sendiri, walaupun Pn Liza tak tahu, tapi boleh lah dianggap Pn Liza bagi hadiah dan belanja makan sempena birthday saya. Thanks ye kak, lain kali kita jumpa saya pulak yang belanja.


Seronok bersembang dengan Pn Liza, terasa macam dah kenal lama. Kami ambil peluang untuk kenal diri masing-masing. Tak sangka, walaupun bermula di alam maya, tapi bila berjumpa secara realiti, tak ada kekok langsung. Ni yang buat tak sabar nak jumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain, rasanya insya Allah kita boleh terus menjadi sahabat.


Malamnya, jumpa seorang lagi rakan baru, En Ali yang telah menjadi ahli 'Stormreaders'. Perjumpaan di Burger King tu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak-anak. Ada taman permainan, jadi mereka bergembira di sana sementara saya dan suami berbual seketika dengan kawan. Sempat la makan burger, apple pie dan fries. Anak-anak juga siap pakai crown yang disediakan oleh pihak Burger King. Kata nabila, kira ni majlis celebration birthday ibu dan abang la. Dan amirul ambilkan satu crown pakaikan ke kepala saya, kata dia dan nabila, malam ni ibu jadi queen sebab birthday ibu.





Ibu, omme adik

 

Ayah, look at me, i'm a king

*

24 comments:

sI tEDI said...

Happy birthday for both of you!

Nida said...

Selamat ulang tahun buat kalian..

Sedap nampak kek tu :)

rosnanie said...

tedi, thanks

rosnanie said...

Nida, terima kasih
memang sedap... hehe

Raziff Lokman said...

Salam, selamat hari lahir buat ibu & anak...semoga berbahagia selalu...

MrsNor said...

salam nanie
epi besday to both of you. Moga bertambah rahmat dan nikmat dr Allah

eelobor said...

hepi besday......

amal (^^,) said...

selamat ulang tahun kak ros!
semoga panjang umur murah rezeki dan dr redhai Allah...

happy birthday amirul
semoga jadi anak yang soleh (^,^)
dan comel2 selalu!

nyum nyum... kek tu menggodalah pula...hehe...

rosnanie said...

salam
terima kasih en raziff

rosnanie said...

salam kak nor
thanks atas doa tu

rosnanie said...

salam eelobor, thanks..

rosnanie said...

salam amal
terima kasih atas doa2 tu,

p/s kek tu, dua hari jer tahan, pastu lesap

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to AMIRUL dan ibu AMIRUL...:D

Moga sejahtera selamanya..

Hmmm rasanya Pn Liza ni popular juga, selalu berkomen di blog Mazidul.. Adakah itu Pn Liza yg sama?

rosnanie said...

salam kak azie
terima kasih...

betul la tu, Pn Liza tu yang selalu komen kat blog Mazidul

Mybabah said...

Salam Ros. Selamat menyambut hari lahir. Juga ucap selamat untuk anak. Saya akan turut memanjatkan doa supaya kita semua diberi Allah keberkatan dalam hidup. Sama-sama kita berdoa kepada Allah azzawajalla supaya umur kita diberkati kerana itu lebih afdal daripada memohon panjang umur tetapi tidak berkat. Jika Ros masih ingat, ada satu makhluk sahaja yang benar-benar meminta supaya dipanjangkan umur. Jangan sampai kita mencontohi makhluk yang dibenci Allah itu. Ya Allah, berkati umur Rosnanie dan anaknya dan kurniakanlah keluarga ini "syurga" di dunia dan syurga di akhirat.

shaniza said...

Salam..
Selamat ulang tahun kelahiran utk ibu dan anak.. Semoga diberkati Allah hidup di dunia dan akhirat.

echah_syed said...

hepi besday to ros & amirul..semoga pnjg umor,murah rezeki dan dipermudahkan semua urusan.amin :)

ehhh dah jumpe pn liza ye.

rosnanie said...

Salam Babah
Doa2 babah menjadikan saya sangat terharu. Terima kasih... Aminn...

insya Allah saya masih ingat siapa yang babah maksudkan, semoga Allah menjauhkan kita semua dari bersikap seperti makhluk itu, amin

rosnanie said...

trima kasih kak echah atas doa itu

rosnanie said...

salam kak niza, terima kasih atas doa itu

Pn. Liza said...

Assalamualaikum Nanie (dah tau dah panggilan mesraaa..),

Pertama sekali nak mohon berbanyak maaf - pertemuan segera kita dinoktahkan dgn panggilan kecemasan yg tdk diduga. Dari petang Jumaat tu hinggalah ke hujung minggu cukup membuatkan K. Liza sekeluarga seperti tak kecukupan masa. Walaupun ada beberapa perkara perlu diselesaikan di minggu ini dan seterusnya namun, buat setakat hari ini, Alhamdulillah...

Keduanya pun nak minta berbanyak maaf tak dapat menjenguk buku2 di Pasar Malam-Ahad 31hb ni ada Walimah di Tg. Karang la pulak - Percayalah satu hari nanti K. Liza sekeluarga akan menyusuri 'Denai', ke dada buku.

Pn. Liza said...

Part II,

Ketiganya nak ucapkan Selamat Harijadi buat Nanie & anakanda Amirul - Semoga dianugerahi kesihatan yg baik & diberkati Allah swt. Ya, anggaplah belanja makan t/hari tu sebagai hadiah harijadi yg x seberapa...Terima Kasih kembali.

Keempatnya - ye la.. kita mcm dah kenal lama ekk.. Apapun, K.Liza suka dgn budi-bahasa Nanie - memang sesuailah jadi Pensyarah - Tahniah!

Pn. Liza said...

Part III,

Kelimanya Terima kasih kerana menempekkan Blog K.Liza yg x up to date tu ya. Eh.. eh.. Pn. Azieazah-kita x popular pun... Sambutlah salam perkenalan drp saya, Terima kasih...

rosnanie said...

salam kak liza
sampai 3 part akak tulis, sy balas satu pn cukup la yek? Hehehe...

Permohonan maaf akak... dari mesej yg akak bg pn sy dh bagitau kan, tiada apa yang nak dimaafkan, saya faham kecemasan pada hari tu, cuma sy harap itu bukan lah pertemuan yg terakhir, insya Allah ada kesempatan nak jumpa lagi

Terima kasih atas doa2 tu,saya juga doakan kecemasan akak tu berakhir dengan baik, insya Allah