Kedai Buku Online

Thursday, June 25, 2009

Kita hanya guna 10% daripada otak??? Biar betul???

“Kita hanya menggunakan 10% otak??? Sikitnya! Biar Betul!!!”

Anda mungkin biasa mendengar fasa ini dituturkan oleh penceramah motivasi atau guru, atau membacanya daripada buku-buku motivasi belajar. Apakah benar kita hanya menggunakan 10% fungsi otak kita?
Bagi mereka yang mempercayai ‘fakta’ ini dan penceramah-penceramah motivasi yang menguar-uarkan maklumat hebat ini, ya memang benar mereka hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. :)
Kajian terkini membuktikan kita menggunakan 100% kemampuan otak kita, Alhamdulillah.

Tapi apa buktinya:
Bukti 1: Kajian pengimejan otak seperti imbasan PET (positron emission tomography) dan fMRI (functional magnetic resonance imaging) menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakan bahagian otak tidak terbiar tanpa digunakan. Sebenarnya, beberapa fungsi kecil hanya menggunakan satu bahagian kecil otak pada satu-satu masa. Sedangkan aktiviti yang banyak dan kompleks melibatkan lebih banyak bahagian otak. Keadaan ini sama dengan otot. Kita tidak menggunakan semua otot kita serentak, demikian juga otak. Aktiviti seperti makan, menonton wayang, berjimak atau membaca, melibatkan bahagian tertentu otak. Jadi, sebenarnya kita menggunakan otak kita sepenuhnya berdasarkan keperluannya.

Seterusnya, Baca Artikel Penuh dalam blog Telaga Biru

Tuesday, June 23, 2009

Nak ke Tak Nak


Sinopsis : NAK KE TAK NAK

'Nak Ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang santai.

Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda.

Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.


Salam

Nak ke Tak Nak adalah sebuah buku terbitan Alaf21. Hasil karya Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj yang memang terkenal dengan buku-buku motivasi. Dalam banyak-banyak buku yang dihasilkan oleh Dr HM Tuah (yang telah pun menjadi koleksi saya) buku yang ini paling memberi makna kepada saya.
Pertama kali saya membeli buku ini adalah pada September 2007. Buku ini antara buku yang menjadi teman saya ketika saya menjalani sesi 'check-up' mengandung. Baca buku motivasi tak sama macam baca novel. Novel baca satu hari pun boleh habis. Buku motivasi memerlukan penghayatan. Jadi kadang-kadang terpaksa mengulang banyak kali.
November 2007, saya selamat melahirkan anak keempat. Masa ni abang datang ke rumah. Bosan agaknya kat rumah dia belek-belek koleksi buku yang saya ada, termasuk la buku ni. Best la buku ni, katanya. Alih-alih nak pinjam. So cakap ngan dia, tak pe la tak payah pinjam, saya bagi terus.
Kemudian saya beli buku yang kedua. Belum baca pun lagi, anak sedara datang rumah, hadiah lak kat dia. Beli pulak buku ketiga, kawan lak pinjam. Sama gak, belum mula baca lagi, hadiah lak kat dia. Hmmm....so, pesta buku Alaf21 yang akan datang ni ( 26 Jun -28 Jun) saya cadang nak beli lagi. Tak tau la pulak nak bagi siape, hehehe...

Monday, June 22, 2009

Taubat Seorang Pondan

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) diibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan takut-takut ada yang patah katil bujang nanti sabun pulak jangan cerita lah sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja. Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya tak sama line lah braderrrr.
Seterusnya baca dalam Artikel Penuh (kredit kepada Koleksi Artikel Hangat)

Sunday, June 21, 2009

7 BREATHTAKING AQUARIUM AROUND THE WORLD


World’s Largest Aquarium, Georgia Aquarium,Atlanta, a wonderful home for more than 100,000 animals of 500 different species (notable specimens: whale sharks, beluga whales, manta ray) and with a capacity of 8.1 million US gallons (31,000 m³) of marine fresh water

Read more at Anak Cucu Nabi Adam

Take a look, it's really nice


Happy Father's Day

Salam
***
Happy Father's Day to...
***
...my beloved ayah....Hj Abd Rahman
***
...my beloved husband....Rashid
***
...my beloved brother....abg him, abg li, abg mi & abg din
***
...to all my nephew - father or father to be
***
...and to all my in-laws...
***
really glad to have you as a father in this world
***

Friday, June 19, 2009

SUAMI BOROI TANDA BAHAGIA???

Actually tajuk hari ni saya dapat daripada e-mail, tak tahu kesahihan dan sumber dari mana. Tapi setakat baca dan layan, takde masalah kan? So, kawan-kawan boleh le baca dan hayati. Pastu, nak komen ke, nak gelak ker, apa-apa ker, terpulang ler yek....


SOALAN :
Saya ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?
ISTERI BAHAGIA,Hulu Langat.
JAWAPAN :
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.
Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


*******
Camana? Apa komen sedare sedari? Pada saya ada yang bole guna, ada yang rasa cam rubbish jek. Lagipun jawapan yang diberikan tidak pula disertakan dengan fakta. Betul ker suami yang tak boroi tu tak bahagia? Kalau cam tu kesian nyer para isteri, rupa-rupanya suami dia tak bahagia dengan dia. Alaaahai, ngape tak bagi tau????
Pastu, ape citer suami yang tak boroi kerana kuat hisap rokok? Haaa... sape nak jawab?
Hehehe,

"Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian."
Ok, kita tengok statement kat atas, boleh sape2 komen????

Thursday, June 18, 2009

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warnalehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinyaterlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Tuesday, June 16, 2009

Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  1. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  2. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
  1. Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  2. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  3. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  4. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  1. Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
  2. Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  3. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  • Khadijah Binti Khuwailid § Saudah Binti Zam ' ah
  • ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al- ' Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. ' Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..


Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Sunday, June 14, 2009

Langsingkan Badan

Salam....
Badan yang langsing menjadi idaman semua, wanita terutamanya. Tak salah kalau saya katakan ada yang gile nak kurus sehingga wujud satu sindrom anorexia nervosa, pesakit merasakan mereka gemuk walaupun mereka sebenarnya kurus kering. So, wahai wanita, berhati-hatilah. Kadang-kadang, jaga pemakanan lebih penting daripada berlapar kerana nak kurus.

" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. Elok makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Makanan anti kolestrol

Salam...
Kolestrol merupakan salah satu musuh utama badan. Kadar kolestrol yang tinggi boleh meningkatkan risiko kegemukan. So kat sini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh menurunkan kadar kolestrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Saturday, June 13, 2009

El Nino

Salam...

Sekarang sedang hangat dengan isu El Nino. Dianggarkan dalam masa dua bulan lagi Malaysia akan mengalami fenomena El Nino ini. Cuma aku rasa ramai yang masih kabur dengan El Nino ni. Apa itu El Nino? Apa kesannya kepada bumi dan sebagainya. Aku sendiri masih lagi kabur, cuma yang aku faham, El Nino ni boleh mengakibatkan bumi mengalami kepanasan melampau dan dianggarkan boleh mencecah sehingga suhu melebihi 40C. Aku dengar dalam berita semalam, Malaysia pernah mengalami fenomena El Nino ni dan telah mengalami suhu tertinggi 40C. Wow, tinggi tu....

So di sini aku ada cedokkan sedikit artikel tentang El Nino. Artikel dalam english, boleh layan kan? Artikel ni boleh didapati di alamat kids.earth.nasa.gov/archive/nino/intro.html

El Nino - and What is the Southern Oscillation Anyway?!

El Nino, an abnormal warming of surface ocean waters in the eastern tropical Pacific, is one part of what's called the Southern Oscillation. The Southern Oscillation is the see-saw pattern of reversing surface air pressure between the eastern and western tropical Pacific; when the surface pressure is high in the eastern tropical Pacific it is low in the western tropical Pacific, and vice-versa. Because the ocean warming and pressure reversals are, for the most part, simultaneous, scientists call this phenomenon the El Nino/Southern Oscillation or ENSO for short. South American fisherman have given this phenomenon the name El Nino, which is Spanish for "The Christ Child," because it comes about the time of the celebration of the birth of the Christ Child-Christmas.

To really understand the effects of an El Nino event, compare the normal conditions of the Pacific region and then see what happens during El Nino below.


Normal Conditions (Non El Nino)


El Nino Conditions

Scientists do not really understand how El Nino forms. It is believed that El Nino may have contributed to the 1993 Mississippi and 1995 California floods, drought conditions in South America, Africa and Australia. It is also believed that El Nino contributed to the lack of serious storms such as hurricanes in the North Atlantic which spared states like Florida from serious storm related damage.

Unfortunately not all El Nino's are the same nor does the atmosphere always react in the same way from one El Nino to another. This is why NASA's Earth scientists continue to take part in international efforts to understand El Nino events. Hopefully one day scientists will be able to provide sufficient warning so that we can be better prepared to deal with the damages and changes that El Nino causes in the weather.

lain-lain artikel boleh klik sini dan sini


Kebesaran Azan

Dah beberapa hari tak update blog. Sehari dua ni agak bz. Tapi bila free pun tak dapat nak guna komputer sebab komputer lagi satu (notebook) keypad rosak, jadi daripada berebut dgn anak, baik tengok TV. Hari ni agak free, dan budak2 asyik tengok TV. So sempat jenguk2 blog.
Hari ni jumpa satu entri yang menarik tentang kebesaran azan dalam blog OHTIDAK, so saya hidangkan untuk tatapan anda, layan kan lah...............

Wednesday, June 10, 2009

Hukum bermain PS, catur dsbnya

Semalam hari yang paling sibuk dirumah, kami (saya dan anak-anak) mengubahsuai barangan dalam rumah. Sehari suntuk kami mengemas, sampai keletihan dan tak larat, hatta untuk membaca blog. Hari ini agak free, so sempat lah menjenguk blog-blog.

So entri terbaru UZAR, agak menarik kerana ianya merupakan kegilaan remaja dan kanak-kanak, hatta dewasa sekalipun. Apakah hukumnya permainan PS -playstation, permainan catur dsbnya.

  1. Halal jika tidak mengabaikan solat, tidak terlibat dengan perjudian dan tidak disertai dengan maki hamun, carut-mencarut dsbnya
  2. Makruh jika bermain secara berlebihan
  3. haram jika melanggar syarat-syarat
oleh itu buat mereka yang suka permainan-permainan ini boleh lah difikir-fikirkan. Mengikut UZAR, bermain boleh, tapi perlu beringat-ingat, janganlah sehingga mengabaikan solat ataupun bermain sambil bertaruh

Monday, June 8, 2009

Aurat Wanita

Dalam setahun dua ni saya banyak merujuk kepada artikel UZAR terhadap banyak perkara di dalam hidup ni. Salah satu artikel yang paling mengesankan pada saya adalah "Aurat Wanita : apa sudah jadi". Artikel ini sangat menarik dan di sini saya sertakan sedikit petikan daripada artikel beliau.............

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

Artikel selanjutnya boleh la klik di sini

Artikel ini sesuai bagi semua peringkat umur, lelaki atau wanita terutama yang telah akil baligh. Bagi suami-suami, kadang-kadang ada yang merasakan aurat isteri tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka, tapi ketahuilah, apa sahaja milik isteri adalah tanggungjawab sang suami, malahan suami begitu boleh dilabelkan sebagai suami yang dayus!!!



Sunday, June 7, 2009

Taman Arnab

Kami baru je balik dari Shah Alam. Sebenarnya kami ke Muktamar PAS. Semalam dah pergi, tapi gi shopping. Hari ni kami ke dalam stadium, sempat la dengar ucapan TG Hj Hadi Awang. Cuma masalahnya bila pegi dengan anank-anak akan menimbulkan rasa kurang selesa bila mereka tak reti duduk diam. Biasa la, nama pun budak-budak. Penyudahnya, kami keluar dan menuju ke gerai-gerai jualan di luar stadium dan sasaran kami adalah gerai sotong bakar. Sedap gak sotong yang dibakar dan dimakan panas-panas.....

OTW balik anak-anak tuntut janji ayah mereka untuk membawa mereka ke taman arnab yang bertempat di dalam kawasan Giant Seksyen 13 (berhampiran Stadium tempat Muktamar PAS). Abang Amirul awal2 lagi dah prepare dengan kupon diskaun. Excited sungguh mereka nak ke taman arnab. So di sini saya kongsikan beberapa gambar semasa mereka di taman arnab.



nadhira tak nak pegang arnab, dia yang paling geli


arnab-arnab yang comel, walaupun diaorang geli tapi tetap cuba nak pegang, tak dapat pegang direct, diaorang pegang ngan bakul

comel la arnab ni...kata nabila

Dalam ramai-ramai tu nabila je berani dengan arnab, yang lain bukan takut, tapi geli dengan bulu2 nya. Bukan arnab je, kucing dan haiwan2 yang seumpamanya, semua diaorang geli. Gosok2 tu boleh la, tapi nak pegang beria-ia, x dapat la..hmmm..


Mogok Lapar

Walaupun isu mogok lapar di Perak dah agak reda tapi saya ada terbaca dalam blog UZAR, dan komen beliau tentang mogok lapar.
Anda semua boleh layan, bukan setakat layan tapi hayati apa yang disampaikan kamudian buatlah kesimpulan..........UZAR

Saturday, June 6, 2009

Upin dan Ipin

Kalau sebut Upin dan Ipin, semua orang kenal. Bukan setakat kenal, malah dah jatuh cinta. Rasanya bukan golongan kanak-kanak sahaja yang minat, dewasa pun ramai yang suka, hatta anak saya yang berumur setahun setengah pun asyik jer mengulang cd yang sama. Kadang-kadang tu, mak ayah beli baju, cd dan macam-macam lagi untuk anak, bukan semata-mata kerana anak yang minat, mak ayah pun minat sama . Haa...sampai macam tu skali penangan upin dan ipin. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya kita ada idola kartun kita sendiri, made in Malaysia! Sekarang ni populariti Upin dan Ipin dah mengatasi populariti Shin Chan, Doraemon, Pokemon, dragon Ball, Ben 10 dan macam-macam lagi. Dan sekurang-kurangnya Upin dan Ipin memberikan pengajaran yang baik untuk anak-anak kita sebab kalau kita perhatikan, kartun-kartun dari luar negara terutamanya Jepun tidak menunjukkan keperibadian yang baik kepada anak-anak. Kadang-kadang bimbang mereka akan terpengaruh. Tapi dengan Upin dan Ipin, kita boleh membiarkan anak-anak menontonnya tanpa was-was

Episod Upin dan Ipin yang paling saya minat adalah " Sayang Kak Ros". Kalau berminat, layan ler ye.............
 

Friday, June 5, 2009

petua dan keibubapaan

Baru-baru ni aku terjumpa satu blog yang quite interesting about parenting. Actually bukan sekadar parenting tetapi juga dipenuhi dengan petua-petua, doa-doa, malahan ada resipi lagi. Amat sesuai untuk ibubapa ataupun bakal ibu dan bapa. Artikel lanjut boleh klik di sini.
Cubalah baca, macam-macam ada.........

datuk setan

Pagi tadi semasa aku singgah di kedai runcit aku sempat menjenguk surat khabar. Aku terpandang tajuk pada harian Metro - 'Datuk Setan'. Terus aku membaca isi keseluruhan. Terasa menggigil tangan ku bila membacanya. Seorang datuk (umur 60+) tergamak merogol cucunya yang berusia 5 tahun. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengajak 3 lagi rakannya untuk meratah gadis kecil itu. Cuba kalian bayangkan, gadis kecil berusia 5 tahun, digunakan secara bergilir-gilir selama tiga minggu! Jiran yang melaporkan perkara ini kepada polis memberitahu, beliau mendapati koyak yang besar pada kemaluan gadis kecil ini. Cubalah kita bayangkan kesakitan yang dialami olehnya. Ya Allah, ni manusia ke setan ni? Aku rasa memang selayaknya mereka dipanggil syaitan! Aku amat-amat berharap manusia seperti ini dihukum bunuh sahaja.
Masa ini teringat kisah adik Nurul Huda. Penjenayah yang terlibat hanya dikenakan hukuman penjara selama beberapa tahun, sedangkan mangsa....mati! Banyak lagi kes seperti adik Nurul Huda yang terjadi di Malaysia. Sampai bilakah manusia perlu menurut hawa nafsu dan membiarkan syaitan menunjangi kehidupan?

percubaan

Hari ini adalah hari pertama aku berblog. Semuanya atas dasar cuba-cuba walaupun keinginan untuk berblog sudah lama. Sehingga saat ini aku masih lagi belum menemui tema bagi blog ini tetapi aku akan tetap mencuba yang terbaik untuk menyajikan yang terbaik.