Semalam hari yang paling sibuk dirumah, kami (saya dan anak-anak) mengubahsuai barangan dalam rumah. Sehari suntuk kami mengemas, sampai keletihan dan tak larat, hatta untuk membaca blog. Hari ini agak free, so sempat lah menjenguk blog-blog.
So entri terbaru
UZAR, agak menarik kerana ianya merupakan kegilaan remaja dan kanak-kanak, hatta dewasa sekalipun. Apakah hukumnya permainan PS -playstation, permainan catur dsbnya.
- Halal jika tidak mengabaikan solat, tidak terlibat dengan perjudian dan tidak disertai dengan maki hamun, carut-mencarut dsbnya
- Makruh jika bermain secara berlebihan
- haram jika melanggar syarat-syarat
oleh itu buat mereka yang suka permainan-permainan ini boleh lah difikir-fikirkan. Mengikut
UZAR, bermain boleh, tapi perlu beringat-ingat, janganlah sehingga mengabaikan solat ataupun bermain sambil bertaruh
No comments:
Post a Comment