Kedai Buku Online

Thursday, January 14, 2010

SAYA MENANG LOTERI

Salam
Menakjubkan tak tajuk entry ni? Betul, saya menang loteri....Tengahari tadi buka email, ada satu email yang memberitahu kononnya saya memenangi wang loteri berjumlah 75,000USD.  Baca sekali lagi, 75,000USD.... wow... banyak tu... Alaaahai... manusia mana la yang begitu bermurah hati nak beri saya duit sebanyak tu....cuba calculate kepada ringgit Malaysia (darab RM3.8 untuk 1USD kan? Tak ingat la, lagipun tak pernah ambil pusing sebab tak pernah buat money exchange ni). Katala darab RM3.8, maknanya wang yang saya menangi adalah RM285,000... wow... duit turun dari langit tu

Ish ish ish... ingat kita ni main loteri ker? Sayangnya saya dah delete dah mesej tu. Kalau tak boleh saya tunjuk kat kawan-kawan jumlah wang yang saya 'menangi'. Kih kih kih... 'senangnya' nak dapat duit kan? Tak sangka pulak hari ni merupakan hari 'bertuah' saya. Agaknya sebab nak sangat jadi orang kaya kot, silap-silap hari bulan boleh kayap macam ni.

Actually, bukan email itu sahaja yang saya dapat hari ni. Hari ni memang betul-betul hari bertuah saya (amin), sebab saya dapat lagi email dari seseorang yang katanya bernama Mohamed Adam. Katanya ada sejumlah wang yang tidak dituntut kerana pemiliknya telah meninggal ketika tragedi kapal terbang terhempas. Seluruh ahli keluarga mangsa turut terkorban menyebabkan tiada pewaris yang tinggal. So kita kena pretend jadi pewaris supaya wang $15 juta USD dapat dikeluarkan dan 40% dari jumlah itu adalah milik kita.

Wow... bagus betul cite ni kan? Bayangkan 40% dari 15juta bersamaan 6jutaUSD, darab la pulak dengan RM3.8, jadi RM22.8 juta... fuhhh.... bayangkan kita ada duit banyak tu... 7 keturunan makan tak habis.... kih kih kih.... betul-betul cite lawak.... aduh... ada tak yang dah gelap mata... kalau nak, bagi ler detail kat dia... macam-macam dia minta.... adeh... tak larat nak gelak nih.... RM22.8 juta? Ish ish ish..... melopas den.... kui kui kui......


so, saya copy from my e-mail (masuk kut spam)


TREAT VERY CONFIDENCAL AND CALL ME 00226 78 55 49 03

 From The Desk Of Mohamed Adams (Esq.)                               (prasan tak ejaan CONFIDENCAL tu?)
The Head Of File Department,
African Development Bank A.D.B
Ouagadougou Burkina-Faso
West Africa .
Phone Number 00226 78 55 49 03.
                 ("REMITTANCE OF $15 MILLION U.S.A DOLLARS
                                CONFIDENTIAL IS THE CASE")

Compliment Of The Season,

On a very good day. I am (Mohamed Adams Esq.) The Head of file Department in African development bank (ADB) Burkina Faso West Africa.

I am looking for a foreign partner, I assured of your capability and reliability to champion this business opportunity when I prayed to God or Allah about you.

In my department we discovered an abandoned sum of $ 15 million U.S.A dollars ( fifteen million U.S..A dollars) . In an account that belongs to one of our foreign customer who died along with his entire family on (Monday 31st July 2004) in a plane crash.

Since we got information about his death, we have been expecting his next of kin to come over and claim his money because we cannot release it unless somebody applies for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidelines, but unfortunately we learnt that all his supposed next of kin or relation died alongside with him at the plane crash leaving nobody behind for the claim. It is therefore upon this discovery that I and one official in my department now decided to make this business proposal to you and release the money to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and we don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill.

The Banking law and guideline here stipulates that if such money remained unclaimed after five years, the money will be transferred into the Bank treasury as unclaimed fund. The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner, and a Burkina be cannot stand as next of kin to a foreigner. We agree that 40% of this money will be for you as foreign partner, in respect to the provision of a foreign account, 10 % will be set aside for expenses incurred during the business and 50 % would be for me and my woman colleague. There after I will visit your country for disbursement according to the percentages indicated..

Therefore to enable the immediate transfer of this fund to you as arranged, you must apply first to the bank as relations or next of kin of the deceased indicating your bank name, your bank account number, your private telephone and fax number for easy and effective communication and location where the money will be remitted. Upon receipt of your reply, I will send to you by fax or email the text of the application I will not fail to bring to your notice that this transaction is hitch free and that you should not entertain any atom of fear as all required arrangements have been made for the transfer.
 
1) Your Full Name................................
2) Your Bank Name…………………
3) Your Bank Address……………..
4) Your Age............................................
5) Marital Statuses.....................................
6) Your Phone Number…………….
7) Your Fax Numbers……………….
8) Your Occupation............................
9) Sex.......................................................
10) Your Religion..................................
11) E - Mail................................................


Your's faithfully,
Mohamed Adams(Esq.)
00226 78 55 49 03 



***
Salam, berita tentang Stormreaders ada keluar dalam Berita Harian, di'post'kan dalam Telaga Biru,

Berita Harian

*

20 comments:

echah_syed said...

amboi...kalau betul bole enjoyzz smpi 7 keturunan beb!

eelobor said...

best nyer....bole jd jutawan ikut email jer kan?

Raziff Lokman said...

...salah satu taktik nk dptkan maklumat personal...berhati2

azieazah said...

Dah jadi fenomena biasa dah tu. Kak Azie kalu lihat jer tajuk sebegitu, bukak pun tidak. Buang masa.

Sebab pernah dengar, ada yang testing, sampai satu tahap mereka minta no akaun bank kita..

huhh.. memang nak menipu.

Abaikan jer.

rosnanie said...

salam kak echah, betul tu, 7 keturunan boleh support tu, hehe...

rosnanie said...

salam eelobor...
tu la kan, dapat email jer boleh jadi 'jutawan'
hehehe...

rosnanie said...

salam en razif
tks, insya Allah sy tak akan terjebak, harap boleh kongsi dengan orang lain supaya berhati2 juga

rosnanie said...

salam kak azie, buka tu sajer2 sebab nak tahu amaunnya.

Ni msj kata menang rm15k dari Power Root, tak 'claim' lagi. Kih kih kih, sy 'jutawan segera' sekarang ni. Pasni panggil saya OKB tau, hikhikhik...

shaniza said...

salam..
Akak pun selalu terima mesej ni n masuk spam dlm gmail akak. Tpi kalau yahoo kadangkala terlepas gak n terbaca la.
kalau ikut jumlah wang tu, ramai org akan jd ribuan atau jutawan krn selalu dpt 'loteri' mcm ni dlm mail depa..kaya..kaya..kaya.
Dunia byk kaki auta!

rosnanie said...

salam kak niza, tu la dia... cuma jgn nanti jumpa saper2 tgh jln yang dok asyik jerit, "pakcik kayo, pakcik kayo!" Giler sebab kena tipu.

Nida said...

Salam perkenalan..

Sesiapa yg percaya benda yg nak kaya cepat ni.. memanglah something wrong dalam otaknya..:)

p/s: saya follow dan add blog ni dalam bloglist saya ye

zeqzeq said...

mcm2 idea nak kaya dgn menipu..elok tipu wang palsu juta2 senang kaya

rosnanie said...

salam nida, selamat datang
terima kasih sudi jadi follower. Blog nida pn sy akan addkan dlm bloglist sy. Nnt sy jenguk rumah nida

betul cakap nida, memang something wrong, tp yg herannya ada jugak yg kena tipu

rosnanie said...

salam ZZ, betul la kan? Baik cop duit palsu, lg byk juta boleh dapat

Mybabah said...

Salam Ros. Percaya atau tidak ada dalam kalangan orang yang terkena dengan tipu daya ini. Saya di Bank Negara biasa menerima aduan tentang penipuan-penipuan yang tidak masuk akal seperti ini. Semoga kita tetap waras walaupun disajikan dengan wang yang bertimbun. Peganglah prinsip, tiada jalan mudah mendapatkan wang.

rosnanie said...

salam babah
saya sangat percaya sebab pernah dengar crita orang yang terpedaya dengan penipuan2 sebegini, lagipun kalau tiada yang terkena masakan perkara2 sebegini makin berleluasa. Lagi satu babah, ada manusia yang kaya tetapi masih tamak. Sebab itu bila dijanjikan ganjaran sebgini, mereka cepat gelap mata. Akhirnya kekayaan mereka sendiri yang tergadai.

p/s hari dpt lg email mcm ni, tp sender org lain plak. Kali ni terus delete jer. Mudah2an tiada yang terpedaya

Pengasas said...

Salam Rosnanie,
Penipu pun orang bijak juga. Macam-macam idea.

LanaBulu said...

Mula lah dok berangan tu..
then sunyum sorang2..

rosnanie said...

salam pengasas
memang la kan, kalau bodoh dia pulak yang ditipu, sebab tu yg bijak pandai ramai terlibat dgn jenayah kalau kepandaian tidak disertakan dgn iman

rosnanie said...

salam LB
std la org suka berangan
apatah lagi berangan jadi kaya, kekeke...

22.8 juta? Banyak tuuu....