Kedai Buku Online

Thursday, January 14, 2010

BUATMU WANITA

Salam
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi buku yang baik untuk bacaan kaum wanita. Ada kisah manis yang terjadi dalam kehidupan seorang wanita, menyebabkan dia merasa bahagia sepanjang hidupnya, tetapi realitinya, bukan sepanjang masa ada manisnya. Bila hujan ditengahari, bila musibah yang terjadi, ketika inilah kita aka merasakan seolah-olah dunia telahpun berakhir bagi kita.

Banyak kisah penderitaan wanita yang kita dengar samaada luahan secara langsung atau secara pembacaan atau dari cerita kawan-kawan. Dari mana pun puncanya, itu bukan perkara penting. Yang penting ialah, jika berlaku sesuatu, kita tahu apa jalan penyelesaiannya dan apa tidakan kita seterusnya. Tahu itu penting kerana jika kita tidak tahu maka kita akan berterusan membiarkan diri kita berada di dalam dilema dan mungkin juga ketakutan sepanjang hayat.

Bayangkan jika seorang isteri yang hidup ketakutan kerana didera sepanjang perkahwinannya. Ada yang tidak mahu membuat laporan ataupun memohon penceraian kerana takut atau faktor anak dan sebagainya, hingga akhirnya ada yang meninggal dalam keadaan merana.




Buku Buatmu Wanita ini adalah bacaan sesuai untuk wanita yang belum berkahwin, yang bakal berkahwin, yang sedang kahwin atau yang telah bercerai. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat kehidupan. Apa yang dihuraikan adalah segala fakta yang relevan dan sinonim secara ringkas dengan kehidupan seorang wanita bermula sebagai seorang anak, sebagai tunangan orang, sebagai seorang isteri, atau isteri yang sedang diuji dalam perkahwinannya dan memerlukan penyelesaian. Banyak kisah orang lain yang dapat kita jadikan ikhtibar dan pengajaran.

Namun begitu, jika anda yang bernama LELAKI mahu membaca buku ini, amat-amatlah digalakkan kerana ianya juga sesuai untuk anda terutama jika anda seorang lelaki yang ingin/telah berkahwin kerana Allah, yang ingin bahagia kerana Allah. Kerana jika seseorang itu berkahwin kerana Allah, bahagia Insya Allah miliknya kerana dia bakal mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan Allah. Namun jika anda berkahwin di atas dasar nafsu semata-mata, maka itulah punca kepincangan keluarga anda nanti.

Bacalah, penuhi minda dengan ilmu berguna, insya Allah anda tidak akan menyesal. Pilihan di tangan anda.
*

15 comments:

azieazah said...

Apa tajuk? Buatmu Wanita ya?
Keluaran publisher mana?
harga berapa?

boleh juga survey nanti...

LanaBulu said...

Buat lelaki yg sedang berkahwin..kalau yg sedang nak tambah..? elok ke baca buku ni..?
Kerana Allah..

rosnanie said...

salam kak azie
sorry, lupa nak tulis dlm entry
Tajuk buku 'Buatmu Wanita'
Keluaran 'Buku Prima' (adik beradik alaf la ni)
Penulis 'Pn Suzana Ghazali- kolumnis Mingguan Wanita'
Harga buku 'RM17.50'

rosnanie said...

Salam en LB, insya Allah ada, apatah lagi kalau nak dibuat kerana Allah, beli ler, kongsi dengan isteri, highlight at that page, moga2 dia faham, (dlm hati tgh gelak ni, aiseh...)

azieazah said...

Thanks ROSNANIE...

echah_syed said...

ros...baru-baru ni combi jumpa schoolmate dah hampir 27 tahun kami tak jumpa.aduiii kecoh kami borak kat stesen keretapi.rasa mcm dah tak ingat dunia!

dia tetap comel mcm dulu walaupun dah masuk 40an.sgt awet muda :)

apa yg sedih dia cerita masalah rumahtangga dia yg kucar kacir akibat suami yg tidak bertanggung jawab.combi sgt bersimpati.semua dia yg urus dari hal duit sehingga urusan anak ke universiti dsbnyer..

sebak dia bercerita smpi combi pun tersentuh.dia sgt tabah..suami dia berkawin lain dan menjalin hubungan dgn ramai wanita.masalah disini suami takmoh lepaskan dia dgn alasan dia ni sgt baik dan tempat suami meminta duit (suami dia takde pendapatan tetap).bayangkan!

combi nasihatkan dia pergi ke pejabat agama dan minta berpisah secara baik.dia akur dan insyaALLAH dia minta combi berdoa semuga semua dipermudahkan ALLAH swt.

rosnanie said...

salam kak echah,
hal2 macam ni la yang membuatkan kita sedih dgn nasib orang perempuan, bukan semua perempuan beruntung macam kita (kita masih beruntung punya suami yang bertanggungjawab, bukan pendera, sangat pengasih dengan isteri dan anak2, wpn ada kalanya baran juga).

Sebab itu, sebagai wanita kita perlu tahu hak2 kita. Kita perlu tahu apa yang patut dilakukan pada waktu2 kecemasan. Bukan suatu dongengan kalau saya katakan ada isteri yang tidak tahu, dia boleh minta fasakh kalau suami kaki dera. Macam kisah kawan akak, actually, jika kena dengan buktinya memang isteri boleh minta fasakh dan berkemungkinan si suami pulak yang kena bayar tuntutan nafkah

apa2 pn kita doakan ada penyelesaian yang baik untuk kawan akak tu, amin

sI tEDI said...

buat kami ye buku tu! buat kita semua.. nanti nak tgk2 gak!

eelobor said...

cam mana nk bg rasa seronok membaca ek?

rosnanie said...

salam tedi, betul, buat kita semua, kalau gi kedai buku, cari ler, tak rugi baca

rosnanie said...

salam eelobor
tips minat membaca eh? Tak tahu ler sebab memang dah dari azali suka membaca.

kengkawan... any tips?

echah_syed said...

dia mmg nak minta fasakh dan takmoh ada apa-apa hubungan lagi dgn suami.nak minta tuntutan nafkah??

adehhh..skrg dia yg kasi duit dan kasi mkn suami dia.apa yg nak dituntut...sabo jer laa :(

Mybabah said...

Salam.Nanti saya akan cari di kedai buku dan beli untuk isteri dan anak-anak dara saya. Insya-Allah.

rosnanie said...

Salam kak echah, dapat lepas jer pun dah cukup ok, sekurang2nya lepas satu beban. Insya Allah, kita doakan yang terbaik untuk kawan kak echah

rosnanie said...

salam babah, tindakan bijak.. insya Allah berguna