Kedai Buku Online

Saturday, July 31, 2010

ANAK SOLEH



Semalam suami tunjukkan video ni...sememangnya membuatkan dada menjadi sebak, air mata terus bergenang dan mengalir lesu...lebih sayu bila melihat ada seorang anak tu sehingga sujud kepada ibunya.
Dalam hati terus terfikir...adakah kita sebagai ibu bapa ini tiada membuat dosa kepada ibu dan ayah kita sendiri. Apakah kita sudah membalas jasa-jasa mereka yang terlalu besar tu? Cukupkah dengan mengirim duit kepada mereka setiap bulan, menelefon mereka  2 3 kali seminggu, balik 2 3 bulan sekali? Sehingga ke akhir hayat pun rasanya tak mungkin kita mampu untuk membalas jasa-jasa mereka. Semoga Allah yang akan membalasnya dan menempatkan mereka bersama-sama dengan orang yang beriman di akhirat kelak...amin...

Kepada sesiapa yang masih punya ibu dan ayah...termasuklah saya...hargailah mereka sementara mereka masih ada, tunjukkanlah kasih sayang kita tak mungkin akan padam kepada mereka, senangkanlah hidup mereka. Semoga dengan apa yang kita lakukan mereka akan merasa bahagia di dunia dan akhirat. Yang telah tidak punya...kirimkanlah doa seusai solat kita, semoga roh mereka tenang di sana. Insya Allah...semoga kedua ibu bapa kita sentiasa tenang dan damai di dunia dan akhirat. Amin.....
*

7 comments:

eelobor said...

cuba sedaya upaya utk menahan mutiara jernih. hargailah ibu-bapa ketika masih hidup. Al-Fatihah buat arwah abahku yang telah kembali kerahmatullah pada 1994.

Guru said...

memang sebak menonton video ini

teringat mak n ayah

terbaru dari saya : entah apa

ardz amy said...

:) sedih.. teringat zaman sekolah dulu... ada prog sebegini.. mengalir air mata tanpa henti.. sehinggakan bila ksekolah esoknya semua pelajar yg mengikuti pog tersebut bengkak matanya... sungguh sedih...
selagi parents kita maseh hidup.. selagi tula kita wajib utk membahagiakan mereka.. n syaz sendiri bersyukur parents maseh ada dan melihat kami bertiga membesar bersama:)

rosnanie said...

eelobor...tak salah kalau biarkan ia mengalir... lelaki tetap lelaki walaupun menangis, apatah lg jika menangis kerana keinsafan

rosnanie said...

cikgu...kalau org yg x ingat pd mak ayah dia bila menonton klip ni rasanya dia tu hati batu kot

rosnanie said...

Az...insya Allah....semoga kita semua sentiasa menjadi anak yang membahagiakan kedua ibubapa...

eelobor said...

oh...no..no....no. hahahahha