Kedai Buku Online

Sunday, August 1, 2010

INGATAN DARI KAMPUNG

Assalamualaikum
Musim yang ditunggu-tunggu kini menjelma. Pelbagai buah yang hanya datang pada waktunya sendiri kini boleh didapati di mana-mana. Minggu lepas balik ke Perak. Sempat la merasa buah rambutan yang sedang masak ranum di pokok. Dalam pada itu sempat juga kami kenduri buah durian, yang ni terpaksa beli kerana kami tiada pokoknya.

Dari minggu lepas juga mak dah telefon. Katanya buah rambutan, manggis dan duku dah banyak yang masak, bila nak balik makan? Aduhai bondaku sayang. Kalau balik kelantan bukan boleh balik pada hujung minggu, jarak yang memisahkan kita menyebabkan anak bonda ini terpaksa berfikir banyak kali untuk balik. Sudahnya kami memutuskan untuk balik sempena raya nanti sahaja. Sungguh anak bonda sangat rindu, tapi apa nak di kata.....

Tiga hari lepas, mak sekali lagi menelefon, katanya ayah tetap nak kirimkan buah-buahan tu. Apatah lagi buah binjai yang menjadi kesukaan kami sekeluarga dah banyak yang masak. Saya berkata, kalau menyusahkan tak perlulah kirim, insya Allah, setakat nak makan kami anak beranak, boleh beli sahaja nanti. Hari jumaat dia menelefon lagi, katanya dia dah tanya di kaunter bas, satu kotak RM20. Insya Allah akan dikirim pada hari Sabtu. Hati menjadi sayu...aduhai...betapa ingatan mereka sungguh kuat, susah macam mana sekalipun tetap mahu kirim juga. Rasanya hampir setiap tahun, mereka akan kirim kepada kami melalui bas. Sementelah pula, secara kebetulan tiap kali musim buah bukanlah awaktu yang sesuai untuk kami balik ke kampung. Ada masanya, dulu semasa mak dan ayah masih kuat, mereka datang ke sini dan membawa bersama-sama mereka bauh-buahan yang pelbagai rupa. Alhamdulillah...terima kasih mak dan ayah...terima kasih....sesungguhnya budi kalian tidak mungkin dapat kubalas.


buah binjai yang menjadi kesukaan kami

banyak betul....Alhamdulillah...jenuh juga kami makan...manggis pun ada tapi tersorok bawah buah-buah lain
*

17 comments:

Werdah said...

Salam nanie.

Lama sungguh rasanya tak ke blog nanie, wah, dapat makan buah2an fresh dari kampong ya.. alhamdulillah, memang sekarang musim buah. Adalah juga merasa buah2 dari kampong sperti durian, rambutan, dukutetapi kak kena berpada-pada makannya.

eelobor said...

wowww....sedap nyer buahan2 kampung. rasanya x sama dengan yang di beli sbb ini "ingatan dari kampung".

rosnanie said...

salam kak werdah...hehe...jemput kak... jamu mata

rosnanie said...

eelobor...betul tu... sebab tu bila mkn berganda nikmatnya...hehe

Unknown said...

Kasih sayang mak ayah mmg tak bertepi..
hanya kita yg mempunyai pelbagai alasan utk tidak meluangkan masa dgn bijak utk pulang menziarahi mereka..
Sekiranya diperhalusi dgn buat pertimbangan dgn hati yg ukhlas..mmg ada luang masa ...tapi..hmmmm..
p/s- teman berkata ni pun berdasarkan pengalaman sendiri juga bukan pada orang lain..itulah kelemahan kita...kurang masa utk ziarah menziarahi..
ingat kalau dulu2..bapak saudara kita sangguh datang dari jauh dgn naik bas atau texi..just for visit saudaranya..sepupunya...
kini..?
kadang2 satu taman pun nak ziarah sebulan sekali ..???

Cetusan said...

buah kuini..jarang jumpa manis pahit masam

azieazah said...

Salam ROSE... sihat?

amboiiii puas la makan. Bukan saja buah sedap manis, dan menjadi paberet, tapi dihantar penuh kasih sayang oleh orang tercinta.

Dari jauh kukirim buah,
Buat anak cucu yang jauh,
Jangan lagi merasa gundah.

*Pantun 3 kerat yang tak pernah dibuat orang.

ardz amy said...

pandai sis azie wat pantun:)

apa pun sis nanie.. itu tandanye parents x pernah lupakn anak mereka..
Alhamdulillah serba sedikit merasa jgk kita buah kg:)

rosnanie said...

En LB
manusia...memang suka mencipta alasan...helah bela diri sebenarnya. Insya Allah, harapnya balik raya nanti boleh lama sikit.

rosnanie said...

ZZ, buah kuinin, kalau kirim melalui bas, rasanya setengah jalan jer pengsan semua orang...hehe

rosnanie said...

salam kak azie....
sihat...akak sihat ke?
haha...pantun tiga kerat... sori, sy x reti nak balas, apa2 pn memang puas...
p/s akak pn mesti dh puas mkn durian kan?

rosnanie said...

Az...alhamdulillah...
bukan setakat merasa, memang puas sbb byk, kami mkn anak beranak jer. Tghr smlm ada abg datang tp dia ambik binjai jer, yg lain dia x mau,

al-lavendari said...

begitulah perasaan kasih sayang ayah ibu kepada anak-anak.

kalau mereka makan pun rasa macam tersangkut kat leher bila menelan jika teringatkan anak2.

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini..

rosnanie said...

salam pakngah
mesti pakngah pn rasa cam tu bila teringatkan anak2. Sy pn bila ank2 sibuk nk balik kg, xberapa nk bg tp bila pk kan kesian bg juga, tp lepas tu kita yang sedih sndiri, hr2 telefon.

rosnanie said...

penjejak maya...
selamat datang...terima kasih sudi singgah

echah_syed said...

combi pun dah mula terasa apa yg bonda dan ayahanda ros rasakan kini sbb anak-anak combi dah semakin jauh dari kami.

kalau boleh semua nak dikirim..alahai:p