Assalamualaikum
Masihkah anda semua ingat bencana alam yang menimpa kita pada tarikh 26 Disember 2004. Saya percaya ramai yang tidak lupakan sejarah ini. Mungkin tidak ramai yang mengalaminya, tetapi peristiwa yang menyayat hati ini sebenarnya ditangisi oleh kita semua. Bencana yang menimpa negara jiran kita Indonesia tetapi tetap juga memberi kesan kepada kita di Malaysia sekaligus meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda.
Banyak blog yang memceritakan hal itu, secara langsung mahupun tidak langsung kepada kita. Dan di dalam blog ONDSCENE ada memaparkan gambar-gambar ngeri mangsa-mangsa tsunami itu. Kemudian pada bulan Mac 2005, sekali lagi fenomena tsunami ini menyerang dan juga menyebabkan beribu-ribu lagi nyawa melayang di kepulauan Indonesia. Tempat yang paling teruk terlibat adalah di Banda Acheh, Kepulauan Sumatera. Namun kesan daripada gegaran ini tetap dirasai oleh kita semua di Malaysia dan tidak terkecualilah saya.
Semasa kejadian pada 26 Disember, saya sedang mengandungkan anak ketiga saya Nisaa'. Semasa gempa bumi yang mengakibatkan tsunami tersebut berlaku, saya sedang baring-baring di rumah (bercuti kerana tidak sihat), dan kemudian saya secara tiba-tiba merasakan seolah-olah katil yang sedang saya gunakan bergoyang-goyang, seolah-olah berada di atas kolek. Masa tu saya hanya berfikir, mungkin saya pening, sebab saya memang mengalami masalah tekanan darah yang rendah semasa mengandung. Cuma bila saya terlihat berita mengenai tsunami ini barulah saya tahu, apa yang saya alami bukanlah kerana saya pening tetapi kerana satu bencana alam yang telah meragut banyak nyawa.
Sayunya di hati melihat keadaan keluarga mangsa. Bayangkan ada seorang ayah yang kehilangan 5 anaknya, ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana rumah habis musnah dan sebagainya. Masa itu saya sangat bersyukur kerana saya cuma merasai kesan gegaran dan bukannya mengalami kehilangan ahli keluarga dan kemusnahan harta benda.
Kemudian pada 6 Mac 2005, si kecil nisaa' itu telah selamat saya lahirkan. Masih di rumah yang sama yang berada di tingkat 7 daripada 12 tingkat. Sekali lagi saya merasakan gegaran akibat gempa bumi yang melanda Kepulauan Sumatera. Hari tersebut ( saya tak begitu pasti tarikhnya yang tepat, cuma selepas tanya pakcik Google, dinyatakan tarikhnya adalah pada 28 Mac 2005), ataupun lebih tepat, malam tersebut, selepas semua seisi rumah sedang tidur, saya terdengar pintu gril seolah-olah digegarkan oleh seseorang. Dalam saya terfikir-fikir itu, tiba-tiba saya terpandang lantai rumah bergoyang (shaking). Terus terlintas di fikiran, " Ya Allah, tsunami lagi ke?". Dan kebetulan, saya terdengar hingar bingar di seluruh bangunan pangsapuri tu, masing-masing berlumba-lumba untuk turun dari bangunan.
Serta merta saya kejutkan suami, dan tunjukkan lantai yang bergoyang. Saya juga kejutkan mak dan ayah yang ada bersama. Suami terus capai anak kedua dan kejutkan anak pertama. Saya mendukung nisaa' yang masih dalam pantang. Kami semua turut bergegas turun, cuma masa tu saya bersyukur sebab kami turun lambat daripada orang lain. Bayangkan saya yang masih dalam pantang dan mak yang sudah tidak begitu kuat, terpaksa turun daripada tingkat 7. Kalaulah ramai yang turun bersama-sama kami, saya tidak dapat bayangkan kekalutannya dan kemungkinan saya dan mak akan menjadi mangsa terkena rempuhan.
Apabila kami sampai di bawah, ramai yang sudah berkumpul dan pihak polis pun turut hadir. Kami dimaklumkan bangunan pangsapuri tersebut masih selamat untuk diduduki, sehingga diberitahu sebaliknya. Namun, suami yang khuatirkan keselamatan kami sekeluarga bertindak menghantar saya, anak-anak dan mak ayah ke rumah abang di Sungai Buloh. Selama 2 hari lah juga saya berkampung di rumah beliau. Rasanya itu mungkin kenangan semasa pantang yang paling pahit saya alami. Ya, tidak lah seteruk jika kita bandingkan dengan apa yang mangsa tsunami alami tetapi tetap satu pengalaman yang bernilai.
....dan pada sabtu lepas, 6 Mac 2010, Nisaa' sudah pun berusia 5 tahun. Setiap kali ulangtahun kelahiran dia, pasti akan mengingatkan saya kepada peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005. Selamat Ulang Tahun kelahiran sayang, ibu tetap mendoakan yang terbaik dalam hidup Nisaa'. Sayang Nisaa' selalu.....
Beberapa maklumat tentang tsunami:
Tsunami
Tsunami1
Perpustakaan Negara Malaysia
Tsunami Mac 2005
*
24 comments:
selamat ulang tahun ke lima Nisaa' dari pakcik ( ke atuk ?)
Semoga negara kita dilindungi Allah dari bencana alam yang besar2. Syukur kerana selama ini kita masih terhindar. Tetapi kita tertimpa pula oleh bencana yang di buat oleh tangan sendiri.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran utk Nissa'..
moga dapat adik yg ramai..
Salam Pakngah
T'kasih, mana2 pn boleh, tp pakcik ler kot, bunyi cam muda sikit...hehehe...
Amin...semoga sentiasa selamat
Alhamdulillah...semoga sentiasa terhindar
Salam en LB,
T'kasih...
Adik ramai? Hehehe... insya Allah, tp ayah dia kata, "kalau ibu taknak, ayah boleh cari ibu lain"...hehehehe...ayat tak boleh tahan
selama hari jadi.. senang nak ingat tarikh.
salam endiem, terima kasih
di hati CC sekarang ngh tsunami.
selamat menyambut ulang tahun kelahiran Nisaa' dan mama Nisaa juga ;) moga panjang umur, jadi anak yang solehah dan membahagiakan ummi dan walid, moga-moga diberkati seluruh kehidupan ;)
salam kak ros, lama diam menyepi.....slmt hari lahir Nissa'.
salam CC, kenapa pulak tu.....
salam anyss
terima kasih atas doa tu... masih di acheh?
salam eelobor...
banyak sgt benda nk buat, kena lak gi kursus spjg mnggu lepas, tu yg jd down nk menulis tu..
tks ye
combi pulak setiap krismas combi terkenang ribut greg disabah.masa tu ribut kuat tercabut segala pokok dan rumah yg menjadi laluan angin.
tapi alhamdululah rumah combi langsung tak terjejas dgn ribut yg begitu kuat.
apapun hepi besday to nissa ye.combi aminkan ape yg ros doakan utk dia.amin :)
Salam ziarah.
Selamat ulang tahun Nisaa'. Saya berdoa semoga Nisaa membesar sebagai anak yang bijak, baik dan solehah, amin;-)
Iye bener. Pengalaman ngeri membuat kita lebih menghargai kehidupan, Insya Allah.
Salam nanie.
Semoga sihat sejahtera.. kak alhamdulillah sihat.
Selamat meraikan ulangtahun kelahiran Nisaa'.Semoga jadi anak solehah.
Tentang tsunami atau gempa tu, sememangnya kita harus sentiasa ingat suatu hari nanti pasti terjadi kegemparan yang amat dahsyat.. jika tsunami atau gempa yang sebeginipun kita dapati orang dah tak tentu hala bagaimana pula nanti saat itu kan? tak terbayang dik aqal kita sebab perkataanya sama tp hakikatnya berbeza.. nnt lebih dahsyat!!! Sunggu takut...
salam kak echah, peristiwa ngeri memang susah nak lupa kan? Apa pn kita doakan negara kita terus terhindar dari segala bencana, amin.....
tks kak atas doa tu....
salam ustaz, amin... terima kasih atas doa tu.... amin....
Insya Allah, semoga kita semua begitu...
salam kak werdah
t'kasih atas doa tu...
ya kak, hari kiamat nanti lagi dasyat... sungguh tak terbayang dek aqal kita
Minggu lepas kami di North Shore diberi amaran jangan keluar rumah kerana tsunami akan melanda (akibat gempa bumi di Haiti). Masa tu Tuhan sahaja yg tahu betapa takutnya Nida.. Alhamdulillah setelah sehari tiada apa yg berlaku...
Salam..
Happy Bday Nisaa', semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta menjadi anak yg soleh.
salam nida, alhamdulillah, nida, kita masih terselamat dari bencana, semoga kita terus terselamat dari segala bencana
salam kak niza, terima kasih atas doa2 itu, tks
Happy Birthday Nisaa' - Semoga Nisaa' menjadi anak yg solehah & diberkati serta mendatangkan 'tsunami' bahagia (baca : bukan dgn mengejut & sekali sekala tetapi forever ok) kpd Ibu & ayah.
Muah! Muah...!
salam kak liza
t'kasih atas doa2 tu, amin....
Post a Comment