Kedai Buku Online

Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum

Mungkin ini adalah post yang terakhir untuk bulan Februari ni. Tak banyak yang boleh saya tuliskan, entah kenapa sejak akhir-akhir ni selalu sahaja kekeringan idea untuk menulis. So untuk hari ini saya ingin kongsikan satu buku yang menarik yang sangat sesuai untuk kanak-kanak, tetapi sangat bagus juga jika orang dewasa ingin membaca dan mengambil ikhtibar dari ceritanya.

Buku yang saya maksudkan adalah buku ' 10 sahabat yang dijanjikan syurga' hasil tulisan Saridah Hamid dan diterbitkan oleh PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.
 

Di sini saya ingin kongsikan salah satu cerita di dalam buku ini...Cerita ke lima dengan tajuk 'Ketua Negara Prihatin'

Umar bin Khattab diamanahkan memegang jawatan ketua negara Islam yang kedua apabila Abu Bakar meninggal dunia. Beliau menerima pelantikan itu dengan berat hati kerana tanggungjawab yang diterimanya itu adalah besar iaitu memimpin umat Islam. Umar berikrar kepada Allah dan seluruh umat Islam yang beliau beritnda kasih pada rakyatnya dan berlaku adil dalam segala perkara mengikut kemampuannya.

Antara kata-kata dalam ucapannya di hadapan rakyat selepas dilantik menjadi ketua negara, "sesungguhnya, saya dan segala urusan bagi kamu adalah bagaikan seorang wali bagi anak yatim iaitu tidak mengambil apa pun daripadanya. Tetapi sekiranya saya ditimpa kesusahan, saya menggunakan harta dengan cara baik"

Umar melakukan tugas-tugas sebagai ketua negara tanpa mengira had waktu. Beliau melakukan tinjauan ke atas rakyatnya tanpa mengira waktu samada siang ataupun malam.

Pada suatu malam, Umar sedang meronda-ronda di sekeliling kawasan madinah dengan hambanya, Aslam. Tiba-tiba, beliau melihat cahaya yang memancar tidak jauh dari tempatnya.

Beliau berkata pada hambanya, "Kamu lihat ditengah-tengah padang pasir itu, nampanya seperti ada khemah di situ. Mungkin ada rombongan yang tidak dapat memasuki bandar ini kerana hari sudah gelap. Mari kita lihat"

Apabila sampai ke tempat perkhemahan itu, Umar melihat seorang ibu dengan beberapa orang anaknya. Kelihatan si ibu sedang memesak air di dalam periuk. Umar menghampiri khemah itu dan memberi salam.

"Mengapakah kanak-kanak ini menangis?" tanya umar kepada wanita ini apabila melihat anak-anaknya asyik menangis.
"Mereka sangat lapar," jawab wanita itu dengan nada sedih
"Apakah yang ada di dalam periuk itu?" tanya Umar lagi sambil menunjukkan jari ke arah periuk yang dimasak atas kayu api.

"Di dalam periuk itu hanya ada air. Ini adalah cara saya memperdayakan anak-anak saya supaya mereka tidur. Mereka fikir, tentu saya sedang sibuk menyiapkan makanan. Saya pasti mengadu kepada Allah mengenai Umar pada Hari Kiamat nanti kerana membiarkan saya dan anak-anak kelaparan!" jawab wanita itu sambil memandang anak-anaknya yang mulai diam dan ada yang tertidur.

"Semoga Allah ampunkan kamu. Tapi, bagaimanakah caranya Umar dapat tahu mengenai penderitaan kamu?" tanya Umar kepada wanita itu. Dia mengesat air matanya kerana tidak tahan mendengar rintihan wanita itu.

"Sebagai seorang ketua negara, dia sepatutnya tahu keadaan hidup setiap rakyatnya," jawab wanita itu tanpa mengetahui yang berada di hadapannya adalah ketua negara yang dimaksudkan.

Tanpa melengahkan masa, Umar kembali ke Madinah dan pergi ke Baitulmal, iaitu tempat menyimpan harta bagi membantu rakyatnya. Beliau mengambil guni dan mengisinya dengan tepung, kurma, minyak masak dan pakaian serta sedikit wang. Apabila guni itu penuh, Umar berkata kepada hambanya, "Aslam, tolong letakkan guni ini dibelakang saya."

"Tidak! Tidak! Wahai ketua Negara! Biar saya yang membawanya, " kata Aslam melarang umar membawa guni yang berat itu.
"Apakah kamu hendak menanggung dosa saya di akhirat nanti? Biar saya yang memikulnya kerana sayalah yang disoal nanti, " kata umar dengan tegas/

Aslam serba salah tetapi terpaksa mengikut kehendak tuannya. Dia pun meletakkan guni itu dibelakang Umar. Kemudian, mereka berdua berjalan ke khemah wanita miskin itu. Sebaik sahaja sampai di khemah itu, Umar mengambil sedikit tepung, buah kurma dan minya lalu dimasukkan kedalam periuk yang berada di atas dapur itu. Beliau mengacaunya sambil meniup api kayu yang hampir padam sehingga asap terkena janggutnya.

Tidak lama kemudian, makanan yang dimasak sendiri oleh Umar pun siap. Beliau sendiri menghidangkan makanan itu kepada wanita miskin dan anak-anaknya. Mereka makan sehingga kenyang. Anak-anak wanita miskin itu gembira dan mula bermain sesama sendiri.

Wanita miskin itu tersenyum dan berkata,"Semoga Allah memberi balasan kepada kamu berdua kerana hati kamu baik. Sesungguhnya, kamu lebih layak memegang jawatan ketua negeri ini daripada Umar."

Umar pun berkata, "Sekiranya kamu datang berjumpa ketua negeri ini nanti, kamu pasti berjumpa saya"

21 comments:

eelobor said...

samalah kita, kekeringan idea utk menulis sesuatu, namun tidak terlepas utk membaca blog kawan² bloggers

RMY-Abelitokjoro said...

allhamdulillah.. dapat tambah ilmu sikit... itu la..arwah ayah abeli kata nama nabi(kalau eja dalam bahasa arab)dia ada 4 huruf.. mim ha mim da.. nama allah juga ada 4.. aliff lam lam ha.. sahabat nabi ada 4..abu bakar..umar..osman..ali..
kita ni dijadi kan mempuyai 4 unsur.. tanah air api angin..
sifat terpuji nabi pun ada 4 juga siddiq..amanah tabligh fatanah...
ayah kata lagi.."kenali diri kamu sebelum kamu mengenali tuhan..pabila kamu mengenali tuhan binasa lah kamu"

shaniza said...

Salam..
Dah beli buku ni tahun lepas. Memang baik untuk anak2 sbb bahasa dan jalan ceritanya mudah difahami.

rosnanie said...

salam eelobor, cuma yg sedihnya, ia macam penyakit, kerap sgt kena

rosnanie said...

salam abe li
sy pn belajar sesuatu hari ni, tks abe li.
Respek kt abe li sbb masih mampu ingat apa yg ayah abe li ajar, dn kagum juga pada ayah abe li sbb mampu ajar anak smpi jd mcm abeli

rosnanie said...

Salam kak niza,
bagus kan? Kita baca pn terharu...rasa kagum sgt dgn sahabat2 nabi tu

Nida said...

Salam Kak Nanie..

Nida minat menulis sajak... tapi duk terperam je dalam fail... Lanabulu ada cakap cuba tanya Kak Nanie bgmana nak publishkan.. Kak Nanie ada idea tak? Nida pernah join Penulisan kreatif dan perkampungan penulis muda kebangsaan tahun 2007...

Mybabah said...

Salam. Anak-anak patut didedahkan kepada buku-buku begini kerana di luar sana persaingan teramat sengit dengan cerita-cerita kartun fantasi yang tidak banyak membantu mereka.

rosnanie said...

salam nida

nak publishkan? Errr... macam kurang boleh membantu jer. Yang saya tahu, kalau novel, KakiNovel memang ada terima. Sajak tak pasti la pulak. Cuma yg saya tahu, kak azieazah pernah hantar karya ke majalah2 dan pernah tersiar. Kak azie tu lg banyak contct tu dgn org2 media, baik nida tanya dia. Sorry ye nida, tak boleh nak bantu

rosnanie said...

salam babah

itu lah yg saya rasakan. Skrg pn sy sdg galakkan anak2 membaca kisah2 sebegini. Majalah2 kanak2 islamik juga ada seperti asuh, ana muslim dan juga komik islami keluaran PTS. Sgt menghiburkan anak2 dan menyenangkan hati kita sebab tak perlu risau kandungan2 yang memudaratkan mereka

azieazah said...

Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita ingin tahu.. semakin terasa kurang lagi ilmu pengetahuan kita..

LanaBulu said...

As salam..rosnanie..
Post kali ni tak de tajuk ekk..?
suka2 atau tersyasyul..??

Pn. Liza said...

Para pemimpin wajib ambil iktibar kisah ni.

Jawatan adalah amanah - sama seperti kita Ibu & Bapa punyai amanah yg maha besar di 'syurga' yg kita diami kini.

Tolong reserved sebuah utk Akak k. Nanti smskan harga ye. Akak takut nak brjanji bila blh ambil (janji2 Akak sebelum ini semuanya berakhir dgn MAAF kpd Nanie, rasa bersalah sgt..) - Kalaulah dpt kita berjumpa Sabtu ni... InsyaAllah.

zeqzeq said...

untunnya baca novel tak payah Wudukhhe

singamaraja said...

Singamaraja menziarahi anda

rosnanie said...

salam kak azie, tu la dia kan, tapi ada jgk yg kata dia yg pakar semua benda, tu yg susah tu.

Apa2 pn insya Allah kita akan sentiasa meningkatkan ilmu kita. Tak rugi menjadi seorang yang ilmuan, sbb lebih rugi menjadi yang jahil dan sombong

rosnanie said...

salam eb LB

Hehhee... sy pun tak perasan kalau en LB tak tegur, luper ler tu

rosnanie said...

salam kak liza, nanti sy simpan kan buku tu utk akak, nanti sy bg... Sabtu? Belum tanya lg ngn suami. Apa2 pn sy cal akak nanti

rosnanie said...

salam ZZ

Hehehe... baca tafsir pn tak perlu wudhu wpn digalakkan ada wudhu

rosnanie said...

salam en singamaraja
terima kasih sudi menziarah

Raziff Lokman said...

Salam Ros, terima kasih berkongsi cerita..nnti saya cari buka ni..anda perlukan rehat sebenarnya..menulis mmg memenatkan (bagi sayalah)..