Kedai Buku Online

Thursday, April 1, 2010

Kakcik oh kakcik

Assalamualaikum

Setiap hari tatkala pulang dari mengambil Nisaa' dari tadikanya, saya terpaksa menadah telinga mendengar ceritanya yang berbagai-bagai. Ada masa saya melayannya dengan bertanyakan kembali pelbagai soalan namun ada masanya saya terpaksa menumpukan perhatian kepada pemanduan sehingga adakalanya dia sedikit merajuk. Saya selalu mengusiknya dengan mengatakan saya tak larat nak melayan dia bercakap sebab dia cakap banyak sangat. Selalu saya bertanya, "kakcik ni tak penat ker cakap jer tak berhenti?", dan selalunya jawapan dia pastilah " tak penat pun". Nasib baik dia tak jawab, mulut kakcik, suka hati lah kakcik nak cakap. Kalau itu jawapan dia, pasti tak lama, mesti kena cubit.

Kadang-kadang selalu jugalah, saya kata padanya " kakcik, boleh tolong tak?". "Tolong apa ibu?" tanya nya kembali dengan muka excited. "Tolong......diam!" terus terdengar kakak dan abangnya gelakkan dia. Dia pun apa lagi, "tak boleh!". Dan dia terus sambung bercakap, atau menyanyi seperti yang dia buat sebelum ni. Susah kan? Kalau jenis cakap banyak tu, memang payah nak control.

Dua hari lepas, seperti biasa dia bercerita lagi. Kali ini sampai mulut saya ternganga....

"Ibu...nanti kan, bila kakcik dah besar macam ibu, kakcik nak kawin dengan Aish la"
Saya terkedu seketika. 'Biar betul anak aku ni'.
"Kakcik nak kawin dengan Aish? Kan kakcik kecik lagi?"
"Ya la, kakcik bukan nak kawin sekarang, kakcik nak kawin nanti kakcik dah besar macam ibu..."
Saya bertanya lagi padanya, "Kakcik tahu ker kahwin tu apa?"
"Tahu...kahwin tu macam ibu ngan ayah la..."

Aduuuuhhhh.....pening kepala ibu ni kakcik.....kakcik ni baru lima tahun, mana kakcik belajar ni...kadang-kadang saya terfikir, anak saya yang advance ker atau saya yang underestimate anak saya ni?

Bila saya ceritakan kepada kawan saya, ibu kepada Aish tu, dia cakap, ok la jugak, nisaa' dah 5 tahun, ada budak tu baru 3 tiga tahun dah pandai cakap orang lelaki handsome. Ha? Sudahnya lagi sekali saya ternganga. Namun lama-lama saya teringat masa main pondok-pondok masa kecil dulu, kemudian main kahwin-kahwin. Agaknya memang inilah fasanya. Cuma seingat saya masa main pondok-pondok dulu saya dah sekolah rendah, bukannya masa tadika. Masa tadika cuma layak jadi anak. Aduhhh....penin..penin....

Semalam pulak, kebetulan saya dan mak Aish tu pergi ambil anak masing-masing serentak. So sempat la kami bersembang-sembang sementara. Sengaja saya tanya kepada Aish tu sendiri,

" Nisaa' cakap nanti besar dia nak kahwin dengan Aish, Aish nak tak kahwin dengan Nisaa'?"
Terus dia anggukkan kepala. Huhuhu....rupa-rupanya anakku tidak bertepuk sebelah tangan.....
Sebelum itu mak Aish ada cerita,  Aish ada beritahu dia, nisaa ajak dia kahwin dan dia cakap budak-budak tak boleh kahwin, dah besar boleh la....hehehehe....oh anak-anak....
*

16 comments:

kakcikseroja said...

Hahaha.. bolehla Nanie ingatkan ibu Aish tu supaya tabungkan wang hantaran dari sekarang!

Anak kakcik yang bongsu - si Adik pun jenis yang tak tahu diam.. diam bila tidur je.. Bila celik, mulutnya tak berhenti pokpek begitu juga dengan tingkah laku.. ikut siapalah agaknya? :)

Werdah said...

Salam Nanie

InsyaAllah nanti dah bertambah umurnya dia akan ketawa sendiri.. kak pun ada pengalaman mcm ni tp alhamdulillah tak jadipun dgn yang diangan-angankan tu.. imaginasi kanak-kanak

rosnanie said...

salam kakcik

memang pun semalam dia dh tanya anak dia, brp aish nk menabung utk hantaran nisaa' ni? Hahaha...memang tak tahan gelak

rosnanie said...

salam kak werdah

insya Allah...sy dulu pun rasanya ada suka budak lelaki, tp yg jd suami tak ada kena mengena, bila dh besar dan dh jumpa orang lain, dan masa tu dia dah tahu menilai, insya Allah dia akan gelak dgn cerita ni....hehehe....

LanaBulu said...

Ingat!
mana tahu kot2 jadi sungguh..hhee
Ini baru cinta monyet pandang pertama..
mmg betul2 real lah...
tapi ..bebudak..lagu tu lah..
Macam mak dia jugak dedulu tu..
Nak pi kemana???
Sama lah tu..heee 2x5...hhhaaaaaa

zeqzeq said...

bab membebel itu ikut tabiat nenek belah ayah kan??

bab kawin ikut mamanya hheeee...

rosnanie said...

Hahaha....en LB, tak tahan sungguh...macam ibu dia yek?

Entah, ye kot, hehehehe....

rosnanie said...

Pandai la ZZ tu...hahaha....

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...hehehe...

sI tEDI said...

he he hehe..

budak2 sekarang sudah makin pintar dan pandai cakap!
eheheheh

eelobor said...

wowww, dh semakin "advance" la bdk2 zaman skrg yer. seronok bila dapat membaca "peel" anak2, skrgnya dpt ilmu utk saya

anyss said...

Salam,
Anak2 yang banyak cakap ni sebenarnya kreatif. Dia tengah asah bakat untuk jadi PM nanti ...jadi jangan diabaikan bakat terpendam tu ;)

rosnanie said...

salam tedi
agak2nya apa yg diorg makan tu yek? Rasanya sama jer mcm kita dulu2, hehehehe.....

rosnanie said...

Salam eelobor

ya, nanti muaz dh tadika, tgk, awek mana lak yg dia minat, kehehehe....pastu compare ler, dia ikut ayah dia ker ibu dia, hehehe...

rosnanie said...

Salam anyss,

Memang la kreatif anyss, sy pn suka, tpnya kalau payah nk berenti, huhuhu.... haru, tmbh2 bila kita tgh concentrate drive, xlayan dia marah kita, belum lg dgn cerita2 sensasi yg dia bw tu, tu.

Semalam punya cerita lak, dia bila besar esok nk ada kereta sendiri, rumah sendiri. Pastu ada driver bw keta dia tu. Aduuuhhhh... kalau bdk2 berangan kita jd confius, dia ni 5 thn ker tahun 5 ni?

Nida said...

Samalah macam anak NIda... nak kahwin.. bila ditanya nak kahwin ngan siapa "Nak kahwin dengan ibu"..hehe. Mereka bukan faham istilah perkahwinan tu

qaseh mas said...

Salam Kak Nanie

kelakarnye.tulah erk kanak2 sekarang..
anak saya pernah juga tanya,"kalau mati dulu sebelum kahwin,nanti sape nak doakan abang,ma?"

kak,dijemput mengambil awards di teratak saya ya