Kedai Buku Online

Friday, April 30, 2010

SCARLET FEVER

Assalamualaikum

Selama hampir seminggu waktu tidur saya dan suami menjadi tak menentu. Ini semua gara-gara si kecil Nadhira yang demam bermula dari malam Isnin. Cuma ingatkan demam biasa, so selepas diberi ubat pada malamnya dan pada pagi hari isnin itu, saya hantar seperti biasa pada hari isnin pagi itu. Ubat pun tidak dibekalkan kepada pihak taska kerana kebetulan ubat yang sentiasa ada kat rumah tu sudah tinggal sedikit. 

Petangnya bila saya ambil dia di taska saya dapati badannya agak panas. So saya minta suami belikan ubat demam. Namun bila pada malam harinya demam dia seolah-olah tidak kebah-kebah, saya mula membuat keputusan untuk bercuti pada hari selasa untuk membawa dia ke klinik, dan saya masih dalam andaian, anak saya cuma demam biasa. Dan selasa itu saya membawa dia ke klinik yang berhampiran dengan rumah saya. 

Seperti biasa bila dia cek sana dan sini, suhu, dada dan sebagainya dia memberikan beberapa jenis ubat termasuklah antibiotik. Sambil itu saya sempat bertanya kepada doktor tersebut tentang biji-biji yang tumbuh di beberapa bahagian pada badan anak saya itu. Dia kemudiannya meneliti dan terus dia membuat andaian, "Oh...ini rashes je ni".

"Tapi doktor, takkan sampai ke kaki pun rashes ada jugak, bukan ke selalunya at spot area sahaja seperti belakang, punggung, atau bahagian-bahagian yang tersorok?" saya bertanya pada nya sebab saya agak musykil dengan tempat-tempat yang tumbuh rashes tu adalah tempat yang terbuka seperti betis dan belakang tangan selain daripada belakang badan dan dahi. Dan lagi sekali dia menegaskan yang ianya hanyalah rashes yang tidak perlu dirisaukan. Jadi saya terpaksalah menerimanya begitu.

So hari itu saya menjaganya sendiri dan cuba untuk memberi ubat mengikut masa yang ditetapkan dengan harapan esok dia akan sembuh dan saya akan boleh bekerja seperti biasa. Namun malangnya, walaupun ubat diberi mengikut aturan, demamnya tidak juga kebah-kebah. Bayangkan kalau kebiasaannya, selepas sejam ubat diberi, demam akan surut dan mungkin akan datang kembali paling awalpun selepas 4 jam. Namun, untuk Nadhira, demam hanya surut sedikit dan bila 3 jam lebih, suhu badan mula naik tinggi. So setelah berbincang dengan suami, dia pula terpaksa bercuti memandangkan saya mempunyai kelas yang penuh pada hari rabu. So sebelah petangnya kami sekali lagi membawa Nadhira ke klinik. Waktu itu badannya sudah agak lemah. Badannya terpaksa saya selimutkan kerana dia sangat sejuk, dan dia sendiri menarik tangan saya supaya memeluknya. 

Di klinik (yang lain dari semalam), hasil pemeriksaan doktor, suhu badannya ketika itu sudah mencecah 39.3 darjah Celcius. Dan doktor terus memberikan ubat melalui punggungnya yang kita ketahui lebih efektif berbanding ubat makan. Kebetulan pada hari itu saya membawa ubat dari klinik sebelum ini, dan dia menelitinya. Hasilnya dia memberitahu saya, ubat yang diberikan tidak cukup dosnya. Sepatutnya, Nadhira sudah boleh diberikan ubat sebanyak 5ml berbanding yang disuruh oleh klinik sebelum ini 3ml. Ini menyebabkan demamnya tidak dapat surut. Dan dia juga berpesan jika dalam 4 jam badan sudah kembali panas, sudah boleh diberikan ubat baru kerana amat perlu untuk mengawal suhu badan supaya dapat elakkan demam panas. 

Khamis, saya menghantar nadhira ke taska seperti biasa, kerana demamnya sudah agak terkawal. Cuma saya perasan, jika demamnya tinggi, ruam dibadannya semakin ketara. Saya komplen kepada suami tetapi dia meminta saya supaya tidak terlalu bimbang kerana pada pendapatnya itu hanyalah kerana badannya yang panas. Petang itu bila saya mengambil Nadhira di taska saya agak terkejut kerana ruam sudah memenuhi hampir keseluruhan badannya dan sebelum itu ketika saya dalam perjalanan ke taska, pemilik taska ada menelefon memberitahu saya yang dia akan berikan lagi ubat kepada nadhira memandangkan badannya kembali panas walaupun belum 4 jam ubat diberi.

Malamnya ruam semakin bertambah dan pagi ini, saya dapati ruam sudah tumbuh sehingga tapak tangan dan tapak kaki. So suami cakap, hari ni dia akan ambil cuti separuh hari untuk membawa nadhira ke klinik pakar kanak-kanak yang berada di seksyen 9 Shah Alam iaitu Klinik Adek. Doktor pakar tersebut pada awalnya menyangkakan yang nadhira terkena campak. Tetapi apabila dia dapati demam nadhira masih belum kebah malahan batuknya juga agak teruk dengan berkahak, dia mula mengesyaki yang ianya bukan campak tetapi sejenis demam yang menyebabkan ruam tumbuh seluruh badan dan boleh menjangkiti paru-paru. Demam itu diberikan nama 'Scarlet Fever' kerana ianya akan menjadikan pesakit ditumbuhi ruam-ruam yang berwarna 'scarlet'. Demam ini berpunca daripada sejenis bakteria dalam kumpulan streptococcus yang akan menjadi racun kepada sesiapa yang terkenanya.

Pertama kali saya mendengar adanya demam sebegini, ianya agak mengejutkan. Saya sempat bertanya kepada doktor tentang puncanya, dan dia memaklumkan semuanya berpunca daripada persekitaran dan mungkin juga terkena virus yang sama daripada kawan-kawannya, sementelah nadhira diletakkan di taska, macam-macam penyakit dapat dikongsi. Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun, yang mana kita tahu antibodi mereka masih lemah. Sekarang, di badan nadhira masih lagi dipenuhi dengan ruam-ruam tersebut. Mungkin ambil masa juga untuk hilang. Cuma yang penting sekarang ini adalah untuk mengawal suhu badannya dan memberikan nebulisor kepadanya memandangkan paru-parunya terdapat banyak kahak dan mengganggu pernafasannya. Sekarang dia tak mahu makan dan minum dengan baik. Susu yang dibancuh hanya 2 3 oz yang dihabiskan. Doakan dia cepat sembuh dan kembali ceria seperti dahulu...

Di sini ada maklumat lanjut tentang Scarlet Fever. Semuanya boleh dibaca di sini dan di sini

16 comments:

eelobor said...

salam ros, kesian betul tgk gmbar si comel nadhira tuh, abis smua tempat dh merah. doktor2 bisa memang begitu sbb itu rawatan pertama selalunya tidak dapat di kesan penyakitnya. semoga si comel nadhira cepat sembuh

rosnanie said...

eelobor, kalau tgk live lg kesian...tu belum lagi tiba time gatal tu, tgh2 tido pun dia bangun garu. Memang doktor cakap, sangat gatal. Boleh la sapu calamine losyen utk bantu kurang2 kan gatal.

Tks..sudi doakan...

azieazah said...

Kesiannyerrr... dia kecik lagi, apalah yang dia tahu.. Dah sakit gitu, tak sampai hati tengok..

sabar ya. InsyaAllah sehari dua lagi baik lah tu. Makan ubat, ikut arahan doktor, doa selalu.

Anak kalu dah sakit, kita tak tidor tak makan pun takper...

zeqzeq said...

tumpang baca..

rosnanie said...

Kak Azie...mudah2an begitu la. Terima kasih.
Ubat insya Allah makan dh ikut aturan. Cumanya, tiap kali nak makan, kakak2@abang dia kena berlakon yang kononnya diaorang nak makan ubat tu, baru la dia cepat2 makan. Kalau tak dia palingkan muka. Xnak paksa takut dia mungtah. Kalau dia makan macam tu, elok sikit, dia pun tak nangis

rosnanie said...

ZZ...sila2, ilmu ni, hehehe...

Raziff Lokman said...

Salam..kalau anak2 tk sihat, kita pun turut rasa mcm tu..semoga cepat sembuh..

a kl citizen said...

kesiannya

semoga cepat sembuh
kalau anak sakit, emang tak keruan dibuatnya ya

Nida said...

Kesiannya Nadhira.. semoga cepat sembuh.. Inilah pengorbanan seorang ibu dikala anak sedang sakit. Semoga mereka ingat jasa kedua orang tuanya kelak..

rosnanie said...

Salam,

Terima kasih en razif, cikgu normah dan nida...

itu lah dia anak sakit, kita pn sama jadi tak sihat, harap2 anak2 ini akan menjadi anak2 yang mengenang jasa kedua orang tuanya

Alhamdulillah, pagi Isnin ini nadhira sudah tidak demam, ruam pn dh semakin hilang, tinggal ada batuk2 sedikit. Terima kasih atas doa semua

anyss said...

Salam,
SDR rOSNANO:
Terima kasih dengan perkongsian maklumat di sini. Kisahnya memanglah mudah, tentang anak demam tetapi kalau demam itu jarang dijumpai...kongsi maklumat begini boleh membantu orang lain juga.

Moga2 nadhirah cepat sembuh. Moga2 mama nadhirahpun boleh rehat juga

anyss said...

Opssss...salah eja nama tuan rumah pulak. Mohon maaf ya puan Rosnani ;)

rosnanie said...

anyss...alhamdulillah, skrg, mlm2 dh boleh tido lena, kul 10 dia tido, jaganya pagi esok dekat2 kul 7, tu pun sebab dh nk g keje, nk anta dia ke taska...

rosnano...hehehe...x per, biase ar tu...

LanaBulu said...

Semoga segera sembuh..dari penyakin alahan ni..

rosnanie said...

En LB, alhamdulillah... insya Allah... terima kasih..

rosnanie said...
This comment has been removed by the author.