Kedai Buku Online

Saturday, May 8, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum...

Bulan Mei kembali menjelma setelah setahun menghilangkan diri. Umum mengetahui ada tiga sambutan penting pada bulan ini, bermula dengan Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru. Hari Pekerja telahpun disambut pada 1 Mei yang lalu, tak kisahlah bagaimana sambutannya, yang penting hari itu adalah hari untuk semua pekerja di dunia ini. 

Kemudian sekarang, Hari Ibu bakal menyusul. Anak-anak pasti sibuk memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk ibu masing-masing. Teringat ketika saya kecil-kecil dahulu, hari Ibu pun saya tak pernah dengar, apatah lagi untuk meraikannya. Sekarang, kalau saya ucapkan 'Selamat hari Ibu' kepada mak saya pun mesti mak tidak mengerti. Mesti dia kehairanan kenapa perlu diucapkan ayat tersebut kepadanya. Namun begitu, insya Allah saya tidak pernah ketinggalan untuk menelefon mak di kampung setiap kali hari ibu, bukanlah untuk mengucapkan ayat tersebut kepadanya tetapi cukuplah sekadar ingatan kepadanya, memberitahunya yang kita sayang kepadanya dan sentiasa ingat kepadanya.

Anak-anak sekarang, mereka sudah sedar akan kewujudan hari Ibu. Masing-masing sudah merangka apa yang perlu diberikan kepada kita. Amirul dari hari selasa lagi sudah membawa pulang 2 kuntum bunga kepada saya, katanya 1 sebab abang tak beri apa-apa masa birthday ibu dulu, satu lagi sebab Mother's Day, dan sesungguhnya saya menyambut bunga tersebut dengan senyuman dan hati yang kembang. 
Keesokkan harinya, semasa saya menunggu dia pulang dari sekolah, saya melihat dia, dari kejauhan sudah tersenyum meleret. Ditangannya ada sebuah kotak seperti kotak hadiah. Saya berkata dalam hati, mesti dia ada masuk pertandingan dan memenangi sesuatu. Namun, apabila dia masuk ke dalam kereta, terus dia hulurkan kotak tersebut kepada saya seraya berkata, "Hadiah untuk ibu". Saya kerutkan dahi, "kan semalam abang dah bagi?". "Takpelah, semalam lain, hari ni lain"..
"Mana abang dapat duit? Abang tak belanja ke?"
"Tak lah, abang bawa duit tabung abang"
"Terima kasih..."
Hmmm...walaupun tidak bersetuju dia guna duit tabungnya, tetapi saya tetap bangga kerana pernghargaannya kepada saya.

Hari Khamis, Nabila pula secara diam-diam meletakkan kad yang dibuatnya sendiri ke dalam beg tangan saya. Cantik kad yang dibuatnya, dan saya yakin dia membuatnya bersama kawan-kawan rapatnya. "Terima kasih kakak" saya katanya padanya dan disambut dengan senyuman olehnya.

Jumaat, satu lagi kad saya terima, kali ini daripada Nisaa' pula. Walaupun saya yakin, itu semua adalah inisiatif guru-gurunya, mengajar dan menolong untuk membuat hiasan pada kad itu namun tetap membuatkan saya merasa bahagia. Terima kasih kakcik....

Anak-anak ibu... ibu bangga dengan kalian...

eh...eh... mana hadiah Nadhira?
"Adik, adik nak bagi hadiah apa kat ibu?"
"adiah....adiah.....hmmmm...." Lama dia termenung...pastu dia gelak sebab saya dah geletek, sah-sah dia tak faham pun apa itu hadiah...hahaha...menung jauh cam ye je tengah fikir nak bagi hadiah apa, hehehe....


12 comments:

norlina said...

Alhamdullillah...suke knor baca n3 nanie ni...

'happy mother's day'

azieazah said...

Selamat Hari Ibu, ROS. Semoga terus berbahagia.

Juga buat NORLINA.

rosnanie said...

salam kaknor, terima kasih

selamat hari ibu juga buat kaknor

rosnanie said...

salam kak azie

Selamat hari ibu buat kak azie

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Selamat Hari Ibu.. semoga berbahagia disamping insan2 tersayang

rosnanie said...

selamat hari ibu nida... doa utk nida juga

Raziff Lokman... said...

Selamat Hari Ibu buat Ros dan semua blogger2 yg bergelar ibu.

Semoga hari ibu disambut setiap hari walaupun jika ibu kita telah tiada...berdoa utk ibu (setiap kali bersolat)itulah perhubungan kekal anak-ibu sepanjang hayat..

rosnanie said...

salam en razif
terima kasih...

As-salam dan ucapan hari ibu juga buat isteri en razif yang telah menjadi isteri dan ibu yg baik kpd suami dn anak2nya

echah_syed said...

comel jek..dulu masa anak-anak combi kecik dorang selalu bagi kad yg dibuat kat sekolah ;)

rosnanie said...

xper kak, bila dh besar cara mereka appreciate kita dh lain sesuai dgn usia mereka, apa2 pn mereka ttp sayang kita kan?

Anonymous said...

tkprnh sambut hari ibu...
tkd emak dr kecik


ekekkekekke
happy mother's day to u kak;)

rosnanie said...

salam jane
mak xde pn xper, doakan dia dr kejauhan, semoga dia tenang di sana dengan doa dr anak solehah seperti jane....