Kedai Buku Online

Tuesday, October 27, 2009

DIALOG III

SITUASI 1

A : Awak tahu tak awak dah buat kesalahan? Berapa kali kena ingatkan baru nak ikut? Peraturan ni kan dah termaktub, susah sgt ke nak ikut? ( dengan suara tinggi@menengking dan muka garang)

B : Maaf cik, lain kali saya tak buat lagi. (dengan muka takut-takut dan tundukkan muka)

A : Maaf maaf, tu je boleh cakap. Tak de, tak boleh maaf, salah tetap salah, awak tetap akan di saman

B : Cik tak boleh lepas ke? Ni kan baru kesalahan pertama saya? Tolong la cik...

A : Pertama kali ke, dah berapa kali ke, saman tetap saman. Kalau saya lepaskan awak, lain kali awak buat lagi. Takde kompromi. Fullstop!



SITUASI 2
A ; Awak ingat tak ni kesalahan awak yang keberapa? Berapa kali dah ye awak kena warning? Peraturan ni kan dah termaktub, mengape tak ikut? (dengan nada lemah lembut dan renungan yang lembut)

B : Saya tahu cik, saya minta maaf ye, janji tak buat lagi (dengan nada yang lembut dan suara yang menggoda- janji yang dah keberapa kali)

A : Ok lah, kali ni saya maafkan awak, jangan buat lagi dah tau, nanti tak de kompromi dah tau, lepas ni saya saman jugak....

*
*

8 comments:

echah_syed said...

kdg kita dgn anak-anak pun selalu kalah kan..masa marah buat peraturan bagai nak rak tapi bila dah cool hampehh :)

mak dgn anak mcm gitu lah tak sampai hati!

kakcikseroja said...

Salam ziarah Ros...

nice blog.. nanti kakcik letak link blog ni kat blog kakcik, ya...

eelobor said...

agak² kalu kita berada di situasi berkenaan...apakah tindakan kita?

rosnanie said...

kak echah...kalu dengan anak mungkin tak jadi situasi2 tu, kisah ni lain, lebih kepada lelaki dan perempuan..ada cerita terselindung tu sebenarnya

kak cik, selamat datang...thanks

eelobor..kena tgk kita ni sebagai si A atau si B, tu la macam saya tulis kt atas, ada cerita terselindung sebenarnya

eelobor said...

emm....tu la pasal. minat bnda yg melibatkan fakta & logik jer. bab² kiasan or "balaghoh" or sastera ni.... susah la skit nk tangkap. hehehe, slow motion sket....

rosnanie said...

apa yang saya nak ketengahkan kat sini, kdg2 ada wujud diskriminasi.

Cth : situasi 1 - A adalah lelaki dan B adalah perempuan dan wajahnya kurang cantik, tidak pandai menggoda, wpn minta maaf, tetap akn didakwa
situasi 2 pula, A lelaki, B wanita ttpi berwajah cantik, menarik dan mungkin pandai menggoda.

kdg2 bila melihat paras seseorang panas dihati boleh meletup atau bertukar menjadi salju

atau mungkin tukar watak lelaki dan perempuan antara A dan B tu

eelobor said...

hehehe...sungguh indahnya ilmu. nape x bilang awal², ngak faham gue. hehehe, sori yer kak. di manakah erti ketegasan? dan apakah makna tolak ansur? tak de ape² makna kan?

rosnanie said...

kalau dilihat dngan mata hati mungkin ktgasan dan tolak ansur bolh dibezakan, kadang2 pemikiran kita lbih dikuasai hawa nafsu