Kedai Buku Online

Wednesday, October 21, 2009

SAHABAT SEJATI

Rasanya sudah bertahun-tahun perkataan sahabat memenuhi ruang kehidupan kita. Suatu ketika dulu aku pernah mempunyai sahabat sejati - my best friend.. kemana-mana berdua, makan, belajar, jalan2, semuanya berdua...kecuali masuk bilik kecik, sorang-sorang la...hmmm...
Bila aku meninggalkan alam persekolahan kami terpisah. Apatah lagi bila kami menyambung pelajaran ke universiti, kedua-dua kami mendapat tempat yang berlainan. Dan sejak itulah, aku tidak lagi mempunyai kawan baik, kawan sejati.
Aku berkawan dengan semua orang, walaupun mungkin rapat dengan beberapa orang tetapi belum dapat aku gelarkan dia sebagai kawan baik. Mungkin tidak wujud keserasian sebagaimana aku dan sahabat baik ku dulu. Sungguh aku merasakan kehilangan yang amat sangat. Sejak itu aku mula menerapkan ke dalam diri ku, aku tidak perlukan kawan baik lagi. Aku hanya akan berkawan dengan sesiapa sahaja seadanya. Tidak mudah mencari kawan sejati, ada kalanya aku tidak suka dengan caranya dan tidak mustahil dia juga tidak suka dengan caraku.
Sehinggalah kini, aku telah hampir sepuluh tahun bekerja, aku tetap menanamkan prinsip itu di dalam diriku.. no more best friend. Kadang-kadang jadi lone ranger lebih baik daripada mempunyai kawan baik...hati tak sakit dan kita tidak menyakitkan hati orang.
Di pejabat, ada beberapa group, bila kemana-mana mesti dalam group mereka ini sahaja, dan aku for sure tidak akan tergolong dalam mana-mana group sebab aku lone ranger. Hati aku puas dengan cara ini. Tidak mengapa lone ranger asal kita tidak menyakitkan sesiapa.
Itu cerita di pejabat...hakikatnya aku ada best friend. Pada aku, dia bukanlah sekadar best friend kerana dia jugalah kekasih, dia kawan untuk aku saling bertukar pendapat, untuk aku meluah perasaan, untuk aku bercerita dan dialah suamiku....
*
*

6 comments:

zeqzeq said...

oo selamat berkongsi..sejiwa bukan sejawa

zeqzeq said...

opps luupa nak salam assalamuaalaikumm..PUAN

rosnanie said...

waalaikumussalam zeq, welcome to my blog yang tak seberapa....

echah_syed said...

salam ros..

salam kenal..

thnx singgah blog combi :)

zz pun ade kat sini ekk.

rosnanie said...

baru singgah je ZZ tu kak, salam ukhuwah kak, walaupun kenal di alam maya pun, insya Allah moga kita terus bersahabat

sayang... said...

assalamualaikum sis, boleh kan sy panggil sis, betul susah nak cr kawan sejati dulu sblm masuk universiti, di bangku sekolah sy pun ada kawan sejati or more tu sahabat, segalanya2 diala. tp bila masing2 dah masuk university masing2 makin jauh dan bila mencari best frenz, susah sgt sbb x sama mcm yg dulu. lastly amik keputusan lone ranger. cuma bila ada yg menghampiri kita nak bersahabat ngan kita, kita sambut tapi akhirnya hati sendiri yg terluka rupernya dia jenis kawan mkn kawan. tp betul seronok jadi lone ranger