Kedai Buku Online

Friday, December 25, 2009

PILIHAN

Salam

Beberapa blog yang dibaca membuat kuiz untuk hujung tahun ni, dan rasanya sayapun terkena virus kuiz dari mereka. Tapi jangan risau kuiz saya cuma satu soalan dengan dua pilihan jawapan sahaja, hehe, tapi kalau nak bagi seronok skit, sebab jawapan dia A atau B jer, bagi ler alasan sebab apa kita suka jawapan tu... senang kan?

*
Soalan : Jika anda cuma diminta memilih satu dari dua hiburan di rumah apakah yang anda akan pilih? Sila berikan jawapan beserta alasannya sekali

Pilihan A : Internet (streamix, P1wimax, broadband, jaring, dsb)
Pilihan B : Astro

Anda tidak dibenarkan memilih kedua-duanya sekali kerana hadiahnya adalah Internet atau Astro yang sudah pun berada di rumah anda sendiri...
*
>> hehehe.... jgn marah ler kawan-kawan



*cuma bagi saya, jika disuruh pilih satu antara dua, saya akan memilih internet di rumah berbanding astro. Dan sememangnya di rumah saya sekarang sememangnya hanya ada internet, tetapi tiada astro. Tetapi bukan lah kerana en suami menyuruh memilih satu daripada dua, tetapi saya sendiri yang merasakan kehadiran astro di rumah tidak memberi erti sangat kepada saya berbanding internet. Alangkan tiada astro pun mereka dah berebut tv, rasanya ada astro lagi haru.

Kadang-kadang anak-anak ada merungut sebab tiada astro, apatah lagi bila cuti, kononnya mereka bosan. Tapi saya dan suami selalu memberitahu mereka, selain dari channel kartun, ceria dan ria, apa lagi yang menarik pada astro? Rasanya itu aje lah. Cuba bandingkan dengan internet, kartun ada- buka aja youtube, games ada, taip ajelah games, macam2 games keluar, movie ada, berita ada, lagu ada, cerita ada, pengetahuan ada, pendek kata macam-macam ada (walaupun moto ni astro yang guna).

Dulu pernah nabila balik sekolah bagitau, cikgu minta murid2 carikan tentang tendril. Dia dah susah hati dah sebab tak tahu nak cari kat mana. Saya pun buka internet, google jer tendril. Haa.. macam-macam artikel keluar. Saya copy, paste, merge, print, bind, esoknya dia terus hantar ke cikgunya. Pastu sempat saya sound kat mereka, "kat astro boleh dapat tak benda ni?" sambil tayang assignment yang dah siap di'bind'.


Tapi tidaklah bermakna tak boleh ada kedua-duanya di rumah, cuma jika kita diminta memilih satu daripadanya apakah yang terpilih.... ada dua-dua, itu bonus namanya
*

31 comments:

zeqzeq said...

kalau boleh belah separuh astro, sambung sekerat internet ada boleh ka?

Mybabah said...

Salam Ros. Buat masa ini,babah memilih internet. Tetapi apabila sudah bosan berinternet nanti, babah akan pilih Astro semula. Okkan? Babah tak pilih dua-dua. Tentang Astro untuk anak-anak, selama beberapa tahun babah dan isteri mempertahankan untuk tidak melanggan Astro kerana takut anak-anak terperangkap di alam fantasi (kartun). Tetapi kemudiannya kami berubah fikiran kerana kami percaya minat seseorang itu akan tetap berubah mengikut masa. Yang penting adalah pemantauan. Kami khuatir kami akan kesal kerana anak-anak melangkah ke alam dewasa tanpa melalui zaman kanak-kanak mereka,iaitu satu zaman yang paling seronok dalam hidup...Wallahualam.

Ayiem said...

abe him pilih astro yang ada internet,boleh?

eelobor said...

hahaha, mencabar jgk soalan nie. walaupun bg eelobor, astro & internet masih lg dalam konsep aksesori & juga bukan satu keperluan dalam hidup eelobor. tp, kedua² aksesori inilah yang melengkapkan lg dan tidak membosankan bila berada kt rumah. jika di beri pilihan....tentulah internet.

LanaBulu said...

Teman mmg pilih internet lah sbb..??
Teman melihatkan perkara ini..(masing2 dgn tanggapan sendiri kan)
Siapa owner astro tu?
Kemana dan berapa % dari keuntungan yg mereka salurkan utk dakyah mereka..?
Benar spt kata Rosnanie tu..channel yg ada kat TV sekarang pun dah tak terlayan dan puas utk mengawal agar masa mentelaah pelajaran diberikan dgn sewajarnya..

cikguaziz.blogspot.com said...

Internet lebih luas bergantung apa yang kita cari..
Astro hanya channel tertentu Nat Geo, Animal Planet..


http://cikguaziz.blogspot.com/2009/12/perempuan-pakai-legging-adalah-stupid.html

rosnanie said...

salam ZZ, boleh kot kalau ada yg sanggup buat, cuma takut semua benda jd sekerat2 jgk, contoh: ZZ, tinggal Z jer, boleh ker?

rosnanie said...

salam mybabah
betul, yg penting adalah pemantauan. Cuma buat masa skrg belum terbuka hati nak melanggan astro tu. Biarlah mereka menggunakan apa yg ada kt rumah ni jer

rosnanie said...

Salam Abe Him, abe him tak jwb soalan laa....

rosnanie said...

salam eelobor, kedua2nya adalah aksesori ttp kdg2 dh jd keperluan. Tp sy tetap memilih internet

rosnanie said...

Salam LB
Tu la dia, tp ada jgk kwn2 yg ckp, kita tgk berapa lama dia boleh tahan takder astro kt rumah.

rosnanie said...

salam cikgu aziz, selamat datang,
betul cikgu, kt astro sgt limited, dan yg paling penting, tak boleh print

NABILA said...

kalau akak nak dua-dua x boleh ker?
......

shaniza said...

Salam..
Dulu ada juga astro tp la ni dh jual pd kawan.. anak2 asyik berebut siaran tv. Bila dh jual balik depa berebut pula games di komputer...

Akak jarang tengok tv jadi pilihan akak internet la, sampai kawan2 yg nk cari maklumat dlm internet pun cari akak...hi..hi..

Ayiem said...

tak jawab ko? ingat buleh kekekekeke....

Ayiem said...

boleh sangat la kakak,boleh blah kekekeke ayohngah gurau jah

MrsNor said...

salam
pertama kali ziarah sini. Tertarik nak komen N3 ni. Sy juga memilih internet dr astro(kat umah ada astro) Sy tak boleh idup tanpa internet .. maklumat dihujung jari dgn internet..berkawan tampa batasan bangsa dan sempadan... tp astro membosan...asik dok ulang tayang citer sama

shazriena said...

salam akak nanie, kalau az, az lebih pentingkan internet, sbb az memerlukan internet utk membuat assignment, lagi pun kat umah mmg x de astro, dulu abah pernah la berjanji lepas semua abis sekolah boleh la pasang astro, tp nampaknya x la kot, umi menentang, katanya nanti byk kerja x siap, kalau ada internet pun dah boleh leka ni kan pula kalau ada astro. penggunaan internet ni lebih meluas. semua perkara ada. compare ngan astro. so biarla org diluar sana bercerita ttg akademi fantasia, jgn lupa lirik, dan juga sehati berdansa, ttp tu semua ttp boleh dilihat melalu internet. jadi internet ni lebih penting utk az.

Raziff Lokman said...

...kebelakangan ni, sejak ketagih blogging...asyik Internet jelah...Astro blh katakn kurang sampai 90%..kalau tgk pun berita jelah...lagi baik baca blog korang semua..

rosnanie said...

Nabila, ibu baru nak jwb mcm ayahngah, tp ayahngah dh jwb dulu... hehehehe...

abe him, buat mcm ZZ la, separuh2

rosnanie said...

salam kak niza, betul kan, internet kita boleh gain knowledge more than astro?

rosnanie said...

salam MrsNor, selamat dtg....

betul betul betul...
setuju sgt

rosnanie said...

salam az, betul tindakan parents az, internet lebih baik dari astro

td masa makan kt restoran Upin dan Ipin, ada satu family tu baru datang, kebetulan masa tu dah pukul 9. Dia tanya kt pelayan tu, "kat sini ada astro tak" dan bila pelayan tu angguk, terus dia minta tukar kpd channel 104, rupa2nya nak tgk sehati berdansa. Satu program yg tak patut diwakili oleh mana2 pasangan. Wpn menari bersama psgn masing2, tetap tidak manis mata memandang

rosnanie said...

salam en razif, sy pn skrg dh ketagih dgn blogging ni, pantang ada peluang itu la yg dibuat

a kl citizen said...

assalammualaikum ros,

err... tak tau nak pilih mana,
sebab saya hadap dua2 lebih kurang seimbang...
menonton pun gemar, berinternet pun suka...

kalau tak ada salah satu, memang tak best...

rosnanie said...

salam cikgu, tu la yang sy katakan, ada dua2 itu bonus.
Tp sbenarnya sy kurang suka tgk tv sbb menyampah dgn iklan yg byk. Kalau nak tgk movie, sy preffer lg beli jer cd, boleh tgk tanpa gangguan, flexible time, boleh pause, dll

azieazah said...

Kita berhak memilih, wpun kadang2 sangat susah memilih, dan kadang2 pilihan kita adakala adalah salah..

Kak Azie prefer internet..wpun ada Astro juga...
Astro ada banyak pilihan juga, yg mana berguna dan menghiburkan, pilih lah.. Dan kita berhak utk tidak tune kpd rancangan2 yang kita rasa tidak memberi manfaat...

Remote kat tangan, just klik..
Internet... rugi jika ada orang yg tak suka. Tiada had ilmu pengetahuan, tiada had jaringan dsb...

rosnanie said...

Betul kak azie, internet kemudahan nya byk, dari boleh baca saje, tgk sajer ke tahap boleh di print. Pilihan di tgn kita. Cuma utk sy yg jrg tgk tv, astro tu tak perlu la kot

NABILA said...

ala.. ibu suruh lar ayah beli dua dua...

takpun ayohngah belikan? boleh? hehehehe...

deeja said...

pilih ajer internet lg ok.astro dapat tonton tv ajer.

rosnanie said...

Deja, kita pk mcm tu, bdk2, tak kira semua tu, baca lah ayat2 nabila kt atas tu, tak dpt kt blog, live lg dia minta, tp kami buat donno jer, hehe...