Kedai Buku Online

Tuesday, December 29, 2009

5S

Salam
Hari ini merupakan hari untuk diaudit 5S. Semua orang kalut nak menyiapkan apa yang patut. Walaupun rasanya tiada siapa yang suka dengan 5S ni, tapi buat la jugak. Bagi seorang pensyarah macam saya, kertas-kertas dan dokumen memang banyak. Belum lagi dicampurkan dengan tugasan, kuiz dan ujian student. Memang berlambak-lambak.

Alhamdulillah audit diadakan pada ketika semua pelajar sudah tidak ada, jadi kebanyakan tugasan, kuiz dan ujian semua sudah diserahkan kembali kepada pelajar. Kalau tidak kat mana lah hendak diletakkan dan disorokkan semua kertas-kertas tu.

Cuma yang kelakarnya adalah proses pelabelan. Semua benda nak kena label, pastu ada pulak yang buat lawak, spender tak nak label ker. Konon-konon macam perli ler tu. Dah itu protokolnya, ikut jer ler.

5S, kemudian ditukar namanya kepada QE (quality environment). What ever it's name....

5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Selalu
*

4 comments:

Mybabah said...

Salam Ros. Yang Sapu agak keliru. Apa kena mengena Sapu dengan pengauditan. Sapu 1 - sapu ubat @ sapu lantai. Sapu 2 - mengebas harta orang (bahasa pasar).

kakcikseroja said...

Salam Nanie...

musim sibuk kembali lagi ya?. :)

rosnanie said...

salam, babah, sapu kat sini dalam erti kata sentiasa sapu bersih segala kekotoran dan habuk, sapu lantai dsb, diambil dari perkataan jepun seiso, english - swipe

semua nak huruf S tu yg jd terjemah lagu tu

rosnanie said...

salam kakcik, sibuk rasanya dah takde musim, ada je audit, dah naik lemau dgn audit, hmmmm....