Kedai Buku Online

Thursday, March 11, 2010

UBAT HATI

Assalamualaikum

Bila saya membaca blog kawan-kawan, saya perhatikan ada segelintir daripada blogger yang suka memberikan komen yang kurang membina, dalam erti kata lain, sebenarnya komen yang dilontarkan tidak memberikan manfaat kepada tuan punya blog, dan juga pembaca-pembaca lain. Ada yang menggunakan blog-blog orang lain untuk melepas perasaan. Komen-komen yang diutarakan dalam bentuk serangan peribadi sebenarnya menggambarkan keadaan blogger itu sendiri. Mungkin boleh juga diketegorikan sebagai hati yang sakit.

Seketika dahulu negara pernah kecoh dengan blogger yang menggunakan nama Aduka Taruna, yang pernah mengutuk upacara kemangkatan Sultan Johor, dan jika kita lihat di dalam blognya sendiri, bukan sekadar Sultan Johor yang dikutuk tetapi Saidatina Aisyah dan Saidina Ali yang sudah lama tiada di dunia inipun pernah menjadi mangsa kutukannya.

Selain dari itu, ada juga yang mewujudkan blog untuk melakukan serangan ke atas pemimpin-pemimpin negara, serangan berbentuk peribadi iaitu serangan ke atas sifat-sifat peribadi pemimpin itu sendiri. Anda cari lah sendiri, banyak blog yang sedemikian, sehinggakan agak muak untuk membacanya.

Bagi saya orang seperti ini sebenarnya mempunyai penyakit yang dinamakan penyakit hati. Samalah juga dengan seorang BOSS yang pernah saya tulis dalam post saya. Penyakit hati jika tidak diubati, maka akan memberikan kesan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang lain yang ada disekelilingnya. Mereka hanya akan menyusahkan orang lain yang ada disekeliling mereka, seperti seekor lalat yang tak putus-putus untuk hinggap atas makanan kita, nak dibuang sayang, nak dimakan dah tak lalu... begitulah perumpamaannya.

Pelbagai cara patut dilakukan oleh orang yang mengalami hati yang sakit. Beliau boleh bertaubat, beristighfar, melakukan solat taubat, memaafkan orang lain, bersangka baik dengan orang lain, dan macam-macam lagi. Ada orang yang tidak pernah menyedari yang dirinya mempunyai penyakit hati, sehinggakan dia berterusan melukakan hati kawan-kawan disekelilingnya. Jika kita menyedari bahawa kawan kita telah terkena virus ini, mungkin sebagai kawan kita perlu berbuat sesuatu, menasihati, memberitahu, mendoakan dan sebagainya yang termampu untuk kita lakukan.

Untuk mengubati hati kita perlu tahu caranya. Buku hasil tulisan Ustazah Siti Nurbayah banyak mengupas tentang hati, peranan, jenis-jenis hati, racun hati dan tanda-tanda sakit hati. Dan beliau juga mengajar kita melalui bukunya bagaimanakah caranya untuk mengubati hati yang sakit dan menghidupkan kembali hati yang mati. Andainya kita merasakan kita telah terjangkit penyakit itu, wajarlah untuk kita membacanya dan mengamalkan apa yang disarankan oleh Ustazah di dalam buku beliau. Andai kata juga kawan kita adalah yang bepenyakit hati ini, sudi-sudikanlah untuk memberikan buku ini sebagai hadiah kepadanya, moga-moga memberikan manfaat untuk dia dan kita semua.

Buku Digital Ubat Hati
*

27 comments:

eelobor said...

Maaf sekiranya komen eelobor sebelum ini ada yang bersifat tidak serius dan main².

Cetusan said...

maaf kalau komen saya menyakitkan hati PUAN..

nota: saya normal

Unknown said...

Salam Ros.Blog adalah milik peribadi untuk meluahkan isi hati berdasarkan pengalaman sendiri. Dalam aspek psikologi,ia bagus untuk mengendurkan ketegangan jiwa dan fikiran.saya rasa blogger sedar apa yang mereka tulis dan bersedia berhadapan dengan masalah jika menyentuh soal sensitif. Masa inilah rakan blogger lain boleh menegur supaya mereka tidak terus menyasar. Jangan terus memuji atau berdiam. Tentang politik, penyelewangan perlu didedahkan berdasarkan fakta. Kita memilih mereka dan kita ada hak memantau mereka.

rosnanie said...

salam eelobor dan ZZ

apasal ni...sy ckp pasal org lain tau...tp sbnrnya sy juga nk minta maaf kalau sy pernah memebrikan komen yang tidak membina tu

ZZ, sy tahu anda normal, hehehe...

eelobor, mungkin awak boleh hadiahkan buku ubat hati ni kpd cik anon yg asyik mengganggu di blog awak tu, hmmmm.....

rosnanie said...

salam babah, sy setuju, blog adalah kaedah meluahkan rasa dgn cara tersendiri, dan pembaca berhak utk bersetuju atau tidak, ttp jika tidak bersetuju, komenlah dengan cara yang baik bukan dgn cara menyindir atau menghentam. Sy bukan maksudkan pembaca blog saya sbb stakat ni alhamdulillah sy mndapat kwn2 yg baik, tp sy kasihan dgn sstgh blogger yg mjadi mangsa ssorg yg suka mencari kesalahan org.

Pn. Liza Mahmood said...

Assalamualaikum Nanie,

Lama x singgah kat taman Nanie ni.

Berpesan-pesanlah kita kearah kebaikan - semoga ukhuwah bertambah erat.

Werdah said...

Salam nanie,

hati ini memang perlu dicuci selalu.. masakan tidak Allah beri namanya pun Qalbun.. berbolak balik.. berpotensi untuk berubah-ubah, kejap tenang, kejap cemas dan macam-macam dan Allah hanya akan terima utk bertemu denganNya nanti bila hati sejahtera (Qalbun Salim) dalam al-Quran Allah bagi contoh Nabi Ibrahim capai qalbun salim, apakan tidak, dia menyerapkan sifat-sifat mendahulukan kepentingan Allah daripada segala yg lain.. Nb Ibrahim benar2 mensucikan hatinya, tatkala disuruh tinggalkan siti hajar dan anak kesayangan di bumi gersang dia akur.. tatkala disuruh korbankan Ismail baginda akur..

jadi bagaimana pula dengan kita.. terikutkah kita?.. tengoklah ada yg dtg ke blog kak menyamar jadi diri kak dalam chat box.. tupun satu penyakit hati.. tak tau apa sebab.. tapi kak dah buang dah chat box tu ganti baru..

Raziff Lokman... said...

Salam Ros,

Terima kasih atas peringatan ini. Insyaallah, tak buat..tapi kalau ada yg dh terusik..maaf ya. Saya pun byk baca jugak...tapi tk boleh nk telan kalau setakat ditulis ikut nafsu..esp. pasal ugama. Saya berblog utk layan diri saya sendiri je..

anyss said...

Salam,

Kita manusia biasa, ada masa terover, ada masa tak tahu mana nak lepas rasa.
Ada masa yang lain, blog ni hanya suka-suka...manalah tahu ada orang akan terasa. Masa yang lain, nak kongsi gembira...

Apa-apapun, tetap kena waspada...takut nanti datang bencana. Apapun, moga2 kita tetap jadi manusia yang sanggup bertanggungjawab dengan tiap patah kata sendiri ;)

Berjuang guna kata-katapun besar juga pahalanya

eelobor said...

kak ros, nak hadiahkan jgk buku utk cik anon tp x tau nk pos kemana. hehehe

Cetusan said...

alangkah bagus jika ada insan guna HATI dalam menilai,

melihat senyum, dgn hati

melihat orang GELAK, dengan hati
melihat orang jelir, degan hati
merenung orang kenyit mata dengan hati.


tetapi jika melihat orang MERAMASjari jiran dengan hati itu parah namanya..elok berdehem bai rasa bersalah..

Cetusan said...
This comment has been removed by the author.
rosnanie said...

salam kak liza, insya Allah, sama2 lah kita

rosnanie said...

salam kak werdah
terharu dgn sikap nabi ibrahim, mcm mana agaknya utk kita capai tahap mcm tu ye? Sbb tu la kita kena selalu muhasabah diri kita utk mengenali diri sndiri dn rawat hati kita jika ada tanda2 ke arah itu

rosnanie said...

salam en razif, tu yg sy maksudkan, ada yg menulis sesuatu ikut kepentingan diri sndiri bukan utk berkongsi dn lebih teruk, apa yg baik yg org lain cuba smpaikan dicantas dgn teruk mengikut kemahuan hati sendiri, semoga kita semua terhindar dr penyakit2 tu

rosnanie said...

salam anyss,

Alhamdulillah, kwn2 sy mcm anyss dn lain2 masih waras utk menulis dan memberi komen yg membina, cuma, mcm yg sy tulis kt atas, ada blog yg tanpa sbb2 yg logik mjadi sasaran manusia yg berpenyakit hati, baca sajalah komen kak werdah, blog dia pn jd mangsa.

rosnanie said...

salam eelobor, mcm tu, awak beli buku ni, pastu tulis kt dlm blog, dn hadiahkan khas utk cik anon tu, ok x?

rosnanie said...

salam ZZ, kenapa ngn jiran tu yek, yg pegang tgn dia tu bukan muhrim ker? Blur ni? Kalau mcm tu kena buat2 batuk, pastu bunyi kuat skit, kalau x reti2 jgk, agknya kena buat2 panggil nk tanya jalan,

p/s jd tk agaknya?

shazehan said...

buku ubat hati ni best.isinya menarik gak...

Werdah said...

Salam Nanie

Nanti datang ke blog kak http://permatainn.blogspot.com.. ambil award ya.. thanks..

inaisni said...

Hati yang sakit atau sakit hati....dua2 nya kurang elok. Kalau hati kita sakit tak perlu la nak panjang kan kepada orang lain...lagi la berpanjangan sakit tuh....dari 1 jadi 2 orang..lepas tuh 3...elok kalau kita panjang kan senang hati..

Cetusan said...

panjang buku pun dapt saham jugak..

ina, sakit hati tak perlu sebut nama..demi tauladan

rosnanie said...

salam ain, buku ni memang best, insya Allah jd bekal utk kita

rosnanie said...

salam kak werdah, sy dh ambil award tu, cuma belum sempat nak panjangkan pada orang lain. Terima kasih kak sbb sudi beri anugerah kpd sy, tks kak

rosnanie said...

Inaisni, insyaAllah nanti sy bawakan cerita senang hati pulak

rosnanie said...

salam ZZ
betul tu....
insya Allah, panjangkan buku, panjangkan ilmu, lebih baik jika dpt smpaikan ilmu di dalamnya,

Cetusan said...

terdapat satu hadis (samada sahi atau tak)

Rasul S.A.W, bersabda.."
.. ada 30 orang bilangan umatnya yang sentiasa hidup berganti-ganti dengan mempunyai HATI seperti mana Rasul Ibrahim. A.s...pada akhir zaman selepas baginda.(dari seluruh Dunia)." ..(bersifat WALI)..,



Rasul S.A.W adalah dari kaum yang sama dengan nendanya Rasul Ibrahim A.S...

~~WaLLAh hu'alam