Kedai Buku Online

Monday, February 21, 2011

TIGA TETAMU MISTERI

Assalamualaikum


Sedikit perkongsian daripada Solusi isu 24, semoga memberi manfaat kepada kita semua.....

Seorang isteri tinggal dirumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?" Salah seorang daripada mereka berkata, " Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu memperkenalkan diri."Saya kekayaan," kata lelaki pertama. "Saya kejayaan," kata lelaki kedua. "Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir. Si suami menjemput para tetamunya masuk. Namun yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang daripada kami yang boleh masuk."

"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?" "Ya," jawab mereka. "Tunggu kami berunding dulu," pinta tuan rumah. "Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi dengan kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."

"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak kagi"

"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya...."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan anak yang begitu murni. "Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah. "Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan tuan kejayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah. "Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk? Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan. Sudah menjadi prinsip kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya." Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah.....

.....Alhamdulillah...niat saya untuk berkongsi cerita ini dengan rakan-rakan terlaksana juga. Sudah beberapa lama cerita ini diperam, akhirnya selesai juga. Cerita ini walaupun nampak agak kartun, tetapi banyak memberikan pengajaran kepada kita. Apa yang cuba disampaikan adalah, betapa pentingnya kasih sayang di dalam sebuah keluarga. Jika keluarga itu saling berkasih sayang, maka kekayaan dan kejayaan akan datang dengan sendirinya mengiringi. Kalau kita lihat, walau macamana kaya sekalipun sesebuah keluarga itu, tetapi jika tidak dilimpahkan dengan kasih sayang, maka ianya seolah-olah tidak lengkap, seolah-olah tiada jiwa di dalamnya, maka jadilah keluarga itu keluarga yang porak peranda, sentiasa timbul masalah Tetapi jika ada kasih sayang, maka perhatian diutamakan dan hasilnya keluarga akan lebih harmoni dan sejahtera......

Wallahualam.....
*****

4 comments:

Cetusan said...

aaaminn

eelobor said...

tak nampak macam kartun pun. terima kasih kerana berkongsi. memang menarik. jarang2 entri yg agak panjang saya baca dari awal sampai akhir. entri ini membuatkan saya membaca sepenuhnya tanpa di tinggal walau sebaris

rosnanie said...

ZZ...amin...semoga keluarga kita juga sentiasa dilimpahi kasih sayang....

rosnanie said...

eeelobor...terima kasih....saya sangat sukakan cerita ini. 1st time baca dulu, saya menangis...buatkan rasa bersyukur kerana sentiasa berada dlm kasih sayang. Harap2nya ianya berkekalan...dan semoga kita semua berada di dalam kasih sayang Allah....