Kedai Buku Online

Friday, April 22, 2011

PBAKL 1 - DI SINI KITA BERTEMU

Chewah...tajuk cam jiwang jer....hehehe...

Hari ini pesta buku antarabangsa kuala lumpur PBAKL 2011 sudah bermula. Saya yang sejak awal-awal lagi membuat tempahan bas, sangat teruja dan menghitung hari untuk ke sana. Sesampainya saya di PWTC, saya terus ke booth-booth yang ada, membelek-belek buku yang berkenan, dan dalam masa yang sama mencari booth creative enterprise. Pusing punya pusing, aikkk....tak jumpa pun.....yang sangat banyak jumpa adalah booth grolier, linguaphone dan beberapa booth bahasa yang lain....dan mereka ini sangat mengganggu ketenteraman serta keselesaan saya untuk meninjau dan memilih buku-buku. Ramai daripada mereka sanggup mengekori serta mengejar pengunjung dan ianya sangat mengganggu. Dan saya..."o takpe...takpe...tak minat", sambil berjalan dengan pantas...kalau ikut ragam mereka, boleh sakit kepala dibuatnya.

Cari punya cari, pusing punya pusing, sudahnya saya ambil keputusan untuk menelefon sendiri kak azie...lepas tu...hehehe...saya jumpa akhirnya booth creative enterprise...laaa.....dah lalu rupanya, tapi tak perasan. Yang tak sedapnya rupanya kak azie dah tunggu saya dari pukul 10. Sorry banyak-banyak kak, kami dari office pun dah kul 10.30 sebab ada kawan yang meeting. Sampai PWTC, kononnya nak cari sendiri la, alih-alih tak jumpa baru nak menelefon...hehe....
kami bergambar kenangan di hadapan booth Creative...sebenarnya lebih kepada rak buku-buku yang sedang dipromosikan oleh kak azie

Sebenarnya, sebelum pesta buku antarabangsa kuala lumpur bermula, saya membuat temujanji dengan kak azieazah. Dia bertugas lagi sebagai promoter di booth Creative Enterprise tahun ini. Satu pengalaman yang pada saya sangat berharga. Rajin kak azie, dalam kesibukan dia sebagai ibu dan isteri, masih lagi mencuri peluang untuk menimba pengalaman, mencari kelainan. Bila tengok dia, timbul juga keinginan, tetapi ehem...ehem...xberapa nak rajin ler...hehehe.

Lebih kurang seminggu sebelum pesta buku bermula saya sms kepada kak azie, set date untuk dating walaupun maklum, bukan boleh dating sangat sebenarnya kalau nak diukur kepada tahap kesibukan kak azie di sana, tetapi tetap curi masa dia untuk bertemu. Dan dek kerana selalu sangat melihat wajah kak azie di laman-laman sesawang ni, terutamanya di blognya, membuatkan saya sangat senang untuk mengecam wajahnya.....dari jauh saya lihat dia dihadapan rak buku yang sedang dipromosikannya....dan dia menyambut saya dengan senyuman....fuhh....gaya macam orang yang dah lama kenal....dan memang betul, kak azie ni peramah orangnya....really nice knowing you kak azie....



 inilah gaya promoter profesional...sampai saya sendiri beli dua buah buku yang kak azie promote...hehehe... kerana kak azie, ku beli jua...hehe...tapi, "buku ni best, akak dah baca, memang best" katanya. kalau tengok gaya mesti orang ingat kak azie memang kerja kat creative...

Pukul 1 lebih time rehat kak azie, kami kembali bersalaman sebab terpaksa berpisah. Kak azie nak makan dan solat dan saya pun mengejar masa sebab driver akan datang pada pukul dua. Sayonara kak azie, sehingga bertemu lagi...sayonara PBAKL, sehingga kita jumpa lagi di tahun hadapan...insya Allah.

Hmmm....pusing punya pusing, belek punya belek, rupanya dekat 500 ratus juga dihabiskan termasuk 100 lebih kiriman orang. Alhamdulillah, masih dibawah budget. Bila balik kat rumah, tunjuk beg duit kat anak..."kakak....i'm broke" ...."kah...kah...kah..." giler-giler si nabila tu gelak....haru betul dengan budak ni.... hish!

 Buku yang dah banyak kali diulang cetak...kali pertama terbit pada tahun 2005
dek kerana malas nak gi jumpa penulisnyer yang berada di booth Jemari Seni (saya dari booth JS sebelum jumpa kak azie, orang ramia beratur untuk jumpa Noor Suraya), dan sebenarnya tak berminat nak jumpa pun, saya minta kak azie wakilkan bagi pihak penulis untuk sign autograph dan dengan senang hati disambut oleh kak azie... thanks kak azie.....

***walaupun penat giler sebab menapak dan mengangkut buku...tapi tetap nak menulis, takut cerita dah basi...huhuhu.....

4 comments:

azieazah said...

Alamakk...! autograf kalut sampai tulisan buruk pun ditunjuk nyerrr... aduhai.

terimakasih! terimakasih!

Kak Azie sangat hargai pertemuan, perbualan, wpun singkat, tapi manissss!

Maaf sebab tak cukup masa nak melayan.

rosnanie said...

kak azie...sy yg patut berterima kasih...dlm sibuk pn smpt curi masa..

autograf tu....sentimental value ...hehe

Nida n' Hanafi said...

Seronoknya bila rakan alam maya berjumpa di alam realiti..

rosnanie said...

nida...tu la...dr x kenal jd kenal... untung jg jd blogger, ramai kwn...nida pn bila balik m'sia jgn lupa ctc blogger2 nih...