Saban hari kehilangan demi kehilangan berlaku. Tanpa mengira apa jua alasannya, kehilangan adalah perkara yang wajib kita tempuhi. Kita telah kehilangan manusia yang kita sayang, barang yang kita sayang, guru yang kita sayang, kawan yang kita sayang, idola yang kita sayang dan apa-apa yang kita sayang.
Kadang-kadang kita terlupa kepentingan seseorang atau sesuatu dalam hidup kita, kita terlupa kewujudannya dek kerana kealpaan kita sehinggalah suatu hari kita kehilangan mereka Barulah kita tersentak, kita mula menyedari, seseorang atau sesuatu itu rupanya adalah pelengkap hidup kita, yang kita tidak ambil peduli.
Mungkin hari ini kita perlu mula menghargai sesuatu atau seseorang yang berada disekeliling kita. Hargailah mereka, cintailah mereka. Mungkin disekeliling kita ada ayah, ibu, abang, kakak, adik, suami, isteri, anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan sebagainya yang sentiasa bersedia berkorban untuk anda.
update :-
di bawah dipaparkan satu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang senior saya di sekolah dahulu. Cerita yang sangat menyayat hati, yang mampu membuatkan kita bergenang air mata sekurang-kurangnya. Kisah kehilangan ini telah saya hayati dan air mata mengalir tanpa disedari.........
Nik Alisa Jasmine telah dilahirkan di Hospital Besar Serdang pada 10 Oct 2007 pada pukul 1:40 petang dgn berat 4.6 kgs melalui kaedah caesarean.
Kelahiran yang dinantikan itu disambut gembira oleh semua ahli keluarga yang ketandusan cucunda puteri.
Namun begitu, bidadari kecil ini hanya dipinjamkan sementara oleh Yang Maha Esa untuk kami di dunia ini...
Jumaat 17 Julai 2009 merupakan detik yang tak akan dapat kami lupakan sepanjang hayat apabila kegembiraan kami sekeluarga pulang ke kampung telah diragut dalam kemalangan jalan raya di KM 298 Lebuhraya Utara Selatan.
Seakan tahu akan mengadap Illahi, Lisa mencium kami sambil menyanyi riang.....Lisa tiada lagi bersama kami setelah insiden itu....Lisa juga tiada di atas lebuhraya sejauh pandangan kami.... kami bagaikan orang hilang arah mencarinya.. .. Ya Allah, sekiranya puteriku telah kau ambil, tinggalkanlah jasadnya kepadaku dalam keadaan yang sempurna.... . Sejuk seluruh badan, lemah kakiku dan bagai direntap jantung ini tak kala melihat sekujur tubuh kecil Lisa di dalam longkang di tengah lebuhraya dengan mengalir tanpa henti. Lisa puteriku tercampak keluar ke lebuhraya menerusi cermin belakang kereta yang pecah.
Berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang ada, kami mengangkat Lisa dan mujurlah ada insan yang berhati mulia sudi berhenti untuk membantu kami. Ku pangku puteriku bersama doa dan airmata yang tiada henti di sepanjang perjalanan ke hospital yang ku rasakan teramat lama sekali. Dalam dakapan erat mamanya Lisa sempat memandangku bersulam panggilan mama yang tersekat sekat... dan rupanya itulah panggilan mama yang terakhir yang ku dengar dari puteriku...dan terpejamlah matanya buat selamanya setelah melihat wajah ibunya untuk kali terakhir....
Wajah yang pertama dan terakhir dilihatnya di dunia ini...
Putriku Lisa di pindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah mendapat rawatan awal di Pantai Specialist Medical Centre. Diagnosis awal menunjukkan Lisa mengalami keretakkan tempurung kepala, gegaran otak dan kehilangan darah yang banyak. Ya Allah, selamatkan lah anak ku Alisa Jasmine. Lisa menerima 30 jahitan di kepala dan diberi sedative supaya tidur. Dan Lisa ku tidak lagi bangun sejak dari itu.
Tekanan darah Lisa jatuh ketahap 40/13. 6 pain darah dan 2 platlet diberi masih tidak mampu menstabilkan tekanan darahnya. Kadar kecairan darahnya meningkat 10 kali ganda, dan menyebabkan darah tidak henti-henti mengalir keluar dari hidung, mulut dan paru-parunya. Runtun hatiku melihat lisa dalam keadaan itu. Besarnya dugaan yang engkau berikan pada hambamu ini Ya Allah....
Setelah seminggu dalam keadaan koma di PICU, tekanan darahnya kembali stabil, tapi segalanya telah terlambat apabila Lisa telah disahkan mengalami "Dead Brain" kerana kecedaraan dan kekurangan bekalan oksigen ke bahagian kepala.
Kabur mataku, hancur luluh rasa hati, musnah segala harapan dan terasa gelap dunia di tika itu.
Sekiranya ini adalah hukuman dariMu, ampunkanlah dosa-dosaku dan sekiranya ini adalah ujian dari Mu..berilah kekuatan untuk ku hadapinya..
Sesungguhnya kami adalah ibu bapa yang di beri ujian hebat oleh Allah Taala dengan mengetahui bila saatnya puteri kesayangan kami akan diambilNya..
Sabtu, 25 Oct 2009 berpakaian kurung dan melayu putih, kami menyusuri saat-saat akhir bersamanya dengan pelukan, ciuman dan kalimah Allah yang tiada henti untuknya. Ku berikan susuku yang terakhir untuknya dengan mengusap di bibir puteriku.... .Alisa anakku, mama halalkan susu mama untukmu nak... mama redha lisa pergi jika ini adalah qada' dan qadarNya. Kubisikkan kalimah Syadah ditelingannya. .. Tepat 8:45 pagi, alat bantuan hayat Lisa akhirnya dihentikan dan kembalilah puteriku Alisa keRahmatullah di sisi kami..pergi meninggalkan mama, abah dan orang-orang yang amat menyayanginya. ... dan yang pastinya Allah lebih menyayanginya. .
Di kala kesedihan itu,Aku juga bersyukur kepada Allah kerana memberi waktu kepada kami bersama-samnya di akhir-akhir hayatnya. Memberi kami kesempatan untuk menatap, membelai, dan memeluk puteri kami.. Kami juga bersyukur kerana diberi kebenaran oleh kakitangan forensik untuk sama-sama memandikan dan mengkafankan puteri kami dengan wajahnya yang begitu indah bersama telekung solat. Ku cium ubun-ubunya dengah penuh keredhaan sebelum lapisan akhir kafan menutupi wajahnya...
Terima kasih kepada sahabat-sahabat, jiran-tetangga dan saudara-mara yang sama-sama menunaikan solat jenazah di Masjid Darussalim dan membantu menyempurnakan pengkebumiannya. Jenazah anakanda Alisa selamat disemadikan di Qariah Kg Melayu Subang. Sekalung Al-Fatihan untuk puteriku Nik Alisa Jasmine Bt Nik Munazzah.
Terima kasih kepada sahabat dan rakan yang mengenali & tidak mengenali di atas doa dan sokongan yang diberikan.
Terima kasih kepada kepada En Azman di atas ikhsannya membawa lisa ke hospital dan terimakasih yang tak terhingga juga kepada En Azman Eusoff di atas bantuan awal yang dihulurkan ketika kemalangan tersebut. Kuasa Allah telah menemukan 3 orang bernama Azman di tika itu.
Syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan untuk nya. Sesungguhnya dia insan terpilih untuk ditempatkan di Syurga Allah..
YA Allah ..berikan ketabahan pada hambamu ini dalam menghadapi ujian dariMu ini..
~AMEEN~
No comments:
Post a Comment