Kedai Buku Online

Thursday, August 6, 2009

RAGAM ANAK

Sekarang ni hari-hari jerebu, had pandangan mata dah berkurang. Hari-hari kalau balik sekolah budak-budak bising sebab jerebu. Bukan bising tak suka tapi bising sebab fenomena ni agak asing bagi mereka. Sebut pasal jerebu ni teringat masa tahun 2005, banyak sekolah dan IPT yang tutup kerana jerebu yang kuat sehingga jarak penglihatan cuma dalam 2-3 meter. Sekarang , jerebu membawa kemungkinan peningkatan pesakit H1N1. Dan sehingga artikel ini ditulis seramai 13 orang pengidap selsema babi ini telah meninggal dunia daripada bilangan seribu lebih yang menghidapinya. Keadaan sekarang amat menakutkan

Anak-anak aku yang seramai empat orang tu pulak silih berganti pula demam. Alhamdulillah, mereka agak senang untuk makan ubat, termasuk la si kecil nadhira. Cuma kadang-kadang bila kita nak encourage mereka makan ubat kita kita puji la, oi pandainya, good girl/boy dan sebagainya, terutamanya untuk nadhira dan nisaa tu. Dan yang lawaknya, si kecil nadhira tu pun dah pandai encourage orang....hehehe....





Selalu bila nak bagi dia makan ubat, kami ramai-ramai akan duduk dekat dia dan puji-puji dia. Bila dia dah makan kami pun tepuk tangan tanda dia dah berjaya habiskan ubat. So dia akan seronok dan bertepuk tangan sama-sama siap laung, yeaaaahhhh....






Seronok tengok gelagat diaorang ni. Bila dia dah habis makan, turn kakak dia nisaa la pulak. Yang best nya, bila nisaa dah makan, dia yang paling kuat tepuk tangan beserta yeah yang kuat. Hehehe.... pandai dia encourage kakak dia. Nisa yang mula-mula macam banyak songeh pun boleh senyum dan tepuk tangan sama dengan adiknya. Hai...tu nasib baik cakap pun tak pandai lagi, kalau tak mesti dia pandai puji-puji jugak....hehehe....

No comments: