Kedai Buku Online

Wednesday, February 3, 2010

Anak Lelaki Anak Perempuan - Islam Penyelesai Masalah

Assalamualaikum,
Artikel dibawah saya perolehi daripada e-mail yang dihantar oleh seorang rakan. Kesahihan artikel ini tidak dapat diperakui, mungkin benar kandungannya mungkin juga tidak. Apa-apa pun saya tetap mengagumi kandungan artikel ini kerana ianya menunjukkan kepada kita kebesaran Allah swt...



aaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca ! Citer dia camni .....

Al kisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

*wallahualam

17 comments:

eelobor said...

ntah betul atau tidak. yang penting isi pengajaran yg dpt di cedok. teringat satu ayat..."jangan tengok siapa yang bercakap, tapi dengar apa yang di cakap"

endiem said...

masyaallah..

Nida n' Hanafi said...

Cerita yang menarik... sesuai juga untuk difilemkan ni :)

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Cerita yg menarik utk dijadikan pengajaran..

Pn. Liza Mahmood said...

Sudah terang lagi bersuluh, Al-Quran itu mancakupi kesemua aspek. Tahniah! kepada saudara baru yg memilih Islam setelah memahami kandungan & yakin kepada Al-Quran.

Nanie, K. liza mohon berbanyak maaf ya Dik - Setiap perancangan Allah swt yg menentukan. InsyaAllah, Ahad ini... Tungguuuu...

rosnanie said...

salam eelobor
betul tu, sy juga pernah dengar pepatah mnyatakan, dengar lah olehmu suatu nasihat wpn nasihat itu datangnya dari orang yang jahat.

ingat tak kisah nabi (alamak, tibe2 je lupe nabi mana) dgn iblis? nabi tersebut bertanyakan macam2 perkara tentang hal iblis kepada iblis tersebut dn bagaimana iblis tersebut mengajar nabi itu untuk mengelakkan dari digoda oleh syaitan.

rosnanie said...

endiem, sy juga terharu dgn cerita ini

rosnanie said...

salam nida,
haah la kan, kalau buat filem pn bagus jgk, selitkan lagi pengajaran2 lain kan? mesti best

rosnanie said...

salam kak niza
betul tu kak. wpn simple, tp pengajarannya meliputi segenap aspek

rosnanie said...

salam kak liza,
tak mengapa kak, insya Allah jika dia izinkan kita berjumpa lagi

Mohd Farid said...

Jikalau benar kisah ini berlaku, saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas pemberian ILMU pada ulama'. Kilauan ulama' bak permata yang bersinar.

Faridrashidi.com

rosnanie said...

salam farid
saya juga begitu, sebab itu juga kan kita dituntut untuk mendekati ulama

Werdah said...

Salam rosnanie.

Kak percaya jika kita benar-benar belajar daripada orang yang benar-benar mengkaji bahasa al-Quran kita dapat banyk ilmu yang kita tak terjangkau dik fikiran kita. Kak ada dgr ttg ulama ibnu Qayyim al-Jauzi ada tulis satu kitab ttg iyyakana'budu waiyyakanast'in tp dlm bahasa 'Arab, kata ustaz yg bg ceramah tu, ttg satu ayat ini je pun dia kupas dan jadikan buku setebal al-Quran yang saiz biasa.

Itulah hebatnya bahasa al-Quran, ttg ayat an-Nisa' di atas tu kita baca kita faham bab wasiat itu sajalah, tp tengok kpd yang faham maknanya lebih daripada itu.

Cetusan said...

harap3 anak perempuan tak kecil hati..

Cetusan said...

tatacara kehidupan..ada dlm ALquran antara nak dgn tidak jerr..

pengkaji barat sebut soal '"40an ..dah ada dlm kitab,..

pengkaji barat mengkaji sambil mencedok..

anakmuaallaf said...

Salam Ros,
Cerita yang menarik.Tapi akak ada cerita lagi menarik di Tasik Banding.Jom ke blog akak..

echah_syed said...

anak lelaki mkn pun dua kali ganda.. :)