Hari ni kita main-main sikit boleh? Suka-suka sahaja untuk hilangkan bosan ( ni actually takde idea nak menulis, so kita buat la satu game yang mengarut ni, sepetang tadi kecoh kami buat kat office).
Mula-mula, paparkan tapak tangan anda seperti gambar di bawah.
Kemudian tunjukkan kuku anda.
Time ni jangan mengelat tau, tunjuk dulu baru scroll ke bawah untuk tengok result.
Adakah anda menunjukkan kuku anda sebegini,
(A)
atau
dengan cara ini?
(B)
Menurut 'pakar' yang buat kecoh kat office tadi, jika anda menunjukkan kuku anda dengan cara (A), ini menunjukkan anda seorang yang kasar dalam perbuatan, dan semakin laju anda memusingkan tangan anda untuk menunjukkan kuku anda maka, semakin kasar lah hasil pekerjaan anda. Sebaliknya kalau kaedah (B), ini menunjukkan anda seorang yang lebih lembut dalam perbuatan anda mahupun hati anda. So, yang mana satu kah diri anda? Nilaikan sendiri....hehehe....
p/s boleh percaya ker? Terpulang kepada diri kita sendiri. Nama pun main-main, cuma ada kalanya nampak macam betul....
Tadi, cuba la kat anak-anak pulak, dan ini hasilnya:
Cuma bila difikir-fikirkan balik selepas tengok result pada anak-anak, macam tak leh guna pulak kat diaorang ni. Si kecik dua orang ni, jenis yang kasar ker? Ataupun mungkin juga disebabkan kekreatifan yang masih di tahap rendah?
***
26 comments:
Salam Nanie..
bila kakcik baca, kakcik secara otomatik tunjuk cara B.. tapiiiii... lembut ke kakcik ni???? hahaha... :)
Salam Nanie..
kak werdah tak sama macam kakcikseroja.. terus tunjuk cara A.. macam tak boleh terima je
salam kakcik dan kak werdah,
tu la pasal, sy pn mcm confuse jer. Entah ler, ada yang kata memang betul, bila tgk karaktor ssorang dgn cr dia tunjuk kuku tu. Tp kakak2 berdua, anggap jer la ini sebagai satu permainan.... suka-suka, kan?
Macam2 ye..
Yang K.Liza nampak kuku anak2 tu bersih - pandai ummi dia jaga...
Alamak Nanie, K.Liza rase tersilap la pulak, tangan tu serupa je.. kawan kat opis ke..
Ye lah tu..
ade2 je..kome ni rosnanie..
p/s- ada kat mana lagi pameran buku terbaru..?
hehehe, eelobor main tipu. baca dulu sampai abis, pastu pegi buat kat tangan wife. hehehehe
salam kak liza, tgn yg jd model tu bukan tgn member ofis tp tgn si kecik yg no 3 tu, nisaa@kakcik. Cdgnya nk guna tgn adik dia tp adik dia tak reti la pulak nak buat elok2.
salam en LB...hehehe... skali skala main2, en LB buat tak?
Salam eelobor, tak baik tau main tipu2. Dh warning dh jgn ngelat, hehehe... so camana resultnya? Betul tak dgn karaktor sebenar dia
kak ros....mcm tak bole pakai jer dia pnya result. hehehe
Kak Azie memang semulajadi kasar... heheheh.. melawak pun kasar...
*MAAF lama tidak menjengok bertanya kabar.. Masih dalam mood bercuti..
kalau KUKU panjang dah mesti ngelat dek malu,
salam eelobor, tu la pasal, ada masa betul jer, ada masa cm tak kena, so anggap jer le main2. Ank yg sulong tu siap kwn2 pnggil tomboy, tu yg pelik tu. Apa2 kita pakat sama2 gelak je la..... Hehehe...
salam kak azie, kasar tak per jnji hati mau baik, kan kan kan?
Xpe kak zi, sy pn br stat balik, tu pn masa nk jgk rumah kwn2 lain agk terhad, kdg2 tgh syok2 guna anak2 lak minta itu ini, sudahnya tbgkalai
salam ZZ,
Ada org bangga kuku dia pjg. Sy kalau jumpa student kt kelas kuku pjg, sy ketuk jer jari diaorg, tmbh2 kalau hari jumaat dn isnin.
tangan ni boleh hayun buaian dan gegar dunia lelaki hee
Salam..
Boleh pakai ke idea ni? Dpt B..mcm tak caya je.
Salam..
Idea yg menarik ni... nak try test pada anak2 Nidalah...
Salam ziarah. Menarik tu
salam Ros
masuk sini terus saya tersenyum-senyum.:)
takpe,senyuman pun ubat yang mujarab kan?
salam ZZ
tangan yang baik memang boleh hayun buaian, kalau silap tgn boleh terpelanting budak dalam buaian
salam kak niza, ok la tu, caya jer la, mungkin lembut di dalam saper tahu kan?
salam nida, test jgn tak test, hehhee...
salam kak aida, selamat datang...
maaf tak sempat jenguk betul2 lg blog kak aida sbb sy baru hari ni buka blog slps 3 hari mc sebab demam
salam masyitah
senyum tanda hati gembira - memang penawar yang mujarab.
namun begitu, tiada salahnya kita tersenyum walaupun hati sedang gundah gulana...ada masa lara dihati tiada siapa yang tahu....
Post a Comment