Kedai Buku Online

Wednesday, February 17, 2010

Yea...yea...balik kampung

Assalamualaikum
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kami sekeluarga sempat pulang ke kelantan. Walaupun hanya bekesempatan berada dua malam sahaja di kampung, ianya sangat bermakna buat saya. Sekurang-kurangnya rindu yang bersarang, sedikit sebanyak hilang jua. Thanks abang-nda ku yang tersayang....
 
 Nadhira yang sentiasa ceria sepanjang perjalanan pulang ke kampung
Kami bertolak dari Rawang (suami kerja hari sabtu tu, so kena ambil dia dulu sebelum balik ke kampung) dalam pukul 1.45 petang, tapi kami hanya sampai di kuala kangsar lebih kurang jam 8 malam. Aduuuhhhh... letih betul menempuh jalan jam yang macam tak pernah clear.

Pagi2 Ahadnya kami bertolak ke Kelantan, sampai lebih kurang pukul 2 petang. Alhamdulillah jalan clear sepanjang perjalanan (kami lalu ikut gerik, tasik banding)

 
 Ada gaya macam model tak? Anak2 yang sempat berposing dengan sepupu2 mereka

Malamnya kami ke Tok Bali. Tiap kali balik ke Kelantan suami suka buat barbeque, so cadangnya nak cari seafood la kat Tok Bali. Malangnya, tiada yang fresh, even ketan dan udang pun tak ada. Kata peniaga-peniaga kat situ, ramai yang tak turun ke laut

  
 Diaorang ni posing kat depan resort di Tok Bali, pantang jumpa tempat cantik sikit mesti nak posing

  
 Cucu kakak, merangkap cucu sedara saya... baru 4 tahun

  
 Moyang dengan cicitnya. Mak dah ada 5 cicit, yang ni yang sulong

Keesokkan harinya kami ke Kuala Besut, cari keropok lekor, cari yang ala-ala keropok losong. Sedapnya.... kat sini memang susah nak jumpa...hehehe....
Sambil-sambil tu singgah la kat pantai Dalam Rhu. Budak-budak tu biasa la, pantang jumpa pantai mesti nak singgah. Yang lawaknya semua bagi alasan nak kutip kulit kerang, alih-alih semua lenjun

  
 Seronok lepak-lepak tepi pantai, angin pun kuat. Keropok, sata dan air kelapa yang dibeli semua licin

  
 Nabila and the Geng... yang pada asalnya konon nak kutip kerang dan nak basuh kaki jer....

  

  
Pasir masuk mata ke dik?
 *

13 comments:

Nidza said...

seronoknya balik kg.
piknik2.

pak long said...

salam...
ambo buley 12 ni rasa ni gi makey angin kat klate la....

rosnanie said...

salam nidza
Sekali sekala balik kg, rasa cam tak cukup masa, semua nak buat, so buat je lah apa yang boleh,hehe...


salam paklong
sila...sila... cuma kalau bule 12 tu risau kot banjir jah

Werdah said...

salam rosnanie.

seronoknya balik kampong. kakpun berpeluang balik kampong sekejap ada kenduri, lepas makan balik semula ke kl. alhamdulillah. balik hari ahad jadi taklah jem sgt.

rosnanie said...

salam kak werdah
akak sihat? Seronok balik kg, apatah lagi kalau kampung sendiri, hehe

Cetusan said...

lepas rindu...di Kg..

ummu said...

Salam Ros,wah bestnya balik kampung.Mesti penat kan...Subhanallah,dah ada 5 cicit..Saya tak balik kampung saya cuti CNY lalu.
p/s:Masyitah dah pindah 'rumah'

eelobor said...

banyak tul program dia, tp masih sempat mengundang ke rumah. hehehe, Insya Allah jika di lain waktu

rosnanie said...

salam ZZ, mesti... kalau tak rindu lg parah

rosnanie said...

salam masyitah, ooo dh pindah, patut la bila jengah takde orang, takpe2 nanti senang2 sy dtg

rosnanie said...

salam eelobor, sibuk camana pun masih boleh luangkan masa untuk sahabat. Kebetulan petang kami sampai tu ada kawan lama zaman belajar dulu ada datang jugak dgn family dia

anyss said...

Mmmmm bestnye balik kg

rosnanie said...

salam anyss
best sgt2....hee...