Kedai Buku Online

Tuesday, March 30, 2010

Hmmm..........

Hujung minggu yang lalu, macam biasa kami keluar berjalan-jalan sekeluarga. Sampai di pekan suami letak kereta berdekatan dengan sebuah kedai yang menjual kereta-kereta mewah keluaran toyota. Dalam hari sempat berangan, bilalah harrier ni boleh kupandu....aduhai......hahaha....angan-angan, tak kena bayar kan?

Selepas meletakkan kereta, suami terus bergegas keluar kerana mahu ke bank, namun sempat berpesan kepada saya supaya mengunci pintu kereta. Saya dan anak-anak selepas keluar dari kereta berjalan menuju ke sebuah farmasi yang letaknya bersebelahan dengan kedai kereta mewah tu. Kebetulan ada seorang lelaki sedang merokok di hadapan kedai tersebut. Bila saya melintasinya dia terus menegur, " Kereta iswara ke kak? Tak nak ker tukar wira ker, satria ker. Persona pun cantik". Sambil matanya sekejap memandang saya dan sekejap mengerling ke arah kereta iswara buruk saya tu. Ya, iswara tu dah lama, hampir sepuluh tahun dah. Memang nampak nazak sangat dah.....

Saya terkedu seketika, tetapi sempat juga menjawab, "tak per la encik, saya tak mampu" dalam hati saya sambung, '...nak terima pelawaan encik tu'. Saya tersenyum dan terus berlalu. Hmmmm....sebenarnya tidak lah kecil hati dengan pertanyaan dia, cumanya saya hairan kenapa orang kita (baca : MELAYU) suka sangat 'underestimated' orang lain. Andai kata seseorang itu tidak mampu sekalipun, cubalah untuk memberikan tawaran yang lebih tinggi, tiada salahnya. Di dalam kedainya tiada langsung kereta-kereta murah, harrier, alphard, estima, wish dan caldina. Namun apa salahnya 'membeli jiwa' pelanggan dengan kereta-kereta mewah itu dahulu. Kalau mereka cakap tidak mampu dan kemudian barulah tawarkan yang lebih murah.

Kadang-kadang, faktor ini lah yang menyebabkan orang malas nak ke kedai melayu. Orang lebih suka berurusan dengan pekedai cina. Mulut manis mereka akan mampu membuatkan kita membeli barangan mereka. Pengalaman saya dan kawan-kawan yang telah beberapa kali ke kedai kereta-kereta mewah seperti ini sememangnya mengakui orang melayu suka memandang rendah kemampuan pelanggannya. Mereka suka mengharapkan pulangan yang tinggi terus. Tak suka melayan kerenah golongan-golongan sederhana ni. Kalau yang datang dengan kereta wish atau camry barulah mungkin mereka akan offer kita kereta alphard atau harrier tu agaknya.


16 comments:

Unknown said...

Sabar...
dah sarapan belum nih..?
Walaulagumanapun pronsip jgn tergadai...
Ukur baju dibadan sendiri..
Kelemahan kita kena akui..
namun sokongan dan cadangan spt ini harus diketengahkan..demikebaikan bersama..
Nanti kita tukar mpv BMW model terbaru sama2..ok

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie..

kakcik pun 'mengimpikan' Harrier tetapi tidak Alphard! (tak sedar diri betul kakcik ni...hehehe..)

rosnanie said...

Assalam En LB

Alhamdulillah...dh sarapan...
hehehe....nk tukar BMW sama2 eh? X per la, en LB la dulu...sy kmdn...hehehe...

en LB, sy dh tulis kt dlm tu, sy tak kecik hati sbb sedar kemampuan diri, memang nama2 kereta tu sy belum mampu nk beli, tidak utk masa skrg.

Cuma tu la, x fhm dgn sikap segelintir promoter, suka sgt pandang rendah pd org lain. Ada kawan pernah cerita, dia pergi dengan motor kapcai tgk kereta honda city baru, promoter x layan, bila dia tanya, jwb nk xnk jer.

Tp bukan promoter kereta je bersikap mcm tu, promoter rumah baru pn sama...

rosnanie said...

salam kakcik...dh sihat?

Kakcik...mimpi x per, x kena bayar... hehehe....

eelobor said...

hehehe....sesekali dia kuar cerita mmg berbaloi. agak2 pengalaman ros tu di alami oleh kebanyakkan drpd kita. bukan tak nak menolong melayu berniaga, tp itulah realitinya

rosnanie said...

salam eelobor
terima kasih....

tu la kan, cuba beli ngan cina, wpn dia bg tau kita dia untung sikit jer, tp dia konar kita ngn konon2nya bg hadiah lain ker, bg free gift ker, padahalnya sumer2 benda tu dh tmasuk dlm pakej...hahaha... mati2 kena tipu kan? Tp dek kerana mulut dia yg manis tu kita rasa sgt seronok sbb dpt 'free gift' tu...

Cetusan said...

setuju setuju, elok tawarkan yang besar2

" Kereta iswara ke kak? Tak nak ker tukar Honda ker, BMW ke? Mez E240 ke, pun cantik".

anggap ini yang dia tawarkan ..

rosnanie said...

salam ZZ

Sy akan jawab, "terima kasih encik, takperlah, belum mampu lagi, mahal sgt ni"

ZZ pulak jawab, "mcm tu sy rekemen vios @ honda city"

Sy jawab " manarik tu, tapi kena tengok jugak instalment berapa... yang murah lagi xde ker?"

"yang murah lagi kita kena tgk la produk tempatan, ada macam2 jenis, yang mana puan berkenan?"

Hahaha....ok ker dialog tu? Kih kih kih... tak tahan den

Raziff Lokman... said...

Ros, tkpe, yg penting pasang impian..barulah hidup ni indah..satu hari nnti dptlah kereta idaman tu...tapi cerita dpt yg baru ni...kecik ke, besar ke, mahal ke, kurang mahal ke...mmg sgt teruja, 6 bulan pertama surelah lap hari2...body kilat gila...siap bagitau anak2 jgn main dekat kereta tu...calar nanti.

mcm juga suatu perhubungan, ia perlukan pembaharuan dr semasa ke semasa utk kita terus teruja...salam

Nida n' Hanafi said...

Sekurang2nya kita tahu ukur baju di badan sendiri... sabar je lah dengan suara2 sumbang yg lambat laun akan berhenti bcakap...

Pn. Liza Mahmood said...

Assalamualaikum Nanie,

Geli hati Akak baca nukilan Pn. Pensyarah kali ni...

Tah..tah.. si Vios Nanie tu pun pakat gelak "tu la, cuba pandu I tadi, garenti Salesman tu offer Alphard - senang bawak anak2 ngan buku2 skali..." Garenti laju menuju ke tempat tujuan, maju di dlm perniagaan.

rosnanie said...

salam en razif...

betul tu, barang baru mesti nk jaga elok2. Sy dulu suami belikan dapur baru, pantang ada kotor sikit, mesti lap punya, la ni dh dekat 5 tahun, hehehe...almaklum la ye....

rosnanie said...

salam nida,

xper nida, stakat ni x berkudis pn , hehehehe......

rosnanie said...

salam kak liza, hari tu saje bg dia rehat... bagi keta lama teruskan khidmat, nanti x ler kecik ati dia....hehehehe...

anyss said...

Salam, tuan Rumah,
Hal2 sebegini memang dah terlalu biasa untuk promoter @ tokeh bangsa kita. Itu yang sedih tu...kalau parking kapcai depan Proton punya showroom, kita masuk dok panggil2 depa pun, wat tak reti je. Bila tanya, jawab pun acuh tak acuh. Niat nak beli pun x jadi...terpaksalah masuk showroom nissan ka, chevy ka...toyota ka...barulah depa nak layan skit. Tau ler pakai sliper Jepun!

rosnanie said...

salam annys

tu la dia. Bila kita beli ngn orang cina, kata kita tak sokong bisnes org melayu tp kalau layanan camni, camana kita nk beli dgn diaorg kan?