Kedai Buku Online

Tuesday, April 27, 2010

KENANGAN

Assalamualaikum...

Malam semakin lewat, namun saya masih lagi mengadap komputer, satu lagi kegilaan manusia di zaman ini. Entah mengapa saat ini saya tiba-tiba terkenang mak dan ayah yang jauh dimata...rindu yang teramat-amat, hinggakan saya terfikir, adakah mereka juga sedang merindui saya. Mahu menelefon, risau mengganggu masa rehat mereka, insya Allah, esok masih ada, walaupun tidak dapat bersua muka, hanya sekadar suara, masih mampu mengubat sedikit kerinduan itu. Mungkin juga kerana mereka sedang rindu menyebabkan saya juga merasakan kerinduan itu....mungkin....

Sedang saya melayan, berfikir-fikir, saya jadi terkenang zaman semasa saya masih kecil dahulu. Zaman di mana hidup kita bukanlah dalam kemewahan. Ayah terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki untuk anak-anak dan mak pula bukanlah duduk sahaja dirumah, tetapi segala apa yang mampu dilakukan akan dilakukan untuk menambah rezeki keluarga. Mungkin ingatan yang saya ada tidak seberapa. Sementelah pula, saya anak yang paling kecil di dalam keluarga, mak cakap saya ni lahir dah beruntung, celik jer mata dah ada elektrik, orang lain masih guna pelita, atau paling kuat pun lampu gasolin, hahaha...saya pun ingat-ingat lupa namanya.

Saya lahir di sebuah felda di Pahang iaitu Felda Bukit Goh. Ayah dulu kerja sebagai pemandu traktor di felda tersebut. Namun begitu saya tidak mempunyai memori yang banyak di sana kerana sebagai pekerja felda yang ketika itu masih di bawah kerajaan, ayah kemudiannya di tukarkan ke beberapa felda yang lain. Ayah pernah bertugas di sebuah felda di Kelantan, pun saya tak ingat nama tempatnya (kena tanya mak/ayah la dulu). Dan saya tiada satupun memori  tentang tempat ini. Yang saya ingat, mak pernah bercerita, saya dulu tak pandai cakap Kelantan sebab saya lahir dan membesar di Pahang. Jadi bila kami mula-mula pindah di Kelantan tu, ada seorang kawan yang lebih kurang sebaya saya cuba bermain dengan saya. Dia membuat topi dari kertas dan letakkan di atas kepalanya dan meminta saya melihat dia memakai topi tersebut, "Nani, kelih ni nani" dia berkata merujuk kepada topi yang dipakainya. Saya pun terus cakap kat mak saya, "Mek, tengok kelih mek". Mak saya pun apa lagi, terus gelak. Ya la, saya ingatkan kelih tu adalah nama topi tu, sedangan kelih tu maksudnya tengok. Bila ingat-ingat balik, memang kelakar. Saya tak pasti berapa lama saya ambil masa untuk belajar bahasa Kelantan, tapi mak cakap, tak lama sebab saya memang cepat pandai belajar loghat-loghat ni, apatah lagi masa tu saya masih kecil dan senang untuk pelajari sesuatu...

Cuma ingatan yang paling kuat adalah semasa ayah bekerja di Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, Terengganu....tempat ini memang meninggalkan kenangan yang paling indah dalam hidup saya kerana di sinilah saya bersekolah tadika, sekolah rendah. Hahaha...dan di sinilah saya mula mengenal cinta monyet. Ala...minat@admire budak lelaki, walaupun kalau sekarang ditunjukkan gambarnya, sudah tentu saya sudah tidak mengecamnya, namanya pun sudah tak ingat. Cuma bila sekolah menengah sahaja saya keluar dari Felda ni. Itupun masih dalam daerah Terengganu iaitu di Dungun. Saya masih ingat saya selalu menolong mak membungkus jeruk dan membantu memasarkannya. Dulu-dulu kita tidak pernah fikirkan kesan sampingan jika memakan jeruk selalu kan? Pelbagai jeruk dipasarkan oleh mak dan ayah, ada yang dibuat sendiri dan ada yang dibeli di sempadan Thailand dan dibungkus kembali di rumah. Dan emak akan memberi upah atas apa sahaja kerja yang kita lakukan sebagai balasan atas kerajinan kita (hahaha...statement ni yang paling tak tahan- rajin?). Walaupun ada masa cemberut juga muka kita sebab dah mengganggu masa bermain kita, tapi tatkala dapat upah, muka terus ceria. Best kan ingat kembali kisah-kisah lalu?

Saya terkenang kembali, betapa beruntungnya anak-anak sekarang. Apa yang mereka mahukan kebiasaannya akan dapat. Kebiasaan apabila mereka meminta sesuatu, kita sebagai ibubapa agak susah untuk menolak apatah lagi bila kita terkenangkan betapa susahnya kita nak dapatkan benda tu masa kita kecil dulu. Teringat masa Amirul kecil dahulu, lebih kurang umur 2 tahun ayahnya dah belikan dia kereta yang guna remote tu, alasan suami, dia dulu selalu berangan nak beli kereta remote ni, tapi ayahnya tak mampu, jadi bila dah kerja, dan dah kahwin, belikan untuk anak. Walaupun anak yang main, tapi hati sendiri puas sebab dah dapat beli sendiri. Ibarat impian jadi kenyataan. Cuma yang tak bestnya baru dua hari beli dah patah riuk dikerjakan dek si Amirul, mana taknya, dia letak atas meja, pastu dia lancarkan kereta, kereta terus jatuh dari meja. Dua tiga kali lancar, innalillahiwainnailaihirajiuun.... la jawabnya...

Alat tulis juga sangat senang mereka perolehi. Setiap tahun boleh dikatakan 3@4 kali saya perlu beli pensil warna untuk mereka. Seingat saya, masa saya sekolah dulu, pensil warna hanya akan dibeli pada awal tahun, jimat la sampai ke hujung tahun. Nasib baik, kalau tahun depan mak tengok masih boleh guna, guna la lagi untuk ke tahun berikutnya. Saya dan suami selalu berkata kepada anak-anak, kadang-kadang dalam hidup kita, apa yang kita inginkan tak semestinya akan kita perolehi. Ada masa kita perlu bersabar, insya Allah, Dia akan berikan yang lebih baik lagi dari apa yang kita inginkan... Ayat ni kami selalu keluarkan apabila muka masing-masing dah cemberut apabila tak dapat apa yang mereka hajati....dan biasanya muka mereka akan bertambah asamnya....hmmmm....
*

17 comments:

eelobor said...

ros membuatkan saya teringatkan ibu tua di kampung. Hari ni mama akan menjalani rawatan membuang kataraks di mata menggunakan laser di Hospital Universiti Sains Malaysia. Semoga mama cepat sembuh. Sesungguhnya begitu banyak kenangan semasa kecil. Saya juga yg paling kerap menolong mama menjual kuih muih semasa kecik. Menghantar tempahan ke rumah menggunakan basikal, menghantar ke kantin sekolah dan juga kedai2 runcit. Kenangan suatu yang indah & saya tak dapat beli di mana2 pun

azieazah said...

Orang2 yang lahir sebelum pada era 1950-an dan 60-an memang melalui zaman2 yg disebutkan oleh ROSZ itu..

Kak Azie pun lahir tanpa api elektrik, tapi air paip ada. Syukur lah..

Menghargai kepahitan masa lalu, menjadi manis di hari ini.

Anak-anak sekarang, banyak untung kerana kemajuan seiring pembesaran.

Yang penting, kemajuan itu harus seiring dengan kemajuan akhlak juga, kan?

azieazah said...

Semoga Mama EELOBOR segera sembuh. Semoga dipermudahkan segala urusan... aminnnnn...

Cetusan said...

as-salam aduhai sang puteri ,

mak akan ingat bila ia ternampak makanan anaknya yang disukai..
."oh kueh ini yang buat anaknya menangis berebut2"
...apasalahnya telefon..

...dan titisan jernih mengalir membasahi pipi...(luahan anak),halkum terasa pedih..

kesabaran buta eelobor..

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie..

anak2 sekarang, tahunya kalau boleh apa yang dihajati, segera diperolehi...


Nanie.. jalan ke rumah kakcik sekarang dah bertukar lorong : http://kakciknurseroja.blogspot.com :)

Nida n' Hanafi said...

salam Nani..
Kadang2 kita terpaksa mengikut peredaran zaman dalam mendidik anak2... pada masa yang sama risau juga pada anak2 kerana tidak diajar hidup susah... apa yg dihajati 99% akan diperolehi

rosnanie said...

1st...tks to semua- eelobor, kak azie, ZZ, kakcik seroja dan nida kerana masih sudi menjenguk di sini. Saya minta maaf sebab dh lama tk ketuk pintu rmh kwn2. Tak tahulah apa yang tgh kacau skrg...byk benda...hard to explain, so i just keep it to myself...once again...so sorry....

rosnanie said...

eelobor...insya Allah pembedahan berjaya, dah telefon mama hari ni?

rosnanie said...

kak azie, betul tu, semuanya kerana kemajuan, dan mereka sangat beruntung, tp yang susahnya kita sbb jadi ibubapa zaman yang serba mencabar ni

rosnanie said...

Assalam ZZ, betul...sbb itu juga yg saya rasa tiap kali terpisah seketika dari anak2. Actually smlm dh bercakap dgn mak, cuma mungkin hati tua itu masih belum puas sbb hanya sekadar mendengar suara....

rosnanie said...

Kakcik...patutla asyik ketuk xde orang buka, insya Allah nanti sy tukar. Tks ye...kakcik sihat?

rosnanie said...

Nida, itulah yang dirisaukan, takut kita tersilap menafsir. Apatah lagi dgn cabaran yang pelbagai, takut sangat kita tak mampu nak jadikan mereka insan. Ttp bak kata suami, kita mampu dgn sentiasa mendoakan mereka supaya kekal menjadi anak yang soleh dan solehah

Cetusan said...

....BUAT eelobor..(ralat)

Guru said...

nanie

zaman sekarang memang lain dengan zaman dulu, kan

budak2 sekarang ramai yang dah senang2..

al-lavendari said...

lain hulu lain parang. sekarang ni ada juga sesetengah negara di didunia ini yang masih lagi guna air perigi dan pelita. betapa bertuah nya kita.

isteri saya orang perlis dan saya orang ns. saya juga mulanya tak tahu apa makna kelih tu. orang perlis juga guna kelih untuk lihat. " amboi laaama tak kelih .."

mungkin perkataan kelih tu asalnya dari perkataan kelihatan kot !

rosnanie said...

salam cikgu...itu lah dia, banyak sangat senangnya....anak saya yang sulong tu darjah tiga dh dpt HP sbg hadiah...tu yang saya cakap kt diaorang, ibu ngn ayah dulu dh keje baru merasa guna Hp tu

rosnanie said...

salam pakngah...haha...tak terfikir lak saya pasal tu...agaknya betul kot, kelih tu asal dari kelihatan... hehhe... ok gak tu...