Kedai Buku Online

Tuesday, May 11, 2010

12 TAHUN YANG LALU

Assalamualaikum

Pada tarikh ini, 11 Mei 1998 saya telah selamat diijabkabulkan dengan seorang pemuda. Kini setelah 12 tahun telah berlalu, 11 Mei muncul kembali, menandakan telah 12 tahun kami berada di alam rumahtangga. Adat orang berumahtangga, ada kalanya manis, ada kalanya masam dan ada kalanya pahit. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walaupun begitu, alhamdulillah, sehingga kini kami masih bersama, mengharungi suka duka kehidupan, sementelah pula dengan kehadiran empat cahaya mata, segalanya-galanya telahpun lengkap dalam hidup ini.

Mengimbas kembali pada tarikh 11 Mei 1998, suami melafazkan akad, sedangkan saya menanti di rumah dalam debaran. Setelah hampir tengahari, abang yang pulang dari masjid terus berjumpa dengan saya di bilik, " Nani, suami nani sekarang dalam perjalanan, sekejap lagi sampai. Dia suami nani dah tu, dan bukannya lagi seorang pakwe". Ucapan abang itu saya hanya sambut dengan senyuman, sedangkan dalam hati, hanya Allah yang tahu. Pelbagai rasa bermukim, tak mungkin mampu nak diluahkan. Walaupun kami kenal hampir 3 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan ini, namun debaran tetap debaran.

Setahun sebelum itu, kami mengikat tali pertunangan ketika waktu sepatutnya dia menghadiri konvokesyennya. Ketika orang lain bersukaria, meraikan kejayaan masing-masing setelah tamat pengajian, suami dan ahli keluarganya menghalakan rombongan mereka ke Kelantan. Kata putus diambil dan janji diikat, hanya setahun masa pertunangan diperuntukan. Hanya setahun masa yang diambil untuk suami mengumpul wang hantaran dan sebagainya. Saya yang masih belum menamatkan pengajian terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keluarga dalam urusan perkahwinan. Alhamdulilllah, segala-galanya berjalan lancar dengan bantuan kedua ibu bapa terutamanya, adik beradik serta ipar duai. Tak lupa juga anak-anak saudara yang sudah boleh diharap, sama-sama membantu meringankan kerja-kerja. Mungkin majlis saya merupakan majlis perkahwinan terakhir dalam adik beradik saya menyebabkan masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Suatu perkara yang saya kira melucukan berlaku ketika hari perkahwinan tersebut. Sebelah petang apabila rombongan suami sudah pulang ke tempat penginapan mereka, dan kawan-kawan yang datang meraikan kami sudah ramai yang pulang, suami mengajak saya ke pejabat pos. Katanya, lesen memandunya sudah tamat tempoh, sudah beberapa hari sebelum hari kahwin kami lagi, cuma katanya dia tidak perasan. Dan malangnya kami terpaksa ke pejabat pos pada hari itu juga sebab keesokkan harinya pejabat pos tutup. Dan terpaksalah kami bergegas ke pejabat pos ketika itu juga, dan bayangkan kami ke sana dengan pakaian pengantin yang lengkap lagi. Ketika suami beratur untuk memperbaharui lesen tu, ramai yang melihat kami semacam. Ya lah kan, dengan baju pengantin, beratur di pejabat pos. Orang pun boleh confuse, ada photoshoot ke atau kahwin betul-betul. Sepanjang-panjang perjalanan pulang kami masih lagi ketawa mengenangkannya, apatah lagi ketika itu kebetulan anak saudara yang berusia lebih kurang dua tahun ikut sama, mungkin menambahkan lagi kekeliruan orang ramai. Hehehehe...

Setelah 12 tahun, tarikh 11 Mei kembali dikenang. Semoga 11 Mei yang akan datang tetap dapat disambut sebagai tanda kesyukuran, kami selamat diijabkabulkan dan kami masih melayari bantera ini. Doakan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Amin...
*
p/s lesen tu sy masih simpan sampai sekarang tau...

12 comments:

Guru said...

seronok juga mengingat kisah lama kan... apatah lagi hari bersejarah


selamat menyambut ulang tahun perkahwinan
semoga sentiasa dalam rahmat Allah sekeluarga

echah_syed said...

hepi ann ros..semoga berbahagia sehingga ke syurga firdausi.amin ;)

rosnanie said...

Terima kasih cikgu normah

terima kasih kak echah

amin atas doa semua...

eelobor said...

Semoga kekal bahagia yang berpanjangan rosnanie. Cerita yang menarik & satu kenangan terindah. saya baca dari atas sampai ke nokhtah terakhir. x de skip2 pn, so sweet

rosnanie said...

salam eelobor, terima kasih kerana menghargainya,terima kasih juga atas doa itu...

norlina said...

Salam Nanie,
Indahnya kenangan tuh..Sesuatu yang patut dikenang generasi ke generasi..K.nor doakan nanie sentiasa bahagia bersama suami melayari bahtera rumahtangga dengan anak2 sebagai kelasinya..kalau ada badai melanda tu biasa la laut mana yang x bergelora..

rosnanie said...

kaknor...terima kasih...segala2nya
amin atas doa kaknor tu...

ardz amy said...

salam sis nani... congrats...
sorry lama x melepak kat blog..
byk sgt keje yg perlu diselesaikan, skrg time cuti boleh la aktif balik, apa pun tahniah..

12 thn bukan la usia yg sekejap. tp bangga tgk org lama mempertahankan hbgn mereka.. berdoa semoga suatu hari nanti perkahwinan sy sendiri akan kekal hingga akhir hayat:)

Raziff Lokman... said...

selamat ulang tahun! 12 tahun bukan senang nk capai..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!

tapi mmg rugi tak posing dan shoot gambar kt pos ofis tu...hehehe

Pn. Liza Mahmood said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-12 Nanie - Semoga berpanjangan sehidup semati, InsyaAllah.

Manis dalam lucu kenangan Nanie di Pejabat pos tu. Kalaulah ditangkap gambar...

Akak teringat kembali kenangan Akak dulu lebih kurang Nanie di mana kami sama2 masih muda, baru berkerjaya, susah & senang bersama2 & berkongsi segala sehingga kini.

Semoga Kasih sayang di zaman bercinta kekal bahagia selamanya ya...

Werdah said...

Salam Nanie.

Semoga dikekalkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam kehidupan berumahtanggan nanie.

Kak dah banyak tahun, tahun 74 masih juga dalam pengajian, juga kenuri terakhir sebab anak bongsu, lebihkurang samalah tu kan.

Sekarang ni trend pasangan bergambar di tempat2 yang boleh mereka kenang, dulu2 pasangan cina je buat begitu. Aa la kan jika nanie bergambar masa tu...

Fsl lesen, suamipun baru2 ni baru sedar lesennya dah tamat bulan 11 tahun sudah, dia dah ke Kedah 2 kali, ke KB dan Melaka dan jauh2lah juga kiranya, akhir bulan 4 baru sedar sbb anak nak perbaharui lesen. Macam2.

Apa-apapun tahniah untk nanie.

Nanie, kapun sama mcm nanie jrg jenguk ke blog kawan2.

Mudah2an ikatan ukhwah berkekalan ya, insyaAllah.

Unknown said...

Selamat menyambut alam pengantin lagi...
eloklah tu...
moga2 terus berhasil...heee
tambahlah..
tak kan yg tu je..
anyway ..
tahniah ..