Kedai Buku Online

Thursday, May 6, 2010

TANPAMU DISISI

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.


Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

 
Sinopsis cerita di atas adalah sinopsis daripada novel terbaru keluaran Buku Prima Sdn Bhd. Yang menariknya tentang buku ini ialah, ianya adalah hasil karya isteri kepada salah seorang rakan sepejabat saya. Dan menurut beliau, dia juga ada menyumbangkan idea di dalam proses penghasilan novel ini. So, kepada peminat-peminat novel, jangan ketinggalan,sila dapatkan buku ini dipasaran pada 18 Mei 2010 nanti....

12 comments:

Cetusan said...

selamat membaca..baca bismillah dulu..

eelobor said...

hehehe, minat tul dia baca novel

azieazah said...

Thanks. Idea bagus ni. Sebab Kak Azie baru jer abih baca novel Lagu Rindu. Dah takda novel dah nak baca. Bolehler beli yang ini...

Nadhira dah ok ROS?

rosnanie said...

ZZ, tiap apa yang kita buat kena baca bismillah...Insya Allah...novel ni islamik...

rosnanie said...

eelobor, baca novel sgt minat, tp buku2 motivasi dan lain2 pn saya minat...so tanamkan minat membaca.. hehehe...

rosnanie said...

salam kak azie... beli jgn tak beli, hehehe...novel Lagu Rindu tu akak baru baca ek? Kan dh lama dh buku tu? Best kan cerita dia, sy siap ulang 2 3 kali

Nadhira..alhamdulillah...skrg dh start makan banyak balik. Demam lgsg dh xde. Antibiotik kena continue atleast smpi esok

Guru said...

boleh buat drama macam adamaya

Nida n' Hanafi said...

Jalan cerita yang menarik... kehidupan yang berwarna-warni

rosnanie said...

Cikgu, agaknya kalau ada yang berminat, boleh ajer

rosnanie said...

nida, warna-warna kehidupan kan?

norlina said...

memang best baca novel nih..
buku pertama knor baca karya Khadijah Hashim 'Badai Semalam'..masa tu knor darjah 3..

rosnanie said...

kaknor, smpi skrg sy masih minat novel, badai semalam tu pun antara novel yang terawal yg saya baca, xtahu la sape punya, ada kt rumah sy bantai jer baca, hehehe....